Tuesday, September 11, 2012

Still Syawal 1 # Aidilfitri 2012 #

Assalamualaikum

Ada lagi x sampai seminggu syawal akan menutup tirainya..sy rasa semua org punya mood raya dah habis kot. Sbb skg musim org masuk semester baru dah..,so sebenarnya motif malam nie adalah nak lew jugak i upload pic  raya.. Hewhew. Kata blogger. Kena la upload kat blog,bukan kat facebook. *kata sapa pun xtau laa

So ! Aidilfitri bagi Rara tahun nie rasanya x byk beza kot dgn yg lepas2. Cuma yg paling beza tu, i have no daddy anymore lah..Al Fatihah.. :( ... hmm.. k byep

Jom bersama saya.Masuk dunia sy.Kite flashback .

Pagi raya kemain bz. Bgun lambat tu biasalah,satu hal. Then as a daughter merangkap sister,nak x nak,ke dapur lew kejew nyew. Hufff. Mula2 pakai baju raya,jubah pieewitt first time kau nyahh. ;p Pastu bila asyik ulang2 ke dapur tambah mknn,berdiri kat sink cuci stock gelas,sapu sisa2 biskut yg budak2 sepahkan kat lantai dan sisa2 air yg tumpah lg.. - ye raya pertama budak2 ramai dtg. duit raya yeay ! kata budak2 tersebut. Oh, so i pun tukar pakai bju biasa balik..xmo bucuk2...huhuuuuu xde jubah2 dah haih.. Bila budak2 dah reda baru la tukar jubah balik..

Selamat datang ke teratak kite.. kepada kwn2 yg hadir dan saudara mara.

Petang,baru la dapat keluar.. mula2 sy ngn adik pegi rumah adik beradik tiri sepupu sepapat yg terdekat dari segi jaraknya.. pastu bru ke rumah kwn.
Haaa. kat rumah kawan baru la ada can nak bergambar... tau.. kat umah mana sempat..cam devian la klu sy sorang2 gedik nak bergambar.annnn an.
See here..
Raya tahun nie bkumpul rumah shi,sbb dia 1st time kot raya kat sini. Biasanya dia balik kg.
Nie BFF sama2 STPM dulu.. 

X pernah miss raya sama2 . Tentu u guys pun ada jgk kan BFF mcm nie.


Shishi | Rara | Nunu







K.. ini saja..
Anyway tudung raya x beli sbb ntah mcm mana blh terlepas pandang !! 

Kami semua pakai celcom. Anda bagaimana? Anyway celcom ada sesuatu yg menarik utk kita2. Kat SINI 
Tapi kalau ada di antara kami curang,lalu guna maxis,kitorang xde masalah pun..celcom-maxis pun kitorang sanggup bergayut. Sbb persahabatan itu mcm Nokia, connecting people. 
Kat  SINI offer utk budak2 kampus.. Maxis  . Silalah tgk2 klu rasa nak jimat top up... Kan... :)


Sunday, August 26, 2012

Rara :::: Anak dara sampaikan raya

Assalamualaikum

:::::Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin::::
Di kesempatan ini saya nak mohon maaf kepada semua pembaca kalau selama saya menulis blog-main-main saya nie dulu pernah terguris perasaan kalian semua.. ada ker??

InsyaAllah lepas musim raya nie, Rara akan giat kemaskinikan blog ntah hape2 nie supaya ada manfaat untuk semua yg sudi nak baca. Hee.klu u guys perasan kan,dulu ada byk page kat blog rama2 nie tp skg da xde. Its magic! Ia boleh berubah wajjah,Taaadaa! ;p Haha. Iye Rara hide dulu. sbb sepah sgt content dia.. Lgpun sejak akhir2 ini ada beberapa anonymous duk komen2 suh kemaskan blog nie. Surryy la awk. kite x cukup masa. Hee. Ada juga sorang tu kan..dia kan... komen kan... macam nie...
''tutup aurat tu! nampak rambut masuk neraka tau x?''  
Terkezut i.... huhuhuhuuuu..xmo2.xmo..Pastu, Sy pun kemain nie bukak balik entry2 lama,mana lg yg x delete kan. Huhu. Okla. jumpa la sekeping. Heheh. Jgn la marah awk ek.. kite tak sengaja la.. Itu gambar zaman dulu..
Dulu lain...sekarang lain..
Dulu bujang sekarang dah kawin..
Hoiii?

OK

SELAMAT HARI RAYA


Mohon maaf dari hujung rambut.. hingga hujung kaki yer.. :)

Anak dara berhari raya
Berhari raya di tepi muara
Mana nak cari anak dara beraya
Carilah di tepi muara.
ehhh


Duduk bersimpuh si dara muda
Warna warni hai berbaju raya
Bersalam bermaafan sesama mereka
Kosongg..kosongg..Najwa Latif punya
oiiiii


Ku susun jari sepuluh semuanya
Halus,kurus,x putih la pula
Sampaikan salam ini kepada semua
Rara ucapkan selamat hari raya

Untuk perkembangan Rara, kini Rara x kembang2 pun. Keding tang nie jugak. Hehe. Mood raya x habis lagi.. esok nak pergi beraya kat sekolah dengan cikgu2 dan kawan2. Mak Rara buat pulut dakap ! *Pulut yg ada inti pisang kat dalam..lepas tu bungkus dgn daun pisang (jugak..) pastu bakar. Yummmyyy ! Sapa nak rasa yg mak Rara buat boleh la pergi sekolah esok. SMKWB. Hehe. 
Di pihak peribadi Rara, Ra x blh makan kuih tu sbb berminyak. Rara dalam pantang. Pantang minyak,pantang ais,pantang haba. Sbb ada gejala batuk2 sikit sejak dua menjak nie. Hee. 
Lagi dua minggu dari sekarang Rara akan terbang/naik bas ke UPSI untuk meruskan hobi Rara iaitu buat assignment sampai rasa nak nangis. Heheheeee.
Juga.. Last,Rara ini juga sentiasa bahagia dengan family kat kampung halaman nie. Itu saja..TQ and i love you too ! haa

Friday, August 17, 2012

Ramadhan Terakhir_ SUNNAH DAN ADAB MENYAMBUT HARI RAYA

Assalamualaikum
Ramadhan terakhir utk tahun nie. Tahun dpn insyaAllah jumpa lg :)

Alhamdulillah.. tamat sudah puasa sebulan kepada yg berpuasa sebulan. Alhamdulillah.. see? see? xde sapa2 pun yg mati sbb puasa sebulan kan? kan? Herrrr. Puasa nie nikmat tau x,nikmat..Masa nie la kita nak rasa betapa susahnya org yg susah. Mereka lapar,mcm kita time puasa jugak la. Same goes to mereka2 yg mcm kat Afrika sana, xde air nak minum.. Sehaus2 tekak kita,haus lg tekak mereka tau.. So syukur lah dgn nikmat yg kita dapat nie. Puasa best kan?  Tgk i, dah turun berat badan. Hufff. Huhu tp x kisah la.. lepas nie boleh naikkan balik.. Apa susah? :)

Alahai bersyarah pulak. Actually nak jerit td.. 1..2...3 !

Esok raya yeay !

Esok raya yeay !

Esok raya yeay !

Ehek. ^__^
Mau x happy, esok pakai bju baru lg kot. Hewhew. Today saya nak kongsi tentang sunnah dan adab menyambut hari raya.. Sy rujuk dr website masjid an nur..

Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadan.Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah SAW menyambut Hari Raya, antaranya ialah;

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.



2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].

Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ia juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].


3. Bertakbir pada hari Raya

Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].

Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.



4. Takbir Hari Raya

Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik.

Kata ulama, “Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan.” Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.


5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik



6. Berpakaian baru/cantik di hari raya

Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].

Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah daripada masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].

Keluar dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.


7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]
Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini;

i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat.

ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.

iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT.

iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim.



8. Solat Hari Raya. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya

Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama semasa.


9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya.

 Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]

Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”

Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.

10. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya

Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah).

Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”


11. Zakat Fitrah. Nabi SAW menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya

Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”

P/s : Dialog adalah rekaan semata2. 
Talent : Anisah, Anis & ''Ara'' ! 


Semoga adilfitri kita kali ini memberi seribu keberkatan daripada Allah SWT untuk kesejahteraan kita sepanjang hayat.. Ameen...

NAK BAGI DUIT RAYA KAT KITE TAK? 
Semak kat bawah sini..

Thursday, August 16, 2012

28 Ramadhan_ 28th Day Dua

Assalamualaikum

Buat semua readers blog Rara serta stalker yg sweet2 semuanya.. TQ. 

Maka hari ini adalah hari2 terakhir untuk semua umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan.. Lusa dah Syawal. Alhamdulillah utk yg sempurna puasa penuh.. Kpd yg perempuan tuutt tuutt tu,ganti cepat2 tau. Jom kite puasa 6 sekali ! :) Kejap lg Rara akn mula bz. Nak tolong mak siapkan tempahan ketupat yg beratus2 dan tapai pulut yg beribu2. Alamakkkk aiiiii ! Tiap tahun mmg mcm nie. :) dah biasa sebenarnya..
  
So here's the dua'
 
اَللَّهُمَّ وَفِّرْ حَظِّيْ فِيْهِ مِنَ النَّوَافِلِ وَ أَكْرِمْنِيْ فِيْهِ بِإِحْضَارِ الْمَسَائِلِ وَ قَرِّبْ فِيْهِ وَسِيْلَتِيْ إِلَيْكَ مِنْ بَيْنِ الْوَسَائِلِ يَا مَنْ لاَ يَشْغَلُهُ إِلْحَاحُ الْمُلِحِّيْنَ
Ameen..
 
O Allah increasee my enjoyment and satisfaction, in this month, in the prayers I pray out of my own free will, kindly make haste in quick disposal of my affairs in my interest, let me be near to the “Means of Approach” (Muhammad SAW and Aali Muhammad) who are the select best medium to gain Thy favours, O He who does not get confused on account of the ceaseless demands of the countless beseechers, but attend to each and every supplication.

Ya Allah, sempurnakanlah bagiku di bulan ini ibadah-ibadah sunnah, muliakanlah aku di bulan ini dengan memahami setiap masalah (yang kuhadapi), dan dekatkanlah di bulan ini dengan perantara terbaikku (Muhammad SAW dan Alii/keluarga Muhammad) menuju ke haribaan-Mu, wahai Dzat yang tak disibukkan oleh rintihan para perintih.

Selamat tinggal Ramadhan, panjang umur sy.. kita jumpa lg..


Selamat datang syawal.. salam aidilfitri

Gambar cilok dr hazanis.blogspot.
tq mek cah ! hihi.

Dgn ini saya Mastura Sohuya tp panggil Rara je k, ingin mengucapkan
selamat hari raya kepada semua yg kenal saya..
I love u guys.. jemput datang rumah tau. bwk duit raya teeerrrr ! :) 
Salam.........

Cik kak cik abang,meh dulu sini :)


Ramadhan 27_ Iftar bersama bloggers Kelantan

Assalamualaikum

13 ogos lepas,lepas photoshoot raya kat Taman Tengku Anis ---------->>
Rara,Anis dan Anisah serta photoghrapfer Ariff terus terkejar ke KB Mall utk event Iftar bersama Blogger Kelantan pulak.






Wajah2 bloggers Kelantan

Ini dia geng Rara td. 
Anisah, Anis Zahirah dan Arif . 
Dan tiba2 nama Rara td bertukar jadi Ara sbb nk bg sama dgn geng. Nama mula dgn huruf A. Ok tata ;p
Tq sgt2 kat Anis ( Love Patzzi ) sbb ajak sy sekali. Malu i  ^_^ U nie bukan saje cantik,lawa,baik hati pulak tu.. *nak biskut raya Nis!*
Tq jugak kt Ariff sbb drive dgn penuh berhemah.TQ ek.
TQ juga kat Anis Zahirah sbb....... huhu rahsia kami berdua!



Event nie dihadiri oleh rakan2 blogger Kelantan yg semuanya sporting2 belaka x sangka iiii


 Itu adik beradik. Fifi dan Fara yg comel chubby2 gitu..Sorang 16 thun,sorang 19.
Then Yuyu Atiqah yg tgh STPM skg.. katanya nak amik kaunseling lepas nie. Dik,boleh rujuk kak Rara ye pasal nie. Kak Ra pun amik kaunseling jugak.. :)
Pastu Izma..Suka style dia. Stylo cantik you ! 
Yg tersengih tu Jiji.. Ustaz Jiji. Ustaz kat sekolah di Pasir Mas. Belajar kat Mesir you ! 
Yg sengih kuasa dua tu Syazwan. Gigih menghabiskan makanan agar tidak membazir.. hee.


Alhamdulillah.. Pizza hari nie semua Jiji belanja. Al-Maklumlah,dia dgn Nuffnang tu BFF,so dapat rezeki lebih. Eloklah kiranya dia belanja kami2 yg baru nak bertatih ini. Tulus hati mu wahai Ustaz


We are all happy,hungry and yes,dont forget beauty :)

 Moment2 indah Ara, (ha nampak permainan dia)
Anis, 
& Anisah.


Lelaki ini yg baju hitam gambar kat tgh tu,yg gambar kandid tu Rara x sempat nk berkenalan sbb asyik makan.
Pastu laki yg baju putih nie pn Rara x sempat nk berkenalan sbb muka dia serius, jd Rara takut. Hihihi. 
ala xpela.Dah add fb kan semua? :) Lagipun mak pesan jgn ckp dgn org yg x kenal. eh boleh pulak..
 Blogger2 Kelate nie semuanya best2 belaka. Klu yg lelaki,alahai sakit perut asyik duk tahan gelak je. 
Nakal2 n lawak2. Eeee. Tau nak buat org gelak aje. Hehehehee *teringat lawak2 dorang*

Kalau yg perempuan.. tak yah ckp la. Dah la cantik,manis,ayu,stylo,lawa pulak tu. *kecuali sy la ek,blh?
Yg pasti kami semua sekepala.. 
walaupun masing2 baru first time jumpa face to face. Selama nie duk contact blog2 n fb aje..
 We are all so sweet ! 


Perjumpaan kali nie bukan saja nk berbuka..Ada byk tips yg Rara dpt, like mcm mana nak tambah earning bulan2.. cara nak berbaik2 dgn nuffnang,mcm mana blogger2 hebat boleh jd hebat mcm tu. 
Dan sebagainyalah. Ok..

Ada pantun sikit nie ;
 Iftar bukan sebarang iftar,
Blogger Kelantan hebat2 belaka,
Sebelum balik bukan sebentar,
Bergambar bagai dengan mereka.


 Lepas berbuka semua, lepas ambil2 gambar, kitorang bersurai.. tinggal sekeping pizza yg x larat nk abiskan lg dah. 
Ada yg balik umah..ada yg solat kat surau .


Yg juga baju merah tudung merah tu, Nuru Ashi. Cute miut  n bam bam.Peramah orgnya.
Yg tudung kelabu sarung kaki warna hitam tu kawan Ashi td. Sama umur dgn i. Ashi kate dia xde blog. Tp xpe.. fb ada ! nak add? 
Nnt i tny dia dulu ye... ayu orgnya..duk sebelah i masa mkn,tak bising2. hehe. Tp sporting. Cool !



*Eh salah susun gambar plak.
Xpe la ek? Rara bz nie. Jap g nk tido lg,nak mkn lg, nak g masak utk berbuka.. huhu dah nak abis dah Ramadhan...lain mcm pulak rasanya. Kalau kita renung betul2,hati kita nie akn dpt rasa betapa indahnya ramadhan dlm hidup kita.. Yela kan, bulan mana lg kita nk mkn tepat jam maghrib, bila lg kita nak terawih? sahur lagi. Bila lg klu bukan ramadhan? Bulan lain pun boleh nk bgun sahur or puasa.. tp ramadhan al mubarak,tetap ada indahnya..... Renung2kan..

Akhir kata, sekian terima kasih. Rara happy. 
U olls bagaimana? *happyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy...*suara dr jauh kalian

Inilah detik2 indah saya bersama mereka. Jika anda juga ada,bolehlah kongsi di sini 
Lepas nie mungkin kami meraikan sambutan hari merdeka bersama2 pula.Ambil gambar dgn bendera. Hehe menarik juga? Dah ada? Nak cuba?  Sini
Kalau ada video menarik tema hari raya, boleh share kat Sini


Ramadhan 26 _ Ampunkan uya ayh, uya tertipu..

Assalamualaikum..


Kehadapan ayah yang tersayang nun jauh di alam barzah sana.. Semoga kuburmu terang seperti yg kubayangkan setiap kali selepas aku mengalunkan surah Yassin semata2 untuk menyuluh gelap disana..

Ayah,

Lagi 2 hari nak raya. Ini Syawal pertama kami beraya tanpa ayah. Aidilfitri pertama x dapat nak bersalam dengan ayah,x dapat nak mintak duit dgn ayh. Then bila ayh bagi sikit, kami mintak lagi sampai ayh bagi. Ayah,uya rindu........... Tp uya x nangis pun.dan uya tipu. Masih teringat raya lepas,uya beli baju raya kat ayh. Kemeja saiz L. Sbb masa tu ayh dah mula kurus sikit berbanding biasa. Uya baru perasan, sampai bju ayah pun uya tetap terapkan warna pink dalam pemilihan baju walaupun bju tu utk seorang ayh yg brutal mcm ayh. Baju ayah warna hitam tp ada bintik2 petak warna pink.. Tp ayh x kisah kan.. cantik je kan?  Suka sgt tgk muka ayh masa tu. Yg uya paling xkan lupa, xnk lupa, bila mak nak pujuk ayh pergi hospital..mak mesti pakaikan bju yg uya beli tu supaya ayh ingt kat uya yg jauh dr ayh masa tu . Mak nak ayh tahu,walaupun uya xde dengan ayh sepanjang ayh sakit, tp uya tetap call amik tahu pasal ayh. Bila ayh tgk bju tu,ayh mesti ingt uya kan. Ingt pesan2 uya supaya telan ubat kan?

Pemergian ayh.. sgt memberi kesan pd hidup uya. Uya pun x sgka uya selemah ini. Serius uya ingt selama nie hati uya keras. Come,on,gua tak ngis doe. Uya nie anak yg teruk kah ayh? Sbb x dpt bersama ayh sepanjang ayh sakit? Tp sumpah ayh.... uya x tahu,,, semua org rahsiakan dr uya pasal ayh sakit teruk. Sbb masa tu uya tgh final exam. Sumpah klu uya tahu ayh sakit teruk masa tu, uya balik !!! Sumpah ! Setakat repeat paper uya sanggup la ! Uya risau sgt... takut ayh kata uya lupa kat ayh,x jaga ayh masa ayh sakit. Sumpah uya tak tahu pape...Padahal uya selalu call rumah,tny ayh macam mana tp dorang kata ayh mkin ok... bukan mkin k.o... Tapi bila balik kampung, uya tgk ayh, UYA TERTIPU !!!! Semua orang tipu uya.. semua orang :( 

Sampai mati uya ingt benda nie.. Uya sampai subuh.. jumpa ayh..
Ayh pergi asar... ayh xnk jumpa uya lg....  Sampai hati ayh kan. Sikit aje masa uya sempat jaga ayh. Uya rasa x adil... Uya takut ayh kata uya x jaga ayh.. Sumpah uya x tahu ayh sakit teruk..mereka semua tipu uya.. Sembunyi perkara nie dr uya.. Sampai hati mak pun tipu uyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... sampai bila2 uya xdpt nak maafkan sapa2...

Demi Allah. Uya syg ayh walaupun uya x sempat jaga ayh mcm adik beradik yg lain... Sumpah klu uya tahu perkara nie.. uya balik kampung.. UPSI tu tak kan lari.. tp ayh? uya xkn dpt jumpa ayh lg..





Tuesday, August 14, 2012

25 Ramadhan _ Confessions of a Shopaholic: The Baju Raya Nightmare

Ramadhan 24 _ Ayu Raudhah pun sudah bertudung !

Assalamualaikum

Source : Murai. Com 
Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2012: Selesai mengerjakan umrah buat kali ketiga pada 4 Ogos lalu, pelakon Ayu Raudhah akui dia telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dengan mengenakan hijab secara drastik.
Namun, keputusan itu hanya diketahui suaminya yang juga pemain bola sepak negara, Zaquan Adha selepas dia pulang ke tanah air dan terus mengenakan hijab pada keesokan harinya.
Ayu Raudhah berkata, Zaquan yang pada mulanya agak terkejut selepas melihat imej dan penampilan barunya itu, namun dia akui gembira dengan penghijrahan tersebut.
  "Sebenarnya niat untuk berhijrah sudah lama tertanam dalam diri saya dan selepas pulang daripada umrah, rasa itu semakin kuat dandengan tidak semena-mena, saya membuat keputusan yang drastik untuk mengekalkan hijab di kepala saya sama seperti mengerjakan umrah.

Cantik..Ayu Raudhah semoga kekal.
  "Zaquan juga terkejut dengan perubahan saya, namun sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Bagaimanapun dia antara orang yang paling gembira dan kuat memberi sokongan kepada saya," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Mengulas lanjut mengenai penghijrahannya, Ayu berkata hasrat untuk berhijrah itu turut dipengaruhi daripada lakonannya yang sebelum ini banyak memegang watak baik dan bertudung.
  "Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah.
  "Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut.
  "Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah," luahnya yang lebih banyak memegang watak wanita bertudung dalam lakonannya.
Dialog jadi pendorong.. Ayu

Bercerita mengenai pengalamannya ke umrah kali ketiga selama 2 minggu itu, Ayu akui ianya sangat bermakna kerana dapat menjalani ibadah puasa di tanah suci Mekah.
  "Meskipun cuaca di sana sangat panas iaitu sehingga 43 darjah selsius, namun saya sangat gembira kerana dapat menyempurnakan ibadah umrah serentak dengan ibadah puasa kali ini'',
  "Biarpun agak letih kerana berpuasa tetapi saya berpuas hati kerana sudah 3 kali berpeluang berada di Tanah Suci Mekah," tambahnya lagi.
Ayu tidak mengerjakan umrah keseorangan sebaliknya ditemani suaminya sepertimana tahun lalu bersama akak dan abang iparnya.
Bercuti rehat daripada berlakon sepanjang ramadan, Ayu bagaimanapun bakal kembali aktif untuk mempromosikan filem terbarunya berjudul Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki pada September ini.

beautifulnara.com

 P/S ; Pernah tak u guys rasa risau atau tertanya2 bila semakin ramai artis wanita yg dikenali sbg seksi meksi itu tiba2 berhijrah? 
Anyway Alhamdulillah again.... 

Liyana Jasmay, Sara Ali, U olls bila lg? I minat u olls. hihi.

Kat sini ada video tutorial utk hijabsta yg ingin kelainan dalam berhijab, i mean bertudung. Kepada yg belum bertudung,sedang bertudung,dan telah bertudung tapi free hair balik,blh la tgk. Mana la tahu tergerak hati nak bertudung.. (yg free hair tu) Usahlah berasa bertudung itu kolot, kerana kini tidak lg :) Ada byk cara utk tetap kelihatan up to date namun masih mengekalkan syariat islam kita.. Pilihlah gaya tudung yg menutup dada,tidak jarang dan lain2.. yg kalian dah faham.. 
pesan utk diri sendiri juga.. :)

Monday, August 13, 2012

23 Ramadhan_ Mastura Rara. Rama2 yg buzy

Assalamualaikum
Saya............
 
Buzy dgn ;
1. Tido
2. Bisness mak
3. Keje i
4. Kerja dapur
5.Kwn2
6. Budak2
7. Buah kuih raya
 

So sy nk bgtw 

sy syg blog sy..

Even though
 :))

 
Pesanan tulus ikhlas dari Mastura Rara Rama2
klik kalau nak tgk ea..





Sunday, August 12, 2012

Ramadhan 22_ Cakap dalam hati

Assalamualaikum

Malam lepas2 anak buah yg darjah 2 tny sepupu yg darjah 4 berbual2 sambil jalan kaki nk g terawih. Mereka berdua perempuan.

'' kau dah keluar air mani?''
''Wei air mani org laki lah! ''
''Kau kata kau dah cukup umur ! kau dah keluar ke darah nifas?''

Sepupu yg darjah 4 tu x menjawab,sama ada dia malas nk layan atau dia x tau pape jugak pasal tu, x sure lah sy. Sy diam aje. huhu
So skg ase bersalah plak sbb masa tu sy tak terangkan kat mereka berdua pasal air mani dgn darah nifas serta maksud 'cukup umur' tu . Sbb anak buah i tny sepupu tu sbb.. spupu i tu walaupun bru darjah 4, tp dah datang bulan. Hohohoooo subur nye. Darjah 4 kot !

            ******

Pasal saf dalam terawih. Mmg kena bg kat org tua dulu ek? berdosa ke kalau kitorang yg duduk depan. Bukan sapa cepat dia dapat ek?
Ke mmg kitorang nie x layak.
Tp klu budak2 kecik mmg xleh kan duk depan?
Tp.. ntah..kdg2 pelik jugak.. org kemain dtg awl nak duk depan skali last2 kena halau jugak.. Ciannn :( sakit atii.. :( Hmmm. tp kalau dah hukum macam tu, xpela.. redha.. kena ikhlas, insyaAllah..

*******
Tadi pegi morak dgn adik beli soya. pastu jalan2 ngn moto dia.. Pastu lalu 1 umah tu, ada org kaya bg zakat, masa i lalu, ramai sgt org. berpusu2. Tp i rasa dia bg utk yg terpilih aje, lepas tu  i rasa yg dah terpilih dapat nie balik cita abis kat org kampung, so semua pakat mai . semua tamak2 sampai semua 1 rumah seisi keluarga datang nak mintak zakat. Ada ek zakat mcm tu? pakai x tengok keluarga, layak ke tidak, kalau ada yg tipu mcm mana? Dalam rumah penuh org. dia bg zakat kat luar rumah tp dalam pagar. dalam pagar penuh org. berebut2. yg kat luar lagi lah ramai. org tua,anak2 kecil ada yg nmpk betul2 susah tp takde org nak jaga. pihak yg bg zakat xde pun nak panggil dulu ke macam mana ke.. tp x tau lah mcm mana. kdg2 nak salah kan mak cik n pakcik tu, knp datang? sapa yg panggil? sapa suh dtg susahkan diri mcm nie? dah la panas,puasa,duk bersila atas jalab yg x berapa nak bersih. kesian. sedih . nak nges. Aku asalnya lalu situ dgn adik. then ada kawan kt situ so benti la kejap tgk2 apa yg ramai sgt nie kan. Hmmm zakat. Yg dah dapat suka. Yg x dapat2 nie maki2 dah. nate beruk nati anjing. Mesti mula2 masa dorang dtg,dorang happy sbb berharap sgt nak dpt duit free.mesti dorang puji2 org kaya nie, tp bila x dpt duit n just dapat duduk atas jalan, depa maki2. sy tak tau la nak salahkan sapa..  sbb xtau pape.. so diam ajelah.. ckp dalam hati.mcm skg nie.
mungkin org kaya 2 x jemput mereka..
mungkin org kaya salah sbb x bg pada yg betul2 perlu..
nampak mcm ikut nasib je sapa yg dpt tu. sapa dapat masuk pagar rumah,dpt duit. macam rusuhan pun ada td. Hmmmmmmmmmmmmmm. klu miskin,kufur. kalau kaya, takabur. Mcm tu? insyaAllah tak..
Geram,ada la beberapa ketul lelaki yg sihat tubuh berisi kulit gelap, mesti keje buruh. ada sama. ala abg. keje la.. jgn la amik hak org lain.. ramai lg mak cik pak cik tua nie.. 
ntah... sedih tgk.. ramainya org miskin.. sikitnya org kaya kat sini..

Jahat ke kalau kite amik gambar curi cenggini...? 
 

 Hmmm..
Allah tak pernah tidur. xpe..
 

Friday, August 10, 2012

21 Ramadhan _ Lauk yg....ew.

Assalamualaikum

Semalam abg sulung dgn bininya serta anak nya balik umah nie. Yeay ! Berbuka puasa kat sini. So baru lah rasa cukup adik beradikku 5 orang. Hewhew. Lama x makan bersama. Umm biasala bila dah kwen,ikut pilihan masing2 nak duk mana..



SYUKUR KITA  DAPAT MAKAN....

Chicken Chop DFC. Aweeeesome!


 p/s : Lepas nie nak search pasal Lailatul Qadar lagi :)

PESANAN PENAJA 

Klik kalau suka bercuti
Klik kalau suka tgk video tacing2