Assalamualaikum
Sebagai contoh,
mengajar seseorang sembahyang. Mengajar
sembahyang ialah dengan menyampaikan ilmunya seperti sah, batal, rukun dan
syarat dan hasilnya pelajar hanya tahu sembahyang.
Berdasarkan buku “ Beduk Diketuk” karya Pahrol Mohd Juoi, penulis telah memberikan perbezaan antara mengajar dan
mendidik. Menurut beliau, mengajar
merupakan perkara yang berkaitan dengan memberitahu, memahamkan dan
menyampaikan manakala mendidik merupakan perkara yang berkaitan dengan
mengajak, mendorong, membimbing dan memantau.
Berlainan pula dengan mendidik
sembahnyang. Hal ini demikian kerana
mendidik sembahyang lebih kepada mengajak.
Kita menjaid sebagai role-model kepada pelajar dalam mendidik. Jika mereka salah kita betulkan dan jika
mereka malas kita nasihatkan. Oleh itu,
pelajar akan mahu bersembahyang.
Oleh itu, kita
sebagai orang yang dewasa dan juga bakal guru pelulah menjadi seorang pendidik
yang mengajar bukannya menjadi pengajar sahaja.
Dengan mendidik akan menjadikan seseorang itu lebih memahami dan mengaplikasikan
perkara yang mereka pelajari dalam
kehidupan seharian mereka.
TEKS ASAL : ainzulaika91.blogspot.com
Rara tengah study.. untuk temuduga spp
Memoir cikgu tuition rock - outdoor time ! |