Showing posts with label Studied. Show all posts
Showing posts with label Studied. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

Kenapa kita kena belajar etika kaunseling?

Assalamualaikum 

Semester nie saya belajar subjek Etika dalam Kaunseling. 
So disini saya bacalah sikit2 ttg subjek nie sebelum pelajaran bermula daripada nikalila.wordpress.com..


Rasional mengapa etika profesional sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling

1.0 Pengenalan
Secara umunya etika adalah merupakan satu garis panduan yang digunakan bagi membantu seseorang ahli profesional menjalankan tugasnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pada dasarnya istilah etika berasal daripada istilah Yunani iaitu “ethos” yang bermaksud hukum, adat resam, budi pekerti dan kebiasaan. Secara umumnya terdapat tiga ciri utama etika iaitu bertindak sebagai peraturan, manual kerja atau prosedur kerja, dan nilai-nilai murni yang perlu dipatuhi (Professional Counseling, 2010). Etika memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama etika digubal adalah untuk membimbing ke arah tahap profesional yang lebih tinggi (Francis, 2009). Etika dalam kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap profesional mereka.
Dalam perkhidmatan kaunseling terdapat beberapa kod etika yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan, antaranya ialah seperti kod etika yang digariskan oleh Persatuan Kaunseling Amerika (ACA). Lazimnya setiap negara mempunyai kod etika dalam amalan kaunseling yang dijalankan dalam negara tersebut, sebagai contohnya di malaysia badan yang bertanggungjawab mengeluarkan kod etika dan prinsip-prinsip kaunseling dijalankan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Secara amnya kesemua kod etika yang digariskan oleh persatuan-persatuan kaunseling tersebut mempunyai persamaan iaitu menitikberatkan amalan profesionalisme kaunselor dan hal ehwal kebajikan klien. Matlamat utama etika ini digubal adalah untuk menjamin perkhidmatan kaunseling agar menjadi lebih cekap, telus, amanah, serta menjamin keselamatan dan kerahsiaan klien.
Terdapat pelbagai etika yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling, secara ringkasnya etika profesional yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling dapat dibahagikan kepada empat prinsip etika yang utama iaitu yang pertama ialah autonomi, merujuk kepada syarat yang membenarkan klien untuk bebas membuat pilihan. Prinsip kedua ialah bukan berbentuk kejahatan (nonmaleficence), iaitu merujuk kepada tindakan kaunselor untuk mengelak daripada perkara-perkara yang membawa mudarat kepada klien. Prinsip ketiga ialah kepatuhan yang merujuk kepada persetujuan limitasi perhubungan di antara kaunselor dengan klien. Seterusnya prinsip yang keempat ialah kebajikan yang merujuk kepada tindakan kaunselor untuk memberikan hasil yang positif kepada klien (Pack-Brown & Williams, 2003). Huraian dalam perbincangan kertas kerja ini akan memfokuskan kepada rasional penekanan etika profesional dalam perkhidmatan kaunseling.
2.0 Rasional penekanan etika profesional dalam perkhidmatan kaunseling
Dalam profesion menolong, etika adalah merupakan panduan yang dapat memastikan tugas kaunselor dapat dijalankan dengan lebih cekap selari dengan matlamat kaunseling yang ingin dicapai. Antara tujuan utama etika profesional sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah untuk menjadikan kaunselor menjadi lebih cekap dimana sebarang kesilapan yang dilakukan oleh kaunselor dapat diminimakan. Selain itu, etika yang ditekankan akan dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan (Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, 2002).
Dari segi rasionalnya, etika profesional ini dapat membantu seseorang kaunselor dapat menjalankan tugas dan peranan mereka dengan lebih baik. Dari sudut pandangan masyarakat, kaunselor dilihat sebagai seorang model sosial yang baik kerana mereka terlibat dengan profesion menolong, oleh itu jika berlaku perkara-perkara seperti ketidakcekapan yang dilakukan oleh kaunselor maka tanggapan masyarakat mungkin akan berubah terhadap kaunselor dan ahli-ahli profesional yang lainnya. Dalam hal ini, ketidakcekapan seorang kaunselor lazimnya akan digeneralisasikan secara keseluruhannya oleh segelintir individu terhadap profesion kaunseling. Sebagai contohnya disini segilintir individu dalam masyarakat tentu akan memandang serong terhadap profesion seorang kaunselor apabila mereka mendengar kes-kes dimana kaunselor yang melanggar etika seperti melakukan aktiviti seksual dengan klien mereka atau cubaan mencabul kehormatan klien mereka. Kesannya masyarakat akan sentiasa memberi kritikan sehingga membentuk stereotaip secara keseluruhannya ke atas mereka yang berada dalam bidang profesion kaunseling. Oleh sebab itulah mengapa etika profesional dalam perkhidmatan kaunseling sangat ditekankan untuk mengelak kaunselor bertindak di luar daripada etika yang digariskan, jika etika profesional dipatuhi oleh kaunselor maka perkhidmatan kaunseling akan dapat dijalankan dengan cekap dan baik.
Satu lagi faktor yang menyebabkan etika sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling ialah menggalakkan kaunselor mengarah ke arah tahap profesional. Dalam profesion kaunseling, profesionalisme membantu membawa kepada nama baik (good will) kepada mereka yang yang mengamalkan kod etika dengan baik (Francis, 2009). Secara rasionalnya apabila seseorang kaunselor mempunyai nama baik maka ini tentu akan mengekalkan reputasi baik mereka dan boleh membawa manfaat yang lain kepada mereka. Sebagai contohnya bagi kaunselor profesional yang mempunyai reputasi yang baik, hal ini akan menyebabkan mereka mudah mendapatkan klien untuk menerima perkhidmatan kaunseling daripada mereka kerana klien biasanya akan lebih yakin dengan kaunselor-kaunselor yang mempunyai nama baik dan rekod reputasi yang baik dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling mereka. 
3.0 Rasional penekanan prinsip etika persetujuan termaklum (informed consent)
Salah satu etika profesional utama yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling ialah persetujuan termaklum. Menurut Fisher (2003), persetujuan termaklum adalah merupakan perjanjian utama bagi melindungi hak-hak privasi klien yang dilakukan pada awal sebelum perkhidmatan kaunseling dijalankan. Prinsip etika ini menekankan kepada keperluan seseorang kaunselor untuk memberikan penerangan yang secukupnya kepada klien tentang perkara-perkara berkaitan matlamat kaunseling, teknik dan prosedur dalam perkhidmatan kaunseling, kerahsiaan, limitasi dan risiko tertentu serta hal-hal penting lain yang melibatkan kaunselor dan juga klien. Dalam hal ini kaunselor juga seharusnya menjelaskan dengan lebih mendalam kepada klien terhadap perkara-perkara seperti implikasi daripada proses kaunseling, penarikan diri daripada terus menerima perkhidmatan, pengunaan ujian dan laporan serta jumlah bayaran bagi khidmat kaunseling yang dijalankan tersebut.
Secara rasionalnya dengan adanya etika ini, klien dapat mengetahui dengan lebih mendalam dan dapat memberi gambaran secara kasar tentang proses-proses yang akan berlaku pada keseluruhan khidmat kaunseling yang diterima oleh mereka. Klien juga akan dapat menilai sejauhmana keberkesanan daripada khidmat kaunseling yang bakal dijalankan di samping mempunyai kebebasan untuk menarik diri jika syarat-syarat yang dijelaskan seperti mana yang dijelaskan oleh kaunselor tidak dipatuhi. Selain itu, melalui makluman dan penjelasan yang diberikan juga membantu klien untuk mengelak daripada sebarang penipuan dalam aspek-aspek tertentu seperti bayaran bagi khidmat kaunseling yang dijalankan, klien juga dapat mengetahui hak-hak mereka dalam undang-undang. Bagi kaunselor pula, perkara-perkara yang dijelaskan dalam etika persetujuan termaklum ini berperanan sebagai panduan kepada mereka untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling secara cekap dan telus sesuai dengan prinsip profesional yang dipegang oleh mereka. Dengan erti kata lainnya kaunselor akan melaksanakan tugas berdasarkan kepada apa yang telah dijelaskan dan dimaklumkan kepada klien.
4.0 Rasional penekanan prinsip etika kerahsiaan.
Seterusnya etika profesional yang sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling ialah prinsip kerahsiaan. Berdasarkan etika yang digariskan, seseorang kaunselor tidak boleh mendedahkan maklumat sulit tanpa persetujuan daripada klien. Kaunselor juga harus memastikan bahawa setiap rekod maklumat berkaitan klien seperti laporan, rakaman kaset dan video disimpan di tempat yang selamat dan hanya pihak yang mempunyai kuasa tertentu sahaja boleh mendapatkan rekod maklumat tersebut (ACA, 2005). Prinsip kerahsiaan dalam etika kaunseling ini sangat penting dan perlu diterangkan kepada klien pada setiap sesi kaunseling yang dijalankan.
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan prinsip etika ini sangat rasional ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling. Salah satu di antaranya ialah untuk mengelakkan klien daripada menerima keaiban daripada orang lain, sebagai contohnya klien tersebut mungkin terlibat dengan isu-isu sensitif atau peristiwa trauma yang berlaku dalam dirinya seperti penderaan, menjadi mangsa rogol, masalah seksual, terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mempunyai keinginan untuk membunuh diri, menyertai kumpulan haram dan sebagainya. Setiap klien yang menerima perkhidmatan kaunseling tidak akan dapat mengelak daripada meluahkan pengalaman tidak kira pahit atau pun manis terhadap kaunselor. Oleh itu prinsip kerahsiaan dalam bidang kaunseling ini sangat rasional ditekankan agar menjadikan klien lebih yakin, percaya dan berasa selamat dengan maklumat yang mereka dedahkan. klien juga dapat meluahkan masalah yang dihadapinya dengan rasa bebas tanpa wujud perasaan ragu-ragu. Kesannya hal ini akan menyebabkan kaunselor mudah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan adanya prinsip kerahsiaan ini, kaunselor akan dapat menonjolkan diri sebagai individu yang boleh dipercayai, amanah dan bertanggungjawab untuk menjaga hak dan kepentingan privasi klien.
5.0 Rasional penekanan prinsip etika keadilan
Satu lagi prinsip utama dalam etika profesional perkhidmatan kaunseling ialah keadilan. Prinsip etika ini menekankan kaunselor bersikap adil secara sama rata terhadap klien yang datang mendapatkan bantuan kaunseling. Mengikut etika ini, kaunselor tidak boleh mengamalkan atau melakukan diskriminasi terhadap perbezaan manusia dari segi aspek-aspek seperti budaya, umur, gender, bangsa, etnik, agama, kepercayaan, ketidakupayaan fizikal dan mental, orientasi seksual, bahasa yang digunakan, status perkahwinan, status sosioekonomi dan apa-apa sahaja yang membezakan di antara klien dengan kaunselor (NCDA, 2007). Kaunselor seharusnya perlu mengambil kira isu-isu sensitif yang dimiliki oleh klien. Kaunselor haruslah mempunyai kemampuan mengubah perasaan negatif mereka terhadap sesetengah klien suapaya klien merasa diri mereka dihormati (Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, 2002).
Dalam hal ini, terdapat rasionalnya mengapa etika keadilan ini sangat ditekankan, perkara ini dapat membantu klien berasa selesa semasa menerima khidmat kaunseling. Bayangkan jika seseorang kaunselor itu menekan klien dengan isu-isu sensitif yang tidak disukainya, keadaan ini akan membawa kepada kesan negatif kepada klien tersebut. Keadilan dalam perkhidmatan kaunseling ini bukan sahaja terhad kepada isu-isu yang sensitif tetapi juga kepada pengalaman-pengalaman lepas yang dilalui oleh klien. Sebagai contohnya kaunselor tidak sepatutnya cuba menghakimi klien tentang pengalaman lepas klien yang pernah terlibat dengan masalah mendera anak-anaknya dengan teruk. Akibatnya apabila berlaku perkara-perkara seperti ini, persepsi negatif akan wujud di antara kaunselor dan juga klien, contohnya dalam situasi tadi kaunselor akan cenderung menilai klien sebagai seorang yang “jahat” kesannya klien mula hilang kepercayaan kepada kaunselor dan beranggapan bahawa tidak ada sesiapa lagi di dunia ini yang sudi memaafkan kesalahan lampaunya. Situasi-situasi seperti ini akan menjejaskan perjalanan kaunseling, kesannya matlamat kaunseling yang dibina tidak tercapai. Perkara ini membuktikan kepada kita bahawa etika keadilan dalam perkhidmatan kaunseling sangat penting, ia juga menjadi garis panduan kepada kaunselor agar tidak bersikap prejudis kepada klien dan melayan klien secara sama rata tanpa mengimbilkira perbezaan yang ada pada manusia.
6.0 Rasional penekanan prinsip etika kesejahteraan (wellness)
Kod etika profesional juga mengariskan bahawa dalam perkhidmatan kaunseling, kaunselor seharusnya menjaga kesejahteraan klien yang datang mendapatkan khidmat kaunseling. Etika ini menekankan seseorang kaunselor perlu menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan klien dengan cara memelihara minat dan kesejahteraan klien (Pack-Brown & Williams, 2003). Kesejahteraan klien tersebut termasuklah memberi perlindungan kepada klien dari segi fizikal, emosi dan juga trauma psikologikal. Selain itu, etika ini juga menggariskan bahawa klien tidak boleh diperalatkan untuk kepentingan diri kaunselor bagi tujuan kewangan, emosi, seksual dan sebagainya. Seseorang kaunselor tidak boleh menyalahgunakan hasil penilaian dan intrepretasi dalam kaunseling dan mereka juga bertanggungjawab untuk menghalang orang lain daripada menggunakan maklumat tersebut. Bagi menjaga perasaan klien, kaunselor juga perlu menghormati hak klien yang mana klien berhak untuk mengetahui keputusan sesi yang dijalankan, intrepretasi, kesimpulan dan cadangan-cadangan yang dibuat oleh kaunselor (ACA, 2005).
Secara rasionalnya etika ini ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah agar memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan klien dapat dijaga sepanjang mereka menerima khidmat kaunseling. Bayangkanlah  jika terjadi perkara-perkara yang tidak diingini dalam sesi kaunseling sehingga menyebabkan emosi dan mental klien terganggu disebabkan oleh kaunselor, maka perkara ini boleh menyebabkan matlamat kaunseling yang dibina di antara klien dan kaunselor tidak akan dapat tercapai. Matlamat utama perkhidmatan kaunseling adalah untuk membimbing klien dalam mencari penyelesaian masalah dan bukannya untuk lebih memudaratkan lagi keadaan klien dengan menyebabkan emosi dan mental mereka terganggu. Oleh yang demikian, etika untuk menjaga kesejahteraan klien ini sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling bagi mengelak kaunselor bertindak yang tidak sepatutnya dilakukan. Etika ini juga membantu ke arah proses menolong secara profesional dimana dengan adanya sikap untuk melindungi klien dan menjaga kesejahteraan mereka dari aspek fizikal, emosi dan juga psikologikal maka perkhidmatan kaunseling yang dijalankan akan dapat dilaksanakan dengan baik dan lebih berkesan.
7.0 Rasional penekanan prinsip etika perhubungan kaunselor dan klien dalam kaunseling
Satu lagi aspek yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah etika berkaitan dengan perhubungan kaunselor dengan klien dan juga ahli profesional yang lain. Etika profesional ini menggariskan bahawa seseorang kaunselor tidak boleh menjalankan perkhidmatan kaunseling dengan klien yang mempunyai pertalian atau hubungan tertentu dengan kaunselor, jika perkara itu berlaku kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada ahli profesional yang lain. selain itu, kaunselor juga harus mengelak hubungan hubungan dua hala (dual relationship) dengan klien yang boleh mempengaruhi penilaian profesional ataupun apa-apa yang boleh menyebabkan risiko kemudaratan kepada klien (Pack-Brown & Williams, 2003). Sebagai contohnya disini kaunselor terlibat dengan perhubungan intimasi dan seksual dengan klien. Dalam etika profesional seseorang kaunselor tidak boleh mengadakan sebarang interaksi dan hubungan peribadi dengan klien ataupun mana-mana ahli keluarga klien dalam jangka masa selama lima tahun selepas perkhidmatan kaunseling terakhir dilakukan. Selain itu terdapat juga etika lain yang melibatkan perhubungan di antara kaunselor dengan klien, antaranya ialah kaunselor tidak boleh terlibat dengan aktiviti yang memberi kepentingan kepada mereka seperti terlibat dengan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh klien.
Dalam hal ini terdapat rasional mengapa etika ini ditekankan oleh kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling. Salah satu perkara yang menyebabkan etika ini rasional ditekankan ialah jika klien yang datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling tersebut adalah merupakan ahli keluarga, saudara mara dan orang-orang yang dikenali seperti sahabat handai maka hal ini sudah tentu akan mempengaruhi pertimbangan kaunselor secara profesional ketika melakukan sesi kaunseling. Begitu juga halnya pertimbangan wajar sebagai seorang kaunselor juga akan terganggu jika mereka terlibat dengan sebarang perhubungan emosi (percintaan) dan seksual dengan klien, apabila keadaan seperti ini berlaku sesi kaunseling yang dijalankan cenderung akan berubah kepada suasana romantik yang mana ia boleh mempengaruhi pemikiran dan emosi kaunselor. Keadaan seperti ini boleh lari daripada prinsip profesionalisme yang dipegang oleh seseorang kaunselor, sebagai akibatnya perkara-perkara seperti ini boleh menjejaskan matlamat proses kaunseling.
8.0 Penutup
Secara kesimpulannya dapatlah dijelaskan bahawa penekanan etika profesional dalam perkhidmatan kaunseling boleh membawa kepada manfaat penting kepada pihak-pihak yang terlibat dalam proses kaunseling iaitu kaunselor, klien mahupun kepada ahli-ahli profesional lain yang berada dalam bidang profesion kaunseling. Etika yang digariskan dalam kaunseling secara amnya bertujuan untuk memastikan perkhidmatan kaunseling dapat dilaksanakan dengan baik seperti mana matlamat kaunseling yang sepatutnya yang ingin dicapai. Selain itu, etika profesional yang ditekankan juga adalah bertujuan untuk mengurangkan kesilapan-kesilapan biasa yang dilakukan oleh kaunselor yang mana ianya boleh menggangu proses perjalanan dalam memberikan perkhidmatan yang dilakukan secara profesional. Oleh sebab itulah terdapat rasionalnya mengapa etika-etika profesional ini perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat dalam perkhidmatan kaunseling.    
Rujukan
American Counseling Association (ACA). (2005). ACA Code of Ethics. Diterima pada — Februari 2011, daripada http://www.counseling.org.pdf
Fisher, C. B. (2003). Decoding Ethics Code.  Utd. States: Sage Publications, Inc.
Francis, R. D. (2009). Ethics for Psychologists. (2nd ed). United Kingdom: BPS Blackwell.
National Career Development Association (NCDA). (2007). Code of Ethics. Diterima pada — Februari 2011, daripada http://www.ncda.org/pdf/EthicalStandards.pdf
Pack-Brown, S. P., & Williams, C. B. (2003). Ethics in a Multicultural Context. Utd. States: Sage Publications, Inc.
Professional Counselling. (2010). Etika Kaunseling: Kepentingan dan Pengunaannya. Diterima pada — Februari 2011, daripada http://www.i-counsellor.com/assets/docs.pdf
Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof. (2002). Kaunseling Individu. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Disediakan oleh:
A. Rahman A. N. (Februari, 2011).

Saturday, January 19, 2013

Tak habis2 penat

Assalamualaikum

Aku menaip dengan penat.
Penat. aku tetap menaip sbb aku nak kata aku tak penat
Penat sungguh buat2 tak penat
Huffff...penat..

Skg aku penat dgn program..
Alah,yg aku kata jadi fasi utk kakak2/abg2/makcik pakcik GSTT tu.
Xde la penat sgt lyn dorang,x penat pun.
Yg penatnye sbb dr pukul 7 pg - 7 mlm.
Itulah namanya penat.

Aku bgun tido dgn masih penat (setiap awl pg pun aku penat haha)
Dan tido pun dgn penat (sbb aku bloging & fb dulu sblum tido hehe)
So penat lah hari2 selama 4 hari.

Skg cuti dr program tu.
6 hari.
Penatnye. Penat menunggu.

Disebabkan cuti, aku ada masa kemas bilik
Td aku kemas bilik
Kemas bilik secara menyeluruh
Gila penat sbb 4 hari dah x kemas bilik.
Berpeluh mcm aku join merentas desa darjah 6 dulu.

Mau x penat. Aku mana ada roomate nak tolong.
Sbb aku poyo, selesa duk sorang2. Hehehe.
Jadi aku ajak lah kawan2 klu ada sape2 nak tido umah aku cuti2 nie.
Umah sewa aku.
So. crowded gila bilik aku
Crowded dgn happiness. Best jugak duk ramai2. Bising je. Memekak.
Aku jadi happy. Heheheheee
Skg pun aku gelak dlm hati mengenangkan kwn2 aku yg tumpang bilik aku ramai2 nie.
Ini lah campus life, Enjoy !!

Oh. Walaupun aku penat kemas bilik tadi,
kejap lg aku nak kemas lg.
Sbb aihhhh, x puaih hati.
Still ada seurat dua urat rambut atas lantai putih bilik aku nie.
Geram ! Pantang. Tak kira jap lg nak sapu bilik lg sekali.
Secara kaw kaw punya. Hehe.

Oh pasal rambut.
X sabar nak ada duit lebih khas untuk rambut.
Pdn muka aku kan,
Form 5 aku rebonding ala2 fouziah gous
Form 6 aku curl kan mcm elyana kalis rindu
Habis form 6 aku rebonding lg
And sebelum masuk U,aku rebonding mcm kwn aku yg cina masa kerja sama2 dulu.
Sem berapa ntah, aku buat gulung2 mcm selena gomez plak.
And last dgn
Rosak. Hahahahaha

Pastu aku rasa rambut aku pun dah penat.
So skg tgh tunggu rambut2 baru tumbuh panjang sikit lg
Lepas tu baru nak pakai rambut asli aku
Ikal mayang bak mayang sari . *puihh

So perkaitannye adalah bila rambut rosak,ia mudah putus bak bunga2 cinta gugur di pusara.

Skg aku penat dgn persoalan yg timbul di benakku
''Perlu ke aku citer sampai ke rambut sekali????''
Tp aku dah taip dah pun.Penat lah nak delete balik.
Penat lagi.

Sgt penat. Byep !

=P




Thursday, December 13, 2012

Ya Allah... happynyaaaa !!! ^__^

Assalamualaikum


Alhamdulillah... Alhamdulillah..Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi.. Hari nie  Jumaat 14/12/2012 yaknie 1 Safar 1434 bersamaan dengan
hari menyokong pejuangan Islam Syria sedunia,,ingin saya mengabadikan rasa syukur dan gembira ini kerana akhirnya telah tiba hari yang lama dinanti2 kan oleh saya iaitu hari tanpa assignment. ! 
Ya. Hari ini adalah bermulanya hari tanpa assignment saya..

Cuma. Keheppian ini tidaklah boleh disifatkan secara melampaui batas karena hal ini juga menandakan saya telah pun hampir ke tarikh untuk final exam.. Yeahh, final exam hohohuuuuuu ^_^ 
maq suka,maq lebih rela study daripada buat esemen. tau x nyahh?

Selamat jalan kepada tugasan individu,kumpulan,sesi kaunseling rakaman,sesi kaunseling live,meeting,discussion,program ke sekolah,dan bla bla bla malas haku nak kenang kembali, biarlah mereka sume menjadi kenangan abadi dalam sudut hati yang paling dalam,semoga bertemu kembali sem depan atau sem2 depan atau praktikum,atau alam pekerjaan aku sebagai cikgu nnt. Haaa. gitewwww.

Lepas update entry nie saya nak g masak. Masak lah hape2 pun yg ada kat dapo tu,dan nak makan sebanyak yg mungkin selagi muat perut comel yang BELUM pernah mengalami masalah buncet ini. Huuureyyyy ! - Ganjaran untuk diri sendiri olls ! :)

Lastly,terimalah jadual final exam saya untuk pengetahuan am manusia sejagat ini.
Untuk lelaki,klik SINI sbg tanda tumpang happy :) pieewitt
Untuk wanita, klik SINI sbg tanda join sekaki ! :) muahhh olls ! 


NameMastura Sohuya Binti Mohd Yusoff


ProgrammeBimbingan Dan Kaunseling ( AT04 )
FacultyPendidikan dan Pembangunan Manusia
Semester5
Exam Schedule
Semester 1 Sesi 2012/2013
CodeDescDateTimeVenueSeat
1KKP3053Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah31/12/201209:00 AMB09-0-BK0126
2KKG3023Kelompok Kaunseling02/01/201309:00 AMB03-3-BK0943
3KKS3033Kaunseling Pelbagai Budaya03/01/201309:00 AMB10-0-BK0176
4BML3043Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu04/01/201309:00 AMDewan Besar UPSI136
5BML3053Morfologi Bahasa Melayu05/01/201309:00 AMB03-2-BK0556
6CPI2011Koperasi No Final Exam
7KPD3016Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 No Final Exam
2,3,4,5 hoho xde gap ! I mmg suka subjek2 'berat' yg xde gap nie.. ooyeahhh .
Hakk tuii. :)

Juga sekeping gambar yang boleh dikaitkan dengan keheppian dirikuwww. ^^


 ahakkk !! ^_^

Tuesday, December 11, 2012

Tugasan berbaki sem 5 hohoiiiiiiiii ^_^

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik pejam tak celik celik , kini dah 13 minggu sy berada di semester 5 UPSI tahun 3. Haaa. Minggu depan adalah minggu last kuliah. Hoiii ! ^_^
*tp rasanya ada lagi kelas tambahan,sbb nak ganti kuliah2 yang batal akibat lecturer bizi la apa la. Hmmm. Dia yg batalkan kelas,kite lak nak kena ada tambahan...Hew2.. 

Sy x boleh nak menaip entry panjang sebab sedang buat tugasan berbaki iaitu KPD- Penaksiran 1. Hampir rata riti budak2 UPSI x suka tugasan nie sbb leceh.Senang, tp banyak. Eh xdelah senang sgt kot? Tp boleh kata senang jugak la bg sy sbb buat cincai cincau pun booooooolehh. So malam nie nak print,sediakan ongkosnya kerna bukan 10 keping harus di perin,tp mybe 50-70 page gitu la.. Gitewwww...

So,untuk peringatan diri sendiri, senarai tugasan yang x siap lg ialah :
1. KPD - Rph,jpk,jpu,set 40 soalan,model assure,esei 10 pages, dan lain2 sila rujuk kawan sbb x tau menfe,ponteng banyak kelas bosan. Hee. 

2. Laporan & slide presentation kelompok kaunseling En Nuar.

3. Buku log makmal kelompok kaunseling

4. Laporan sesi live kelompok kaunseling. My live session is tomorrow yahooo !

Ok then, byep




Tu la En Nuar. Laki yg pakai spek. Lecturer kaunseling kelompok/kelompok kaunseling. Best dia, ore kelate. Baik je.. nak bg A je semua... Dulu pun dia bg A jugak kat kami masa dia ajar sem 3 (kalau x silap)

Yg x pakai spek tu the only one classmate lelaki dalam kelas kami.. hee. 

Nampak sy nampak sy? Huhu. Kan dah kate.. kalau g kelas mana ada melawa pun..tudung ngn bju pun xde kena mengena..And dgn x mekap,oh tak kuasa mak nak melaram nyahhh... ^_^

Jom geng study week nie kite g jenjalan...
see?

Wednesday, November 28, 2012

Jadual Final Exam Rara

Assalamualaikum
Alhamdulillah dah keluar.. :)

CodeDescDateTimeVenueSeat
1KKP3053Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah31/12/201209:00 AMB09-0-BK0126
2KKG3023Kelompok Kaunseling02/01/201309:00 AMB03-3-BK0943
3KKS3033Kaunseling Pelbagai Budaya03/01/201309:00 AMB10-0-BK0176
4BML3043Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu04/01/201309:00 AMDewan Besar UPSI136
5BML3053Morfologi Bahasa Melayu05/01/201309:00 AMSITC366






Monday, September 17, 2012

Selamat Hari Malaysia dari Cikgu Rara

Assalamualaikum

Yaa. Hari nie cikgu nak ajar kamu semua ttg sejarah 16 September iaitu??Hari Malaysiaaaaaaaaaaaa :)) *sengih nampak gigi
Ok..baiklah,cikgu bacakan teks,kamu semua salin dalam buku nota tau? Tulis dgn pen warna pink
Okay? :))

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Haa sempat salin semua?
Sempat cikguuuuuuuuuuuuu..*budak2 jawab 
Ok..itu saja cikgu nak kamu semua salin dan baca sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii?
Ingaaaaaaaaattt........ *budak2 jawab dgn  nada x ikhlas

Ok..dah,tutup buku semua. Malam karang baca dan hafal ok? Haa..Sekarang nie cikgu nak tunjuk gambar2 cikgu masa cikgu muda2 remaja dulu. Masa cikgu muda2 dulu cikgu kiut miut tau ,. ! Kan? Cikgu nie dah la kiut miut,berbudi bahaserrrrrrrrrr,hormat bendera plak tu. Haaa.

Uweekkkkk
uuuwerrkkkk !! 
 *beberapa pelajar muntah2 dan loya.



Sambil2 kamu tgk gambar cikgu dgn bendera Malaysia nie,cikgu nak pesan balik sekolah nanti,suruh mak,kakak,makcik,maklong,maklang,nenek kamu semua tgk2 kek cawan cikgu nie... Kek cawan 1 malaysia. Kalau kamu nak tgk, sini ada --> Kek Cawan Malaysia !Tgk la,sbb Mak Jemah ada bertanding buat cupcake nie. Kreatif sgt tau dia buat. Mcm x lalu plak nak makan sbb kek patriotik sgt.  See? Cikgu suka yg nie--> Cupcake
Ohh lagi satu cikgu nak tanya,, kamu semua suka minum air coklat istimewa tak? Ermm air coklat istimewa tu mcm kat SINI .Nanti tekan je kat situ, tgklah coklat tu.  Yang istimewa nyaaaa... is.. dia nnt agih2 dgn trak hijau nie. Gambar ada kat sini lebih kurang --> Trak Hijau berisi air coklat !  
Kamu jangan risau..Coklat tidak menggemukkan. Sedapppppppp drpd milo. 



Baiklah...semua dah tgk gambar2 cikgu tadi? dah kan...
Ok k cikgu tahu kamu semua bosan sbb gmbr yg lebih kurang sama/sama sejibik je cikgu tunjuk kan?
Tp xpelah..mcm cikgu selalu ckp lah kan ;
Ada cikgu kesah? 
Hehe.. dah2 yg muntah td pegi toilet skg. Bucuk.

Yg penting cikgu nak kamu semua 
SAAAAAAAAAAAAYANGGG MALAYSIA
CIIIIIIIIIIIIIIINTA MALAYSIA
JAGA MALAYSIA KITA nie. Ok? boleh?
*bolehhhhh cikguuuuu !! ..  

Baiklah murid2 cikgu semua..cikgu da penat la. Cikgu balik dulu ek? Kamu semua x boleh balik lg..tunggu pukul 1 k? Sementara tu,kamu buat kerja masing2 ek.. Asah pensel ke...conteng buku ke.. k? 
Cikgu balik dulu.. tata

GURAUAN SEMATA-MATA. DILARANG DIBUAT RUJUKAN. 

Sunday, June 3, 2012

Yeay ! Final Exam

Assalamualaikum

Esok petang 2.30 maka bermulalah kertas pertama utk peperiksaan akhir semester aku.
Like
Like
Like sampai lebam sbb bila FINAL mesti la lepas siap semua tu.. boleh balik kampung,cuti semester. Heheheee.
Phewww belum mula pun lg dah fikir nak balik kan.Heeee.
Apa yg lainnya final exam kali ini adalah kami budak2 UPSI xde study week. That means xde masa untuk berkelah,baca novel lama2,pergi jalan-jalan makan angin mahupun pulang ''study'' kat rumah dgn family. Sadis x. Khamis last kelas,Isnin final exam. Tp kira okay la jugak kot kan.. 3 hari tu, ada je mana2 masa Allah bg utk manfaatkan betul2. Hewhew. Kannnnnnnnnnn. 

Eh ok xleh cakap banyak sbb esok exam. Jadi nak kena tido sekarang... 


Exam Schedule
Semester 2 Sesi 2011/2012
CodeDescDateTimeVenueSeat
1KKC3023Kaunseling Kerjaya04/06/201202:30 PMB03-1-BK0126
2KKD3043Kaunseling Penyalahgunaan Dadah05/06/201202:30 PMSITC133
3KKH3043Kaunseling Individu06/06/201202:30 PMB10-0-BK0426
4BMK3043Seni Mengarang07/06/201202:30 PMSITC109
5KPS3014Pengurusan Pembelajaran16/06/201209:00 AMDewan Besar UPSI357
6CUF2021Pandu Puteri Siswi II No Final Exam
Exam Slip
Please print the slip on an A4 white paper using Landscape mode.


Ok U all. this is my exam schedule. 
Grrrrrr. 4 hari berturut2. 
dan Grrrrrrr. gap 8 hari semata2 utk 1 paper last. Ew.
ew
ew 
   ew !!

Tidur.... Selamat malam. Eh pagi. Tata. 

Monday, May 21, 2012

Tiada lagi assignment ku. uuu uuu...

Assalamualaikum

Kalau boleh,tak nak bangun lg...tp dah terbangun sbb roomate.Heheheee. 
Tak pe lah,semalam tidur yg berkualiti.. :) xde gangguan.
Hari nie selasa.Sepatutnya ada kelas kul 10 nanti. Tp memandangkan dah abis belajar,lect tamatkan kuliah..so bg masa kami utk study 2P utk final nnti. Yessssssssssssssssssssssssss. Sayang Azli. eh bukan,Encik Azli. Yg suka pakai seluar ketat. Apa ingt Justin Bieber? 

So,kelas hari nie akan mula pada 12 tengahari..
then,lab. aaaaa x suka makmal. tiap minggu kena bwk masalah utk buat sesi kaunseling. -Xde masalah pun kena bg jgk masalah. 
Aaaaaaa tiap minggu kena jd kaunselor. xde mood pun terpaksa bertindak sbg kaunselor. 
Ini adalah pelajaran. 

Selepas hari sabtu lepas,hidup i aman,lega, sbb assignment semua dah submit. Alhamdulillah... jadi dah boleh la study utk final. tp i tak mula lagi.. x berapa nak rajin lagi. 

Jadi, Ahad lepas i tlh menghabiskan hujung minggu i dgn berkualiti. Tidur,rehat,dan makan2.
Keluar dgn Zura,suzie,n pika.
lepas tu pegi sorang2 rehearsal fashion show sportswear,
tugas i senang saja. mula2 jd goodies girl, bagi goodies bag kat org ramai, n bila dah nk abis show,jd penyampai bunga n hadiah. Alamak kena naik pentas. malu ^^
Yg rajin sgt nak dtg rehearsal nie bukan apa,sbb dah jnj ngn kwn nak g pekan.Sebelum itu dia kena habiskan  rehearsal utk fashion show tu.

 Ahad rehearsal
Isnin show. hoh

Dan sebenarnya i dipaksa utk dtg teman dia. Hmmmm,,mmg dia nie selalu paksa2. haha. tp x pernah pun kisah dia nak paksa ke,nak heret ke, sbb kami BFF. mmg tugas i la kot teman dia buat apa2. Teater,tarian,mmg muka i akn ada. menyampah ! Hahaha. Tp kali nie ok la sikit sbb fashion show kali nie i pun terlibat sama kan. huaaaaaaaa.
Lepas tu curi2 keluar dr rehearsal tu  pegi KFC lepas karaoke. Cuba menu KFC yg baru.  

 Taraaaaaaaaaa!!


Pokkits
Ya.Meja nombor 4. sila hantarkan pesanan lain bangak2 sikit sbb kami lapar.
bangak means - cepat2. kelantan bohh

Hik hik hik. dah la nama kiut,saiz pun kiut, nak kata saiz kanak2, dewasa pun bg yang nie jugak. Kikiki. Tergelak tergedik aihh ngn kwn tu pasal pokkits nie. Dia tny akak kt cashier tu knp nama pokkits, tp akak tu x dengar... huhu. Pokkits pun Pokkits lah.. jnj blh mkn. Actually benda alah nie macam twister je pun.. yg biasa kita makan tu. 

Malam kitorang balik,jalan kaki dr pintu belakang UPSI. Saja mengade. Jauh lebih seronok, waktu2 berkualiti bersama sahabat. kan?

Lalu depan Dewan Rahman Talib-DRT. Yup malam nie ada ladies night. Ada jgk niat i nak pergi berhibur kat DRT nie sbnrnya. Apa kata kalau main masuk je,mesti kawan2 ada kt dalam. Sekali....... dr jauh ku lihat awek2 kat luar DRT tu sume pakai jubah n tudung labuh. Ok bye ! Malu aihh nak masuk dekat. Kite pakai skinny blue jeans louis ngn blouse rimau rimau ah. Kikikiki. Ada hati nak tgk ladies night ea? So balik2, tgk poster. 

 Pendidikan Islam,Puteri Arab,dan Muslimah. 
I saje je gedik2 nak g.. sbb free kan. Lgpun bila lg nk ber-all-ladies.
syokk sikit. tp xpelah,xde rezeki,xleh main singgah2. x ikut tema,malu kok ram. hahaa

Jadi i pulang ke rumah.
Gembira menyambut hari2 yg mendatang tanpa assignment. 
Tidur lena.

Tuesday, May 15, 2012

Selamat hari cikgu :)

Assalamualaikum
Selamat hari guru cikgu !


Sekarang i semester 4 tahun 2 UPSI.
Semester 7 i akan praktikal.. di sekolah.. mybe area Negeri Perak nie sbb batch kami2 sikit saja..
Ummm....
Mulai sem 7 nnt sy akan bt perubahan dari segi style pemakaian. I will see.. n i'm promise ! :)

Monday, May 7, 2012

Hari Ini

Assalamualaikum

1. Cuti dah habis..Ari nie ada kelas dah. Akan bz mcm selalu.
2. Bgun lambat.. sbb tido x berkualiti.. ada org main miskol2 time tido. ada org msg2 time tido.
(xleh silent,kunci jam)
3. My friends n i ponteng kelas BM sbb keengganan bas n kesesakan jalan raya ke kampus baru. Konvokesyen,
4. Makan nasi kerabu daging. Kenyang 2 hari
5. Beli beli di gerai2 pesta konvokesyen . Beli tudung obama lagiiii..
6. Assignment nak hantar esok : Folio kerjaya,Esei dadah,kerjaya silang budaya,slide n esok/lusa present kerjaya.
7. Discussion 2p pukul 5 ptg nie
8. Meeting pandu puteri kul 8.30 malam nie.


Tudung nie yg beli td. tp warna hitam+pink muda.
Tudung Obama..mcm la Obama pakai tudung !? :))

Sunday, May 6, 2012

To-do-list- minggu ini dan minggu depan

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah setel kerja2 yg perlu dilakukan dalam kumpulan di Kolej Harun Aminurrashid. Dah dua malam tido sini. Malam pertama i got tidur yg tidak berkualiti but last night i got the quality one. With that qualitity la i can woke up quite early without any force-self in my body. Without. So this is what we call, fresh.
This afternoon mybe i wanna get back to my home at Bahtera Terrace. Well,tomorow and the day before pun i ada balik but just to take my clothes and cook some vegetables and bring it to my friends here. KHAR. My kentang masak telur was very sedap. Hihihihiii. Aku x pernah dapat A utk bahasa inggeris, so bila aku speaking mcm ni la bunyinyaaa. haha :)

Ohh ya. my list. my things to do after this.

1. Kemas kini dokumen dalam libraries laptop.Delate yg mana x perlu.
2. Buat laporan makmal buku log.
3. But forum online 2P
4. Copy paste minit mesyuarat pandu puteri dalam group
5. Update dgn Zira n Kak tia perkembangan report 2P
6. Siapkan folio kerjaya Dr SS individu
7. Update blog career to you
8. Kemaskan assignment esei dadah
9. Slide seni mengarang bila kena buat
10. Kemaskan folio 2P- buh bahan2.
11. Minta kembali buku log pandu puteri yg dipinjamkan pd Nora and dah boleh mula buat.
12. Beli board untuk AJK media dan publisiti. Claim duit dgn bendahari?
13. Selasa (esok) Jumpa dengan Farah kat E-Learning bayar duit pandu puteri. 50 ++
14. Kajian kes sesi kaunseling individu.
15. X terlintas lagi setakat nie


 budak UPSI  
60% Assignment + Coursework dan 40% Final Exam. 
Go baby go ! 
:)




Sunday, April 29, 2012

Jumaat,Sabtu,Ahad,Isnin,Selasa,Rabu,Khamis,& Jumaat balik

Assalamualaikum

Jumaat sangat berkualiti. Rest, Rest, malam kuar lepas stress ( Tipu. x stress pun) Smpai pukul 3 pagi. Pergh.Ini namanya kualiti.
Sabtu masih berkualiti. Rest, Rest,Rest, Basuh baju. aku study. Buat assignment sikit.
Ahad tetap berkualiti. Rest,Rest, Basuh baju. aku masih study. Buat assignment sikit.Tambah sikit, petang shooting. Ok.. aku pandai berlakon -depa kata-
Sebab esok isnin ada 1 kelas saja. 2P.
Tapi esok kena rakam sesi kaunseling individu. Klien aku, Mizah. Eeee risau kalau klien tiba2 x free. aku xdak masa dah.. sbb rabu dan khamis kena p USIM. seminar dadah pa ntah. pertandingan apa ntah. hat aku berlakon tu la nak kena present nnt. tp hat bentang tu org lain la. malu aihh rasa bila org tgk  lakonan tu nnt. harap2 xdak sapa cam aku. huuhuu. -dakkk. sejak bila aku pemalu nie? Anyway harap sep aku, UPSI menang la dalam pertandingan nie. tp aku rasa sep2 U lain pun mesti hebat2. UKM,USM,UM. pergh. tp harap2 UPSI kali nie hebat lagi ! Kami kaunselor muda masuk bertanding. aishhhhhh. we love UPSI.
Ok dah pnjang huraian yg tu.
Selasa mmg x free dah..kul 8 pagi smpai kui 6ptg baru bis klas. kul 7 bru smpai umh. x suka selasa. mlm tu mesti penat. penat emosi.
Rabu kamis xleh wat apa dah. duk usim tu.
Jumaat gila. esemen byk nak kena hantar. ada brapa ntah. nnt lah aku tgk. yg pasti mmg ada.
ok la.... nak buat esemen dah.

Salam..............

Adam janji nak bwk makan benda sedap tapi mahal ini tapi x tau bila lg.



Friday, April 27, 2012

Ala. Follow la blog kerjaya saya..

Assalamualaikum

2,3,4 hari ini penat ngadap laptop. Penat.. ingt suka sgt ? baik g mkn cendol la dr ngadap objek 4 segi nie kan.
Ada kerja la. Assignment kerjaya, Dr SS suh wat blog. jadi i berpasangan dgn Hajar... Buat blog.
buat 
buat 
buat 
blog nie. Klik http://carier2u.blogspot.com/

Ini la bendanya kami kena buat. Letih jugak. sbb nak tulis bukan tulis biasa2. kena ada ilmu yg nak disampaikan.
Apa yg saya cuba nak cakap sekarang ialah ???? kawan2 sudi2 la follow blog http://carier2u.blogspot.com/ ini.
Boleh?
Sudi x? sudi x? sudi2kan lah.....

kami akan dpt markah, dan u guys akan dapat pahala. For sure. 

Saya Mastura dan turut mewakili Hajar nak ucap thank u, terima kasih dan trimo kaseh utk kwn2 yg dah FOLLOW.
  • Utk yg belum follow ;
Awk, follow sini ! ----------> http://carier2u.blogspot.com/

  • Utk yg baru nak follow ; 
Awk, betul la tu. tekan join this site aje : ) pandai awk...............

  • Utk yg xnk follow : tok cey biaaaaa.. mayah baep nga sep awop.. uhh uhhh. mayah mayahhh !  :))
MAKA, TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG KAMI DENGAN FOLLOW BLOG KAMI.
KAMI TAK PERLU LIKE, TAK PERLU SUBSCRIBER, KAMI PERLU SOKONGAN ANDA DENGAN FOLLOW BLOG KAMI. thank u really much.
~Rara..


Friday, April 6, 2012

Bermula cuti mid sem

Assalamualaikum

Cuti mid sem dah mula. Malam nie bertolak balik kg. Pukul 9.30 bas Mede  . Seminggu saja cuti. Minggu depan aku kena datang UPSI balik, dengan flight air asia . Aaaaaaaaaaaaa kejap saja cuti :( Grrrr. Ada keje jugak dalam cuti2 pun. Aku kena interview 1 kerjaya yang kurang diketengahkan. Yang aku nampak skg nie, kerjaya pengusaha saloon, pengusaha butik pengantin atau jurumekap. Tapi tak tau nak amik sapa. Ingat nak amik yg dekat2 rumah je. Klu x interview dorang,, nak interview kerjaya apa ek? yang aku minat2 sikit la. Huhu. 
Tak sabar nak balik jumpa
Mek
Isho
Linda
Kanda
Aliya
Yie
Kema
Ain
Arina
BFF form 6. nunu shishi fafa zaza
BFF 3. T'ah ngn saky
BFF sejati. semah n ida
BFF P.pekan. Wanie ngn ain
Sapa lagi ek. Ntah. :) 


xmau baca buku nie nnt cuti.

bunga dpn umah

Thursday, March 29, 2012

Cikgu Mastura

Assalamualaikum

Selasa lepas presentation subjek 2P. (Pengurusan Pembelajaran) Group aku dapat tajuk pengurusan bilik darjah. Part aku,aku kena jadi cikgu sejarah. Ya,maka hari itu aku jadi cikgu sejarah. Masa tu aku perkenalkan diri aku. Aku tekankan nama aku cikgu Mastura. Ciss,,kenapa mesti aku sebut nama aku. Boleh je kalau just cakap cikgu. X pyh buh cikgu Mastura. huhuhu !  Makanya semua orang panggil aku cikgu Mastura waktu itu. Blaaa. Bla... blaaaa blaa. aku jadi cikgu sejarah form 3 ari nie. ajar empayar Melaka dgn teknik kemahiran ICT. tayang video.ganas gila masa part pelanduk putih tendang anjing.Ganas gila misai Parameswara.Hehehee. menarik. baru la budak2 minatttttttttttttttttttttttttttttttt . nie x,baca buku. sapa tak bosan? *Jadi kepada cikgu2 sejarah atau bakal cikgu sejarah di luar sana,ubahlah style teknik pengajaran anda di dalam bilik darjah. sudah2 la bacakan budak2 buku teks sejarah.brapa ketul je dgr. aku dulu masa sejarah mmg klu tak menguap luas2,tido. Heheheeeee, sbb tu aku xleh A sejarah. 

Smpai part modul kak tia,kak tia dapat tajuk susun atur bilik darjah. so dia suh "budak2" (rakan2 sekelas) tu buat plan bilik darjah. mcm lukis susun atur meja kerusi papan kenyataan sume. Jadi kami pantau pantau la
Pastu kan................  ada la 1 group nie,,yg dimonopoli lelaki kos apa ntah,, ADE KE PATUT DIA LUKIS SKALI NGAN CIKGU2 SEKALI. CIKGU TU PLAK,AKU. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !! hahahaahahahaa ngok ngek tol la budak2 zaman skag. Lebih kurang mcm nie la dorang lukis aku dgn dialog aku.


Masa depa present plan depa,, lepas siap ckp yg wajib2 susun atur kerusi,,meja,,ada itu ada ini,skali ngn fungsi2 sume tu, depa tambah "haa nie kat tgh2 nie plak cikgu. tgh mgajaq.cikgu  Mastura. "pehe dok??'' Hahahahaha hareeem buat main ngn aku noh. hahahahaa. dah la dorang sengaja ikut dialek kelantan aku. Pintu keluar depa tulis pintu tubik ! saja nk mendatangkan kenakalan disitu. nasib baik tgh buat2 jadi cikgu. klu betul2 cikgu aku dah cubit sekor2. heheheheheee. 

Mcm mana boleh berlaku? sbb aku skg malas tul nak cakap bahasa rasmi Malaysia. rasa berat mulut sangat . so mana2 pun aku ckp kelantan kecuali masa present. klu dlm kelas,masa ckp ngn kwn2,masa order mkn,,mana2 lah. aku kecek klate. malah kecek ki il.

Heheheeee.


Bukan selalu aku pakai tudung bawal. Time nak present kebanyakannya.(sbb tutup dada) *reti malu pun.lgpun nk menghayati watak sebgai cikgu kena la pakai mcm cikgu :)cikgu dakkk muka i?????????????hehe.#tudung pinjam roomate punya. aku mana ada.shawl je la adanya. heeee.kancing kiri kanan kt bahu tu pun rumet buat. aku tak reti. aku reti belit2 pastu cekik je. x reti kancing. heee.


Tuesday, March 13, 2012

Is He Lying to You?

Assalamualaikum..
Nak promote buku dr Amerika sikit. Aaaaaaaaaaaaa amarika demo. ilir kei tuh........ :)
Saya pakai voucher 1 Malaysia! Popular,KBMALL.

Dah berkenan pd buku IS HE LYING TO YOU
walaupun turut berkenan pd buku lain.
Kita mulakan dgn sedikit biodata penulis..
Dan Crum ialah bekas CIA polygraph examiner dan seorang penyiasat yg mana dia menjadi sgt concern setelah mendengar ttg byk wanita frust dan bgaimana wanita2 itu sering diambil kesempatan oleh lelaki. 

Shishi juga berminat akan buku ini.
Kan shi kan?
Si Dan Crum nie buatkn kite 1 siri stategi utk mengesan penipuan yg boleh kaum wanita gunakan. Beliau" ada BS Degree dalam Marketing dari George Mason University. Dia juga ada sijil Graduate dalam Forensic Psychophysiological Detection of Deception dan macam2 lg yg klu nak tahu,google lah.. :) 
Klu budak psikology n budak2 kaunseling yg peka,dia tahu la apa kebenda sijil2 nie. Klu ada budak2 lain yg turut peka,bgus la. bgus2.

LEPAS BELI BUKU NIE RAKAN2 DAN I PERGI LEPAK...

Pinggiran sungai,
TESCO.Kota Bharu. 
Bukti: Kapal

x berlakon
berlakon

 tak

ya





This book was much better than I expected.This is the first book on the topic that actually provides real strategies that I can use to know with confidence when someone is lying to me.Get ready dudes!







I like to recommend this book to anyone who wants to know when you're being lied to.Try. U wont regret.


*To shishi : U x nak promote buku "La Tahzan" u skali?Tips yg u bg kt i tu menjadi tau!

Shi berkenan hok nie!
I MISS U SHISHI.