Thursday, February 27, 2014

[ HEBAHAN ] Pengambilan BAUCER BUKU 1 MALAYSIA (BB1M) RM250

Assalamualaikum..

Hebahan untuk pengambilan BAUCER BUKU 1 MALAYSIA(BB1M)


Mahasiswa UPSI boleh mengambil baucer buku yang telah ditetapkan mengikut peringkat pengajian dan semester (sila rujuk UPSI PORTAL) bermula 5 Mac 2014..sila patuhi masa yg ditetapkan supaya mengelakkan kesesakan..

Sila pastikan saudara/saudari :-

1. membawa kad matrik dan kad pengenalan semasa mengambil BB1M.

2. mendapat 5 keping BB1M berjumlah RM50.00 setiap satu.

3. melengkapkan maklumat berikut dibelakang setiap baucar buku

- nama penuh seperti dalam kad pengenalan

-nombor kad pengenalan

-no. Telefon

4. tanda tangan borang terimaan baucar

5. menerima BB1M yang menpunyai cop Universiti dibelakang baucar

6. tidak boleh wakilkan untuk mengambil BB1M

sebarang masalah bolehlah rujuk di UPSI PORTAL..

Sumber : MPP sidang 2013/2014




Tuesday, February 25, 2014

PENDEDAHAN !! Double Stemcell- MAZIDUL RELA DIPENJARAKAN DEMI MEMELIHARA KEPENTINGAN UMAT ISLAM

Assalamualaikum

Entry asal oleh : http://www.mazidulakmal.com/2014/02/saya-rela-dipenjarakan-demi-memelihara.html

Alhamdulillah, Allah masih memberikan saya kekuatan biarpun bertalu dikecam sebilangan individu terbabit dalam perniagaan produk Double Stemcell dan Triple Stemcell, keluaran syarikat Pyhtosciense Sdn. Bhd.

Phytoscience, syarikat diasaskan oleh Datuk Seri Lai Teck Peng dan produk dipasarkan secara MLM, majoriti masyarakat MELAYU, peniaga beragama ISLAM.

Teliti bungkusan produk Double Stemcell di bawah, dicetak logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.


Majoriti pengguna beragama Islam, pasti percaya dan tidak akan mempersoalkan keaslian logo halal itu. Cetakan logo itu sekaligus memberikan isyarat kepada pengguna, produk ini memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM.

Saya sendiri hampir terjebak.

Kira-kira sebulan lalu, saya berhajat untuk menjadi stokis produk itu dengan bayaran RM5,400. Wang tunai telah dikeluarkan dari bank. Namun hajat itu terpaksa saya batalkan kerana Allah maha mengetahui, menggerakkan hati kecil saya untuk terlebih dahulu mendapatkan maklumat SAHIH mengenai produk sebelum berstatus peniaga.

Apapun, terima kasih kepada ramai peniaga menyatakan kesudian untuk menaja saya dan menawarkan produk percuma tatkala itu.

Tanpa didorong oleh insan bergelar manusia, saya kemudian menghubungi Pegawai Perhubungan Awam JAKIM, Ustazah Asiah Alkharib Shah serta Pegawai Perhubungan Awam Hab Halal JAKIM, Nadia Zammil Md Nasir.

Nadia boleh dihubungi di talian 03 8892 5048.
Terima kasih di atas kerjasama dihulurkan.

Pada 20 Januari 2014, JAKIM mengeluarkan kenyataan RASMI di laman Facebook badan dipertanggungjawabkan menjaga kepentingan umat ISLAM di Malaysia.  


Kenyataan di atas boleh dibaca oleh semua pengguna memiliki kemudahan internet, klik di sini.

Pengguna di Malaysia terbukti ingin mengetahui fakta sebenar. Maklumat itu kemudian dikongsikan oleh lebih 3,000 pengunjung laman Facebook JAKIM.  

Malangnya, sebilangan individu terbabit dalam perniagaan MLM itu tidak dapat menerima kenyataan, produk Double Stemcell telah menggunakan logo halal JAKIM secara salah. Justeru segelintir mencadangkan agar saya disaman berikutan menyebarkan maklumat RASMI itu.

Pembaca sekalian, andai kata menyebarkan maklumat tepat demi memelihara kepentingan umat Islam di negara saya cintai ini adalah satu kesalahan mengikut undang-undang, saya rela dipenjarakan kerana memperjuangkan isu ini. Demi Allah yang maha berkuasa dan maha mengetahui, saya enggan melihat semua individu seagama dan sebangsa dengan saya terus dikelirukan oleh kelompok manusia memburu kekayaan duniawi. 

Saya akur, Datuk Seri Lai, individu kaya-raya, menuai hasil penjualan produk dipasarkan oleh majoriti ejen dan stokis berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Jika pengeluar bersikap jujur dalam perniagaan, mengapakah perlu logo halal JAKIM itu diperkotak-katikkan? Apakah tujuan terselindung di sebalik tindakan itu? 

Justeru molek sekiranya, Datuk Seri Lai menasihatkan peniaga MLM itu agar tidak mengambil tindakan secara semberono. Tindakan LEBIH bijak, jika Phytoscience Sdn. Bhd, memohon Sijil Pengesahan Halal JAKIM untuk menyelesaikan isu ini biarpun tidak diwajibkan.

Jika produk ingin dipasarkan kepada pengguna bukan Islam, adakah logo halal JAKIM itu penting sehingga disalahgunakan?

Ramai peniaga Double Stemcell mendakwa, syarikat pengeluar memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM tetapi telah tamat tempoh. Bertujuan tidak menyebarkan berita berupa fitnah, saya memperolehi penjelasan daripada Pegawai Perhubungan JAKIM terbabit. Saya dimaklumkan Produk Double Stemcell TIDAK pernah memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM sebelum ini. Tidak hairan jika sehingga ke detik ini, tiada peniaga berupaya mempamerkan salinan sijil dimaksudkan kerana dokumen itu tidak wujud.

Petang semalam, saya difahamkan oleh Nadia, kini logo halal tidak lagi dicetak di pembungkus baharu Double Stemcell. Hemat saya, tindakan itu sekurang-kurangnya tidak akan terus mengelirukan pengguna ISLAM di Malaysia.

Perhatikan, TIADA lagi logo halal JAKIM di sudut kanan atas bungkusan produk. Jika hal ini tidak didedahkan? 


Selain daripada isu Sijil Pengesahan Halal JAKIM, saya juga menghubungi Pegawai Perhubungan Awam SIRIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM untuk mendapatkan maklumat tepat berhubung status penggunaan logo SIRIM dan siri kodex KKM.

Berikut kenyataan rasmi SIRIM dihantar ke emel saya pada 6 Februari 2014.



Pegawai Perhubungan Awam SIRIM, Daing Zarina Daing Mokhtar, boleh dihubungi di taliann 03 5544 5021.

Berdasarkan maklumat rasmi itu, Phytoscience TIDAK mendapatkan kebenaran bertulis dari SIRIM Berhad untuk menggunakan logo SIRIM.

Jadi, mengapakah logo itu digunakan?


Akhir sekali, berikut, kenyataan RASMI dikeluarkan oleh KKM berhubung kodex dicetak di belakang bungkusan Double Stemcell.


JAKIM, SIRIM dan KKM telah mengeluarkan kenyataan rasmi, berhubung penggunaan logo halal, logo SIRIM dan kodex KKM.

Oleh itu, wajar bagi Phytoscience bertindak mengeluarkan kenyataan RASMI berbentuk penafian SEKIRANYA semua kenyataan pihak berkuasa itu DIDAPATI  tidak tepat. 

Sebagai pengguna, kami berhak untuk mengetahui fakta dan kebenaran.  


Barangkali ramai juga antara pembaca blog ini pernah melihat Sijil Halal Islamic Food Centre Asia disebarkan di alam siber. Mengikut maklumat tercatat, dua produk Phytoscience menggunakan sijil terbabit. Sijil sama juga menarik perhatian pelayar alam siber.

Berikut penjelasannya.


Andainya sijil itu masih digunakan, JAKIM perlu melaksanakan tindakan tegas mengikut lunas undang-undang dan bukan sekadar membuat kenyataan sijil itu tidak diiktiraf.


Sebilangan peniaga bertali arus mendakwa kononnya saya dibayar untuk memaparkan fakta. Sekali lagi, demi Allah, saya melakukan ini semua demi memelihara kepentingan umat ISLAM dan kesucian agama.  Tanggapan tanpa bukti hanya sekadar dakwaan.

Minggu lalu, saya diberitahu, penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan, KPDNKK, telah menyerbu sebuah premis dan beberapa produk dirampas. Nadia berjanji akan berkongsi hasil tindakan itu sebaik sahaja siasatan selesai. Ketua Pasukan Petugas Khas Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK Putrajaya, Fahmi Kassim memaklumkan saya, kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada JAKIM untuk tindakan susulan.

In Sha Allah, sebaik memperoleh perincian dijanjikan, maklumat itu akan saya kongsikan di sini sekiranya saya masih berpeluang untuk bersuara.

Entry penuh boleh dibaca di http://www.mazidulakmal.com/2014/02/saya-rela-dipenjarakan-demi-memelihara.html

Sunday, February 9, 2014

Dihalang masuk Jepun: Penganjur forum minta maaf kepada Anwar secara terbuka

Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa (Sasakawa Peace Foundation), Jiro Hanyu bertemu secara empat mata dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi meminta maaf atas insiden larangan masuk ke Jepun Januari lalu.

Jiro mengakui bertanggungjawab di atas insiden tersebut kerana selaku penganjur, mereka harus memastikan semua berjalan lancar.

"Saya adalah penganjur, saya harus bertanggungjawab atas kemelut yang berlaku.
"Saya bertanggungjawab ke atas insiden memalukan yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Jiro dalam sidang media selepas bertemu Anwar secara tertutup di Hotel One World di Petaling Jaya, pagi ini.


Dalam kontroversi pada 19 Januari itu, Anwar dihalang masuk oleh pihak imigresen Jepun sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi.
Pihak berkuasa Jepun memberi alasan Anwar tidak mendapatkan kebenaran khas bagi mengunjungi negara matahari terbit itu kerana pernah dipenjarakan di Malaysia.
Jiro berkata, pihaknya mendesak penjelasan daripada kerajaan Jepun terhadap kontroversi halangan tersebut.

"Sebab utama lawatan ini ialah untuk meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengalaman buruknya di lapangan terbang.

"Saya juga sudah menghantar surat kepada pihak kehakiman dan kementerian hal ehwal luar untuk mendapatkan penjelasan," katanya.

Sementara itu, Anwar menerima permohonan maaf tersebut dan berharap kedua-dua pihak dapat melupakan insiden yang berlaku itu.

"Saya mahu melahirkan penghargaan kepada Jiro Hanyu yang sanggup datang dan meminta maaf serta pendirian mereka.

Sumber | Artikel asal : http://my.news.yahoo.com/dihalang-masuk-jepun-penganjur-forum-minta-maaf-kepada-052711992.html

"Bagi saya, pandang ke depan. Ini hanya satu pengalaman," kata Anwar pada sidang media sama.
Jiro berkata, beliau berharap insiden tersebut tidak akan menyebabkan hubungan antara rakyat Malaysia dan Jepun keruh.

"Saya juga berharap hubungan antara rakyat Malaysia dan Jepun tidak akan menerima kesan," katanya.
Anwar selepas insiden tersebut menuduh Putrajaya mempunyai peranan dalam halangan ke atas dirinya.
Pemimpin PKR mengkritik tindakan tersebut, malah sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang diketuai Shamsul Iskandar Md Akin juga menganjurkan himpunan di hadapan Kedutaan Jepun dengan memijak bendera negara matahari terbit itu.

Putrajaya melalui Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menafikan mempunyai kaitan dengan keputusan kerajaan Jepun menghalang Anwar memasuki negara tersebut. - 10 Februari, 2014.