Thursday, May 9, 2013

PENULISAN KUPASAN JURNAL TENTANG KOPERASI

PESANAN PENAJA 


 ARTIS YANG GIAT DALAM KELAB KOPERASI SEMASA ZAMAN SEKOLAH :
Hot Mama ! Si cute
NORA DANISH <---- cute pictures of Nora Danish!)
__________________________________________________________________________

1.0 Pengenalan


Jurnal yang dipilih adalah jurnal yang  bertajuk  Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi  Kemajuan Koperasi  Sekolah Di Daerah Kota Setar,Kedah. Jurnal yang ditulis oleh Termit Kaur Ranjit Singh dari Universiti Sains Malaysia ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perkara-perkara yang menjadikan atau mempengaruhi kemajuan koperasi sekolah di daerah yang membangun ini. Penulisan kajian ini melibatkan orang-orang berjawatan dan organisasi yang penting dalam koperasi iaitu guru penasihat koperasi, pengetua dan pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Kedah (SKM). Pemerhatian dijalankan di koperasi sekolah yang dipilih untuk melihat aktiviti koperasi, susunatur, kekemasan dan sebagainya.

Pematuhan kepada Akta Koperasi, Undangundang Kecil Koperasi dan Peraturan Koperasi ditikberatkan dalam kajian ini kerana inilah yang membantu guru penasihat menjalankan aktiviti koperasi ke tahap yang lebih cemerlang.

2.0 Ulasan Jurnal

Menurut Abdul Aziz (2001), terdapat beberapa kelemahan yang ketara yang ditemui dalam koperasi sekolah iaitu pengurusan yang tidak cekap, kurang pengetahuan tentang perniagaan, sistem perakaunan yang lemah, kedudukan kewangan yang lemah dan tidak ada matlamat dan perancangan yang teliti. Namun koperasi di daerah Kota Setar  ini mengikut kajian ini memperlihatkan bahawa mereka  mampu membuktikan keberkesanan sebuah koperasi yang baik. Dengan kajian dari segi latar belakang koperasi, guru penasihat, aspek pengurusan dan pentadbirankoperasi,perkara menjadi lebih mudah untuk mengenal pasti faktor-faktor keberkesanannya.

Dalam kajian faktor-faktor  kemajuan koperasi sekolah daerah Kota Setar, perkara yang menjadikan prestasi koperasi sekolah mereka adalah apabila terdapatnya hubungan yang signifikan antara kejayaan pengurusan koperasi sekolah dengan fungsi dan kemahiran pengurusan di kalangan guru-guru koperasi sekolah. Kajian ini mendapati majoriti guru penasihat yang dilantik adalah di kalangan guru wanita dan guru penasihat koperasi mempunyai kesungguhan dan minat yang positif di dalam menjalankan tugas mereka.

Di samping itu,guru koperasi juga berharap semoga beban tugas mereka dapat dikurangkan supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada pengurusan koperasi sekolah dan juga tidak mengabaikan tugas utama mereka di dalam kelas.Guru penasihat koperasi yang terikat dengan tugas-tugas yang lain juga turut terlibat dengan bijak dari segi pengurusan agar masa antara tugas mengajar dan menjaga kepentingan koperasi sekolah ini dapat dikendalikan secara berstruktur dan berfungsi dengan lancar.

Pengetahuan guru-guru mengenai lokasi yang strategic juga menjadikan mereka dapat menggunakan lokasi sekolah yang jauh dari pusat bandar  sebagai batu loncatan  yang mana mempengaruhi kuasa beli pelajar adalah tinggi jika dibandingkan dengan lokasi sekolah yang terletak di bandar kerana saingan dengan kedai yang berhampiran dengan sekolah. Ramai pelajar berkunjung ke koperasi sekolah pada waktu rehat dan ini meningkatkan hasil jualan koperasi sekolah. Pengkaji mendapati bahawa guru penasihat koperasi mempunyai sikap yang positif dalam tugas mereka di mana mereka mampu mengurus koperasi walaupun sibuk dengan tugas-tugas wajib iaitu P & P. Guru penasihat yang terlibat juga mempunyai ilmu dan asas yang kukuh dalam bidang perniagaan kerana majoriti guru yang dilantik mempunyai kelayakan dalam bidang teknik dan vokasional. Guru yang dilantik sebagai bendahari juga faham dan jelas dengan Penyata Kewangan. Mereka yang terlibat juga bersedia untuk menghadiri mana-mana kursus yang dianjurkan oleh pihak koperasi sendiri ataupun pihak luar demi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pengurusan koperasi sekolah.

Hubungan yang rapat dan bertoleransi antara kejayaan pengurusan koperasi sekolah dengan kemahiran berkomunikasi di kalangan guru-guru koperasi sekolah juga merupakan kejayaan koperasi sekolah daerah ini. Kajian melihat bahawa pemilihan guru koperasi berdasarkan kepada kelayakandalam bidang tertentu seperti perakaunan, perdagangan, ekonomi, dan pengurusan perniagaan menjadikan koperasi sekolah mereka ditadbir oleh ahli lembaga koperasi yang mantap. Pengalaman dalam pengurusan perniagaan juga merupakan kriteria penting terutamanya untuk jawatan bendahari dan setiausaha. Pengurusan dan pengendalian koperasi bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan koperasi sekolah terikat dengan undang-undang dan akta.Ianya memerlukan pengawasan sepenuh masa kerana ia bukan saja merupakan satu pertubuhan sekolah tetapi juga sebagai badan perniagaan yang menyenaraikan kehendak sosial dan ekonomi ahli-ahlinya (Zaleha, 1992). Sistem pengurusannya adalah berlainan, lebih kompleks di samping mengamalkan sistem kawalan secara demokrasi (Ungku Aziz, 1992).

Pengurusan yang cekap dan berkesan dapat memastikan perjalanan koperasi sekolah berjalan lancar dan secara tidak langsung dapat mengekalkan kemajuan koperasi sekolah. Komitmen guru juga merupakan kriteria yang penting kerana guru yang berdedikasi akan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi dan dapat memikul amanah yang diberi dengan baik dan berkesan demi kepentingan bersama. Minat untuk mengurus koperasi penting kerana tanpa minat sukar untuk guru koperasi menguruskan koperasi sekolah dan menjalankan aktiviti. Mereka juga harus  mahir dan arif tentang selok belok perniagaan terutamanya untuk mendapatkan pembekal yang menawarkan harga yang rendah.

Dalam mewujudkan kerjasama antara sekolah dan guru-guru penasihat koperasi,mereka  diberi ruang dan peluang untuk menghadiri kursus atau seminar tentang pendidikan dan pengurusan koperasi sekolah, peranan anggota dan institusi koperasi, penyelenggaraan akaun dan pelancongan di beberapa tempat kursus tertentu . Guru-guru penasihat juga perlu dibawa melawat ke koperasi sekolah yang berjaya supaya mereka mendapat  pendedahan dan pengetahuan dalam pengurusan. Melalui lawatan ini juga guru penasihat koperasi dapat melihat aktiviti yang dijalankan yang mana boleh mendatangkan keuntungan kepada koperasi sekolah. Kursus  dalaman perlu dijalankan secara berkala supaya guru-guru yang pernah menghadiri kursus boleh berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan ahli yang lain. Oleh hal demikian,pengetahuan dan ilmu mengenai koperasi sekolah ini sentiasa bertambah dan berkembang dan sekaligus menambahkan lagi kemajuan koperasi sekolah mereka.      

Pengaruh yang dekat dan kuat antara  semua  pemboleh ubah bebas juga menjadikan koperasi sekolah semakin produktif iaitu dalam fungsi dan kemahiran pengurusan, pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan dan kemahiran berkomunikasi dengan kejayaan koperasi sekolah.Ia juga menunjukkan bahawa ada koperasi sekolah menyediakan Buku Tunai, jurnal, lejer, jualan harian / tunai, buku log dan fail yang menyimpan senarai ahli, invois, resit dan sebagainya.Dengan adanya koperasi, pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan situasi sebenarnya. Pengalaman mengurus koperasi dapat membantu pelajar dan guru-guru menjadi usahawan suatu hari nanti dan yang paling penting dapat menggunakan ilmu yang  dipelajari di dalam  kelas dan secara tidak langsung pelajaran yang diajar menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

Di samping itu  pelajar juga akan mempelajari cara untuk menjadi pengurus yang baik. Sumbangan koperasi sekolah kepada sekolah juga diberi perhatian kerana impaknya kepada pelajar adalah besar, kerana dengan adanya koperasi sekolah pelajar-pelajar boleh membeli barang-barang dengan harga yang murah dan ada sesetengah  koperasi sekolah mampu meletakkan harga yang lebih rendah dari kedai di luar. Pertambahan ahli juga bertambah setiap tahun dan ini memberi kesan yang baik kepada koperasi sekolah kerana modal syer akan bertambah dan aktiviti koperasi juga boleh dipelbagaikan dan secara tidak langsung ia boleh memberi kesan kepada keuntungan koperasi. Jika koperasi mendapat untung yang banyak, maka anggotanya juga akan merasa nikmatnya kerana mendapat dividen yang tinggi. Koperasi sekolah ini  mampu mengagihkan  dividen 100% dan 30%  kepada ahlinya di samping melatih pelajar yang boleh dipercayai untuk menguruskan koperasi.

Penglibatan pelajar dalam pengurusan koperasi sekolah juga perlu diperluaskan supaya pelajar pelajar mendapat pengalaman dalam menguruskan perniagaan. Dengan penglibatan pelajar, maka ciri-ciri keusahawanan dapat diterapkan kepada pelajar.. Oleh itu,kebanyakan pelajar  diberi tugas yang mudah seperti membantu guru mencatat jualan harian, menyusun barang, sebagai pembantu kedai, dan mengira stok. Penyediaan akaun  dilakukan oleh guru kerana koperasi sekolah yang dikaji menggunakan program SEKKOP. SEKKOP adalah satu pakej sistem perisian komputer bersepadu yang mempunyai tiga fungsi iaitu pengurusan keanggotaan, perakaunan dan perniagaan koperasi sekolah. Sistem ini berfungsi untuk mengendalikan rekod dan maklumat keanggotaan, manakala sistem perakaunan menyediakan rekod-rekod perakaunan dan enyata kewangan. Sistem perniagaan berfungsi untuk menguruskan rekod jualan dan stok di kedai koperasi. ANGKASA menawarkan sistem ini bagi memenuhi keperluan perakaunan koperasi sekolah. Matlamat perkhidmatan SEKKOP ialah untuk meluaskan penggunaan sistem perisian keanggotaan, perakaunan dan perniagaan dengan cara kerja khidmat, senggara dan nasihat berterusan. Dengan khidmat, senggara dan nasihat berterusan koperasi sekolah boleh mengurus keanggotaan, perakaunan dan perniagaan secara berkomputer dan ini banyak membantu pengurusan koperasi sekolah ini.

3.0 PENUTUP
Dalam pengurusan dan pentadbiran koperasi yang berjaya dan maju,pengurusan yang cekap dan efisyen merupakan kejayaan dan keutuhan sesebuah organisasi koperasi. Kemajuan dan kejayaan koperasi sekolah banyak bergantung kepada pengurusan yang cekap dan berkesan, kepelbagaian aktiviti dan sokongan ahli serta pihak pentadbir. Semua pihak perlu bekerjasama untuk meningkatkan kemajuan dan keuntungan koperasi sekolah. Begitu juga dengan perkhidmatan SEKKOP dan ANGKASA, mereka bersama-sama pihak koperasi sekolah memastikan sistem koperasi digunakan sepenuhnya secara sebaiknya.
     Pihak pentadbir juga perlu peka dengan beban tugas yang terpaksa dipikul oleh guru penasihat koperasi dan sentiasa memantau masalah yang dihadapi dalam pengurusan koperasi sekolah supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada pengurusan koperasi sekolah dalam memajukan koperasi sekolah dan sekaligus member sumbangan dan menaikkan nama sekolah.
Top of Form
 ARTIS YANG GIAT DALAM KELAB KOPERASI SEMASA ZAMAN SEKOLAH :
Hot Mama ! Si cute
NORA DANISH <---- cute pictures of Nora Danish!)