Sunday, July 22, 2012

Ramadhan II, Doa kita2.

Food. Yahooooow !! ;p
Assalamualaikum

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu
 doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka,
doa pemimpin yang adil dan
 doa orang yang dizalimi.
 Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, 
Allah s.w.t akan berfirman: 
Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu…”
 (Riwayat Tirmidzi)
 sumber : Loveislam.com

Jadi kepada kita2 semua umat islam yg sedang berpuasa,jom manfaatkan bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Banyakkan berdoa. Bermintalah kepada Allah kerana hanya pada Dia tempat kita bergantung dan meminta. Bukan? Syukur Ya Allah. Maha pemurah..

Friday, July 20, 2012

1 Ramadhan, ayah.

Assalamualaikum

Ramadhan pertama tanpa ayah. 
Daddyyyyyyy... i miss u sowwww much ! How come u leave me,leave all of us here.................
Ummm.. semoga arwah ayah sentiasa dicucuri rahmat dari Allah S.W.T. Semoga ayah baik2 saja di sana. Semoga ayah dapat tahu bahawa anak ayah yg kecik2 comel2 ini rindu ayah sgt2,tp dia xblh nak bgtw dekat sapa2 sbb dia emo sikit pasal nie. See? Dah tertitik air mata. Tap. Tap.  Tp dia tak nges pun. Come on x cantik la klu nges kan ayah kan? Daddy come on, answer me ! I miss u, i love u. I need u daddy. Nnt insyaAllah kita jumpa ya? Pd kehidupan yg akan dtg. Yang lama tu. Selama lama lama lama lama lama lamaaaaaaaaaaaaaaaaa nya... Can't wait ! 

Teringat sangat2 klu ayah ada lagi, ayah laaaa yg paling senang nak bgun sahur. Mek x yah ckp la. Dia x kena kejutkan dah automatik terbangun ann. Suka kejut ayah, sbb x perlu jerit2, x perlu goyang2 badan, ckp sepatah elok2 pun ayah dah boleh terjaga. Terus bgun cuci2 muka, mkn. Hahaha. xde pun nak mamai2 mcm org ngn adik beradik yg lain. Awesome daddy ! Cool ! Lagi mkn selera plak tu. X de nk ckp byk kata lauk x best ke apa ke mcm org. Mkn aje ayh nie.. Alamak2 nak nges lg ! Jgn2!

Ok flashback kita tamat disini

Ayah, org nk bgtw................... org jatuh cinta !! Hehek. Nie ramadhan pertama selepas 3 tahun org x jtuh cinta hihi. Ntah la budak mana ntah. Dia suka cari pasal ngn org.Tp org slalu x jd nk marah dia  sbb dia xbg peluang org nk merajuk pun. Org slalu jgk marah dia tp dia sabar aje.Dia buat benda tu jd lawak. Xjd nak marah yah.Haihhh. Klu ayh nak tau,dia ada pangai mcm ayh. Dia salu iye kan aje klu org ckp apa2. 
Selalu aje iye kan org nak apa2. 
Kdg2 menyampah ! Tp sweet la. mcm ayh. Mtk apa pun iye kan aje.. sampai org tak ingt dah mintak apa. Kui3. Its okay kan ayah? Org bukan nak sgt pun..mengada2 je. Ayh kenal kan pangai org? Hahaha. Sbb tu la iye kan je kan ! :) Sbb tahu org main mintak aje kn.
'' iyew.. sabar  nnt sy belikan''
''iyew syg''
''yew pegi lah..''
''yew cantik..''

Hahakkk. Ayah geli la dia panggil org ''syg''. Hee. Ayah balik sana awal sgt la. Org bru nak merasa peringkat umur pertengahan remaja. Mcm mana laa nk test dia nie yah ek. Ayah xde nak interview dia dulu. Aduu. Da citer kat mek, mek okay aje. Ayh plak?? Hmmm. tp xpelah.. tgklah mcm mana. InsyaAllah je..

Ayah2 mek beli tv lain pulak. TV plasma besar n nipis. Haha. Nakal kan mek.. dia kata sng nk tgk sinetron.Jauh2 dah boleh nmpk.Hehe. Dah la dah 3 minggu tiap kali jumaat tgk Harry Potter sampai habis tgh2 malam. Amarika la bini ayh nih. Kui3. Terpengaruh dgn org la nie Heri Potter bagai nie. Haha. Syg mek,syg ayh ! Ayh xnk balik sini ke kejap, nnt org jnj org x majuk klu ayah nk tgk bola.Okay x? 

Skg pukul 7 pagi yah. Org rasa org nak sambung tido balik la. Okay tak yah? Heheheeee. Anak sapa la nie kan. :) 
Jap g ayah datang la dalam mimpi org. Blh? Datang tau org tunggu.. Klu blh ayh jwb la skali soalan2 org yg org tulis kat sini nie. Okay daddy cool? Org tido dulu, Assalamualaikum.... Syg ayh,rindu ayh,cinta ayh. muahhhhh ! muahh3 ! :) ala air mata lg, last kiss ayah masa ayh dah dikafankan.. i miss u ayah,  
:)



Saturday, July 14, 2012

Kita orang masuk U

Assalamualaikum

Mana adil macam tu. Mentang2 kite sekolah tinggi sikit kite tak leh nak marah2. Ngak bisa bentak2. Aku manusyia biasya dong ! Apa ngak? Seballlllllllllllllllllllllllllllll bangat dehhhhhhhhhhh.
Ummmmmmmmmmmm :(

Lalu harus gimana? Kalau org yg x masuk U,dimaafkan la klu dia nak marah2 ke nak ngamuk2 ke? Mcm tu ke gayanya?

Tiba2 kan, i rasa mcm dia tu sedang bela dia tu. Sedang sebelahkan dia tu.
And i hate this feeling. Right now i wanna get caution with this. How dare u. This is Mastura Rara. Anybody can lie to me but you ! Be aware. I'm not going to let u escape. 


Tuesday, July 10, 2012

BFF night-outing

Assalamualaikum

Semalam alang2 free kan, i godek2 g Kbmall dgn Hilda. Dalam pkul 8. 45pm semasa hujan turun dgn agak lebatnya. Gigih tuh pakai slipar huduh2 dulu. Wedges pakai dalam kete. Hehek ! x mau wedges kena tanah. selutttt. Kui3. Dgn payung pink sebijik,hempas sopan2 pintu kete,duduk, Ida ckp ;
                           ''Kau nie.... dah mcm mek siti dah''  Hahahahaaa.
Bila dah jumpa. Lama x kuar mlm kan Da!

Sampai Kbmall parking xde plak. Huhu pkul 9pm still pusing2 cari parking. 

Happylah macam nie. Keluar dgn BFF, citer pasal kerja,perkembangan hubungan dgn pasangan,rancangan2 untuk memajukan diri,dan sebagainya yg ringan2 dan tidak memerlukan daya fikiran berputar2 dgn kadar 200 km sejam. Relax.

Persamaan kita Da,kurus.Yg bezanya kau tinggi tp aku tak tinggi.


Rasa 'life' sgt bila ada masa utk jln pegang2 tgn dgn bff kita, kepit2 tgn mcm la salah seorang tu lelaki dan mkn Mc Flurry oreo sambil jalan dgn mulut x benti cakap
''Da, kau x nak ke nie? aku mkn dah nak abis niee..''
 Tak pandang org kata tak sopan, dan Ida mkn sundae cone dgn lahap sambil sapu sedikit sebanyak dekat tudung dia. Haha comot. padan muka. Sambil mata liar tgk2 baju, kasut.tudung tak yah ckp confirm2 cari kot2 ada pesen baru pulak.. Anyway kalau ada kuar yg terbaru, kitorang x beli terus tau. Tunggu sminggu dua dulu.. tunggu harga turun/diskaun! Haha. Tudung mmg mcm tu. Mula2 kuar bapak mahal. Padahal sama je kot dgn yg sebelum2 nie. Beza sikit2 je, depa buat inovasi sikit kasi up to date. Kannnnnnn. Aku selalu teman Hilda nie cari pakaian. Dia nie ngok ngek lebih sikit dr aku. ( Da,aku tgh kutuk kau nie ) Dia nie kan.. berduittttttttttttt. Nak g date beli baju baru, nk g kenduri bju baru, nak g situ sini sana sini lah senang. Nak baru je manjang. Haha. Tp last2 dia pakai yg sama jgk. X tau la apa dia buat dgn yg baru2 tu. Hahaaha.

 Tak. Window shopping ja. 

Utk pengetahuan org2 yg tak pernah ada pgalaman ikut kwn yg tinggi lampai pegi shopping,nak gtw,susah nak cari baju untuk spesis mereka nie tau. Ada tu mmg la ada, tp depend on their citarasa la jugak, mcm Hilda nie citarasa dia yg simple2, yg free saiz. Yg biasa2 org duk pakai,kita2 duk pakai.Jadi, kalau dgn dia, byk yg x kena la. Singkat la.Kecik la. Situ sini x sesuai  la.Huhu. Klu org tu jns seksi meksi xpela blh je rembat mana2.  Tp klu yg jns sopan2 bak menantu pilihan nie  x boleh la pakai singkat2 x baik..nak2 kena la tutup litup yg mana patut. Kang kena reject karang!  Kikikiiik Lgpun dah besar panjang sume kena ada rasa malu lah kan. So tiap kali teman dia nie shopping mmg kuar la ayt dia ;
''eee x padan la!cuba kau plak tgk.'' *then aku la yg try tak pasal2. mcm aku yg nak.
haaa dgn kau elok!! *cisss. aku kecik mmg la.siap blh jd labuh lg!
Kat sini aku rasa kelebihan jugak bertubuh genit nih. Semua baju2 cantik boleh pakai doe! xde masalah singkat ke, *ada la sikit2. Tp x ketara la. Xde la bermasalah sgt. Tp mana2 pun ttp ada la kelemahannya. Pandai2 la cari alternatif utk selesaikan masalah tu. Hidup ini mudah tp jgn dipermudahkan pulak yeeee.


Aku berkepit dgn Ida nie sejak pra-sekolah. Aku paling ingat dia. Dia satu2nya yg pakai tudung selain cikgu dgn pembantu cikgu yg kat dapur tu. Heran aku dia pakai tudung padahal kecik lagi. Aku plak darjah 4 kot lekat kai tudung.. pas kuar pagar skolah baru bukak. Muehehehe. Smpai skg tak lekat2.
Then until UPSR..PMR..SPM.. dan berpisah ke IPTA yg berbeza.. namun tetap bersama !!


Masa tgh cari2 kasut kat satu kedai nie an, kitorang sambil makan Mc Flurry dgn Sundae Cone masing2 tu mkn2,tgk kasut, makan kasut  mcm biasa. Pastu dah xde yg cantik.. nak kuar. Lalu la kat depan akak jurujual kedai tuh. Dia kata ;
'' tak boleh bawak masuk makanan dalam nie dik..''
aku ngn Ida pun pandang satu sama lain. Haha. Opps. Tp kitorang dah mmg nak kuar kan. aku pun cakap
''Ah ye ek kak? Hehe sorry x ingt :) ''
''Kakak bru cakap, dah nak abis dah saya makan nie. :) :) ''*Sengih2 smbil jalan kuar.
Akak tu cakap ;
''Sedap sgt nampak duk mkn.. :)''

Hohoho bgus akak nie. X kacau kitorang mkn. TQ. TQ.
 Ce teka tudung pesen apa kite pakai nie?

 Inner neck - yg hitam 
dan inner Aidijuma yg org pakai kat dalam tapi i pakai kat luar. okay x?
Alamak cekci plak!!

 Inner Aidijuma-yang biru tu.
itu la i beli online

Tp Datin Juma pakai nie cantik,inner dia pakai belah dalam,(kena lipat sikit) tp sy xleh pakai tudung bawal,sbb x sesuai dgn muka.. So sbb tu sy pakai inner neck lain kat dalam. And inner Juma tu kat luar. (Kalu nak pakai belah luar tak yah lipat pun okay, lipat pun blh.)

 You know what, saya tak pernah beli wedges yang warna lain selain putih. Hewhewhew.IDK why..

Wedges yg sy cuba nie sbnrnya yg Ida nak,tp dia saiz 8-9 so xde saiz 2.Habis kot. Hehehe. Mmg harem la tiap kali Ida nak beli kasut mmg PAYAH GILA nak cari. Ada pun 5,6. mau x ngamuk Ida tu. Dia slalu kata kasut cantik2,yg tinggi2, xde saiz dia. kasut huduh2 tu baru la ada saiz dia..huhu..tp mmg betul... dari dulu lg mcm nie.. sapa nk teman hilda shopping mmg kena sabar lebih la.. sbb klu setakat 4,5 buah kedai mmg x jumpa cari lg. Sejam mmg x cukup masa. Teringat shopping masa Ida nak g event kat Kedah dulu, 4 jam shopping baru setel setengah barang dia dpt beli. Dan yg paling normal, klu kata Ida nak shopping,biasa la tu kalau pegi saja dan tak beli apa2. Sbb dia nie jenis survey dulu.. then balik pk, then baru datang lg utk beli. Memilih, berhemah dan berpotensi utk mendapat tendangan di muka kerana byk songeh ! Hahahaa.! Larikkkkkkkkkkk....
 Hilda... My BFF

Candid,ceh!!
 Tgh mengelamun.
Lepas balik Kbmall tu singgah pusat celcom bayar bil tepon, then singgah pasir pekan. Makan chicken chop kat DFC. Kuah dia mmg best. Huhu ! Mmg suka sgt2 kuah dia. 
Dekat kul 11 dah masa tu.Still lg nak lepak. Aduh.
Semalam ada la budak2 lelaki nakal yg menyampah. Terkinja2 mintak nombor fon. Terpaksa la buat2 x nampak. buat2 x dengar, buat2 bz bercakap nak cover daripada terpandang arah sana. 
Pastu Ida boleh plak positif thinking kat mamat2 tuh, dia kata mybe boys tu ada hal penting,urgent,sampai bersungguh2 nak rak bagai tuh, tunjuk2 suh panggil aku, tp bila nampak isyarat mintak nombor fon dia, baru la dia tahu betapa x perlu nak positif thinking sgt lah kat golongan macam tu. Hahaha ! Ida.. Ida. Tp mmg, dia jenis positif thinking. Bangga dgn dia selalu bersangka baik dgn orang. Huhu. Ada ketika tepat,ada ketika meleset macam kes tadi. Hewhew. Elok duk makan bakal buah hati sms

''ada mana?''

''Restoren.makan yang''

''janji apa? balik awl kan?

Aku pun tgk jam. Huii nak kul 12 dah. Lupa lak aku kemain mulut manis kata nak balik sebelum kul 11. Heheh. Aku pun tak balas msg dia. Fokus pada Ida. Nie masa aku dgn Ida. ONLY.

Ada budak tu merajuk. Byeppp.
3 saat kemudian x majuk dah . Hee.



Monday, July 9, 2012

Kali pertama lihat kamu

Assalamualaikum

Hari jadi salah seorang BFF aku.
Kami main masak2. Malam nie ada party.
Party depan rumah sewa kami.
(Ada agenda lain malam nie,siap lah birthday girl!!) Haha
Kamu dijemput sekali.
Wah excited gila kamu. Huhuhu.
Yang penting boybestfriendforever BBFF aku kena ada sama.
Kalau tak, kamu tak datang pun tak apa. Hewhew.

Jemput makan... Aku layan BBFF aku. Tak lihat pula kamu.

Seronok kenakan birthday girl, aku mula nampak kamu.
Dear, not bad.

Tapi aku dengan org lain. Skandal aku?Abg angkat? Kekasih gelap? Tak2. Tp aku mmg rapat dgn dia. Tak boleh nak cakap apa lagi dah.

Malam party yg seronok,bising dan kecoh. Penuh gelak tawa dan semua orang suka.
Maka aku lihat kamu. Bercakap dengan kamu. Hensem jugak kamu nie. Muehehehee ;p
Itu saja. Dan aku tidak lagi jumpa kamu selepas itu.


Malam yg fun itu ! 

Aku nampak kamu. Kamu lihat aku.

Assalamualaikum

Aku dgn rakan2 aku. Kami bertiga. TRIO. BFF.
Kami pakai bju jenama sama. SEED.
Kami sama. Tp x serupa. Aku sgt beza.
Kamu kwn mereka.
Aku tidak tahu kamu. Ignore.
Aku tidak mahu berkawan dgn kamu. Tak ada fungsi buat aku.
Aku dgn mereka. Datang untuk mereka.
Kamu dgn mereka. Kamu dan kawan2 kamu.
Aku lihat kamu. Sekali. Atau dua barangkali.
Tapi aku lupa. Sampai sekarang masih lupa, sama ada aku ada lihat kamu atau tidak !! Argh.
Ah,siapalah kamu itu. Semak saja.

TRIO BFF  =P

 
Atin, Bihan,Mas & The some of ew's


Your friend beside
 
Diskriminasi warna kulit. He3

This is my first time i saw you. Just saw ! Haha.
And then when u hai me on facebook, i dont remember who you are. Which one you are. But we are friends, cuz u are their friend.
And u know me from my boybestfriend, cuz i am his girlbestfriend.
You know me and u dont tell me that u know me already !! You stay, keep quiet.

Monday, July 2, 2012

Mom, i love u before i love daddy

Assalamualaikum

Just want to say ;
I love u soooooooooo much mum.
Really muchhhhhhh
Tooo muchhhh
Absolutely mucchhhhh
Much, i swear.
Dont leave me like daddy did.
I can't bear.
I felt empty.
Dont leave me mom,,.

And i miss your late husband lah mom.
Please tell him if u meet him in your dreams.
Will you?

Saturday, June 30, 2012

Interview Boyfriend Adik

Assalamualaikum

Tadi balik keje,adik yg dtg ambil. Mmg selalu dia yg ambil pun. Sbb abg2 semua dah ada hal memasing.. jd xde abg dah utk jd driver i. Cian kan. I sorang je xde transport sendiri. Itu la. org suh keje nak masuk universiti. Kan dah x miskin..PTPTN buat beli buku. sapa suruh??? Haha !

Kuar kedai tempat i keje tu, adik i di seberang jalan. Biasanya dia tunggu betul2 dpn kedai tp mlm nie tidak. Ok fine ada sebuah moto dgn seorang jejaka dgn dia,di bawah lampu jalan di tepi  jalan raya yg orang ramai tersebut. Ishhh. tp okay la. di khalayak ramai sembang2. ok dimaafkan.

Muka i masa tu dah la mmg tgh xde mood, sbb keje penat. biasala tu. 
So bila nampak ada sekor sorang mamat sebelah adik masa tu, lglah tambah xde mood. Tp dgn niat xnak bg laki tu kata aku nie seorang kakak yg poyo, aku buat2 la muka manis. tp x senyum pun. buat muka biasa n angkat kening saja kat jejaka tersebut. Laki tu sengih2. Mcm gigi lawa. x lawa pun. 

Lenggang lenggang gaya cikgu menuju ke moto mereka berdua. Aiii. aku tarik jugak rambut adik aku nih. aku tau niat kau. ko saja nk kenalkan laki tu kat aku kan???? huh. ingt aku suka la? 

So,bila sampai kt moto2 mereka,i tgk muka laki tu. # Hmmm. x kisah la.

Gewe Linda ke? (senyum sekejap n angkat kepala)
Tahu dio.. tnyo dio uh, dio kato saing gak saing.. (tersengih2 n nampak nerves)
Aku pun tny adik aku. 
Gewe mung nda? 
Sengih2 adik aku. sengih yg nmpk berhati2.

Aku pun start lah interview sikit walaupun aku tau proses tu x sah sbb tepi jalan. 

Blajar mano?
Poli.
Kos gapo?
Elektrikal..
Ooo..Sem brapa dah?
Sem *ntah aku tak ingt dia ckp apa*.. 
Praktikal bila? 
Nie baru abih praktikal. Bule *ntah x ingt jugak* nie masuk smula sambung
Oooo.. lepah tu kijo la?
Hoo gitu lah kali..
Ummm,,,

Huhu. pendidikan jugak yg aku tny kan ! 
Lepas dia ckp dia blajar kat poli, actually boleh je aku tny soalan lain or tak yah tny apa2.. tp saja la nak dapatkan kepastian, sbb tu aku tny sem brapa,praktikal semua, sbbnya kalau dia gagap2 n mcm x reti nak jwb apa, mgkin dia tipu.. kot2 la sekolah smpai tingkatan 3 je. Tp okay la. budak poli.. adik aku kolej . hah sama spesis. ikut u all lah. mls nk lyn. cinta monyet je pun.

Lepas soalan2 tu, aku pun ke belakang la nak bonceng adik aku kan. sebelum aku naik moto tu, aku berdiri jap kat tgh2 antara moto adik aku ngn moto boypren adik aku tu. Aku bertitah ;

''Jange monggek,''
''Jange wat benda2 pelik''
*dgn nada amaran keras*

Pastu aku jeling kat budak laki tu.

Dia pun ckp;
Ehhh.. kito dop.. kito ore beriman.. *(Amboi ayt cari maut! nampak sgt xleh pakai)
ore jate.. oyak gitu blako.
Sungguh..
Gapo... nie male2 tubik wak gapo dio..
Nie nak teman dia.. (adik aku)
Teman apa.. dekat jah .org ramai kt situ (dpn kedai tmpt ak keje) xyah teman xpe..

Pastu dia pun tukar topik 
Kak kijo situ ko? 
aku dalam hati : yelaa. lagi nak tny
Yup..
Saing kito ado situ sore dulu, tp brenti dah. bla bla bla bla
Aku pun layan la sikit. Ohhh...Bla bla bla bla. sambil senyum konon2 suka. 

Bersurai.. 
Dia  : Assalamualaikum
Aku : Waalaikumussalam slow2

Dalam perjalanan adik aku ckp 
Bukan gewe aku tu kak..

Eleehh. boleh plak x ngaku.Aku pun pernah jd budak n monyet la. 
 
Aku tak suka adik ak keluar malam dgn laki. Aku tak percaya pd pkwe dia. dan bekas2 pakwe dia pun. Semua mcm . Herrr. Ntah. Klu betul2 kawan biasa, bru la leh nk pcaya sikit2. Huhu. Risau adik aku nie.. xde sapa nk tgk2 kan dia. darah remaja. klu tak control blh jd tersasar. eee risau risau risau.

 

Saturday, June 23, 2012

Kepada kamu,perempuan tersebut


Assalamualaikum

Hye. Sy Mastura Sohuya, Tp kot belah fesbuk orang panggil saya Rara. Awk pun panggil sy Rara jugak lah k, sbb sy knl awk pun di fesbuk ini je. 

Sy nak bgtw awk, sy ini x mahir dalam cinta2 nie. Langsung tak fasih. Tp sy pernah juga berpengalaman spt awk. 1 pengalaman yg seolah2 buat kita rasa kita dah byk pengalaman walaupun hakikatnya hanya 1 itu saja pengalaman yang pernah kita lalui. You faham apa itu pengalaman, bukan? Perkara yang lepas. Past tense. 

Straight to the  ampang  point, awk kena percaya tentang jodoh. Bercinta 16 tahun sekalipun,kalau dah tak ada jodoh, boleh putus dalam sekelip mata saja. Bertunang 16 bulan pun, kalau x ada jodoh, putus jua. Berkahwin 16 hari sekalipun, kalau dah tiada jodoh.. bercerai juga... Itu jodoh, rahsia Allah. Awk putus cinta, awak menangis, awk merayu2. awak gila. awk jiwa kacau. Itu biasa untuk bulan pertama, bulan kedua, atau bulan2, atau setahun? lebih? Itu bergantung atas konsep kendiri seseorang individu tersebut. Terpulang atas kekuatan mental individu masing-masing. Mana 1 awk? Hny awak yg tahu sejauh mana awk boleh cope with it.

Menangislah wahai perempuan,kalau itu boleh melegakan kamu.. sbb kamu tak boleh buat apa2 dah. Dia dah tinggalkan kamu. Lama dia tinggalkan kamu,sampai sekarang dia dah ada orang lain, cuma kamu saja yang belum menerima kenyataan itu. Dan kamu masih merindui dia dan kenangan2 kamu berdua. Okay, teruskanlah.. Cuma saya nak tny kamu.. 
Sampai bila awk nak mcm nie? 
Sampai bila awk nak macam tu? 
Apa yg kamu dapat apabila kamu menangis?
Adakah ia memberi kelegaan kepada kamu?
Sejauh manakah kelegaan itu benar2 membantu kamu?
Kamu pasti dengan cara kamu melepaskan kesedihan ini berkesan?
Adakah ia boleh membantu kamu?
Kalau jawapannya tidak, please perempuan. Stop it. STOP ! I can't stand anymore. Aku yg sedih pedih melihat kamu. Aku kasihan akan diri kamu. Sifat empati ini sangat menebal dalam diri aku. Aku faham perasaan kamu..aku faham sangat. Tp cukuplah aku melayan perasaan kamu. Kerana kamu memerlukannya. 

Duhai perempuan,kamu cantik. Redup matamu, sedap di pandang. 
Lepaskanlah kenangan2 itu.. biarkan ia berkubur jauh di sudut hati kamu. Tp ingat, jangan kamu campak buang cebisan itu. Biar ia selalu ada dalam-dalam hati kamu. Fungsinya agar tiap kali kamu ingin mengulang cinta, kamu boleh renungkan pengalaman itu sebagai pengajaran. Dengar sini, yang baik jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan. Ramai lagi yang menunggu kamu. Bukalah kedua2 belah mata kamu, kamu akan celik. Bukalah 1 mata hati kamu. Ia jelas terang benderang. 

Lepaskan dia yang tidak lagi mencintai kamu. Ia soal hati, tak siapa boleh paksa. Tak siapa boleh turut. Andai diacukan senjata tajam lagi berbahaya ke arah lehernya sekalipun, cinta itu tak boleh tiba2 ada. Kerana kamu tahu ia dari hati. Bukan dari kata2. Masakan kamu mahu membelah hatinya? Dan menuntut darah untuk buktikan sebuah setia?

Motivasikanlah dirimu sendiri,sbb kalau bukan kamu yang menyedarkan diri kamu sendiri,siapa lagi? 
Hiduplah dengan bahagia.. kerana kebahagiaan itu adalah pilihan. Kamu boleh pilih sama ada ingin hidup bahagia atau sebaliknya? Mulai sekarang, pilih lah. Bahagia atau derita. Percayalah kata-kata Rara. Kita boleh cipta kebahagiaan kita sendiri, tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk membahagiakan diri kita. Jadi kalau kamu ingat kamu perlukan dia barulah kamu akan bahagia, maaf saya terus terang. Itu tidak benar.. Ia adalah 1 fikiran yang tidak rasional yang kamu simpan dalam sistem kepercayaan kamu. Ubah kembali lah belief system kamu, biar ia betul dan selari dengan apa yang kamu lalui sekarang. 

Disini ada beberapa tips yang luaran,yang zahir i nak bagi kalau2 berkesan untuk you. Tips lupakan ex kamu. 

1. Tukar style kamu.
Kalau u selalu pakai Hana Tajima style, apakata tukar kepada bawal Dian Pelangi dan rasailah perubahan itu. Kamu akan segar dan orang di sekeliling kamu akan perasan akan proses perubahan penampilan itu. Dengan itu kamu akan rasa kamu seperti hidup kembali. Tak percaya? Buat dahulu !

2. Penuhkan jadual waktu seharian kamu.
Kalau kamu bekerja, go on. Kerja, Kerja, jangan ingat dia. Waktu rehat keluar lah makan2 dengan teman2 kamu. Jangan bersendiri. Tak perlu lah nak berehat dengan berkualiti jika bersendiri,kerana kamu tahu ruang yang ada itu kamu akan gunakan untuk mengimbau kembali kenangan kamu dengan si dia.

3. Elakkan dari menggunakan telefon bimbit. 
Kalau boleh, buat2 lupa yang kamu memiliki handphone. Kamu boleh dengan sengajanya meninggalkannya di rumah,atau membiarkannya kehabisan bateri tanpa di cas kembali, atau biarkan handphone kamu tiada kreadit. Elakkan daripada menghubungi si dia walaupun dengan niat mehu menegur 'hello' . NO ! niat kamu buat masa sekarang bukan untuk berkawan. Tetapi untuk melepaskan kerinduan bukan? Kamu hanya akan menyakiti hatimu sendiri kerana kamu tahu kamu tidak akan di layan sebagaimana yang kamu mahukan sebenarnya. 

4. Remaja-kan-diri. 
Hitung usia kamu. 20an? Kamu ada masa 5 tahun lagi untuk ''membujang'' memilih pasangan, berkenalan dengan mereka2 yang lebih hebat, gunakanlah masa itu. Jangan sia-sia. Ingat, 25 tahun ke atas kamu sudah boleh mula berkira-kira untuk berkeluarga.. jangan nak remaja sangatlah ! :) Ia terpulang atas diri kamu sendiri. Kita perempuan, kita berkemampuan. 

5. Kembali kepada kebergantungan kamu sepenuhnya terhadap Tuhan. Allah S.W.T 
Ingatlah bahawa apa yg kamu lalui sekarang adalah ujian semata2. Aku pasti kamu pernah terleka dan terlupa akan Nya, maka Allah tarik sedikit rasa suka yang Dia pinjamkan kepada kamu. Lalu Dia bagi sedikit duka, yang asalnya kamu sendiri yang cari. Kamu . Allah itu Maha Penyayang, percayalah bahawa Dia tidak akan pernah sesekali ingin menzalimi diri kamu. Ada yang lebih baik telah dia sediakan untuk kamu. Jadi kesedihan,kepiluan yang kamu lalui sekarang adalah hny untuk mengajak kamu kembali mengingati Dia,sujudlah.  Allah itu sangat sayang kepada kamu,lalu Dia bawa pergi orang yang tidak sepatutnya bersama kamu. Renunglah sedalam-dalam hati, ini adalah kerana Allah ingin menyatakan cinta Nya kepada kita insan...

Selamat berkenalan



Friday, June 22, 2012

1#

Hey hey hey hey ! Aku tak percaya, cinta.. aku tak percaya, cinta..
aku tak percaya, C.I.N.T.A ! _Liyana Jasmay.





Kau..sempurna bagiku.. tak kurang sesuatu... kau terima apa adaku..
ku..sempurna bagimu.. tak kurang sesuatu..
cinta bersatu.._Liyana Jasmay.


.

Wednesday, June 20, 2012

Cuti semster 4

Assalamualaikum

Hai . Dah 5 hari sy di kampung.Cuti semester. Bermakna dah 4 hari saya kerja di kedai handphone nie. Apa la. dah xde keje lain ke. Nyampah. Buat keje sama. Huhu tp itulah, keje sng n rilex, sapa tak nak.. dgn gaji2 skali rilex. Huffffffffffff. Yg tak rilex nya, bos. haiiiiiiiiiiiiiii. mencabar akal dan mindau sungguh la.. nak kena kaunseling jugak bos nie. 

I balik kg ari tu dgn bas. Pastu turun kota bharu. lewat gila sampai,dalam kul 8. Driver bas tu byk main la. benti sana,benti sini. buang masa i je. ew. memandangkan pukul 8 lebih dah nak dekat pukul 9 dah, kota bharu traffic jam la cik kak oii. so i suruh abg i dtg ambil dgn moto. sekaliiiiiiii dtg ngn ego adik. adoiii.  amik hang. peluk la bagasi aku tu depan. nak suh mai kete tp malas nak melalui saat2 jam di kota bharu nie.. mmg mencabar kesabaran laa jemmm2 nie. But so sweet lah bila yg datang tu abg sulung i. huhuu. sejak dia kawin, kami x rapat, dia berpihak sgt pd keluarga bini dia . tinggal pun sana. jarang sgt balik umah mak. sedih tau. tp.. ok fine ! u will see la one day. what u give, u'll get back. 

Bila i sampai rumah,, mmg situasi yg pernah i cerita berlaku. so malas lah nk citer lagi. ada kat entry ini.
Soooooooooooo sweet lah :))

Cumanya kali nie i tak tertidur. i gunakan masa yg sepatutnya i tido tu untuk keluar dgn adik i. Jalan2 tgk kampung kebakat sat. pastu pegi wb singgah bayar broadband kat kedai handphone yg i keje skg nie. pastu kebetulan bos ada. i pun tny la ; 

 ''bosss.... nak keje leh? sy cuti 2 bulan lebih''. 
-pastu aku sengih2 dgn penuh kiut.

''Hmmm bila boleh masuk keje?''

''ikut ahh''

''ok awk masuk esok ahh''

So ! maka dengan ini i pun masuk lah kerja esknya... hehe.. masa itu duit. welll. 
Keje dr kul 10 pg - 10 malam. macam biasa yg pernah aku keje selama nie.
Balik keje,spent time dgn falily cukup2. ini saja lah waktu yg ada. ngantuk x ngantuk.. selagi depa tak tido, duk lyn tv ka apa. i pun x tido jugak... nak sembang2. nak gedik2. nak manja2 dgn mereka. 
I miss u mom.. i miss u all..