Wednesday, October 10, 2012

Rupa-rupanya topeng itu kena ada

Assalamualaikum

Rupa-rupanya ada baaaaaaaaaaaaanyak benda yg kita boleh buat kalau kita x tido balik lepas subuh. Means,, bangun awal pagi.
Contohnya mcm saya...
1. Buat teh o panas
2. Stalk blog BSA - Bicara Sama Awan . Buku dia dah siappppp !
3. Sapu lantai bilik tanpa peluh
4. Sapu lantai dapur tanpa tersepak housemates lain
5. Cuci kuali sambil dengar lagu Justin Bieber
6. Masak nasi untuk makan balik kelas petang nanti
7. Makan roti sandwich berjemkan strawberi yg x sedap
8. Fikir mcm mana nak update pasal contest INI sbb aku sendiri pun x nak.

Hufffff. Semua itu dilakukan dengan semulajadi & tanpa tergesa2. Hewhew.

Esok saya dan rakan seperjuangan 4 org lagi akan bertolak ke Shah Alam pulak. *Waaa every weekend outstation. Duit semua tu,duit* Untuk satu program kepada budak2 sekolah agama. Nebes i... x pernah berkomunikasi dengan komuniti mcm nie. Lain tau,lain ! Siap ramai budak tahfiz lagi.. Pengetua sekolah mereka dah pesan awal2 dah..mcm2 pesan. So yg dah sopan nie,sopankan lagi :) Wawawawa x sabar la pulak..pengalaman baru lagi. Semoga saya dapat bukak topeng MASTURA RARA kepada topeng FASI KAK MAS nnt k?
Topeng itu penting. Kita bukan nak hipokrit,kita nak serba boleh dan ikut keadaan di mana bumi dipijak,disitu langit dijunjung. hmm,pasal topeng2 nie semua kita orang belajar dlm 1 subjek kaunseling. Masa sem 2 kot. Means sy x pandai2 ok.. teori nie. teori.

Sapa boleh pinjamkan saya tudung yg sesuai? Sy nak budak2 perempuan tu nanti tahu bahawa bukan dia orang saje blh pakai tudung labuh.Sy pun boleh! kikikiki :) *dakkk2.gurau je. Tp mmg pun. Pengetua suh pakai labuh2.

Ah itu saja utk pagi nie... Nak buat keje sikit.Sikit pun jadi la ~ .. Salam pagi, Rara.


Lepas 2 tahun nnt saya akan pastikan bila u all tgk i nie, u all dah tahu yg i nie kaunselor. Ihikk ^^ bg saya masa ok.

Apa yang membezakan saya dgn bakal2 kaunselor yg lain adalah saya nie kiut sikit. Dorang kiut byk. Haa.


Tuesday, October 9, 2012

10 haribulan 10 - Tragedi Seram tiap tahun disini

Assalamualaikum


Ini ada saya kumpulkan beberapa kata2 orang (yang ntah nak percaya ke tidak)
Tarikhnya malam ini. 10.10. 

1. ''Kes perempuan bunuh diri tu yek... nanti ada satu tarikh setiap tahun ada nmpk jelmaan perempuan nk bunuh diri kt bngunan lama tu... pompuan bunuh diri sebab ditinggalkan bf dalam keadaan dia ngandung tu ke? pernah dengar cerita daripada kawan serumah masa lawat UPSI dulu. masa tu stay 3 hari kat Kolej Za'aba. dah lupa kisah sebenar macam mana. yang pasti salah satu tempat jelmaan pompuan tu selalu datang mengilai kat belakang rumah diorang... yang ku tau tarikh hantu tu kuar kat upsi setiap 10 Oktober
 aku ada dengar orang cakap la.... kalau nak nampak antu tu pada tarikh 10 oktober tu, pada waktu tengah malam cuba tengok bawah celah kangkang tengok bumbung bangunan suluh budiman tu, akan nampakla.....''

2. ''Ini yang aku dengar lah ada sorang student lelaki dia ni kira 'berisi la ilmu agamanya' waktu dia tengah studi malam2 somewhere dekat dalam upsi, then dia nampak ada sorang perempuan pakai baju kebaya, lalu tepi dia, dia tanya perempuan tu nak ke mana malam2 nih, perempuan tu just tunjuk arah galeri seni tu, then lelaki tu sambung study.
abis study dia teringin nak tengok apa program dekat dalam galeri tu, waktu dia pergi, pintu tutup, then dia try bukak pintu galeri tu, dia nampak banyak hantu terbang2 dalam galeri tuh....
Tapi sapa duduk UPSI mesti akan terdengar 10 Oktober, satu tarikh dikatakan hantu UPSI akan mula berkeliaran....''

3. ''Lecturer kitorang pernah cerita, pada satu tarikh dalam bulan oktober (tak ingat exactly, harap ada forumer sudi bagi info) tiada aktiviti dalam kampus UPSI...kerana pada tarikh itu adalah ulangtahun satu peristiwa bunuh diri....''

4. ''Kisahnya menurut beliau: seorang siswi telah bercinta dengan seorang pemuda. Mereka terlanjur lalu siswi itu mengandung. Tapi, pemuda itu tidak mahu bertanggungjawab.''
Siswi itu akhirnya bersalin, tapi oleh kerana malu, dia pun membunuh dirinya sendiri....pemuda itu mengambil bayi itu lalu pergi meninggalkan UPSI....tetapi pada ulangtahun tarikh kematiannya (10 Oktober), roh siswi itu akan merayau-rayau di UPSI untuk mencari bayinya...

 5. ''Versi akak dengar pulak masa kerja kat sini...pemuda itu kata depa adalah lecturer sendiri...tapi tak nak bertanggungjawab...baby ditinggalkan dalam almari sebuah kelas, tapi tak bernyawa la...wallahu 'alam...moga roh semuanya dicucuri rahmat..''

6.
-tarikh misteri kat upsi x silap ak pada 10 oktober
-dulu dak2 tinggal kolej2 kat kampus semua dibenarkan balik, sbb malam 2 bnyk bnda berkeliaran.. (xpelik kea nape kolej kdiaman xde kat kampus n rumah2 dkt ngan pintu blakang 2 tiada penghuni skarang)

-"kalau nak nampak antu tu pada tarikh 10 oktober tu, pada waktu tengah malam cuba tengok bawah celah kangkang tengok bumbung bangunan suluh budiman tu, akan nampakla..... " (copy dari salah satu forumm... x taw betol ke tak..)


-"kes budak nie bunuh diri sebab kecewa dgn pakwe dia yang hamilkan dia..dia terjun dari bangunan....tak leh bagi tau...bagunan tu stil ader..bilik pompuan tu pun masih ader...dulu tu bangunan asrama..now dah tak der asrama dalam kampus utama...anak dia plak dia letak kat loker...mati gak...setiap kali 10.10 roh dia akan merayau cari pensyarah yang hamilkan dia tu...semo lecturer disuruh tuk kosongkan bangunan canselori b4 maghrib (agaknya)..." (copy kat salah satu forum dlm iluvislam)

-tmpt2 yg dikatakan byk berlaku TU, fakulti bhasa,TS(bnyk kuliah kat c2 2...),pusat ICT, bgnan suluh budiman...

Hehheehe . Dah dah malas nak copy byk2. Fenin kefala i. Selamat membaca dan tertanya2 ye?
Utk sebarang cerita lanjut jgn tny sy.. sy pun gitu2 lah nak percaya ke tak ke. Tp,at least. Nak tahu nak tahuuu. kan.. 

Nah sekeping
Rumah misteri 2 tingkat ini xde kaitan dgn citer 10.10 ini. Saja nak post,utk kasi impak seram kan. Rumah nie dekat padang UPSI. Belah luar. Saya pernah masuk dalam rumah nie.. Utk 1 photoshoot tema seram. Ada masa nnt saya update yeahhh ! 
I like seram2 walaupun penakut =,=

Muhamad Amirul_Mirularts photoghraphy

Assalamualaikum

Tempoh hari *dah lama nie,baru update* UP (UPSIan Photoghraphy) bekerjasama usahasama dengan team Photo Student Politeknik Sultan Azlan Shah (PSP)  untuk 1 outing.

Salah seorang photogh dari PSP is Amirul.*Hai Mirul* 
Yang lain2, dalam 4,5 orang lg team ini saya belum pasti lg sbb sy belum di-tag picha nye kpd saya.. Oh xpe..sy mmg suka pose terguling tergolek *haa nampak hiperbola* dpn kamera tp sy x dpt pun gambarnye saya tu. hihi. Internet slow ek? xpe.. try UNIFI

Kawan-kawan mari berkenalan dengan ;

dan like page baru beliau

Like tanda support usaha anak muda yang cinta akan seni fotografi ini. 
Seni itu halus,halus itu saya. 
Tp makhluk halus itu dia.hee.

The gambars..

Pose nie Sahar Alif yang ajar.
* x reti2 aku nih*



Pengalaman shoot dgn group baru kenal nie buat sy sedar bahawa banyak bendaaaaa lagi sy nak kena belajar dalam talent mentalentkan saya nie. Terima kasih bagi tunjuk ajar :) Nnt saya improve lagi deh..

 THANK YOU U GUYS

Anyway jap jap..cantik x tgn sy? Kih3 amboi kau soalan! Boleh dgr org2 duk jawab ''x cantik pun mekkkkkkk!!!'' 
Dah tgk produk terbaru skg nie? Dah LIKE belum ? Sy klik like sbb suka 'botol' dia tu. Comel,simple,& pink pink tu penting. Silakan u all klik pulak ek.? Elianto Hand Cream.  Tp Rara x beli lg sbb Vasseline punya banyak lagi.. Tp xpe habis Vasseline tu nnt kita try Elianto plak deh? Selalu Rara pakai Elianto nie utk eyeliner ngn maskara je..best. Jimat.  Skg dah ada hand cream,so jom beli sama2 moh kite..
Sbg perempuan mak mentua x kisah kalau tgn kita kasar.. yelaaa bt keje umah kan.Tp suami kisah! ^_^   
(( Klik SINI kalau ada BF yg sejati. Stara mana dia blh mkn KFC baru nie boh?))

Heheheee..sorry loyar buruk. bye2 semua.. nak buat kerja sekolah..Salam.

Sunday, October 7, 2012

Berulang kembali - Siswi Diselamatkan Daripada Cubaan Bunuh Diri

 

TANJUNG MALIM, 8 Oktober - Bangunan E-Learning, UPSI sekali lagi mencetuskan kegemparan umum apabila seorang siswi telah diselamatkan daripada cubaan bunuh diri oleh empat orang pekerja 'cleaner', 5 Oktober (Jumaat) yang lalu.

   Maklumat tersebut diterima daripada Ahmad Suhaimi Mohd Noor, seorang pensyarah UPSI di akaun Facebooknya "Berita terkini: 7 oktober 2012, aku mendapat maklumat daripada rosli bin dahalan staf ict, upsi yang mendengar cerita daripada seorang " cleaner" bahawa kejadian " hampir2 bunuh diri" telah berlaku pada hari jumaat 5 oktober 2012 jam 2 petang yang lepas."

"Seorang siswi telah membuat percubaan untuk membunuh diri di tingkat 5- tempat yang sama kes siswi yang terjun dan terkorban pada bulan april yang lalu. Siswi tersebut telah diselamatkan oleh 4 orang " cleaner" yang berjaya menarik tangan dan memeluk siswi tersebut" katanya.

Seorang siswi berkata kepada media UPSIDaily, "pensyarah saya memberi tahu kejadian yang sama (cubaan terjun) pernah berlaku selepas kematian seorang siswi bulan April yang lalu. Cubaan terjun tersebut digagalkan oleh rakan yang menyedari tindakan siswi tersebut".

"Selepas siswi itu sedar, dia berkata terdengar suara ghaib yang memanggilnya ke arah tingkap tersebut. saya berharap pihak UPSI dapat menganjurkan satu program solat hajat untuk menjauhkan perkara ini berlaku. Saya takut perkara tersebut berlaku lagi" ujar siswi yang tidak mahu namanya disiarkan.

Penuntut UPSI dinasihatkan supaya tidak berjalan seorang diri di bangunan tersebut dan memohon kepada Allah S.W.T agar dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.  
Sumber-UPSIDaily,