Tuesday, April 30, 2013

CIRCLE OF INFLUENCE


PROGRAM YANG DICADANGKAN UNTUK MENGAWAL MASALAH DISIPLIN PELAJAR MELALUI CIRCLE OF INFLUENCE

Dalam menggunakan circle of influence di sekolah,atau dikenali sebagai bulatan pengaruh, terdapat banyak program yang boleh dijalankan untuk mengawal masalah disiplin di sekolah. Antaranya ialah dengan melaksanakan program e-disiplin di sekolah.  Program ini dinamakan Sistem Kawalan Disiplin Murid (e-Disiplin) dengan objektifnya  memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan.

KONSEP
Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan mengawal tingkahlaku pelajar.
Dalam menggunakan kaedah circle of influence, peranan semua warga sekolah dari organisasi atasan hingga terbawah amat diperlukan.  Pertama sekali,dalam kalangan guru-guru di sekolah sama ada guru yang memegang jawatan pentadbir sekolah atau guru biasa,mereka perlu menjadi guru disiplin dalam pelaksaan dasar dasar ‘semua guru adalah guru disiplin’. Oleh itu,tidak boleh timbul isu terdapatnya guru yang tidak mahu mengambil berat mengenai disiplin pelajar sekolah atas alasan mereka tidak memegang jawatan dalam bahagian disiplin atau sebagainya. Semua guru akan bertindak sebagai guru disiplin di sekolah itu. Untuk merealisasi dan melaksanakan dasar ini,dasar ”Semua Guru Adalah Guru Disiplin” adalah yang paling penting .maka semua guru dipertanggungjawabkan untuk memantau salah laku pelajar sepanjang waktu persekolahan.

Kedua,dalam menggunakan peranan dan pengaruh guru kaunseling, Pemantapan kerjasama dan tindakan antara guru disiplin dan guru bimbingan dan kaunseling harus dikukuhkan lagi dengan perjanjian atau usahasama dalam melaksanakan e-disiplin ini.Guru bimbingan kaunseling dan guru disiplin harus bekerjasama kerana dalam disiplin sekolah ini,masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Guru kaunseling juga boleh menjadi guru disiplin seperti pelaksanaan pertama namun haruslah sentiasa menitikberatkan soal etika dan kemahiran kaunseling dalam menguruskan diri sebagai guru disiplin kepada pelajar sekolah. Hal ini akan memberi gambaran kepada pelajar bahawa guru kaunseling juga tidak akan bersekongkol dalam masalah disiplin yang dilakukan mereka.  
Sistem e-Disiplin merupakan satu kaedah pemarkahan (merit & penalti) secara automasi yang berfungsi sebagai satu instrumen bagi mengukur, mengesan dan mengawalselia prestasi disiplin pelajar dan berperanan sebagai panduan bagi merangka langkah-langkah intervensi dalam pengurusan disiplin yang mantap di sekolah.
PELAKSANAAN

Sistem Pemarkahan
Maksud ’markah’ dalam e-Disiplin adalah markah penalti dan markah merit yang diberikan kepada seseorang pelajar. Markah penalti diberikan bagi kesalahan yang dilakukan manakala bagi setiap kebaikan atau kerja amal yang dikenalpasti, pelajar akan mendapat markah merit. Markah ini diberikan bukan sebagai satu bentuk hukuman malah ia bersifat sebagai petunjuk atau indikator bagi tujuan mengawalselia tingkahlaku pelajar.Pihak sekolah yang bertanggungjawab untuk memberi markah dan penalty kepada pelajar adalah pihak guru,warden asrama,pembantu sekolah,pengawal keselamatan, dan dibantu oleh pihak am seperti staf,pekerja kantin,dan tukang kebun tetap sekolah. Ini dinamakan cirlcle of influence yang mana semua pihak terlibat dan mempunyai peranan yang akan bertindak untuk mengawal masalah disiplin tersebut. Oleh itu,semua guru dan pihak yang berkuasa dalam member penalty dan merit ini akan diberi borang saman tersebut untuk dikeluarkan kepada pelajar yang bermasalah itu tepat pada masanya atau selepas berbincang dengan guru-guru.

Peruntukan Markah
Dalam pemberian markah penalti dan markah merit,pelajar-pelajar yang didapati melanggar peraturan sekolah akan diisu atau disaman dengan ’Borang Salah Laku’ (BSL) atau lebih dikenali sebagai ’Saman Disiplin’ oleh guru-guru dan pihak yang diberi kuasa di mana sahaja mereka berada dalam kawasan sekolah  dan markah penalti akan diberikan mengikut kadar yang ditetapkan iaitu sebagai contoh 3 markah bagi kesalahan ringan, 5 markah bagi kesalahan sederhana dan 10 markah bagi kesalahan berat. Manakala bagi setiap kebaikan atau kerja amal yang dikenalpasti, pelajar akan mendapat markah merit. Setelah mencapai jumlah markah yang ditetapkan, sistem akan secara automatik memaparkan peringatan bagi mengeluarkan Amaran 1 Amaran 2 dan seterusnya sehingga Amaran 5 iaitu Buang Sekolah.

Sistem Permarkahan  dan Tindakan Sekolah mengikut Sistem e-Disiplin yang akan digunakan adalah seperti berikut. Ia akan digunakan di semua sekolah yang menyokong program e-dispilin ini dalam hasrat membantu mengawal masalah disiplin pelajar di sekolah.  Sewajarnya semua sekolah di Malaysia terutamanya menggunakan sistem atau program ini kerana selain daripada kaedah baru dan berkesan,ia member banyak impak positif kepada pelajar di mana mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkan merit dan akan berasa malu apabila dikenakan saman atau penalty terutama apabila kesalahan mereka ditangkap di hadapan pelajar-pelajar lain. Sebagai pelajar juga kita sedia tahu mereka juga tidak menginkan untuk mengumpul surat penalty yang mana mereka sedia tahu mereka akan dikenakan tindakan susulan mengikut markah penalty yang mereka lakukan sepanjang mereka berada di sekolah tersebut.

Rajah jumlah markah (kes disiplin) dan tindakan terhadap pelajar
Selepas memahami pelaksaan program dalam mengawal disiplin pelajar di sekolah itu, proses kawalan disiplin juga perlu dilaksanakan untuk melengkapi program e-disiplin ini.
Proses kawalan disiplin pelajar terdiri daripada :
1.       Kerja Amal
Pelajar-pelajar yang melakukan salah laku disiplin dan telah diberi amaran akan diberikan suatu bentuk kerja amal yang bukan bercorak hukuman, sebaliknya untuk memberinya peluang memperbaiki dirinya agar berkelakuan positif.Contohnya,mereka di kenakan tugasan kerja amal seperti membersihkan taman sekolah atau mengemas buku di perpustakaan. Walaupun mereka dikenakan penalti, dasar ini member satu tugas positif untuk mengubah tingkah laku langsang yang mereka lakukan dengan tugas yang positif.
2.      Bimbingan dan Kaunseling 
Pelajar yang bermasalah disiplin ini harus di beri satu atau lebih sesi kaunseling untuk mengenal pasti punca dalaman mereka yang membuatkan mereka melakukan kesalahan disiplin. Bimbingan dan kaunseling ini akan diberi kepada semua pelajar yang melakukan kesalahan yang sama atau berulang-ulang atau yang kerap dikenakan penalty agar dapat mereka mengubah tingkah laku dan member peluang kepada mereka untuk berkongsi masalah sebenar mereka. Semua pelajar yang membuat kesalahan berhak diberi kaunseling untuk memastikan perubahan tingkah laku mereka ke arah yang lebih baik.
3.      Program Intervensi
Program ini adalah rentetan daripada selepas pelaksanan program e-disiplin di sekolah iaitu untuk memberi peluang yang secukupnya kepada pelajar yang terlibat dalam salah laku disiplin, Program tersebut adalah  program yang melibatkan pembangunan sahsiah diri secara sistematik. Antara program intervensi yang boleh dilaksanakan ialah contohnya seminar kesan merokok, menjalankan  forum yang melibatkan pelajar bermasalah ini supaya mereka yang melakukan disiplin ini nampak kebaikan dan keburukan tingkah laku mereka , kem jati diri yang mencabar emosi dan minda mereka,lawatan ke rumah kebajikan,pusat serenti, pusat pemulihan akhlak, pusat rawatan dadah atau rokok, penjara, sekolah Henry Gurney dan sebagainya.
Kesimpulannya,sekiranya cadangan ini dijalankan di semua sekolah, ia akan membawa kepada progress yang baik kepada sekolah dan sekaligus kepada pelajar. Telah banyak program lain yang dijalankan namun tidka membuahkan hasil yang memberangsangkan jadi dengan adanya langkah baru yang mana program e-disiplin ini,diharapkan ia akan banyak membantu para pelajar dan sekolah.