Sunday, August 14, 2016

Produk Kecantikan 100% Ramuan Asli - Bebas bahan kimia

Assalamualaikum

Setiap wanita  inginkan kulit wajah yang halus, cerah, dan tanpa cela. Tipu lah kalau ada yang kata ''Tak nak lah its okay i suka muka i hitam.. berjerawat...berminyak...yang penting hati i baik..'' Huhu. Jangan nak acah-acah suka k.. hakikatnya kita semua sedang sedapkan hati sendiri.. huhu. To be honest, memang pun kita akan sedapkan hati macam ni..tapi jauh dalam sudut hati perempuan mana yang tak nak cantik.... hehe..... Kecantikan itu fitrah wanita... So apakata jujur je, '' i memang nak muka flawless, tapi dah tak ada rezeki tak apa lah dulu. Yang penting hati i baik'' See..... this one is more realistic to say. Hewhewhew.

Tapi, walaupun fitrah semulajadi wanita menyukai kecantikan, tak semestinya kita perlu 'main hentam' je pilih produk kecantikan... no no no.... Check dulu sama ada bahan dalam produk yang anda guna tu selamat ataupun tidak... Okay ? Jangan silap beli produk yang banyak bahan kimia ya... produk macam ni (penuh bahan kimia, merkuri,) memang menjadi dan berkesan dengan cepat, namun kita kena ingat, kesan dia adalah dalam jangka masa yang panjang.. Kulit yang diserap dengan bahan kimia akhirnya akan rosak juga bila tiba masanya,, nauzubillahiminzalik.. mintak jauh dari kita semua.

Baru-baru ni Rara diperkenalkan dengan produk yang sememangnya menggunakan bahan-bahan semulajadi di dalam proses pembuatan produk ini. Anda mesti pernah dengar kan produk SCRUB BONDA kan?


Untuk KELEBIHAN SCRUB BONDA,
RAMUAN SCRUB BONDA, dan
CARA MENGGUNAKAN SCRUB BONDA, 
anda boleh semak di gambar yang disediakan ni okay :)


Dalam banyak-banyak produk yang ada dalam kotak fikiran Rara ni, scrub ni adalah antara produk yang menggunakan  100% ramuan asli  iaitu daripada daun - daun, akar dan bunga-bunga yang sememangnya khas untuk merawat dan mencantikan wajah kita. Tiada langsung bahan terlarang. Sebab itulah harganya murah ! Yelah, bahan2 semulajadi tumbuhan ni modal tak tinggi untuk dapatkannya. Itulah perbezaan harga produk bahan kimia dengan semulajadi.


Bekas scrub ini kecil sahaja. Jadi memang lah dapat dengan harga yang rendah. Biarpun botol kecil, tapi jimat sebab kita guna sikit-sikit sahaja untuk muka ataupun badan di kawasan yang diperlukan. Senang je nak pakai.. lumur je :) 
Srrub bonda dalam media

Ada macam-macam jenis scrub bonda, untuk jerawat, jeragat, dan sebagainya.. nanti u all pandai-pandai lah pilih yang mana sesuai ngan anda.. okay? Selamat mencuba ! 
Untuk mendapatkan Scrub ini, anda boleh lah direct call/sms/ whatsapp my friend ni... 

Berminat?? Whatsapp Ain : 0145069680 
instagram : @by.cikain_


Thursday, August 11, 2016

Kad Kahwin Kreatif 2016 !

Assalamualaikum

Lebih kurang sebulan saja lagi, Malaysia akan dilanda satu musim yang jarang nak ada di negara lain. Hehe. Musim apa ? 

Musim orang kawen :p Raya haji comingggggg... :) 

Biasanya dekat-dekat nak raya ni pastilah ramai saudara mara sahabat handai akan sibuk mengedar kad kahwin masing-masing sama ada bagi pihak anak-anak mereka atau mereka sendiri. Okay disitu kita akan boleh lihat pelbagai jenis rekaan kad kawen ada ! Semua kreatif-kreatif dan inovatif belaka! Termasuklah kad kawen yang akan Rara review malam ni. 

KAD UNDANGAN PERKAHWINAN KREATIF daripada HMR Success Solution ! Jom kita tinjau-tinjau dulu sekeping dua. 

 DESIGN KAD KAHWIN SKYPE 
 DESIGN KAD KAHWIN FACEBOOK 
 DESIGN KAD KAHWIN BIL ELETRIK 
                                                           DESIGN KAD KAHWIN KAD PENGENALAN 


 DESIGN KAD KAHWIN WHATSAPP
 DESIGN KAD KAHWIN WECHAT 
                                                               DESIGN KAD KAHWIN TIKET FLIGHT 
 DESIGN KAD KAHWIN CADBURY 
                                                    DESIGN KAD KAHWIN TIKET BOLA 

Wahh ! Macam-macam ye sekarang.. kad kahwin je pun hehee. Tapi tu la. Masa Rara kahwin dulu pun kad ala-ala kreatif jugak, Rara punya tema kad kawen dulu design buku latihan sekolah okay ! Hehe.. Saja buat kelainan sikit. Mentang-mentang cikgu kad kawen pun nak berkaitan ngan sekolah yer ? 
Rupa-rupanya pakej kad kawen  yang Rara review ini lebih murah daripada tempat lain,,alaaa ruginya dulu tak perasan pulak. Kalau nak tahu murah banyak mana dengan HMR SUCCESS SOLUTION ni, kawan-kawan boleh la semak di blog HMR SUCCESS SOLUTION sendiri ya, jangan malas klik kalau tak nak bazir duit ye. Haaa. 
Blog : http://hmrsuccesssolution.blogspot.my/ (baru lagi, follow them! )
HUBUNGI : 
0192487831 ( EN. FAIZAL) 
atau 
0132201593 ( PN HASYYATI )
atau 
ALAMAT KEDAI 
LOT 2802K-2-3 KEDAI TKY ATAS 
KG CHANGKAT SIMPANG TIGA
 GOMBAK
53100 KUALA LUMPUR

Bagi anda yang memang tengah survey-survey pakej kad kawen dengan harga rendah, boleh la terus ke kedai mereka di kedai beralamat di atas okay :) 

Dan design pilihan Rara dalam banyak-banyak design HMR ni adalah... 
KAD KAHWIN KREATIF PAPAN HIJAU ! 
Huhu teringat zaman sekolah rendah dulu. Papan hijau gini la cikgu2 duk guna. Kan? Okay sebelum tamat review, Rara nak ucapkan selamat berkahwin lah kepada anda-anda yang bakal berkahwin Raya haji ini. Bagi mereka yang sedang dalam persiapan, make sure kad kawen sediakan awal ya supaya tak 'kalut ribut' last minit nanti. Jangan lupa survey di HMR Success Solution  ya ! See you.

Monday, July 25, 2016

Cincin Mahkota / Crown Ring

Assalamualaikum

Hari tu viral pasal cincin bentuk mahkota ni kan.. Cantik sangat.. sekali tengok terus Rara jatuh cinta terhadap design crown ni.. So bagitaw suami nak cincin macam ni satu yunk..... huhu mengade.. mcm la xleh beli sendiri. So balik KL nanti  nak g cari cincin ni.. yayyyy ! Anggap la cincin sempena hari raya haji pulak.

Buh kat sini dulu gambar cincin-cincinnya supaya senang nak rujuk bila memerlukan nanti. Jemput tengok.. cantik kan ?? =P














Wednesday, June 29, 2016

Life changes.

Assalamualaikum

Dua tiga hari lepas ada seorang wartawan ni contact Rara, dia tanya pasal blogger.. Bagai satu tamparan manja la buat diriku sebab tika tu jugak baru terlintas omaigod lamanya i tak update blog ! Haha.. omg.. Bukan ke sewaktu ketika dulu aku pernah menyerlah dalam bidang blogger sampai masuk newspaper bagai... haha..

Oh Allah, how life changes..

Well itu cerita lama la zaman-zaman baru nak up dulu. Pejam celik pejam celik dah lebih kurang setahun jugak la blog aku ni sepi... sepi dan sendiri aku menyendiri..  Sekarang ni ekceli Rara dah 26 years old, married, dan bekerja. Fokus terkini adalah kerja !! Honestly teringin gak nak ber-blog balik tapi bila mengenangkan banyak lagi keje yang perlu dibuat, blog hanya tinggal di google je tanpa kasih sayang pemiliknya.. hehe..

Tapi one day, bila kemahiran kerja hakiki Rara dah meningkat,cekap, dan berada di prestasi cemerlang, insyaAllah Rara akan kembali ber-blog dan berkongsi apa yang perlu dikongsi.. Dalam setahun dua ni Rara masih nak tambah ilmu dalam bidang kerja Rara dan nak fokus belajar untuk membimbing anak-anak bangsa yang diamanahkan ni. Blog ni nanti Rara update sekali sekala ikut mood. Impian Rara setakat ni nak 'educated'kan sikit blog ni. Biar bila orang baca, orang dapat ilmu. Bila orang dapat ilmu, aku dapat pahala hehe.

Kat bawah ni gambar anak buah Rara... Rara belum pregnant lagi so jangan expect secepat itu hehe. Rindu Shasha Rina ( Wan Adriana Alawiyah ) A very good girl... susah nak dengar dia nangis or berwajah muram. Muka dia sentiasa dalam memek 'natural' that's why i love her so much.



Selamat meneruskan ibadah puasa & selamat menyambut hari raya yang akan datang :)

Saturday, January 30, 2016

9 Tanda Hati Yang Mati

Assalamualaikum

Sekali sekala mari kita muhasabah diri... kadang-kadang kita tak perasan iman kita turun naik.. Sementara masih ada umur dan peluang ni. Hidupkan hati kita ! Pesanan untuk diri sendiri :')



Jalan- jalan di Tanjung Aru Beach, Kota Kinabalu

Assalamualaikum

Gais hari tu aku pegi Tanjung Aru.. Yatt bawak.
Aku tumpang tido kat rumah dia sebelum naik flight kat KK....Besar rumah yatt. hehe. Thanks Yatt sebab tumpangkan Rara. Kalau yatt tak ada, entah di mana laa nak menumpang kasih :')

Kebetulan masa tu di Tanjung Aru tengah ada program tau. Program sayangi hidupan lain la kot.. Motif ; Jaga kebersihan laut supaya hidupan laut tidak terancam. Seronok dan cantik tempat ni. Menarik kan Kota Kinabalu,tengah-tengah kota raya kau akan jumpa pantai...





My favourite k-pop shoes ! Almost RM100 di internet. Beli kat KBMALL, 25 hengget je nok :) 

Di sebabkan pakai kasut k-pop tu, aku mampu capai hujung payung ni. Hee



TQ Yatt.
Rasanya ada lagi gambar kitorang..tapi malas pulak nak godek-godek dalam folder tu.. So tak apa lah..janji blog ni ada update sekali sekala. Huuu. Bye gais. Sehingga kita berjumpa lagi. Salam..

Tuesday, November 17, 2015

Ways to take a break

Assalamualaikum


Alhamdulillah, tak lama lagi cuti sekolah. Walaupun masih sibuk dengan meeting plan takwim, perancangan strategik, taktikal, operasional dan blablabla, sekurang-kurangnya tidak lah sesibuk yang sebelum ni. 

Pensyarah saya pernah kata, nak tengok level sibuk orang tu, kita tengok dia sempat makan ke tidak. Kalau tak sempat makan, memang sibuk. Hmmm, saya pernah tu sibuk level tu. 2 minggu sibuk dengan program dan hal-hal UBK lepas tu saya sakit sampai kena ke hospital bagai. Kahkahkah padan muka. 

Disebabkan trauma dengan rasa sakit yang lain macam tu, kini saya telah menjadi seorang yang menjaga waktu makan. Sebelum pergi sekolah atau lepas punch card, saya terus makan kecuali ada program yang sebelum jam 7 tu. Slot bersama kaunselor gitu. Kemudian, balik sekolah terus masak untuk lunch tak kira la penat atau pun tidak. Janji kena makan ! 

Saya sendiri pun ada definisi sibuk.

''Kalau sehari tak selfie langsung tu, memang sibuk betul lah tu'' Huhu.

So dibawah ini ada 50 cara untuk berehat.

Sumber ; fb



Sunday, November 15, 2015

My flashlight

Assalamualaikum

Mula-mula masuk kerja, saya macam krikkkk~krikkk
krikkk ~ krikkk

Takde kawan ! haha.

Maksud yang lebih tepat, tak ada kawan yang sebaya.. yang masih berada di generasi yg sama. Y

Sampai la saya jumpa Atiqah. Alhamdulillah, ada seorang guru baru, posting 8 bulan awal dari saya. Bila berkenalan, rupanya dia sama umur dengan saya. Omaigoddddd yay !

Hari tu Tiqah tolong saya buat kerja, lepas sudah semua kerja, dia lukis benda alah ni pakai painter.

Nah. Abadikan kenangan bersama. Lalalalaa.




Terima kasih Atiqah.

Tahun depan i vote you ! Guru paling komited 2016 :)

Wednesday, November 11, 2015

Mudahnya setia.

Assalamualaikum


Kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir ayat untuk tipu, bagi saya terlalu susah. Jadi saya pilih untuk setia.

awak?


Sunday, November 1, 2015

Tempat Makan Menarik di Sipitang, Sabah

Assalamualaikum

Nak cerita pada readers, tempat pertama saya jalan-jalan bila dipostingkan di Sabah ni. Esplanade Sipitang ! Perjalanan dari KP ke Sipitang adalah lebih kurang 45 minit. KP stands for K**** P**** okay. Haiii malas la nak eja penuh nama KP ni, sebab nak elak orang KP google lepas tu jumpa blog ni secara langsung. Hahahaaa. Privacy la konon. 

Thanks Iman sebab ajak saya masuk geng. Jadi inilah kawan-kawan saya kat sini.

Esplanade Sipitang ni terletak di pekan Sipitang. Sangat senang nak cari sebab pekan dia kecil sahaja. Kalau korang ada dengar kawan-kawan nak pegi Sipitang, confirm nak pegi Esplanade  la tu. Makan sate. 
Dua jejaka kat belakang tu Ustaz Kerol dan Ustaz Din. Dorang je la kawan lelaki saya kat sini. Kui3. So, kepada cik abam saya nun jauh di semenanjung tuh... Nothing to worry okay. Mereka baik, kelakar dan islamik. Al-maklumlah, ustaz. Tiap kali lepas baca doa makan, mereka akan bacakan juga doa dipercepatkan kawen. Aminnnn... Hehe first time ni saya berkawan dengan golongan ustaz. Hee. Syukur.



Dua wanita ayu dan sopan ini pula teacher Iman dan Ustazah Yani. Dorang ni kategori gadis Kelantan yang pandai masak. Tak macam haku. Haha.. Iman juga merangkap housemate saya. Dia famous kat daerah ni. Tengok kereta saja pun dah tahu itu Iman. Kalau tak silap mereka berempat ni dah lebih kurang 3 tahun posting di daerah KP. Terima kasih korang sebab bawak saya kenal-kenal tempat kat sini. 

Kat Sipitang ni makanan yang best adalah Sate dia. Kalau pegi sana nanti anda akan lihat berderet-deret restoren dan gerai yang jual sate dan makanan lain. Pandai-pandailah pilih ek. Hehe. 



 Salah 1 piring sate yang kami order. 4 bintang ! 


Biasa kita makan sate dengan nasi himpit kan, tapi kat sini kita makan dengan. dengan. dengan pedia taktau orang panggil? Amende wei nasik dalam daun kelapa yang dianyam tu? 

Lagi satu yang menarik bagi saya lah, dia punya gelas... besarnya ! haha... Lagi besar dari yang korang tengok dalam gambar ini :) Apa-apapun, saya enjoy makan disini. View cantik, tempat bersih, kalau pegi petang-petang lagi seronok sebab lebih teduh. Till we meet again, adios.