Mood : Gedik
Lokasi : Depan mak
Lain2 : Lihat SHARE/MY
Orang perempuan jika 'berfikir panjang'
maka mereka tak akan mahu bernikah
manakala orang lelaki pula jika 'berfikir panjang'
maka mereka akan segera mahu bernikah.
Ini kerana orang perempuan secara alami/fitrah
sudah dipersiapkan oleh Allah untuk menjadi isteri sejak memiliki kitaran haid yang
pertama. Apa yang menghalangi mereka ialah perasaan mereka yang menebal. Rasa
takut, curiga, risau, bimbang dan ragu-ragu yang jika difikirkan ibarat menambah
minyak ke dalam api dengan situasi sekeliling dan persekitaran yang tidak membantu
akan menyebabkan mereka menjadi takut untuk bernikah dan menjejakkan kaki ke alam
baru.
Sebab itu gadis yang tidak berfikir panjang cepat sahaja mahu bernikah kerana
'cinta' akan membius dirinya sehingga sanggup
melakukan apa sahaja.
Manakala orang lelaki pula kebiasannya sukar hendak memulakan
langkah untuk bernikah kerana selesa membujang
dan enggan memimpin atau bertanggungjawab.
Namun jika mereka berfikir panjang,
mempunyai cita-cita maka kehadiran isteri sangat membantu diri mereka berdisiplin
dan membina hidup yang stabil maka mereka pun akan segera mahu bernikah !