Showing posts with label Cikgu. Show all posts
Showing posts with label Cikgu. Show all posts

Friday, December 12, 2014

Tak sabar nak posting, rindu nak jadi cikgu di sekolah !

Assalamualaikum


"Sedar ataupun tidak, dah 6 bulan Rara tamat pengajian di UPSI. Alhamdulillah, walaupun sekarang belum di 'posting' kan ke mana-mana sekolah, (interview pun belum panggil lagi)  sekurang-kurangnya kak Rara engko ni tak duduk saje kat umah ternak lemak tau. Dia jadi cikgu tuisyen di Pusat Tuisyen Masyarakat di KB dan personal tuition teacher bagi sebuah keluarga secara private" -  copy paste dari entry Rara yang lepas :) semasa menulis entry throwback photoshoot-geek

Oh well, itulah yang ingin dibicarakan pada hari ini. Rindu weh kenangan jadi cikgu praktikal dulu-dulu. Rindu sangat. Walaupun banyak cabaran dari pihak atasan dan tekanan kerja yang melampaui kemampuan, sekurang-kurangnya ia adalah sesuatu yang berharga dan akan dikenang sampai bila-bila walaupun tak mahu mengulanginya lagi... haha.. tak mau dah jadi cikgu praktikal.. nak jadi cikgu tetap.. at least kalau dah jadi cikgu tetap, kita akan tahu di mana tempat kita berdiri. Siapa kita di mata guru-guru lain dan sebagainya. Oh my god, i can't wait ! :) Seronok jadi cikgu ni.. you all.. suka tengok pelajar happy,pandai,nakal,bersungguh-sungguh,main-main, macam-macam lagi lah. Tapi ada jugak orang kata tak seronok kan? Iyalah, minat dan kecenderungan masing-masing kan, so what can i do.. :) Mungkin dari kecil lagi aku dah pasang cita-cita nak jadi guru, sebab tu aku kata seronok kan, yalahh sebab aku minat ! 

Syukur sebab dah konvo 3 bulan lepas dan genggam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling pada umur 24. Namun, belum capai tahap puas lagi aku ni.. aku harap aku dapatlah posting pada tahun 2015 nanti. Kalau tak ada rezeki, harap-harap 2016 lah yer. Bukanlah aku ini seorang graduan yang pasif dan hanya menunggu posting KPM semata-mata, tapi, ia memang dah menjadi cita-cita aku...so aku kenalah tunggu dengan sabar dan bergantung harapan sepenuhnya pada Allah S.W.T.. harap-harap cepatlah keluar tarikh temuduga posting ni. Aku nak lulus, dan aku nak dapat penempatan. Bagi rakan-rakan graduan upsi, jom kita sama-sama doa agar kerajaan cepat-cepat selesaikan masalah yang berlaku dalam pentadbiran mereka... so that penempatan kita akan dapat disusun dengan cantik. Aminnn...amin...... 

Tapi kalau dah tak ada rezeki... emmm xpela...redhoooooooooooooooooooooooooo... huhu. Kerja lain banyak lagi kat Malaysia ni, asalkan kita (aku ni) tidak terlalu memilih dan produktif serta proaktif ! yeahh :)   Cuma buat masa sekarang, doa haruslah tidak putus jika kita benar-benar inginkan penempatan itu.. Semoga di perkenankan oleh Allah S.W.T .. amin.. 

AWAS gambar di bawah adalah contoh guru yang belum peka pada etika seorang guru. Beliau tak pakai nametag. Nasib baik pengetua tak ada. Meeting. TQ 

"Cikgu ! orang sana makan dalam kelas" 
Oh..yang ini.. X-Y..
Y jatuh...



Saturday, June 7, 2014

Model Keibubapaan Baumrind

Assalamualaikum

Pengenalan Model Keibubapaan Baumrind

Terdapat dua dimensi gaya asuhan keibubapaan menurut Baumrind iaitu responsiveness dan demandingness.
Baumrind mengklasifikasikan gaya asuhan keibubapaan kpd 3 iaitu:
-Autoritarian
-Permissive
-Autoritatif

Dimensi Gaya Asuhan Keibubapaan Baumrind. Ada 2 ; 

1) Responsiveness

-Dimensi gaya asuhan keibubapaan yg bersifat terbuka, mudah bekerjasama.
-Ia melibatkan pendekatan keibubapaan yg bersifat tenang & menggalakkan rasa bebas di kalangan anak2 utk melahirkan pendapat masing2.

2) Demandingness

-Dimensi gaya asuhan yg bersifat banyak tuntutan dan mendesak.
-Mereka menetapkan set jangkaan yg tinggi & mengawasi segala aktiviti yg dilakukan oleh anak2.



Monday, December 30, 2013

Tips hilangkan mengantuk semasa study final exam [Kelakar hehe]

Assalamualaikum. 

Esok first day Asmah dan Hakimah akan seat for their exams, in part 8 uitm kampus kb. So, ini utk Cemah n Qim. 

Ok, dah ready girls? Lets do it! First, sila bangun sekarang! Kita nak mulakan senaman.
LANGKAH 1
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian.. SELAMAT MENCUBA!
- sumber : leypark.com

Wednesday, October 30, 2013

CIRI CIRI WANITA CEMERLANG

Assalamualaikum

CIRI CIRI WANITA CEMERLANG

1) Berdikari – tidak terlalu bergantung pada pasangan atau keluarga. Wanita sekarang mampu membuat keputusan sendiri. Mampu mengejar cita-cita dan dalam masa yang sama bijak menjaga keluarga.

2) Lemah Lembut – sifat ini tidak dapat dipisahkan dari seorang insan yang bergelar wanita. Setiap tutur kata perlu di jaga. Tetapi dalam kelembutan itu perlu ada ketegasan kalau tak ramai pula yang pijak atas kepala nanti.

3) Beragama – tanpa agama hilanglah pedoman seorang wanita. Wanita yang beragama akan sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga. Wanita yang beragama akan sentiasa redha dengan segala yang telah ditakdirkan untuknya.

4) Matang – mampu mengatasi sesuatu masalah secara rasional. Tidak terlalu mengikut perasaan ketika berdepan dengan pelbagai jenis cabaran. Bijak mengawal pelbagai situasi yang berbeza.

5) Menjaga penampilan – sentiasa kemas dan bersih dari hujung rambut sampai hujung kaki. Memakai pakaian yang sesuai dan bukan terdedah sana sini.

6) Sederhana – tidak boros dan pandai mengawal kewangan. Tidak terlalu mengejar kemewahan.

7) Penyabar – perlu ada pertimbangan walau sepahit mana dugaan yang perlu dihadapi. Sentiasa tenang menghadapi pelbagai ujian.

8 Sifat Keibuan – perlu ada sifat penyayang dan bertanggungjawab. Memahami dan mengambil berat tentang insan-insan tersayang.



P/s : LIKE gambar awek duta wechat (ecececeh pui) kat SINI 
HEHE

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru Cikgu Mastura

Assalamualaikum

Tadi ada org sms ''Selamat Hari Guru cikgu Mas!" kat saya..pastu baru teringat yang 16 Mei is teacher's day...woohoooo ! Occupied sangat duk tgk preview benda tak pekdah :  ''Be part of Showdown 2013 LIVE'' Hahaha. Terharu pulak ada org sms gitu..rasa mcm... cikgu sgt i olls u know..

Xde la sangat..Rara insya Allah bakal guru.. guru kaunseling tak pun guru BM.. xde lah kelassss sgt pown tp haa kelas x kelas..sape jadik anak2 murid aku..kalau yg jenis kepala batu..siap ko..siappppppp! Hehe. Acah je.. paling komang pun just say dalam hati ''sabar Rara..Sabar.. jangan lempang anak org nnt kena saman..habis duit habis reputasi habis karier habis la koooo" :') Yup jangan think positif sgt dengan pelajar sekolah skg nie tau..zaman dah berubah,dunia dah maju. Secanggih gajet Samsung GALAXY S4 , canggih lg idea2 mereka utk kenakan cikgu yg mereka kurang suka. Tak caya? You tube.


Le picture is masa makmal.. berlatih gitewww... ade gaya x ? ade tak? FYI, Rara kat luar ekceli jenis happy go lucky tp bila masuk bab cikgu..mengajar..ekceli...indah muka dari gaya.. Rara muka serius. Jarang senyum kat pelajar tambah2 jenis yang loyar buruk.. Tp dalam hati xde niat pun nak serius. Cuma kan time belajar kena belajar, time main kena main! hewhew.

Tp jangan isau,,masuk sem 6 Rara dah improved banyak..masa mengajar x serius sgt daa...boleh dibuat gurau dah..kalau ada murid yg buat lawak x cerdik,pun boleh layan..hee. *berdasarkan KPD*

Setakat nie Rara rasa belum masuk kategori cikgu yg suka membebel lagi..walaupun hakikatnya kalau kat rumah,or bersama cik abam,or bersama sape2 yg tersayang Rara suka membebel kalau ada yg tak kena,tp dengan pelajar so far so good.Tak de lagi membebel kalau x silap..

U guys nak kenal x sorang pempuan nie dia suka sgttt membebel. Tp apa yg dibebelkannya tu ada point,, Rara selalu dengar. Boleh belajar ckp omputih sekali. Ada part2 x leh pakai to muslims but almost all the point is not pointless,, it meaningfull. Never useless.Sila dengar baik2 *Jane banyak mulut * jemput pasang telingaaaaaaaaaaaaaaaa.haha

Cikgu Rara bila nak kahwin???? 

Tuesday, December 11, 2012

Tugasan berbaki sem 5 hohoiiiiiiiii ^_^

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik pejam tak celik celik , kini dah 13 minggu sy berada di semester 5 UPSI tahun 3. Haaa. Minggu depan adalah minggu last kuliah. Hoiii ! ^_^
*tp rasanya ada lagi kelas tambahan,sbb nak ganti kuliah2 yang batal akibat lecturer bizi la apa la. Hmmm. Dia yg batalkan kelas,kite lak nak kena ada tambahan...Hew2.. 

Sy x boleh nak menaip entry panjang sebab sedang buat tugasan berbaki iaitu KPD- Penaksiran 1. Hampir rata riti budak2 UPSI x suka tugasan nie sbb leceh.Senang, tp banyak. Eh xdelah senang sgt kot? Tp boleh kata senang jugak la bg sy sbb buat cincai cincau pun booooooolehh. So malam nie nak print,sediakan ongkosnya kerna bukan 10 keping harus di perin,tp mybe 50-70 page gitu la.. Gitewwww...

So,untuk peringatan diri sendiri, senarai tugasan yang x siap lg ialah :
1. KPD - Rph,jpk,jpu,set 40 soalan,model assure,esei 10 pages, dan lain2 sila rujuk kawan sbb x tau menfe,ponteng banyak kelas bosan. Hee. 

2. Laporan & slide presentation kelompok kaunseling En Nuar.

3. Buku log makmal kelompok kaunseling

4. Laporan sesi live kelompok kaunseling. My live session is tomorrow yahooo !

Ok then, byep




Tu la En Nuar. Laki yg pakai spek. Lecturer kaunseling kelompok/kelompok kaunseling. Best dia, ore kelate. Baik je.. nak bg A je semua... Dulu pun dia bg A jugak kat kami masa dia ajar sem 3 (kalau x silap)

Yg x pakai spek tu the only one classmate lelaki dalam kelas kami.. hee. 

Nampak sy nampak sy? Huhu. Kan dah kate.. kalau g kelas mana ada melawa pun..tudung ngn bju pun xde kena mengena..And dgn x mekap,oh tak kuasa mak nak melaram nyahhh... ^_^

Jom geng study week nie kite g jenjalan...
see?

Wednesday, November 28, 2012

Jadual Final Exam Rara

Assalamualaikum
Alhamdulillah dah keluar.. :)

CodeDescDateTimeVenueSeat
1KKP3053Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah31/12/201209:00 AMB09-0-BK0126
2KKG3023Kelompok Kaunseling02/01/201309:00 AMB03-3-BK0943
3KKS3033Kaunseling Pelbagai Budaya03/01/201309:00 AMB10-0-BK0176
4BML3043Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu04/01/201309:00 AMDewan Besar UPSI136
5BML3053Morfologi Bahasa Melayu05/01/201309:00 AMSITC366






Saturday, September 22, 2012

Blogger Pilihan from UPSI

Assalamualaikum

Dah baca newspaper hari nie? Ada org tuuu....masuk.......newspaper.. hihi. Ce selak ce selak dalam page Blogger Pilihan. Ce tgk ce tgk gambar sapa? Ngeh3... ^__^


Hubungan saya dgn Cikgu Hizami mmg  rapat  xde kena mengena. Sy x kenal dia dan semestinya dia x kenal saya. Yg saya tahu,td masa dalam kelas koperasi,saya baca newspaper apa ntah,pastu tgk page blogger pilihan,TERnampak lah dia. Lalu terus teruja sbb dia dari UPSI. Wahh sama la itew,samew samew. Skg mengajar kat Melaka kalau x silap. Hewhew. Semogalah sy pun nnt jadi cikgu+blogger mcm dia..ONE DAY.. InsyaAllah 2 or 3 tahun lagi dehh? ^_^ 

Kepada abe Hizami. Ehhh! Awak smart macam kereta. INI
Tapi Awal Ashaari lagi smart . Oppss
Apa awak nak buat kalau orang buat macam INI kat kereta awak?

Ok lah. Itu saja bendanya nak cakap.. Hee. Tata.




Monday, September 17, 2012

Selamat Hari Malaysia dari Cikgu Rara

Assalamualaikum

Yaa. Hari nie cikgu nak ajar kamu semua ttg sejarah 16 September iaitu??Hari Malaysiaaaaaaaaaaaa :)) *sengih nampak gigi
Ok..baiklah,cikgu bacakan teks,kamu semua salin dalam buku nota tau? Tulis dgn pen warna pink
Okay? :))

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Haa sempat salin semua?
Sempat cikguuuuuuuuuuuuu..*budak2 jawab 
Ok..itu saja cikgu nak kamu semua salin dan baca sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii?
Ingaaaaaaaaattt........ *budak2 jawab dgn  nada x ikhlas

Ok..dah,tutup buku semua. Malam karang baca dan hafal ok? Haa..Sekarang nie cikgu nak tunjuk gambar2 cikgu masa cikgu muda2 remaja dulu. Masa cikgu muda2 dulu cikgu kiut miut tau ,. ! Kan? Cikgu nie dah la kiut miut,berbudi bahaserrrrrrrrrr,hormat bendera plak tu. Haaa.

Uweekkkkk
uuuwerrkkkk !! 
 *beberapa pelajar muntah2 dan loya.



Sambil2 kamu tgk gambar cikgu dgn bendera Malaysia nie,cikgu nak pesan balik sekolah nanti,suruh mak,kakak,makcik,maklong,maklang,nenek kamu semua tgk2 kek cawan cikgu nie... Kek cawan 1 malaysia. Kalau kamu nak tgk, sini ada --> Kek Cawan Malaysia !Tgk la,sbb Mak Jemah ada bertanding buat cupcake nie. Kreatif sgt tau dia buat. Mcm x lalu plak nak makan sbb kek patriotik sgt.  See? Cikgu suka yg nie--> Cupcake
Ohh lagi satu cikgu nak tanya,, kamu semua suka minum air coklat istimewa tak? Ermm air coklat istimewa tu mcm kat SINI .Nanti tekan je kat situ, tgklah coklat tu.  Yang istimewa nyaaaa... is.. dia nnt agih2 dgn trak hijau nie. Gambar ada kat sini lebih kurang --> Trak Hijau berisi air coklat !  
Kamu jangan risau..Coklat tidak menggemukkan. Sedapppppppp drpd milo. 



Baiklah...semua dah tgk gambar2 cikgu tadi? dah kan...
Ok k cikgu tahu kamu semua bosan sbb gmbr yg lebih kurang sama/sama sejibik je cikgu tunjuk kan?
Tp xpelah..mcm cikgu selalu ckp lah kan ;
Ada cikgu kesah? 
Hehe.. dah2 yg muntah td pegi toilet skg. Bucuk.

Yg penting cikgu nak kamu semua 
SAAAAAAAAAAAAYANGGG MALAYSIA
CIIIIIIIIIIIIIIINTA MALAYSIA
JAGA MALAYSIA KITA nie. Ok? boleh?
*bolehhhhh cikguuuuu !! ..  

Baiklah murid2 cikgu semua..cikgu da penat la. Cikgu balik dulu ek? Kamu semua x boleh balik lg..tunggu pukul 1 k? Sementara tu,kamu buat kerja masing2 ek.. Asah pensel ke...conteng buku ke.. k? 
Cikgu balik dulu.. tata

GURAUAN SEMATA-MATA. DILARANG DIBUAT RUJUKAN. 

Sunday, June 3, 2012

Yeay ! Final Exam

Assalamualaikum

Esok petang 2.30 maka bermulalah kertas pertama utk peperiksaan akhir semester aku.
Like
Like
Like sampai lebam sbb bila FINAL mesti la lepas siap semua tu.. boleh balik kampung,cuti semester. Heheheee.
Phewww belum mula pun lg dah fikir nak balik kan.Heeee.
Apa yg lainnya final exam kali ini adalah kami budak2 UPSI xde study week. That means xde masa untuk berkelah,baca novel lama2,pergi jalan-jalan makan angin mahupun pulang ''study'' kat rumah dgn family. Sadis x. Khamis last kelas,Isnin final exam. Tp kira okay la jugak kot kan.. 3 hari tu, ada je mana2 masa Allah bg utk manfaatkan betul2. Hewhew. Kannnnnnnnnnn. 

Eh ok xleh cakap banyak sbb esok exam. Jadi nak kena tido sekarang... 


Exam Schedule
Semester 2 Sesi 2011/2012
CodeDescDateTimeVenueSeat
1KKC3023Kaunseling Kerjaya04/06/201202:30 PMB03-1-BK0126
2KKD3043Kaunseling Penyalahgunaan Dadah05/06/201202:30 PMSITC133
3KKH3043Kaunseling Individu06/06/201202:30 PMB10-0-BK0426
4BMK3043Seni Mengarang07/06/201202:30 PMSITC109
5KPS3014Pengurusan Pembelajaran16/06/201209:00 AMDewan Besar UPSI357
6CUF2021Pandu Puteri Siswi II No Final Exam
Exam Slip
Please print the slip on an A4 white paper using Landscape mode.


Ok U all. this is my exam schedule. 
Grrrrrr. 4 hari berturut2. 
dan Grrrrrrr. gap 8 hari semata2 utk 1 paper last. Ew.
ew
ew 
   ew !!

Tidur.... Selamat malam. Eh pagi. Tata. 

Tuesday, May 15, 2012

Selamat hari cikgu :)

Assalamualaikum
Selamat hari guru cikgu !


Sekarang i semester 4 tahun 2 UPSI.
Semester 7 i akan praktikal.. di sekolah.. mybe area Negeri Perak nie sbb batch kami2 sikit saja..
Ummm....
Mulai sem 7 nnt sy akan bt perubahan dari segi style pemakaian. I will see.. n i'm promise ! :)

Friday, April 6, 2012

Bermula cuti mid sem

Assalamualaikum

Cuti mid sem dah mula. Malam nie bertolak balik kg. Pukul 9.30 bas Mede  . Seminggu saja cuti. Minggu depan aku kena datang UPSI balik, dengan flight air asia . Aaaaaaaaaaaaa kejap saja cuti :( Grrrr. Ada keje jugak dalam cuti2 pun. Aku kena interview 1 kerjaya yang kurang diketengahkan. Yang aku nampak skg nie, kerjaya pengusaha saloon, pengusaha butik pengantin atau jurumekap. Tapi tak tau nak amik sapa. Ingat nak amik yg dekat2 rumah je. Klu x interview dorang,, nak interview kerjaya apa ek? yang aku minat2 sikit la. Huhu. 
Tak sabar nak balik jumpa
Mek
Isho
Linda
Kanda
Aliya
Yie
Kema
Ain
Arina
BFF form 6. nunu shishi fafa zaza
BFF 3. T'ah ngn saky
BFF sejati. semah n ida
BFF P.pekan. Wanie ngn ain
Sapa lagi ek. Ntah. :) 


xmau baca buku nie nnt cuti.

bunga dpn umah

Thursday, March 29, 2012

Cikgu Mastura

Assalamualaikum

Selasa lepas presentation subjek 2P. (Pengurusan Pembelajaran) Group aku dapat tajuk pengurusan bilik darjah. Part aku,aku kena jadi cikgu sejarah. Ya,maka hari itu aku jadi cikgu sejarah. Masa tu aku perkenalkan diri aku. Aku tekankan nama aku cikgu Mastura. Ciss,,kenapa mesti aku sebut nama aku. Boleh je kalau just cakap cikgu. X pyh buh cikgu Mastura. huhuhu !  Makanya semua orang panggil aku cikgu Mastura waktu itu. Blaaa. Bla... blaaaa blaa. aku jadi cikgu sejarah form 3 ari nie. ajar empayar Melaka dgn teknik kemahiran ICT. tayang video.ganas gila masa part pelanduk putih tendang anjing.Ganas gila misai Parameswara.Hehehee. menarik. baru la budak2 minatttttttttttttttttttttttttttttttt . nie x,baca buku. sapa tak bosan? *Jadi kepada cikgu2 sejarah atau bakal cikgu sejarah di luar sana,ubahlah style teknik pengajaran anda di dalam bilik darjah. sudah2 la bacakan budak2 buku teks sejarah.brapa ketul je dgr. aku dulu masa sejarah mmg klu tak menguap luas2,tido. Heheheeeee, sbb tu aku xleh A sejarah. 

Smpai part modul kak tia,kak tia dapat tajuk susun atur bilik darjah. so dia suh "budak2" (rakan2 sekelas) tu buat plan bilik darjah. mcm lukis susun atur meja kerusi papan kenyataan sume. Jadi kami pantau pantau la
Pastu kan................  ada la 1 group nie,,yg dimonopoli lelaki kos apa ntah,, ADE KE PATUT DIA LUKIS SKALI NGAN CIKGU2 SEKALI. CIKGU TU PLAK,AKU. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !! hahahaahahahaa ngok ngek tol la budak2 zaman skag. Lebih kurang mcm nie la dorang lukis aku dgn dialog aku.


Masa depa present plan depa,, lepas siap ckp yg wajib2 susun atur kerusi,,meja,,ada itu ada ini,skali ngn fungsi2 sume tu, depa tambah "haa nie kat tgh2 nie plak cikgu. tgh mgajaq.cikgu  Mastura. "pehe dok??'' Hahahahaha hareeem buat main ngn aku noh. hahahahaa. dah la dorang sengaja ikut dialek kelantan aku. Pintu keluar depa tulis pintu tubik ! saja nk mendatangkan kenakalan disitu. nasib baik tgh buat2 jadi cikgu. klu betul2 cikgu aku dah cubit sekor2. heheheheheee. 

Mcm mana boleh berlaku? sbb aku skg malas tul nak cakap bahasa rasmi Malaysia. rasa berat mulut sangat . so mana2 pun aku ckp kelantan kecuali masa present. klu dlm kelas,masa ckp ngn kwn2,masa order mkn,,mana2 lah. aku kecek klate. malah kecek ki il.

Heheheeee.


Bukan selalu aku pakai tudung bawal. Time nak present kebanyakannya.(sbb tutup dada) *reti malu pun.lgpun nk menghayati watak sebgai cikgu kena la pakai mcm cikgu :)cikgu dakkk muka i?????????????hehe.#tudung pinjam roomate punya. aku mana ada.shawl je la adanya. heeee.kancing kiri kanan kt bahu tu pun rumet buat. aku tak reti. aku reti belit2 pastu cekik je. x reti kancing. heee.


Wednesday, January 11, 2012

Pentaksiran Klinikal T.4

Pentaksiran Klinikal merupakan penilaian dan pengukuran terhadap fakto2 psikologi,biologi dan sosial yg dilakukan secara sistematik ke atas seseorang individu yg berkemungkinan menunjukkan simtom2 kecelaruan psikologi. Durand dan Barlow,2004 - wow,latestnye
Konsep utama yg perlu dititikberatkan sblum menjalankan PK adalah ;
- kebolehpercayaan _ kekalan,konsisten
-kesahan _ mgukur apa yg ptut diukur
-piawaian _ norma

Strategi dan profesor prosedur yg boleh dilakukan dlm PK :
1. Temubual Klinikal
-interaksi bersemuka antara indvidu yg mybe ada kecelaruan psikologi dgn pakar.
tujuan : mengumpul maklumat semasa dan maklumat lepas yg berkaitan dgn pemikiran,perasaan,dan TL indivisu ttg masalah yg dialaminya.
Ada tiga jenis temubual klinikal
1. temubual berstruktur.- pakar baru dlm bidang.so tny bulat2 dan apa yg ada dlm senarai. cth : Mental Status Exam (MSE)- temubual dan pemerhatian ttg pemikiran,perasaan dan tingkah laku terhadap individu dilakukan secara sistematik.
ada 5 kategori dlm MSE
1. appearance and behavior : berkait dgn sebarang TL fizikal serta perawakan diri seseorang yg dpt dilihat dgn jelas.
2 thought process(bagaimana ia berfikir) : merangkumi kadar percakapan,kesinambungan percakapan serta kandungan yg disampaikan dlm percakapan.
3. Mood and affects. : melihat sama ada gerakbalas dari aspek mood dan afek bersesuaian mahupun tidak dengan rangsangan yg diterima. cth : kita tutup mata,dia tutup mata. (dakkk. hat nie x sure sgt)
4. intellectual functioning : temasuklah perbendaharaan kata,penggunaan abstrak dan metafora serta memori jangka panjang dan memori jangka pendek yg dimiliki individu. cth: saya seorang lelaki_saya lelaki
5.sensorium : kesedaran individu ttg orientasi asas antara diri dgn persekitaran. ia merangkumi diri,tempat dan masa.
2.temubual separa berstruktur
3.temubual tidak berstruktur

2.Pemeriksaan fizikal
-Ia merujuk kpd perkaitan antara medical condition seseorang individu yg blh membawa kpd masalah psikology. 
-Antara kemungkinan punca adalah keadaan toksik yg dialami badan secara sementara melalui pengambilan makanan,lebihan dos ubat mahupun permulaan ke arah rawatan perubatan sebenar.

3.Pentaksiran Tingkah Laku
-bertujuan utk mentaksir keadaan dan tingkah laku seseorang individu secara lebih spesifik dalam konteks yg tertentu.
-pentaksiran blh dilakukan dgn tatacara :
1. membuat target dan kenal pasti TL ttentu yg akn ditafsir,
2. menjalankan pemerhatian terhadap TL
3.Menentukan faktor yg mempengaruhi TL yg diperhatikan
-terdapat byk teknik yg boleh dilakukan utk membuat pentaksiran TL. Ia merangkumi teknik temubual,home/school visit,simulasi main peranan dlm setting sesi,pentaksiran berdasarkan Antecedent-Behavioral-Consequences,Self-monitoring dan juga senarai semak secara markat.

4. pengujian Psikologi
-Kecelaruan Psikologi blh ditafsir menerusi pengujian psikologi dgn menggunakan alat pengujian khusus.
-Ia bertujuan utk menentukan sama ada respon kognitif,emosi dan TL yg dipamerkan berkemungkinan berkait dgn kecelaruan khusus atau/dan ianya hny aspek umum yg dimiliki sbg personaliti.
-terdapat byk alat yg blh diguanakan : cth - Stanforsd-Binet Intelligence scale,Wechsler intelligence test,mana2 self report yg berkait dgn aspek psikologikal,serta ujian projektif spt Rosach Inkblot Test dan Thematic Apperception Test.

5. Pengujian Neuropsikolgi - psikologi diri kita
-Adakalanya untk menguji dan mentafsir keadaan sebenar kefungsian otak memerlukan kos yg tinggi dan rumit. Melalui pengujian neuropsikologi,pentaksiran ttg ketidakfungsian otak dgn membuat pemerhatian bg kesan ketidakfungsian itu dpt dilakukan.
-juga dapat menilai keupayaan seseorang individu dlm melaksanakan sesuatu tugas.
-Antara contoh pengujian neuropsikologi adalah Bender Visual-Motor Gestalt Test,Rhythm Test dan Tactile Performance Test. 

Neuroimej 
-Pentaksiran klinikal ini adalah merupakan taksiran melalui gambar ttg struktur dna kefungsian otak. ia bertujuan utk mengenalpasti mana2 bahagian otak yg mengalami kerosakan,
-imej struktur otak diperolehi melalui Positron Emission Tomography(PET),Single Photon Emission Tomography ( SPECT ) dan functional Magnetic Resonance Imaging (fMRI)

Pentaksiran Psikofisiologi 
-Perubahan yg berlaku dlm sistem saraf yg mereflek keadaan emosi dan psikologi seseorang individu dapat diukur melalui pentaksiran psikofisiologi
-ia boleh dilakukan melalui tahap tekanan darah, EEG, ERP serta GSR.

Tuesday, December 6, 2011

Fikirkan boleh !


Entri ini ditulis atas dasar ingin mengembalikan motivasi diri penulis. sejak kebelakangan ini penulis merasakan ketidakupayaan kendiri dalam melalui hari-hari hujung pengakhiran semester di mana pada seminggu,dua minggu inilah adalah minggu2 yg paling getir dalam semester penulis serta rakan-rakan yang lain
Tugasan individu
Tugasan Kumpulan
Ko Kurikulum
Aktiviti luar utk kumpul sijil
Kem,bengkel dan sebagainya
Semuanya di susun beratur pada hujung2 semester. mengapa begitu? - oh.. mmg begitu. 



salah 1 aktiviti dlm modul
Seumpama menyiapkan puzzle tidak bergambar,begitulah penulis mahukan kesungguhan dalam kehidupannya. Puzzle yang varieti corak keratannya,amat sukar sekiranya diri penulis yang menjadikannya sukar. -namun dalam aktiviti puzzle ini,ia tidaklah susah seperti yang digambarkan semasa menyenaraikan tugasan2 yg ditulis sebentar tadi. okay ? 
Penulis kadang-kadang rasa penat dgn ini semua,penat emosi. sehinggakan secara psikologinya ia telah mempengaruhi kefungsian lincah fizikal penulis yg genit.
Penulis mahu nyanyi lagu 
FIKIRKAN BOLEH !

lagu tema modul


Jika kau fikirkan kau boleh

Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu


Jika kau fikirkan kekalahan

Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan


Engkaulah apa kau fikirkan

Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh



Percaya apa kau lakukan

Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh



jgn sekadar nyanyi,pahatkan pd diri ! 



balik. dapat belon, yeayyyy !!

penulis mahu,biarlah semua ini berakhir dengan gembira dan baik. seperti mana mendapat belon. 
Sekian,got to go . byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee 


Wednesday, November 30, 2011

NOTA UTK TEST ONLINE-Pandu Puteri 1





-Baju pandu puteri BESAR :)
-seluar koko xdok kaitan
-neclace antik bentuk lep lep xdok kena mengena
-hp pink murah2 pun xdok fungsi dalam nota nie.maah deh.
1.0       Tujuan

Tujuan kertas ini adalah untuk memperkayakan pengetahuan para pelajar berkaitan dengan kepimpinan dan menuju kearah memenuhi kemahiran insaniah berikut:

  1. LS1 – KIM – Pengetahuan tentang teori kepimpinan.
  2. LS2 – KIM – Kebolehan untuk memimpin projek.
  3. LS3 – Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan.


2.0       Pengenalan
Berikut adalah petikan yang diharapkan akan mencetuskan minat anda terhadap menjadi seorang pemimpin.
Are You a Leader or Just a Boss?
by George Ambler on February 21, 2010
I often find that many people confuse leadership with positional authority and power. We tend to believe that a person in authority or someone with a title is a leader. The reality is that most people is in authority because of their potential to lead, however leadership only occurs when the person makes a decision toexercise leadership.
There is no correlation between position and the act of leadership. Just having a title does not make you a leader, leaderships is about influence. Title only buys you the time needed to exercise leadership, and in this time your influence as a leader either increases or diminishes. There is a huge difference between being a boss and being a leader…!

“The boss drives group members; the leader coaches them.
The boss depends upon authority; the leader on good will.
The boss inspires fear; the leader inspires enthusiasm.
The boss says ‘I’; the leader says ‘we.’
The boss assigns the task, the leader sets the pace.
The boss says, ‘Get there on time’; the leader gets there ahead of time.
The boss fixes the blame for the breakdown; the leader fixes the breakdown.
The boss knows how it is done; the leader shows how.
The boss makes work a drudgery; the leader makes it a game.
The boss says, ‘Go’; the leader says, ‘Let’s go.’“
People follow the boss because they have to, that is if they want to keep their jobs they do what the boss asks. People follow leaders because they choose to. They follow leaders because of who they are and where they are going.  Too many leaders today rely on their position to lead. How about you?
Dalam kursus-kursus unit berunifom, anda mempunyai ruang untuk mempelajari secara amali menjadi seorang pemimpin. Anda mungkin seorang pemimpin yang assigned bila dilantik oelh tenaga pengajar menjadi ketua atau anda mungkin seorang bakal pemimpin yang emergent. Gunakanlah peluang untuk meningkatkan kualiti kepimpinan anda. Sebagai bakal guru, kepimpinan yang berkualiti amat diharapkan dari anda untuk memimpin murid-murid dibawah bimbingan anda kearah kecemerlangan dalam hidup.
Kepimpinan adalah berkaitan dengan membuat keputusan, menentukan halatuju, menetapkan matlamat, merancang perjalanan kearah pencapaian matlamat dan membuka ruang sepenuhnya agar para subordinat dan pemimpin boleh tiba ke puncak matlamat dengan jayanya.
Walaupun banyak terdapat pandangan bagaimana mengkonsepsikan kepimpinan, terdapat komponen-komponen asas  yang berkait dengan kepimpinan, antaranya kepimpinan adalah suatu proses, kepimpinan melibatkan pengaruh, kepimpinan berlaku dalam konteks kumpulan dan kepimpinan melibatkan usaha untuk mencapai sesuatu matlamat.

Terdapat pelbagai teori yang cuba memberikan gambaran yang lebih jelas berkaitan kepimpinan antaranya Teori Tret, Teori Situasi dan pelbagai lagi.

Stogdill (1974) mengenalpasti tret-tret dankemahiran yag perlu pada seorang pemimpin. Tret-tret meliputi berupaya mengubahsuai kepada situasi berbeza, alert atau peka kepada persekitaran sosial, beriltizam (ambitious) dan berorientasikan kejayaan, asertif, koperatif, boleh diharapkan, dominan (keinginan untuk mempengaruhi orang lain), bertenaga (energetic), tekal (persistent),keyakinan diri, toleran akan stress serta sanggup memikul tanggungjawab. Kemahiran yang diperlukan adalah bijak (clever/ intelligent), berkebolehan mengkonsepsikan masalah, kreatif, berdiplomasi dan berbahasa, petah bercakap, berpengetahuan berkaitan tugasan dalam kumpulan, terurus (kebolehan mentadbir), persuasive dan berkemahiran sosial.

Kepimpinan sebagai suatu proses

Ini bermaksud  bahawa ia bukanlah satu ciri atau tret yang perlu ada dalam seseoang pemimpin tetapi adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku hasil interaksi pemimpin dengan subordinatnya. Proses bermaksud bahawa seseorang pemimpin memberi kesan kepada subordinatnya dan menerima kesan dari subordinatnya. Ini bermakna kepimpinan bukanlah sesuatu yang linear, sehala tetapi adalah satu perisitwa interaktif. Bila didefinisikan sebegini, maka kepimpinan tidak lagi terhad kepada orang tertentu (yang mungkin dikatakan mempunyai tret tertentu) tetapi boleh ujud dikalangan semua orang.

Kepimpinan melibatkan pengaruh. Ia berkait dengan bagaimana seorang pemimpin memberi kesan kepada para subordinatnya. Pengaruh adalah sine qua non of leadership. Tanpa pengaruh, kepimpinan tidak ujud.

Kepimpinan berlaku dalam konteks berkumpulan. Kepimpinan melibatkan mempengaruhi sekumpulan individu yang mempunyai matlamat bersama. Kumpulan mungkin satu kumpulan kecil, kumpulan besar mahupun suatu organisasi. Program yang mengajar seseorang itu yang ia mengetuai dirinya sendiri sahaja tidak didefinisikan sebagai pemimpin dalam konteks ini.

Kepimpinan menitikberatkan menuju kearah sesuatu matlamat. Ini bermakna kepimpinan mesti berupaya menggerakkan sekumpulan individu kearah menyempurnakan sesuatu tugas atau mencapai sesuatu hasil.

Kepimpinan tret - kepimpinan melalui proses

Kerapkali kedengaran istilah bahawa seseorang itu semula jadi mempunyai bakat sebagai pemimpin. Pandangan seperti ini bahawa seseorang itu lahir bersama tret-tret pemimpin. Kepimpinan sebagai suatu proses membawa maksud bahawa seseoerang itu tidak semestinya dilahirkan dengan tret untuk menjadi seorang pemimpin. Ia boleh menjadi pemimpin atau mempunyai sifat pemimpin hasil daripada proses-proses yang dilaluinya.

Kepimpinan assigned - emergent

Dua bentuk kepimpinan yang biasa ditemui adalah kepimpinan assigned dan kepimpinan emergent.Assigned bermaksud pemimpin diberi jawatan berkenaan oleh satu kuasa yang lebih besar seperti mana seorang pengetua diberi jadi ketua oleh jabatan pendidikan negeri atau seorang ketua darjah dilantik menjadi ketua oleh guru tingkatan.  Tetapi kita sedar terdapat ketua yang arahannya tidak diikuti oleh subordinat tetap subordinat ini akan mengikut kata seorang yang tidak dilantik secara rasmi. Orang seperti ini dikatakan memperolehi kepimpinan emergent. Individu dalam organisasi berkenaan menerimanya, tingkahlakunya dan gerak geri sebagai pemimpin mereka. Kepimpinan emergent biasanya timbul melalui satu proses yang berpanjangan hasil komunikasi antara semua yang berada dalam organisasi itu.  Antara ciri-ciri hasil komunikasi yang merupakan tanda-tanda kepimpinan emergen adalah ringan mulut, minta pandangan orang lain, memulakan idea baru, tegas tapi tidak bengkeng dsbnya.

Personaliti juga dikatakan merupakan salah satu pemimpin emergen. Sifat-sifat seperti lebih dominan, lebih cerdik, lebih berkeyakinan, mempunyai efikasi kendiri yang tinggi biasanya ada pada seorang yang bergelar “pemimpin”.


Pendekatan kepimpinan berasaskan tret

Walaupun terdapat pandangan yang mengatakan kebanyakan pemimpin mempunyai tret yang sama seperrti cerdik, berwaspada, proaktif dan berpandangan kehadapan, bertanggungjawab, berinisiatif, tekal dan gigih (persistence), berkeyakinan kendiri dan dapat berinteraksi sosial dengan pelbagai individu, namun ciri-ciri ini tidaklah mutlak. Ini adalah kerana tret-tret yang ada sewajarnya relevan untuk sesuatu situasi tertentu. Terdapat 10 ciri-ciri yang selalunya dipunyai oleh seorang pemimpin, iaitu:

  1. Bertanggungjawab dalam menyempurnakan sesuatu tugasan
  2. Teruja dan gigih dalam menuju matlamat
  3. Sanggup meneroka pelbagai perkara baru dan keaslian dalam menyelesaikan masalah
  4. Menunjukkan inisiatif
  5. Keyakinan diri dan sifat identiti sendiri.
  6. Sanggup menerima kritikan
  7. Sedia untuk menyerap stres
  8. Sanggup menerima  dan toleransi terhadap kekecewaan dan kelambatan
  9. Kebolehan mempengaruhi orang lain
10.  Berupaya menstrukturkan interaksi sosial selaras dengan matlamat.

Lima tret yang jelas dikalangan pemimpin akan dihuraikan dengan lebih terpeinci antaranya:

Kecerdasan
Biasanya seseorang pemipin mempunyai kecerdasan yang tinggi. Walau bagaimanapun kecerdasan yang terlampau berbeza antara pemimpin dengan subordinatnya boleh menyebabkan idea daripada pemimpin sukar difahami oleh subordinatnya.

Keyakinan diri
Sifat keyakinan diri adalah suatu kebolehan yang menjadikan seseorang itu yakin akan kompetensi dan kemajuannya. Ini termasuk mempunyai efikasi kendiri dan kepercayaan yang beliau boleh membawa sesuatu perubahan. Kepimpinan adalah mempengaruhi orang lain dan keyakinan diri memberi ruang untuk seorang pemimpin berasa yakin yang usahanya untuk mempengaruhi orang lain adalah sesuai dan betul.

Keazamaan
Kebanyakan pemimpin mempamerkan keazaman (determination). Keazaman merujuk kepada keinginan untuk menyempurnakan sesuatu tugasan dan ini meliputi ciri-ciri yang berkaitan seperti inisiatif, tekal berusaha (persistence), mendominasi dan kekal teruja. Seseorang individu yang mempunyai keazaman akan bersifat asertif, proaktif dan mereka berkebolehan untuk kekal berusaha dalam menghadapi segala rintangan. Mendominasi bermaksud seorang pemimpin perlu bersifat tegas dalam situasi tertentu untuk memastikan subordinatnya mengikut apa yang diarahkannya.

Integriti
Integriti adalah kualiti seorang yang boleh dipercayai. Individu yang mempunyai prinsip  dan bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan adalah seorang yang berintegriti. Seorang pemimpin yang berintegriti menanamkan keyakinan dikalangan orang lain dan ini memberi gambaran kepada orang lain bahawa pemimpin ini patut dipercayai dan akan mengotakan apa yang dikatakannya. Mereka ini adalah taat, boleh diharapkan dan tidak bermuka-muka. Pada asasnya, integriti menjadikan seorang pemimpin dipercayai dan para subordinatnya boleh meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya.

Sociability
Sociability merujuk kepada kecenderungan pemimpin untuk mempunyai perhubungan yang mesra dengan orang lain. Pemimpin yang sociable adalah mesra, mudah berurusan, sopan, berbahasa dan berdiplomasi. Mereka sensitif kepada keperluan orang lain dan menunjukkan keprihatinan yang ikhlas akan kesejahteraan orang lain. Mereka biasanya mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi dan sentiasa menjana perhubungan yang koperatif dengan para subordinat mereka.
sosialisai dgn Yan
stylo byk dia nie :))

sosialisasi dgn ntah apa nama dia,,duk panggil dia burger queen (nama pesbuk dia)
comey orgnya :)


Implikasi teori tret kepimpinan
Berbanding dengan teori kepimpinan yang lain, teori tret hanya berfokus kepada pemimpin semata-mata tanpa mengambil kira aspek pengikut mahu pun aspek situasi. Teori Tret tidak mencadangkan apakah yang harus  dilakukan oleh seorang pemimpin. Ia hanya mengatakan pemimpin mempunyai tret-tret tertentu dan ini adalah penting dalam menjadikan seorang itu sebagai pemimpin. Dengan hanya berdasarkan Teori Tret, banyak lagi perkara berkaitan kepimpinan memerlukan penjelasan lanjut, tetapi ia memberikan gambaran asas apa yang patut ada pada seorang pemimpin. Dengan mengenalpasti tret yang perlu ada pada seorang pemimpin, maka tret-tret boleh dikesan dengan menggunakan ujian-ujian personaliti.

Pendekatan berdasarkan situasi
Berbeza dengan pendekatan tret yang berfokus secara eksklusif dengan hanya mengambil kira tret-tret yang kebanyakannya kurang dinamik, pendekatan situasi membawa perspektif, bahawa seorang pemimin mengamalkan gaya yang perlu disesuaikan dengan situasi-situasi dinamik yang berlaku disekelilingnya.

Pendekatan gaya ini menteorikan bahawa kepempinan terdiri daripada dua tingkahlaku utama iaitu tingkahlaku yang berkait dengan tugasan dan tingkahlaku yang berkait dengan perhubungan. Tingkahlaku tugasan memudahkan mencapai tujuan. Ia membantu ahli-ahli kumpulan mencapai objektif mereka. Tingkahlaku perhubungan membantu subordinat berasa lebih selesa dengan diri mereka sendiri, lebih selesa antara ahli dan selesa dalam situasi yang mereka sedang alami. Tujuan utama pendekatan gaya adalah untuk menerangkan bagaimana pemimpin menggabungkan kedua-dua tingkahlaku untuk mempengaruhi subordinat mereka dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat.

Antara model yang menggunakan pendekatan gaya ini adalah Model Blake  & Mouton. Model ini yang juga dikenali sebagai managerial grid atau leadership grid direka untuk menerangkan bagaimana pemimpin membantu organisasi mereka mencapai sesuatu matlamat melalui dua faktor utama iaitu, prihatin untuk penghasilan/ output dan prihatin akan orang.


Prihatin akan penghasilan merujuk kepada bagaimana seorang pemimpin prihatin dalam usahanya memenuhi kehendak organisasinya. Ia melibatkan pelbagai aktiviti termasuk memberi perhatian kepada polisi, penghasilan produk baru, bebanan kerja dan penjualan.

Prihatin kepada orang  pula merujuk bagaimana seorang pemimpin mendengar keluhan dan kehendak para subordinatnya dalam usahanya mencapai matlamat organisasi. Ini meliputi meujudkan komitmen, menggalakkan nilai individu, keadaan bekerja yang selesa dan menggalakan perhubungan sosial yang baik. Hasil daripada interaksi kedua-dua bentuk prihatin ini boleh mewujudkan sekurang-kurang lima situasi iaitu:

  1. Pengurusan akur kepada autorrity (authority compliance) 9, 1;
  2. pengurusan kelab rekreasi 1,9;
  3. pengurusan tidak terurus, 1,1
  4. pengurusan pertengahan jalan,  5,5  dan
  5. pengurusan berpasukan 9,9

Pengurusan akur kepada autoriti (9,1)
Dalam pengurusan ini, gaya kepimpinan mengganggap subordinat hanyalah sebagai alat untuk memenuhi kehendak organisasi. Penekanan adalah untuk menyiapkan tugasan dan kurang prihatin akan kehendak para subordinat. Komunikasi dengan subordinat tidak ditekankan. Komunikasi bersifat mengarah berkaitan dengan tugas yang perlu dilakukan oleh subordinat. Pemimpin dalam gaya pengurusan ini dilihat sebagai seorang yang terlampau menekankan paksaan keatas subordinat.
Pengurusan kelab rekreasi (1,9)
Gaya pengurusan kelab rekrasi menggunakan prihatin yang rendah untuk menyempurnakan tugasan tetapi prihatin yang tinggi akan perhubungan interpersonal. Gaya ini lebih mementingkan sikap dan perasaan subordinat, memastikan keperluan peribadi dan sosal para subordinat dipenuhi. Pemimpin gaya ini berusaha untuk menghasilkan iklim yang positif dengan menyetujui kehendak subordinat, sentiasa ingin menbantu dan mengelakkan dari isu-isu yang kontroversi.

Pengurusan pertengahan (5,5)
Pemimpin yang mengamalkan pengurusan ini adalah yang mempunyai keprihatinan untuk kedua-dua tugasan dan orang ramai dan cuba mencari kesimbangan antara kedua-duanya. Mereka mengelak dari terlibat dengan kontroversi dan cenderung untuk mencari jalan tengah.

Pengurusan berpasukan (9,9)
Gaya kepimpinan ini memberi penekanan kepada kedua-dua tugasan dan perhubungan interpersonal. Ia menggalakkan penglibatan yang tinggi dikalangan subordinat,  membentuk semangat berpasukan yang komited terhadap tugasan yang ingin disempurnakan. Pemimpin gaya ini merangsang penglibatan subordinat, terbuka dalam membincangkan isu-isu, menetapkan dan menjelaskan keutamaan, menyempurnakan apa yang dimulakan, berfikiran terbuka dan gemar bekerja.

Pendekatan kepimpinan mengikut situasi
Pendekatan kepimpinan mengikut situasi berfokus kepada kepimpinan dalam satu situasi tertentu. Premis pendekatan ini adalah situasi yang berbeza memerlukan bentuk kepimpinan yang berbeza. Untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan, seorang pemimpin mestilah mengadapatasi gaya yang bersesuaian dengan keperluan situasi yang berbeza itu.

Pendekatan ini mencadangkan bahawa kepimpinan adalah terdiri daripada dimensi direktif dan dimensi menyokong. Seorang ketua dalam sesuatu situasi mesti menilai subordinatnya dan mentaksir kompetensi dan komitmen mereka dalam menyempurnakan sesuatu tugas. Berasaskan andaian yang kemahiran dan motivasi subordinat akan berubah-ubah mengikut masa, maka kepimpinan mengikut situasi ini mencadangkan pemimpin juga mengubahsuai gaya kepimpinan mereka, antara menjadi direktif atau menyokong dalam usaha memadankan dengan keperluan subordinat. Seorang pemimpin  yang berkesan adalah pemimpin yang dapat mengesan keperluan subordinat dan kemudian mengadapatasi gaya kepempinan mereka untuk memenuhi keperluan yang berubah-ubah ini.

Model Hersey Blanchard ini mengambil kira dua komponen iaitu gaya kepimpinan dan aras perkembangan para subordinat


Gaya kepimpinan
Gaya kepimpinan merujuk kepada pola tingkahlaku seseorang individu yang berusaha untuk mempengaruhi orang lain. Ini meliputi kedua-dua tingkahlaku direktif (task) dan tingkahlaku menyokong (perhubungan). Tingkahlaku mengarah membantu ahli kumpulan dalam mencapai matlamat dengan memberi arahan, menetapkan tujuan dan kaedah penilaian, menentu jadual masa bertindak (working timeline), menentukan peranan dan menunjukkan bagaimana sesuatu tujuan itu boleh dicapai. Tingkahlaku direktif biasanya adalah komunikasi satu hala berkaitan dengan apa yang perlu dibuat, bagaimana ia akan disempurnakan dan siapakah yang bertanggungjawab untuk menyempurnakannya. Tingkahlaku menyokong pula membantu ahli kumpulan berasa selesa akan diri mereka sendiri, rakan sekerja dan dengan situasi. Tingkahlaku sokongan melibatkan komunikasi dua hala yang menunjukkan sokongan sosial dan emosi kepada ahli lain. Antara contoh tingkahlaku menyokong adalah pemimpin eminta input dari subordinat, menyelesaikan masalah, memuji, berkongsi maklumat mengenai diri dan mendengar.

Gaya kepimpinan diklasifikasikan kepada empat kategori tingklahlaku mengarah-menyokong.
Gaya pertama (S1) adalah tinggi mengarahnya dan rendah sokongannya yang juga dikenali sebagai gaya mengarah. Dalam kategori ini, seorang pemimpin bertumpu untuk memenuhi tujuan dan hanya peruntukan masa yang sedikit untuk tingkahlaku menyokong. Gaya ini menampakkan pemimpin sebagai seorang yang memberi arahan mengenai apa yang harus dilakukan dan bagaimana ia harus dilaksanakan kepada subordinat dan seterusnya menyelia subordinatnya.

Gaya kedua S2 dikenali sebagai pendekatan coaching. Ia bersifat tinggi mengarah – tinggi menyokong. Dalam pendekatan ini, pemimpin berfokus untuk mencapai tujuan sambil menjaga keperluan emosi subordinatnya. Gaya coaching ini memerlukan pemimpin melibatkan dirinya dengan subordinat melalui galakkan dan mendapatkan input daripada subordinatnya.  Sama seperti dalam S1, pemimpin masih merupakan yang membuat keputusan, apa yang akan dicapai dan bagaimana cara mencapainya.

Gaya 3 adalah tinggi menyokong – rendah mengarah. Dengan gaya ini, pemimpin tidak terlalu fokus kepada tujuan tetapi menggunakan tingkahlaku menyokong untuk memberi ruang untuk subordinat mempamerkan kemahiran mereka yang berkait dengan tujuan. Gaya menyokong ini meliputi mendengar, memuji, meminta input dan memberi maklumbalas. Pemimpin yang mengamalkan gaya ini memberi ruang untuk subordinat membuat keputusan tetapi pemimpin sendiri hadir untuk memudahkan bila berhadapan maslah. Seorang pemimpin S3 dikatakan lebih cepat akur dan memberi pengiktirafan yang sesuai dan sokongan sosial kepada subordinat.

Gaya 4 adalah rendah menyokong – rendah mengarah atau delegating. Dalam gaya ni, seorang pemimpin kurang menyumbang dari segi input tugasan dan sokongan sosialnya. Seorang yang mengamalkan S4 menyerahkan kawalan kepada subordinatnya.  

Aras kemampuan/ perkembangan

Komponen kedua dalam model ini adalah berkait dengan aras kemampuan para subordinat. Aras kemampuan merujuk kepada sejauh mana subordinat mempunya kompetensi dan komitmen yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu tugasaan itu, iaitu adakah subordinat telah menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk melakukan sesuatu tugasan spesifk dan adakah subordinat berkenaan telah mempunyai sikap yang positif berkaitan tugasan berkenaan. Subordinat adalah pada aras kemampuan yang tinggi jika mereka berminat dan yakin akan kerja mereka dan mereka tahu bagaimana menyempurnakan tugasan berkenaan. Subordinat adalah pada aras kemampuan yang rendah jika mereka tidak berkemahiran untuk sesuatu tugas tetapi berasa mereka mempunyai cukup motivasi atau keyakinan untuk menyempurnakan tugasan.

Bagi sesuatu tugasan tertentu, subordinat boleh dikategorikan kepada empat kategori iaitu, D1, D2, D3 dan D4. Subordinat D1 adalah rendah dari segi kompetensi dan tinggi dari segi komitmen. Mereka biasanya adalah baru kepada tugas dan tidak tahu sepenuhnya bagaimana melaksanakan tugas berkenaan, tetapi mereka amat teruja akan cabaran yang mereka akan hadapi. Subordinat D2 adalah subordinat yang mempunyai sebahagian kompetensi tetapi rendah dari segi komitmennya. Mereka sudah mempelajari cara melaksanakan sesuatu tugasan itu tetapi mereka telah mula hilang motivasi berkaitan tugasan berkenaan. Subordinat D3 pula adalah subordinat yang kompetensinya adalah sederhana ke tinggi tetapi kurang komitmen. Mereka ini telah pun memperhalusi kemahiran yang diperlukan untuk sesusatu tugasan itu tetapi tidak berasa yakin samada mereka boleh menyempurnakan tugasan itu. Subordinat D4 adalah yang mempunyai berkemahiran dan komitmen yang tinggi untuk menyempurnakan tugas. Mereka adalah yang mempunyai kemahiran dan bermotivasi untuk menyempurnakan tugasan berkenaan.

Tindakan seorang pemimpin
Dalam teori ini seorang pemimpin berhadapan dengan subordinat yang mungkin dinamik dari segi dua komponen utama iaitu kemahiran dan komitmen mereka. Maka adalah penting seorang pemimpin mendiagnosa dikategori manakah para subordinatnya berada dan mengadapatasi gaya kepimpinannya supaya sepadan dengan aras perkembangan subordinat.

Oleh itu seorang pemimpin pula bertanya pada dirinya beberapa soalan penting. Apakah bentuk tugasan yang beliau ingin subordinatnya sempurnakan? Sesukar manakah tugasan berkenaan? Adakah subordinat  mempunyai cukup kemahiran untuk menyempurnakan tugasan berkenaan? Adakah subordinat mempunyai keinginan untuk menyempurnakan tugasan berkenaan setelah mereka memulakan tugas?

Dengan mengenali kategori subordinat berkenaan, maka lebih mudah untuk menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai. Biasanya subordinat baru D1 mempunyai motivasi yang tinggi menjalankan tugas tetapi kurang memahami apa yang harus dilakukan. Bagi D4 pula adalah subordinat yang berpengalaman yang telah pun membuktikan kebolehannya dan terus kekal bermotivasi menyumbang kepada pemimpinnya.

Setelah dikenalpasti aras perkembangan subordinat, maka pemimpin sebaiknya menggunakan gaya kepimpinan yang sepadan untuk mendapat pencapaian optima. Jika subordinat berada pada aras D1, maka pemimpin sebaiknya mengamalkan gaya kepimpinan S1 iaitu tinggi mengarahnya dan rendah sokongannya. Jika subordinat berada pada aras yang lebih tinggi seperti D2, maka pemimpin sewajarnyanya mengamalkan S2 iaiti gaya coaching. Pemimpin perlu fleksibel dengan gaya kepmpinannya kerana mungkin ujud kualiti komitmen yang berubah-ubah dikalangan subordinat. Pemimpin tidak wajar mengamalkan gaya kepimpinan yang sama secara berterusan tanpa mengambil kira aras perkembangan subordinat.

Model Vroom-Yetton-Jago Normative Decision Model
Model ini membantu pemimpin membuat keputusan dalam situasi yang manakah keputusan itu boleh dibuat berseorangan atau secara berkumpulan iaitu dengan panduan tujuh soalan. Berdasarkan jawapan ya atau tidak, maka akan dicadangkan gaya kepimpinan yang sesuai iaitu:
Autokratik Jenis 1 (AI) – pemimpin membuat keputusan sendiri menggunakan maklumat yang sudah sedia ada padanya pada masa itu. Gaya ini autokratik sepenuhnya.
Autokratik Jenis 2 (AII) – Pemimpin mengumpul maklumat daripada para subordinat, kemudian buat keputusan secara berseorangan. Masalah mahupun keputusan mungkin dimaklumkan atau tidak dimaklumkan kepada subordinat. Dalam gaya ini, penglibatan subordinat terbatas kepada membekalkan maklumat kepada pemimpin.
Konsultatif Jenis 1 (CI) – Pemimpin berkongsi masalah dengan subordinat tertentu sahaja dan dapatkan idea, pandangan daripada mereka secara individu dan buat keputusan bersendirian. Para subordinat tidak dikumpulkan atau berjumpa sebagai satu kumpulan. Subordinat hanya membekalkan maklumat secara berseorang sahaja.
Konsultatif Jenis 2 (CII) – Pemimpin berkongsi masalah dengan subordinat sebagai satu kumpulan dan mendapatkan idea dan pandangan subordinat dan buat keputusan bersendirian. Subordinat berjumpa tetapi penglibatan subordinat hanya pada aras membantu dalam membuat keputusan.
Kumpulan Jenis 2(GII) – Pemimpin berbincang masalah dan situasi bersama sekumpulan subordinat dan mendapatkan idea dan cadangan mereka melalui sumbangsaran. Pemimpin menerima keputusan dan tidak cuba memaksa ideanya terhadap subordinat. Keputusan diterima oleh kumpulan subordinat sebagai keputusan muktamad.
Tujuh soalan yang perlu ditanya oleh pemimpin semasa menggunakan Model Vroom & Yetton ini seperti tersenarai dibawah. Ketujuh-tujuh soalan dijawab dengan jawapan Ya atau Tidak hinggalah ke keputusan terakhir.
  1. Adakah keputusan itu memerlukan kualiti?
  2. Adakah saya (pemimpin) mempunyai maklumat yang cukup untuk buat keputusan yang berkualiti?
  3. Adakah masalah itu berstruktur?
  4. Adakah penting subordinat menerima keputusan bila ia diimplementasikan nanti?
  5. Jika saya (pemimpin) buat keputusan secara bersendirian, adakah ia akan diterima o;leh subordinat?
  6. Adakah subordinat berkongsi matlamat dengan pemimpin?
  7. Adakah akan ujud konflik dikalangan subordinat berkaitan keputusan yang dipilih?
Dengan menganalisa sesuatu situasi dan menilai masalah berasaskan masa yang ada, keterlibatan ahli pasukan dan kualti keputusan yang diinginkan, maka satu keputusan yang lebih sesuai boleh dipilih. Model ini memberi peluang untuk satu pendekatan yang logik dan peluang pemimpin menseimbangkan kelebihan pengurusan yang melibatkan ahli pasukan dan integriti pemimpin itu sendiri.

3.0 Penutup
Kebolehan memimpin adalah suatu aset yang amat penting kepada graduan UPSI. Teori-teori yang telah diterangkan hanyalah merupakan sebahagian kecil pengetahuan berkaitan kepimpinan. Anda sendiri perlu meneroka banyak lagi teori berkaitan kepimpinan dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian anda. Sebagai seorang guru, anda telah pun mempunyai lima jenis kuasa yang anda boleh gunakan untuk mengetuai pengajaran dan pembelajaran dengan murid-murid anda, iaitu (1) legislative power, (2) charismatic power, (3)referent power, (4) reward power dan (5) coercive power. Gunakanlah power yang sesuai agar anda menjadi leader dan bukan boss untuk menjadikan pembelajaran mereka suatu yang bermakna.
datang lambat balik awal
ok.. tata



 Sumber :Norlaily  Abd Rahman 
Kepimpinan untuk Kursus-Kursus Unit Berunifom 
Pusat Kokurikulum, UPSi