Tuesday, February 12, 2013

Jika Fikir Panjang tentang Nikah

Assalamualaikum

Mood : Gedik 
Lokasi : Depan mak
Lain2 : Lihat SHARE/MY



Orang perempuan jika 'berfikir panjang' maka mereka tak akan mahu bernikah 
manakala orang lelaki pula jika 'berfikir panjang' maka mereka akan segera mahu bernikah.

Ini kerana orang perempuan secara alami/fitrah sudah dipersiapkan oleh Allah untuk menjadi  isteri sejak memiliki kitaran haid yang pertama. Apa yang menghalangi mereka ialah perasaan mereka yang menebal. Rasa takut, curiga, risau, bimbang dan ragu-ragu yang jika difikirkan ibarat menambah minyak ke dalam api dengan situasi sekeliling dan persekitaran yang tidak membantu akan menyebabkan mereka menjadi takut untuk bernikah dan menjejakkan kaki ke alam baru. 
Sebab itu gadis yang tidak berfikir panjang cepat sahaja mahu bernikah kerana 'cinta' akan membius  dirinya sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

Manakala orang lelaki pula kebiasannya sukar hendak memulakan langkah untuk bernikah kerana  selesa membujang dan enggan memimpin atau bertanggungjawab.
Namun jika mereka berfikir panjang, mempunyai cita-cita maka kehadiran isteri sangat membantu diri mereka berdisiplin dan membina hidup yang stabil maka mereka pun akan segera mahu bernikah !