Assalamualaikum
Malam td terawih kat surau kg kebakat. Malam lepas kat masjid kg kebakat. Saja.. tukar2. Lgpun jarak lebih kurang sama,kalau dekat sikitttt pun, surau la kot. Sbb tu budak2 nak g surau. Xmau solat kat masjid. Kata mereka kat masjid imam baca surah besar, so mereka x reti. So mereka akan ngantuk. Kalau kat surau surah kecik aje, Jd mereka mampu solat dgn penuh reti. *haa nampak ayat dia.
I rasa tanggungjawab i la kot bwk budak2 tu pegi terawih, sbb xde sapa nak bawak mereka. Sepupu dua orang darjah 3 dan 4, dan anak buah sorang darjah 2 dan 3. Hmmm. Jalan kaki.
Aku,torclight,dan 4 orang kanak2 riang dan buas. Fine.
Disini disenaraikan beberapa tanggungjawab yg perlu kita alert kalau nak bwk budak2 pegi terawih dgn berjalan kaki.
Tanggungjawab 1
Pastikan mereka semua berjalan tepi jalan raya. Benar2 tepi kalau boleh. Jangan nak mengade2 jalan berdua2 mahupun bertiga. Ini bukan masanya. Berhati2 lah di jalan raya, anda pasti boleh mengubahnya.Ingatlah orang tersayang, selamat menyambut hari raya.
Tanggungjawab 2
Pastikan mereka ambil air sembahyang. Ada dua pilihan, bgtw mereka boleh ambil air sembahyang di rumah atau di surau/masjid. Kalau boleh, di rumah lah. Baru lah setiap perjalanan nnt lebih diberkati Ya Rabbb. Kan?
Tanggungjawab 3
Pastikan kiri kanan dan betul2 xde kereta moto mahupun basikal atau kenderaan2 itu jauh sejauh yg mungkin untuk melepaskan mereka melintas secara individu atau berpimpin tgn secara kelompok.
Tanggungjawab 4
Pastikan mereka tak main2 dengan lampu suluh agar kehadiran kita tidak disyaki oleh anjing dalam pagar rumah orang cina, well anjing2 tersebut mngkin ingat kita nie long ranjer. Torchlight bagai,malam2 gelap. Muahaha. Pastikan mereka menyuluh pada jalan yang benarrrrrrrr.
Tanggungjawab 5
Pastikan muka kita selamba rock, i mean lalalala so cool i'm not scared, agar mereka tidak takut untuk melalui lorong yang amat gelap dgn penuh rasa berani dan yakin diri dengan adanya jirat kawasan perkuburan cina dan selepas itu perkuburan islam pula. Dah la gelap gelita kerajaan x bg lampu jalan, jirat n kubur pulak tu. Hoiii.Seram,mau x seram.Kiri kanan semak dan kebun durian. Kita mmg berani. Kan nk pegi solat,bukan nk pegi mintak nombor ekor kan. So kita boleh la ckp ;
''jalan elok2.. x ada apa2.. baca quran lah kalau takut''
Tanggungjawab 6
Pastikan mereka diingatkan tentang niat2 dan rakaat untuk solat. Terangkan satu2 pada mereka biar mereka tahu. Kalau mereka tak nak buat tak apa, yang penting kita dah bgtw dia. Kalau boleh pujuk lah mereka agar buat semua solat sunat. Bukan susah.. surah kecil aje pn blh kan?
Tanggungjawab 7
Pastikan mereka tidak berbual2 atau bergurau senda kalau mereka skip beberapa solat terawih. Yela budak. Mesti tersengguk2 plus lenguh kaki. Oh well, kita pun pernah jd budak beberapa belas tahun yg lepas.Kan..
Tanggungjawab 8
Pastikan mereka selamat dibawa ke toilet bila mereka kata nak pipis. Hahaha. Pipis secepat yg mungkin, kita xnak terlepas terawih. Nak full !! Rugi tak full.. sayang rasanya nak tinggal.
Tanggungjawab 9
Pastikan mereka bersalam-salaman dengan semua orang/hampir semua orang di surau/masjid selepas selesai terawih. Ingtkan mereka tentang senyuman dan contact mata.
Tanggungjawab 10
Pastikan mereka tidak berlari2 girang mahupun hoooreyy selepas keluar dr masjid/surau. Jaga budak2 anda,. Anda mampu mengubahnya.
See? my responsibilities to make them stop moving,stop playing,stop talking,stop yelling. Haha!