Sunday, July 5, 2015

Lirik Lagu Kun Anta

Assalamualaikum

Lama dah lagu Kun Anta ni viral, sejak tersebarnya video dubsmash seorang pak arab handsome miming dalam kereta. Huhu. Siapa yang viralkan video dia? Harusla awek. Youuu gediklah korang. Lalalalalaa.. :)

HIS NAME IS HUMOOD

Sedap lagu ni. Ada masa nanti nak lah nyanyi.

Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina,
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir,
La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)
Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum,
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni,
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana,
Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni,
La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x)
Kun anta tazdada jamala
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum,
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum
La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)


Lirik nasheed di atas ðŸ‘†
Humud Al-Khudr ; Kun Anta, Jadilah Dirimu 

Monday, June 8, 2015

Sepetang bersama Putery Memory

Assalamualaikum

Tempoh hari, diizinkan Allah untuk ber-dating dengan kawan blogger Putery Memori. Rara kalau boleh nak panggil dia Riri, tapi tu lah. Gedik sangat la semua nama orang kau nak jadikan kosakata macam nama kau. Haha... :) Rara...Riri... Ruru..Roro... emmm buruk yang lain tu.

Rara panggil dia Mar. Cantik nama dia kan. Teringat planet Marikh.

Mar ni rupanya tinggi ! Patutla dia jadi model catwalk. Hehe. Cantik memang tak payah cakaplah. Tengok dia ;




Rupanya Mar ni adik lagi, ce teka berapa umur dia ? tettttttttttttt.
Ini lah kali pertama kami jumpa selepas beberapa tahun berkawan di facebook. Hehe. Walaupun ketinggian kami tidak sama, tapi ada jugak lah persamaan antara kami iaitu ;

Dia juga pelajar kaunseling. Eh sama la kita.. hehe.. Cuma bezanya, dia kaunselor terbuka. Rara kaunselor sekolah. *doakan kami cepat posting*
Hidup kaunselor !!

Beberapa minggu lepas si Mar ni ada masuk majalah mingguan wanita. Gigih kak Rara kau pegi beli majalah kat stesen minyak semata2 nak baca kisah dia. gitewww. #support . Tahniah Mar. Selamat maju jaya dalam apa pun bidang yang diceburi. Ada masa jumpa lagi ya ;')

Lawat blog Mar 


Thursday, May 7, 2015

Cara menjaga kesihatan semasa musim panas

Assalamualaikum

Selepas musim banjir di pantai timur beberapa bulan yang lepas, negara menghadapi musim panas yang agak memberi kesan kepada kelangsungan aktiviti hampir setiap orang. Oleh itu, amat penting bagi semua orang untuk mengetahui cara untuk kekal sihat ketika musim panas ini. Al maklumlah, jika musim panas, semua orang mengalami kualiti kesihatan yang agak merosot seperti sakit kepala, sakit tekak, batuk-batuk dan sebagainya. Oleh sebab itu, semua orang perlu peka untuk menjaga kesihatan terutama di waktu yang kritikal ini.

Di sini Rara kongsikan cara untuk menjaga kesihatan semasa musim panas iaitu ;

1. Banyakkan minum air putih atau air suam
2. Minum minuman isotonik
3. Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti di luar
4. Pakai topi atau payung
5. Buka kipas atau penghawa dingin
6. Pakai pakaian yang ringan,berwarna terang dan longgar
7. Tidak duduk di dalam kenderaan bertutup tanpa aircond
8. Pakai losyen pelindung UV SPF 30 ke atas
9. Kurangkan minum minuman kafien, alkohol dan bergula.



Tuesday, May 5, 2015

Siapa Nilam Himawari ?

Assalamualaikum

Nama Nilam Himawari kian menjadi familiar dalam kalangan pengguna laman social facebook dan blog terutamanya.Tertarik dengan nama komersial beliau NILAM HIMAWARI membuatkan saya terus menaip dengan perasaan teruja…  

Siapa Nilam Himawari ?

NILAM HIMAWARI  (NIL) atau nama penuhnya Nilam Syapina Binti Rahmad,20 merupakan seorang blogger dan penulis cerpen juga novel yang usianya masih muda namun bakat penulisannya sangat 'amazing'. Melalui  blog beliau http://Nilamhimawari.blogspot.com/ ,saya berpendapat gadis periang ini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam kehidupannya sehinggakan  beliau suka untuk berkongsi saat-saat tersebut dengan pembaca sebagai pengajaran dan teladan. 

Selfie seorang Nilam. hehe

Blog Nilam Himawari -  http://Nilamhimawari.blogspot.com/

‘’Nil mula menulis sejak 2009 semasa form 2. Nil tulis blog untuk diri sendiri, Nil cuba cerita mengenai kehidupan Nil yang penuh dengan ujian 1 per satu ni. Nil harap, sedikit sebanyak pembaca boleh jadikan pengajaran dan teladan melalui kisah hidup Nil.’’

 ‘’Permulaan Nil dalam bidang penulisan blog, pada mulanya Nil hanya mengenali blog abang angkat Nil sahaja. Tak tahu pula dunia blog ni sangat luas sehinggalah jumpa blog lyssa,.Nil pernah dating dengan Lyssa tau, lepas tu Nil mula sedar yang blog Nil mula dikenali.. Opsss tertumpang glamor Lyssa pulak. Apa-apa pun, glamor tak penting, yang penting niat kita dalam blogging ni biar jelas Lepas dikenali tu lah Nil start deko blog Nil.. namun disebabkan Nil jenis otak seminit dan tak berpendirian tetap, blog Nil diubah diubah sehinggalah pembaca setia pon dah tak dpt tahu Nil di mana .. sehinggalah Nil muncul kembali. Rugi jugak sebab follower dulu agak banyak. Blog Nil dulu lebih kepada cute-cute  tapi sekarang disebabkan semakin matured Nil cuba ubah cara Nil dan Nil tak mahu terlalu tonjolkan diri, Nil hanya nak pembaca setia dan Nil puas dengan penulisan  dan cara Nil tulis’’

Sangat berbakat dalam bidang sastera

"Nil sangat sukakan bidang  sastera dan teater. Oleh itu di sekolah Nil sangat aktif dalam persembahan syair, deklamasi sajak .. nyanyian.. dan semualah bidang sastera. Bidang sastera juga boleh diekspresikan melaluipenulisan, sebab itulah Nil suka tulis cerpen dan novel ! "

   Pencapaian Nilam Himawari di dalam bidang penulisan blog dan cerpen/novel

Blogger Pilihan Utusan Malaysia 

Penulisan blog dan karya cerpen gadis muda ini pernah dipaparkan di Majalah Remaja, Akhbar Utusan Malaysia, Majalah Yezz dan jangan tidak tahu, rupanya Nil ini mempunyai suara yang merdu juga, pernah dapat tempat ke 3 dalam pertandingan karaoke 

‘’Novel sulung Nil diiktiraf oleh penerbit Karytos Creative, InsyaAllah novel  Nil akan di adaptasi menjadi drama tv  tidak lama lagi..Tapi Nil tak boleh beri kepastian tarikh dan masa sebab semua masih dalam rancangan dan perlu melalui beberapa peringkat lagi.. So tajuk pun Nil rahsiakan dulu ya...InsyaAllah, doakan Nil ! ‘’

Majalah 

Good luck dik Nilam, untuk pengetahuan Nil, Kak Rara masa form 2 dulu belum kenal lagi FB.. apatah lagi blog. hihiii.Kagum dengan adik kita ni. Muda-muda dah ada bakat menulis.. lebih kagum akan kerajinan Nil menaip. Wah ! Semoga terus melakar nama sebagai penulis ya, bakat dah ada ni. Kembangkan dan guna kepada jalan yang benar... gitewww. 

Kepada rakan-rakan followers, kalau nak berkenalan dengan Nil, boleh lah berkenalan di ;

bloggerNilam@rocketmail.com atau 
twitter : @bloggerNilamhimawari ,
 instagram : Nilamhimawari , 
blog www,Nilamhimawari.blogspot.com

.
.
.
.

Tuesday, March 10, 2015

Apakah perbezaan pendidik dengan pengajar?

Assalamualaikum

Berdasarkan buku “ Beduk Diketuk” karya Pahrol Mohd Juoi, penulis telah memberikan perbezaan antara mengajar dan mendidik.  Menurut beliau, mengajar merupakan perkara yang berkaitan dengan memberitahu, memahamkan dan menyampaikan manakala mendidik merupakan perkara yang berkaitan dengan mengajak, mendorong, membimbing dan memantau.
 
Sebagai contoh, mengajar seseorang sembahyang.  Mengajar sembahyang ialah dengan menyampaikan ilmunya seperti sah, batal, rukun dan syarat dan hasilnya pelajar hanya tahu sembahyang.
 
Berlainan pula dengan mendidik sembahnyang.  Hal ini demikian kerana mendidik sembahyang lebih kepada mengajak.  Kita menjaid sebagai role-model kepada pelajar dalam mendidik.  Jika mereka salah kita betulkan dan jika mereka malas kita nasihatkan.  Oleh itu, pelajar akan mahu bersembahyang.
 
Oleh itu, kita sebagai orang yang dewasa dan juga bakal guru pelulah menjadi seorang pendidik yang mengajar bukannya menjadi pengajar sahaja.  Dengan mendidik akan menjadikan seseorang itu lebih memahami dan mengaplikasikan perkara  yang mereka pelajari dalam kehidupan seharian mereka.
 
TEKS ASAL :  ainzulaika91.blogspot.com
 
 
Rara tengah study.. untuk temuduga spp 
 
Memoir cikgu tuition rock - outdoor time !
 

Sunday, March 1, 2015

Fahami gaya bahasa badan seseorang

Assalamualaikum

Gaya bahasa bahasa badan adalah satu perkara yang penting dalam kehidupan seharian, ianya kadang kala lebih penting berbanding komunikasi lisan. Artikel asal adalah dari ;
http://www.akuinginsukses.com/16-cara-menggunakan-bahasa-tubuh-yang-baik/

Dibawah ini adalah beberapa bahasa tubuh yang perlu anda perhatikan ketika berbicara dengan seseorang :
1. Jangan silangkan kaki dan tangan anda.
Anda mungkin sudah sering mendengar bahwa menyilangkan tangan atau kaki dapat menunjukkan bahwa anda tertutup terhadap lawan bicara anda dan ini tidak menciptakan hubungan pembicaraan yang baik. Bukalah selalu posisi tangan dan kaki anda.

2. Lakukan kontak mata, namun bukan menatapnya.
Dengan melakukan kontak mata pada lawan bicara anda dapat membuat hubungan pembicaraan menjadi lebih baik dan anda dapat melihat apakah mereka sedang mendengarkan anda atau tidak. Namun juga bukan dengan menatapnya (terus menerus), karena akan membuat lawan bicara anda menjadi gelisah.
Jika anda tidak terbiasa melakukan kontak mata pada lawan bicara anda, memang anda akan merasakan ketidaknyamanan pada saat pertama kali. Namun lakukan saja terus dan anda akan terbiasa suatu saat nanti.

3. Buatlah jarak antara kedua kaki anda.

Memberi jarak antara kedua kaki (tidak dirapatkan) baik dalam posisi berdiri maupun duduk menunjukkan bahwa anda cukup percaya diri dan nyaman dengan posisi anda.

4. Santaikan bahu anda.
Ketika anda merasa tegang, anda akan merasakan juga ketegangan di kedua bahu anda. Biasanya terlihat dari posisi bahu yang sedikit terangkat dan maju ke depan. Cobalah untuk mengendurkan ketegangan dengan menggerakkan bahu anda dan mundurkan kembali posisinya ke belakang atau bersandar.

5. Mengangguk ketika lawan bicara anda sedang berbicara.
Mengangguk menandakan bahwa anda memang sedang mendengarkan. Namun bukan berarti anda mengangguk berlebihan (terus menerus dan cepat) layaknya burung pelatuk :), karena anda akan terlihat seperti dibuat-buat.

6. Jangan membungkuk, duduklah dengan tegak.
Membungkuk menandakan bahwa anda tidak bergairah, dan tegak disini maksudnya adalah tetap dalam koridor santai, tidak tegang.

7. Condongkan badan, namun jangan terlalu banyak.
Jika anda ingin menunjukkan bahwa anda tertarik dengan apa yang disampaikan oleh lawan bicara anda, condongkan sedikit tubuh anda ke arahnya. Namun jangan juga terlalu condong karena anda terlihat seperti akan meminta sesuatu.
Jika anda ingin menunjukkan bahwa anda cukup percaya diri dan santai, condongkan sedikit badan anda ke belakang. Namun juga jangan terlalu condong, karena anda akan terlihat arogan.


8. Tersenyum dan tertawa.
Bercerialah, jangan terlalu serius. Santai, tersenyum bahkan tertawa jika seseorang menceritakan sesuatu hal yang lucu. Orang akan cenderung mendengarkan anda jika anda terlihat sebagai orang yang positif. Namun juga jangan menjadi orang yang pertama kali tertawa jika anda sendiri yang menceritakan cerita lucu nya, karena anda akan terkesan gugup dan seperti minta dikasihani.
Tersenyumlah ketika anda berkenalan dengan seseorang, namun jangan pula tersenyum terus menerus karena anda akan dianggap menyimpan sesuatu dibalik senyuman anda.


9. Jagalah posisi kepala anda tetap lurus.
Jangan melihat ke bawah ketika anda berbicara dengan seseorang. Anda akan terlihat seperti tidak nyaman berbicara dengan lawan bicara anda dan juga terlihat seperti orang yang tidak percaya diri.

10. Jangan terburu-buru.
Ini bisa berlaku untuk apa saja. Bagi anda yang mempunyai kebiasaan berjalan dengan cepat, cobalah sesekali untuk memperlambat jalan anda. Selain anda akan terlihat lebih tenang dan penuh percaya diri, anda juga akan merasakan tingkat stress anda berkurang.

11. Hindari gerakan-gerakan yang menunjukkan bahwa anda gelisah.
Seperti menyentuh muka anda, menggoyang-goyangkan kaki anda atau mengetuk-ngetuk jari anda di atas meja dengan cepat. Gerakan-gerakan semacam itu menunjukkan bahwa anda gugup dan dapat mengganggu perhatian lawan bicara atau orang-orang yang sedang berbicara dengan anda.

12. Efektifkan penggunaan tangan anda.
Daripada anda menggunakan tangan anda untuk hal-hal yang dapat mengganggu perhatian lawan bicara anda, seperti disebutkan dalam point 11 diatas, lebih baik anda menggunakan tangan anda untuk membantu menjelaskan apa yang anda sampaikan.

13. Rendahkan gelas minuman anda.
Seringkali kita berbicara dengan seseorang sambil memegang gelas minum di depan dada kita. Sikap ini agak kurang baik karena akan membuat ‘jarak’ yang cukup jauh antara anda dan lawan bicara anda. Rendahkan posisi gelas minuman anda, bahkan jika perlu anda memegangnya sampai di dekat kaki.

14. Jangan berdiri terlalu dekat.
Dalam artikel PENULIS ASAL  : Bagaimana Mengetahui Seseorang Sedang Berbohong, saya (PENULIS ASAL) sempat mengulas sedikit bahwa orang yang merubah posisinya menjadi terlalu dekat pada lawan bicaranya dapat menandakan bahwa ia sedang menyembunyikan sesuatu atau mempunyai maksud tertentu. Selain itu tentu saja akan membuat lawan bicaranya menjadi tidak nyaman. Jagalah selalu jarak ’privacy’ antara anda dan lawan bicara anda.

15. Berkaca.
Dalam buku-buku mengenai penjualan, saya sering menemukan tentang istilah berkaca ini. Pada intinya ketika 2 orang terkoneksi dan melakukan hubungan pembicaraan yang positif, mereka secara tidak sadar akan saling berkaca satu sama lain. Dalam arti anda akan sedikit meniru bahasa tubuh lawan bicara anda, begitu juga sebaliknya.

Anda dapat juga melakukan teknik berkaca yang proaktif (dengan sadar) untuk lebih meningkatkan kualitas hubungan anda dan lawan bicara anda. Sebagai contoh, jika lawan bicara anda sedikit mencondongkan badannya ke depan, anda dapat juga mencondongkan badan anda ke depan. Jika lawan bicara anda menaruh satu tangannya di atas meja, anda juga dapat melakukan hal yang sama. Namun tetap perlu diingat, jangan melakukan gerakan tiruan dengan jeda waktu yang sangat singkat dan hampir semua gerakan ditiru. Lawan bicara anda akan melihat suatu keanehan dan tampak seperti sirkus. :)


16. Jagalah selalu sikap anda.
Apa yang anda rasakan akan tersalur lewat bahasa tubuh dan dapat menjadi perbedaan yang besar terhadap kualitas hubungan anda dan lawan bicara anda. Tetaplah jaga sikap yang positif, terbuka dan santai.
Perlu diingat bahwa anda dapat merubah bahasa tubuh yang kurang baik, tentu saja selama anda memahami bahwa untuk menciptakan kebiasaan yang baru memerlukan sebuah proses. Jangan juga mencoba melakukan semua dengan sekaligus karena akan membuat anda bingung dan penat.

Fokus saja pada 2-3 bahasa tubuh yang menjadi prioritas anda dan perbaiki terus menerus selama 3-4 minggu. Setelah waktu tersebut anda akan menciptakan suatu kebiasaan yang baru. Kemudian anda dapat melanjutkannya lagi untuk 2-3 bahasa tubuh berikutnya. 



Sunday, February 1, 2015

Butik Vendor Popular di Kota Bharu | @byFINIFAUZI VENDOUR Boutique

Assalamualaikum

Hai semua anda bersama saya @masturarara  ! Hari ini kita akan membicarakan tentang satu topik yang hangat, yang sering disebut-sebut oleh komuniti peniaga atau businessman/businesswomen di Malaysia ini...Iaitu ? Vendour Boutique.. (feeling emcee sangat aku..emm emm)

Apa itu vendour boutique/ Butik Vendor? Ramai yang belum faham konsep butik vendor ni kan. Sebenarnya begini.. Sesebuah butik itu dipanggil vendour boutique sekiranya mereka membuka peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga lain untuk berniaga di butik milik mereka.

Begitu lah dengan butik vendor @byfinifauzi ini. Alhamdulillah, konsep vendor butik ini sangat bagus, seperti mana objektif pembukaan butik vendor itu sendiri iaitu untuk membantu peniaga lain memasarkan produk mereka menggunakan medium offline di butik, selain menggunakan platform online masing-masing..  Dengan kata mudah, sekiranya anda se0rang peniaga online yang belum mempunyai kedai atau butik sendiri, anda b0leh memulakan langkah pertama untuk memajukan perniagaan anda dengan menjadi vendor di butik yang berkonsepkan vendor butik seperti byFiniFauzi Vendor Boutique ini. 

Di @byfinifauzi Vendor boutique, vendor (penjual lain) boleh meletakkan produk mereka di butik ini dengan beberapa syarat yang sangat mudah,. Sewa yang dikenakan pula amat memahami vendor- vendor, serendah RM50 sahaja sebulan bergantung kepada produk yang diletakkan. Sangat mudah dan berbaloi jika dibandingkan dengan butik vend0r yang lain.

Peniaga yang berminat untuk menjadi vendor di Butik byFiniFauzi, anda bolehlah hubungi contact di bawah :) Bagi kaki shopping, boleh lah berkunjung ke butik ini di alamat di bawah. Ajak ramai-ramai kasi gempak sikit selfie nanti. :) Klu lokasi : Berdekatan Parkson dan Pasar Siti Khadijah, Sebelah bangunan TNB Kelantan, dan betul-betul belakang zon ria KB. 


by FINIFAUZI VENDOUR BOUTIQUE

Beralamat di :
 Tingkat 1, Lot 391 dan 425 Seksyen 7 Jalan Pasar Buluh Kubu 15000 Kota Bharu Kelantan.
No telefon : 0148183992
Instagram : @byfinifauzi 


Here.. tingkat atas tau. Bawah tu restoren milik keluarga Fini. Kebiasaanya, sebelum atau selepas pengunjung makan di restoren tingkat bawah, mereka akan naik untuk shopping di butik byFINI FAUZI ! Jadi boleh dikatakan, pengunjung butik +byFini Fauzi  tidak pernah putus. Alhamdulillah.. 


Butik ini masih baru, namun sudah mempunyai beberapa vendor dan ramai pelanggan. Antara pakaian yang terdapat di @byfinifauzi  vendor boutique adalah ; Pakaian wanita, kanak-kanak, aksesori dan sebagainya.. semua fashion baru, tak ada yang ketinggalan zaman tau. 


Handmade products juga ada disini... very cool ! Tempat letak pin ada, bantal santai-santai, handsock muslimah bergaya, wide shawl terbaru dan lain-lain. Harga ? Jangan risau... harga kasih sayang katanya !


Dah beberapa kali Rara datang butik @byfinifauzi ini. Al maklumlah, lokasinya terletak di tengah-tengah bandar. Sambil keluar menguruskan hal-hal peribadi atau kerja, boleh lah datang butik ini sambil membeli barang-barang yang terbaru. 

Disini Rara lampirkan beberapa keping gambar.. khas untuk u olls berkenalan dan cuci mata di @byfinifauzi VEND0R B0UTIQUE ini.


Staff sibuk melayan tetamu yang datang shopping :) 


Ruang santai.. b0leh selfie, lepak dengan rakan-rakan mahupun keluarga. Terbaru, (tak sempat ambil gambar) by FINIFAUZI Vendor Boutique telah memperkenalkan konsep baru di butik mereka iaitu cafe-boutique ! Wahhh... tak sabar nak shopping sambil minum-minum dengan kesayangan ! Dah la selesa, tak panas, pandangan mata pun tenang jer.. butik bersih dan kemas. 



BFF - by FINI FAUZI 
terbaik ah ! :) 


penat cuci mata? j0m isi perut dengan cookies, cake, coklat, dan sebagainya 


Minuman sejuk ? ada.. yogurt? ada.. apa lagi.. Haaa kalau anda ada produk makanan atau minuman, jom lah jadi vendor disini ! pasti meriah !


See... sengaja snap ruang kosong... serendah RM50 jer sewa untuk jadi vendor. Sebulan.

Ahlan wasahlan 

Alhamdulillah di butik ini,kita b0leh lihat, pr0duk yang dijual lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki. Jubah, Dress, Flower crown, kasut, handbag berjenama, sandal, alat kosmetik dan penjagaan alat kesihatan dan kecantikan, makanan, minuman sedap-sedap semua ada.. senang  kan macam ni, tak perlu susah-susah survey banyak-banyak kedai, dengan parking lagi, ala malas sikit jadinya. Kat butik ini, just named it, u can get it dear :) 

by FINIFAUZI VENDOUR BOUTIQUE

Beralamat di :
 Tingkat 1, Lot 391 dan 425 Seksyen 7 Jalan Pasar Buluh Kubu 15000 Kota Bharu Kelantan.
No telefon : 0148183992
Instagram : @byfinifauzi 


Minta maaf kalau sakit mata. butang huruf 0 r0sak, jadi saya guna n0mb0r k0s0ng. Seksa rasa. haha. 

Wednesday, January 28, 2015

Wide Shawl Terbaru di Pasaran ! Wide Shawl Bunga Sulam

Assalamualaikum

Wide Shawl Terbaru di Pasaran ! Wide Shawl Bunga Sulam |   Fen0mena wide shawl ni dah lama keluar kan, sejak kali pertama dikeluarkan di Malaysia iaitu wide shawl plain, wide shawl terus diminati sehingga sekarang. Dengan in0vasi penggiat fesyen, wide shawl kini b0leh didapati dalam pelbagai jenis dan sudah pun mempunya c0rak-c0rak yang menarik.

Asas pada sehelai wide shawl adalah, penggunaan fabrik c0tt0n (atau campuran c0tt0n) yang sangat selesa digunakan, ringan dan mudah dibasuh serta kain yang tidak terlalu tebal untuk memudahkan pengudaraan keluar masuk melalui fabrik tersebut. Sebab itulah wide shawl digemari 0leh hijabis-hijabis serata dunia ; tidak panas ! :)

Selain itu, wide shawl juga merupakan satu paten yang lebar dan labuh yang mana sesuai untuk semua peringkat fashi0n muslimah. Kelebihan kain yang tidak panas tadi pula memb0lehkan wide shawl dilipat untuk dikecilkan/disingkatkan untuk keselesaan dan saiz muslimah itu sendiri... Itulah keistimewaan lain bagi tudung wide shawl ini ; mudah diuruskan! :) Banyak lagi keistimewaan wide shawl ini, jika anda se0rang muslimah bertudung atau baru-baru belajar untuk berhijab, j0m cuba wide shawl hari ini.

TERBARU, wide shawl muncul dengan m0tif bunga 'matahari' yang disulam/dikait dengan kemas ! Wide shawl paten ini baru dirasmikan 0leh peniaga-peniaga di pasaran 0ffline dan 0nline termasuk 0nline sh0p IRRARA LABEL!

RARA
nude 

Wide Shawl Bunga Sulam  ini didatangkan dengan jenis crumple (berkedut) dan sangat menarik perhatian para hijabista.

green turq0ise 

Alhamdulillah, IRRARA LABEL merupakan antara reseller yang terawal mendapatkan st0ck WIDE SHAWL BUNGA SULAM ini. Yayyyy !

pink 

br0wn

grey 
Bagi muslimah yang berminat untuk mendapatkan wide shawl bunga sulam ini. b0leh lah mula membuat pesanan sekarang. Save n0 whatsapp kami : 01127799383. Pesanan anda pasti di resp0n segera :) 

-Material : C0tt0n + Acrylic

Kelebihan : 
*Tidak perlu seterika 
*Labuh dan b0leh disingkatkan mengikut kesesuaian 
*B0leh basuh pakai mesin 
*Rare ! up t0 date sangat !

Harga : RM25 termasuk p0stage 
Harga b0r0ng : PM

0rder : 01127799383 (whatsapp) 


p/s : TERBARU ! Sedang direbut 0leh pengedar-pengedar ! Siapa cepat dia dapat keh ! 
-Jadi lah pemb0r0ng dan pengedar terlaris u 0lls ! 

Thursday, January 22, 2015

Senarai menu masakan yang boleh dicuba !

Assalamualaikum

Kalau anda seorang stalker tegar Rara, anda mesti perasan kerap kali jugaklah i update status ''Hari ni nak masak apa ek?? Idea please! " hahaha.. Serius babe, ekceli kita-kita yang pempuan ni kadang-kadang blur nak masak apa kat rumah..kan..tambah-tambah kita yang baru jer masuk alam 'surirumah' ni. Walaupun secara separuh masa sebab tak masak hari-hari, tapi tiap kali nak memasak mestilah nak cuba menu yang berlainan.. So hari-hari jugak lah kena fikir nak masak apa untuk makan ? 

Walaupun aku belum bersuami, tapi aku ni ada abang kat rumah.. dia punya tahap cerewet tu boleh tahan jugakla annoying dia. Kalau dalam seminggu ada rotate menu sama, membebel lah dia. 
Hape ko hengat haku bibik???  ^___^ 

Jadi disini, buat kegunaan diri sendiri yang boleh dikongsikan kepada kawan-kawan, i dah list out beberapa resepi yang boleh kita cuba. Sumber ni dari group whatsapp.. Rara join group resepi masakan gitewww. Makcik-makcik sangat rasa, tapi takpela. One day memang akan jadi makcik pun :) 

Senarai resepi masakan yang boleh dicuba ! 

Menu:
1. Ayam Panggang Bermadu
2. Udang Masak Serai Wangi
3. Ikan Siakap Kukus
4. Ikan Masak Berlada
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
7. Pajeri Nenas
8. Mee Hailam
9. Ketam Bertelur
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir)
12. Ikan Tiga Rasa
13. Ikan Pari Lemas!!!! (pun ada?)
14. Tandoori Kurau
15. Tom Yam
16. Nasi Ayam Hakka
17. Mee Rebus
18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
19. Ayam Golek Seri Pahang
20. Kari Kepala Ikan
21. Black Pepper Steak
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
23. Asam Pedas Tumis (Melaka)
24. Soto Ayam
25. Nasi Paprik
26. Nasi Dagang
27. Mee Bandung Muar 
28. Gulai nenas ikan kering orang utara
29. Ayam Bercili masak ketumbar
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style

Done ! 30 menu masakan untuk sebulan. Hehe... TQ kawan-kawan yang sudi share. Walaupun tak semua menu ni aku pandai, tapi... ala apa ada hal.. google aje la. Kalau nak lagi senang, tanya jer kawan kat group tu. They olls sentiasa membantu i olls ni haa... hehe. Ok then, till we meet again. Bz bz. Huhu.


Thursday, January 15, 2015

Cara mengajar anak supaya pandai bahasa Inggeris.

Assalamualaikum

Cara mengajar anak supaya pandai bahasa Inggeris. |  Penggal persekolahan baru tahun 2015 telah pun bermula, walaupun lambat seminggu akibat bencana banjir yang berlaku, namun ibu bapa dan keluarga dilihat tidak patah semangat untuk menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Hari ini, penulis (saya) ingin berkongsi mengenai cara untuk mengajar anak-anak subjek bahasa Inggeris. Perkongsian ini bersumberkan oleh laman web ibubapacemerlang2012.com . Semoga ibu bapa diluar sana dapat menambahkan pengetahuan am mengenai teknik mengajar anak-anak subjek bahasa inggeris dengan lebih efektif.

Buat penulis sendiri, info ini sangat berguna memandangkan saya merupakan guru tuition bahasa inggeris di pusat tuition tempat saya mengajar. Agak sukar untuk mengajar bahasa inggeris kerana saya sendiri bukanlah kelulusan di bidang bahasa 'mat saleh' ini dan saya akui saya tidak lah begitu mahir dalam bahasa inggeris, namun demi tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, saya sendiri perlu belajar untuk mengajar ! Bismillah.

Baiklah, kita teruskan dengan cara mengajar anak supaya pandai bahasa Inggeris.

1. Kita boleh mula mengajar anak untuk mahir dalam Bahasa Inggeris sejak mereka masih di dalam kandungan lagi. Berbual-buallah dengan mereka dalam Bahasa Inggeris. Nyanyikan nasyid atau lagu kanak-kanak dalam bahasa Inggeris.


2. Setelah anak dilahirkan, teruskan berbual dengannya dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya mampu, gunakan teknik “One Parent One Language”. Maknanya jika bapa berkomunikasi dengan anak menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya, ibu pula berkomunikasi dengan anak menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. In Shaa Allah anak akan mahir dalam kedua-dua  bahasa.


3. Jangan jadikan kelemahan kita dalam Bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada Bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Luangkan sedikit masa untuk mempelajari semula asas Bahasa Inggeris. Kita tidak perlu menjadi mahir seperti seorang guru untuk mengajar mereka kerana kita sentiasa boleh merujuk kepada buku-buku, bertanya kepada orang yang mahir berbahasa Inggeris dan lain-lain sumber untuk mengajar.


4. Kad imbas perkataan dan kad imbas bergambar amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan Bahasa Inggeris tanpa perlu kita menggunakan dwibahasa. Ciptakan permainan-permainan yang menarik dengan menggunakan kad imbas untuk mengajar mereka seperti padankan perkataan dengan gambar dan sebagainya.


5. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda di khalayak ramai. Usah peduli pandangan sinis orang lain. Yang penting anak-anak kita akan mahir Bahasa Inggeris. Ingatlah, apabila seorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.


6. Belikan buku-buku cerita bergambar dan yang menarik untuk anak-anak. Kalau anak meminati komik, kita boleh belikan komik dalam Bahasa Inggeris.


7. Rajin-rajinlah bacakan buku cerita Bahasa Inggeris kepada anak-anak. Pupukkan sikap suka membaca bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris kepada mereka.


8. Dapatkan sokongan suami  atau isteri untuk mengajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak. Tidak salah juga jika kita memohon pertolongan ibu bapa atau mertua untuk sama-sama  membantu . Kadang-kadang  mereka ini lebih fasih berbahasa Inggeris dari kita.


9. Jika mampu, hantarlah anak-anak ke tadika yang Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantaraan supaya anak-anak terbiasa dengan bahasa tersebut.


10. Kenali anak-anak kita dan ketahui apa yang mereka minati. Gunakanlah sumber percuma atau sumber-sumber yang telah anda bayar seperti ASTRO dan sebagainya.  Pilih rancangan-rancangan yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder dan lain-lain.


11. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Kita harus mencari teknik-teknik  pengajaran yang menarik dan tidak membosankan.


12. Beli poster berbahasa Inggeris yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah. Beri penerangan kepada anak-anak tentang poster tersebut secara berulang-ulang kerana anak-anak kecil mudah lupa. Kita juga boleh melabelkan barang-barang yang ada di dalam rumah seperti label “Fridge” pada petiais, “Chair” pada kerusi dan sebagainya.


13. Kalau betul caranya, kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak. Jangan risau, anak-anak tidak akan keliru jika kita dedahkan dua bahasa yang berbeza serentak kepada mereka sejak kecil.


14. Kita hendaklah konsisten dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Jangan mencampurkan dua bahasa dalam satu ayat. Jika kita bercakap dalam Bahasa Inggeris, habiskan satu ayat dalam Bahasa Inggeris. Begitu juga jika kita bercakap dalam Bahasa Melayu.


15. Jangan menggunakan bahasa bayi. Sebut perkataan dengan sebutan yang betul serta gunakan ayat yang betul dan tepat tatabahasanya. Jika anak salah menyebut perkataan, betulkan sebutan mereka dengan mengulang semula sebutan yang betul.

(Ya aku memang teacher yang paling kecik di dalam bilik mesyuarat! )

p/s : Harap-harap ada diantara ibu bapa pelajar saya yang baca entry ini :) Jom sama-sama lah kita.

Saturday, January 10, 2015

Fenomena tudung IRRARA LABEL

Assalamualaikum

Fenomena tudung Irrara Label | Anggun bergaya dengan koleksi tudung IRRARA LABEL | 

'Menyerlah' dengan pemilihan tudung yang cantik dan sedondon dengan baju pasti menjadi salah satu agenda kita ke majlis ekslusif mahupun keluar  bersantai. Paling tidak pun, untuk kemana-mana, pasti antara kita akan menyediakan tudung yang terbaik untuk dipakai agar dapat diterima oleh rakan-rakan mahupun kumpulan.

Online shop IRRARA LABEL menampilkan pelbagai koleksi tudung yang cantik dan tampak ekslusif . Koleksi  tudung dari Irrara Label diperbuat daripada pelbagai material yang berkualti dan bermutu tinggi, menepati citarasa pengguna. Antaranya adalah daripada kain satin silk, satin biasa, chiffon, chiffon fareeda,cotton,lace dan sebagainya . Selain daripada variasi material yang digunakan, tudung  yang  terdapat  di IRRARA LABEL juga mempunyai  pelbagai jenis paten dan corak yang boleh  dijadikan pilihan . Antara koleksi – koleksi  yang terkenal adalah ;

Selendang : 

Mutiara shawl,
Selendang Gaza (support gaza shawl)
Selendang labuh dwi warna, (Ra Extra Wide Shawl)
Selendang Sequin Mewah 
Plain Shawl 
Wide Shawl Labuci 
Wide Shawl Crumple 
Wide Shawl Printed Gold 
Bawal satin ala Wawa Zainal
dan lain-lain.

Model : @mariatulibrahim
gambar : @nazrinasirgallery


Bawal/ Empat segi  :

Bawal Manik Ekslusif 
Bawal Satin Wawa Zainal 
Square Scarf floral 
Square Scarf Stripe 
Bawal Satin Corak 
Bawal Chiffon plain 
dan lain-lain.

gambar: @domeyleo

Pendek kata , koleksi  fesyen tudung  yang terdapat di Irrara Label akan dapat membantu anda dalam merencanakan fesyen hijab yang anda inginkan . 

Koleksi tudung  dan baju dari Irrara Label ini boleh diperolehi  melalui pembelian online di laman web : 
 atau  facebook 
 atau facebook owner 

 Anda juga boleh  berkunjung  ke instagram ig shop : @irraralabel 
atau hubungi talian hotline : 01127799383 


Bergayalah dengan tudung IRRARA LABEL ! InsyaAllah  membantu menambah pesona keanggunan anda.