Wednesday, January 28, 2015

Wide Shawl Terbaru di Pasaran ! Wide Shawl Bunga Sulam

Assalamualaikum

Wide Shawl Terbaru di Pasaran ! Wide Shawl Bunga Sulam |   Fen0mena wide shawl ni dah lama keluar kan, sejak kali pertama dikeluarkan di Malaysia iaitu wide shawl plain, wide shawl terus diminati sehingga sekarang. Dengan in0vasi penggiat fesyen, wide shawl kini b0leh didapati dalam pelbagai jenis dan sudah pun mempunya c0rak-c0rak yang menarik.

Asas pada sehelai wide shawl adalah, penggunaan fabrik c0tt0n (atau campuran c0tt0n) yang sangat selesa digunakan, ringan dan mudah dibasuh serta kain yang tidak terlalu tebal untuk memudahkan pengudaraan keluar masuk melalui fabrik tersebut. Sebab itulah wide shawl digemari 0leh hijabis-hijabis serata dunia ; tidak panas ! :)

Selain itu, wide shawl juga merupakan satu paten yang lebar dan labuh yang mana sesuai untuk semua peringkat fashi0n muslimah. Kelebihan kain yang tidak panas tadi pula memb0lehkan wide shawl dilipat untuk dikecilkan/disingkatkan untuk keselesaan dan saiz muslimah itu sendiri... Itulah keistimewaan lain bagi tudung wide shawl ini ; mudah diuruskan! :) Banyak lagi keistimewaan wide shawl ini, jika anda se0rang muslimah bertudung atau baru-baru belajar untuk berhijab, j0m cuba wide shawl hari ini.

TERBARU, wide shawl muncul dengan m0tif bunga 'matahari' yang disulam/dikait dengan kemas ! Wide shawl paten ini baru dirasmikan 0leh peniaga-peniaga di pasaran 0ffline dan 0nline termasuk 0nline sh0p IRRARA LABEL!

RARA
nude 

Wide Shawl Bunga Sulam  ini didatangkan dengan jenis crumple (berkedut) dan sangat menarik perhatian para hijabista.

green turq0ise 

Alhamdulillah, IRRARA LABEL merupakan antara reseller yang terawal mendapatkan st0ck WIDE SHAWL BUNGA SULAM ini. Yayyyy !

pink 

br0wn

grey 
Bagi muslimah yang berminat untuk mendapatkan wide shawl bunga sulam ini. b0leh lah mula membuat pesanan sekarang. Save n0 whatsapp kami : 01127799383. Pesanan anda pasti di resp0n segera :) 

-Material : C0tt0n + Acrylic

Kelebihan : 
*Tidak perlu seterika 
*Labuh dan b0leh disingkatkan mengikut kesesuaian 
*B0leh basuh pakai mesin 
*Rare ! up t0 date sangat !

Harga : RM25 termasuk p0stage 
Harga b0r0ng : PM

0rder : 01127799383 (whatsapp) 


p/s : TERBARU ! Sedang direbut 0leh pengedar-pengedar ! Siapa cepat dia dapat keh ! 
-Jadi lah pemb0r0ng dan pengedar terlaris u 0lls ! 

Thursday, January 22, 2015

Senarai menu masakan yang boleh dicuba !

Assalamualaikum

Kalau anda seorang stalker tegar Rara, anda mesti perasan kerap kali jugaklah i update status ''Hari ni nak masak apa ek?? Idea please! " hahaha.. Serius babe, ekceli kita-kita yang pempuan ni kadang-kadang blur nak masak apa kat rumah..kan..tambah-tambah kita yang baru jer masuk alam 'surirumah' ni. Walaupun secara separuh masa sebab tak masak hari-hari, tapi tiap kali nak memasak mestilah nak cuba menu yang berlainan.. So hari-hari jugak lah kena fikir nak masak apa untuk makan ? 

Walaupun aku belum bersuami, tapi aku ni ada abang kat rumah.. dia punya tahap cerewet tu boleh tahan jugakla annoying dia. Kalau dalam seminggu ada rotate menu sama, membebel lah dia. 
Hape ko hengat haku bibik???  ^___^ 

Jadi disini, buat kegunaan diri sendiri yang boleh dikongsikan kepada kawan-kawan, i dah list out beberapa resepi yang boleh kita cuba. Sumber ni dari group whatsapp.. Rara join group resepi masakan gitewww. Makcik-makcik sangat rasa, tapi takpela. One day memang akan jadi makcik pun :) 

Senarai resepi masakan yang boleh dicuba ! 

Menu:
1. Ayam Panggang Bermadu
2. Udang Masak Serai Wangi
3. Ikan Siakap Kukus
4. Ikan Masak Berlada
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
7. Pajeri Nenas
8. Mee Hailam
9. Ketam Bertelur
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir)
12. Ikan Tiga Rasa
13. Ikan Pari Lemas!!!! (pun ada?)
14. Tandoori Kurau
15. Tom Yam
16. Nasi Ayam Hakka
17. Mee Rebus
18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
19. Ayam Golek Seri Pahang
20. Kari Kepala Ikan
21. Black Pepper Steak
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
23. Asam Pedas Tumis (Melaka)
24. Soto Ayam
25. Nasi Paprik
26. Nasi Dagang
27. Mee Bandung Muar 
28. Gulai nenas ikan kering orang utara
29. Ayam Bercili masak ketumbar
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style

Done ! 30 menu masakan untuk sebulan. Hehe... TQ kawan-kawan yang sudi share. Walaupun tak semua menu ni aku pandai, tapi... ala apa ada hal.. google aje la. Kalau nak lagi senang, tanya jer kawan kat group tu. They olls sentiasa membantu i olls ni haa... hehe. Ok then, till we meet again. Bz bz. Huhu.


Thursday, January 15, 2015

Cara mengajar anak supaya pandai bahasa Inggeris.

Assalamualaikum

Cara mengajar anak supaya pandai bahasa Inggeris. |  Penggal persekolahan baru tahun 2015 telah pun bermula, walaupun lambat seminggu akibat bencana banjir yang berlaku, namun ibu bapa dan keluarga dilihat tidak patah semangat untuk menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Hari ini, penulis (saya) ingin berkongsi mengenai cara untuk mengajar anak-anak subjek bahasa Inggeris. Perkongsian ini bersumberkan oleh laman web ibubapacemerlang2012.com . Semoga ibu bapa diluar sana dapat menambahkan pengetahuan am mengenai teknik mengajar anak-anak subjek bahasa inggeris dengan lebih efektif.

Buat penulis sendiri, info ini sangat berguna memandangkan saya merupakan guru tuition bahasa inggeris di pusat tuition tempat saya mengajar. Agak sukar untuk mengajar bahasa inggeris kerana saya sendiri bukanlah kelulusan di bidang bahasa 'mat saleh' ini dan saya akui saya tidak lah begitu mahir dalam bahasa inggeris, namun demi tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, saya sendiri perlu belajar untuk mengajar ! Bismillah.

Baiklah, kita teruskan dengan cara mengajar anak supaya pandai bahasa Inggeris.

1. Kita boleh mula mengajar anak untuk mahir dalam Bahasa Inggeris sejak mereka masih di dalam kandungan lagi. Berbual-buallah dengan mereka dalam Bahasa Inggeris. Nyanyikan nasyid atau lagu kanak-kanak dalam bahasa Inggeris.


2. Setelah anak dilahirkan, teruskan berbual dengannya dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya mampu, gunakan teknik “One Parent One Language”. Maknanya jika bapa berkomunikasi dengan anak menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya, ibu pula berkomunikasi dengan anak menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. In Shaa Allah anak akan mahir dalam kedua-dua  bahasa.


3. Jangan jadikan kelemahan kita dalam Bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada Bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Luangkan sedikit masa untuk mempelajari semula asas Bahasa Inggeris. Kita tidak perlu menjadi mahir seperti seorang guru untuk mengajar mereka kerana kita sentiasa boleh merujuk kepada buku-buku, bertanya kepada orang yang mahir berbahasa Inggeris dan lain-lain sumber untuk mengajar.


4. Kad imbas perkataan dan kad imbas bergambar amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan Bahasa Inggeris tanpa perlu kita menggunakan dwibahasa. Ciptakan permainan-permainan yang menarik dengan menggunakan kad imbas untuk mengajar mereka seperti padankan perkataan dengan gambar dan sebagainya.


5. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda di khalayak ramai. Usah peduli pandangan sinis orang lain. Yang penting anak-anak kita akan mahir Bahasa Inggeris. Ingatlah, apabila seorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.


6. Belikan buku-buku cerita bergambar dan yang menarik untuk anak-anak. Kalau anak meminati komik, kita boleh belikan komik dalam Bahasa Inggeris.


7. Rajin-rajinlah bacakan buku cerita Bahasa Inggeris kepada anak-anak. Pupukkan sikap suka membaca bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris kepada mereka.


8. Dapatkan sokongan suami  atau isteri untuk mengajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak. Tidak salah juga jika kita memohon pertolongan ibu bapa atau mertua untuk sama-sama  membantu . Kadang-kadang  mereka ini lebih fasih berbahasa Inggeris dari kita.


9. Jika mampu, hantarlah anak-anak ke tadika yang Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantaraan supaya anak-anak terbiasa dengan bahasa tersebut.


10. Kenali anak-anak kita dan ketahui apa yang mereka minati. Gunakanlah sumber percuma atau sumber-sumber yang telah anda bayar seperti ASTRO dan sebagainya.  Pilih rancangan-rancangan yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder dan lain-lain.


11. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Kita harus mencari teknik-teknik  pengajaran yang menarik dan tidak membosankan.


12. Beli poster berbahasa Inggeris yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah. Beri penerangan kepada anak-anak tentang poster tersebut secara berulang-ulang kerana anak-anak kecil mudah lupa. Kita juga boleh melabelkan barang-barang yang ada di dalam rumah seperti label “Fridge” pada petiais, “Chair” pada kerusi dan sebagainya.


13. Kalau betul caranya, kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak. Jangan risau, anak-anak tidak akan keliru jika kita dedahkan dua bahasa yang berbeza serentak kepada mereka sejak kecil.


14. Kita hendaklah konsisten dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Jangan mencampurkan dua bahasa dalam satu ayat. Jika kita bercakap dalam Bahasa Inggeris, habiskan satu ayat dalam Bahasa Inggeris. Begitu juga jika kita bercakap dalam Bahasa Melayu.


15. Jangan menggunakan bahasa bayi. Sebut perkataan dengan sebutan yang betul serta gunakan ayat yang betul dan tepat tatabahasanya. Jika anak salah menyebut perkataan, betulkan sebutan mereka dengan mengulang semula sebutan yang betul.

(Ya aku memang teacher yang paling kecik di dalam bilik mesyuarat! )

p/s : Harap-harap ada diantara ibu bapa pelajar saya yang baca entry ini :) Jom sama-sama lah kita.

Saturday, January 10, 2015

Fenomena tudung IRRARA LABEL

Assalamualaikum

Fenomena tudung Irrara Label | Anggun bergaya dengan koleksi tudung IRRARA LABEL | 

'Menyerlah' dengan pemilihan tudung yang cantik dan sedondon dengan baju pasti menjadi salah satu agenda kita ke majlis ekslusif mahupun keluar  bersantai. Paling tidak pun, untuk kemana-mana, pasti antara kita akan menyediakan tudung yang terbaik untuk dipakai agar dapat diterima oleh rakan-rakan mahupun kumpulan.

Online shop IRRARA LABEL menampilkan pelbagai koleksi tudung yang cantik dan tampak ekslusif . Koleksi  tudung dari Irrara Label diperbuat daripada pelbagai material yang berkualti dan bermutu tinggi, menepati citarasa pengguna. Antaranya adalah daripada kain satin silk, satin biasa, chiffon, chiffon fareeda,cotton,lace dan sebagainya . Selain daripada variasi material yang digunakan, tudung  yang  terdapat  di IRRARA LABEL juga mempunyai  pelbagai jenis paten dan corak yang boleh  dijadikan pilihan . Antara koleksi – koleksi  yang terkenal adalah ;

Selendang : 

Mutiara shawl,
Selendang Gaza (support gaza shawl)
Selendang labuh dwi warna, (Ra Extra Wide Shawl)
Selendang Sequin Mewah 
Plain Shawl 
Wide Shawl Labuci 
Wide Shawl Crumple 
Wide Shawl Printed Gold 
Bawal satin ala Wawa Zainal
dan lain-lain.

Model : @mariatulibrahim
gambar : @nazrinasirgallery


Bawal/ Empat segi  :

Bawal Manik Ekslusif 
Bawal Satin Wawa Zainal 
Square Scarf floral 
Square Scarf Stripe 
Bawal Satin Corak 
Bawal Chiffon plain 
dan lain-lain.

gambar: @domeyleo

Pendek kata , koleksi  fesyen tudung  yang terdapat di Irrara Label akan dapat membantu anda dalam merencanakan fesyen hijab yang anda inginkan . 

Koleksi tudung  dan baju dari Irrara Label ini boleh diperolehi  melalui pembelian online di laman web : 
 atau  facebook 
 atau facebook owner 

 Anda juga boleh  berkunjung  ke instagram ig shop : @irraralabel 
atau hubungi talian hotline : 01127799383 


Bergayalah dengan tudung IRRARA LABEL ! InsyaAllah  membantu menambah pesona keanggunan anda.