Thursday, August 2, 2012

12 Ramadhan _ A'aah, kite anak arwah

Assalamualaikum

Malam nie rajin sikit nak menaip.Ok tadi macam biasa pergi terawih jalan kaki dgn budak2.. Mengikut giliran,malam nie terawih kat surau. So surau lah.
Dekat nak sampai tu terserempak dgn makcik2 yg juga nk g surau tu.. So sesi berkenalan la mcm ;

*Dialog telah di translate dr bhasa kelantan kepada bahasa yg difahami 1 malaysia.TQ.

Anak sapa eh? Slalu tgk tak tertanya pulak
Emm anak Mohd Yusoff dgn Mek Yam..
Sape eh? Duk mana?
Ermm.. pak soh kenal? arwah pak soh?
Lahh.. ohhhh anak arwah pak soh..
A'aaa.. hehe..
Ohh anak arwah pak soh dgn Jarah?(ok Jarah nama mak sebelum kahwin)
A'aaa.. iya2..
Ohh.. yang duk blajar kat U ke?
A'aaa kite la..
Ohh.. iya lah arwah pak soh ada anak sorang kat U.. kata mak cik A kepada mak cik B.

Bla bla bla..

Lepas solat,sambil salam2 sekali lg ak diperkenalkan oleh mak cik A dan B td. Aduhhh malunyeeeeeeewww.. Mak cik,sssyhh syyhh jgn la ckp. adoiii. Surau tu kecik,semua org tahu.
Okay.. okay.. smile.. smile.. ayu2 gitu.. huh bajet. Nasib bek pakai skirt kain jeans, kalau pakai seluar jeans? Haa nampak x cukup ayu la.

Nie la anak arwah pak soh.. perempuan sulung tu. yg duk U. U kat mana dah?
UPSI jah..perak nun
ohh cikgu laa nie.. kata mak cik C 
Molek la gitu.. kata mak cik D
Ohh ni la Mastura  Mastura nya.. anak arwah pak soh..
Hee iya kita.. *tersengih2..
Ohh.. wei dah besar dah.. uh uh comey.. *kembang idung,kembangggg!
eh tak lah.. mcm nie je kita
Ngaji sungguh laa dah ayah pun xde dah..
InsyaAllah mak cik,
Bla bla bla

Then kuar surau
arghhh x abis lagi sesi ! hufffff.

 eh dtg dgn sapa?
Nie dgn budak2 nie 4 orang..
Lohh..anak2 sapa nie?
Ohh nie dua org anak abg kite, dua lg anak spupu.
Ohh dtg dgn apa?
Jalan kaki je ramai2.
Kenapa tak datang dgn moto?
Moto 2 org je.. dua org lg nie? Tak harap plak nk bg dorang naik basikal..
ohh iya la kan.. bagus nya..
Hehe.. mcm nie je lah mak cik,

Okay dan malam nie mak cik2 ramai plak yg jalan kaki.. biasa yg jalan kaki i dgn budak2 i aje. So x abis2 la sesi berkenalan.. huhu..macam ;

Jadi mak tgh buat apa sekarang? Ada kat rumah?
Ada...  mak buat tapai..hari2 buat tapai bulan posa nie
Ohh byk ke? brapa kilo?
Byk jugak.. tak tau plak bape kilo, dr pagi sampai petang duk keje tu ja..
Ohh byk jugak... mana dia g ambil daun getah? dia g ngan sapa?
Rata2 jugak dia g ambil.. Dia g ngan Linda,
Linda? Siapa?
Ohh adik kite..
Ohh yg adik yg kat umah tu?
A'aaaa..
Ohh mak cik ingt muka dia tapi tak tau nama.. kamu nie mak cik tau nama je, muka tak kenal.. yela budak belajar kan
Oh hee itula,linda suka jalan2,ikut mak,ikut arwah ayah. kite duk umah aje..jarang kuar *cis padahal jarang kuar kot kampung,kuar g bandar je keje *
A'aaa itula, hehe.

Bla bla bla.. ak jalan la dgn mak cik2 tu sambil berbual.. tinggalkan budak2 jalan kat depan. Hewhew. Sampai 1 lorong, kami berpisah. yeay ! Hehehe jahat aku. Huhu,, bukan apa.. kekok ah nk sembang ngn org tua.. rasa plastik sgt. x tau nape padahal xde pape pun. kan !

Gambar dah deleted!



Kami anak2 perempuan arwah pak soh
Maslinda Sohinda
&
Mastura Sohuya
*oh i mean yg tgk tilik muka kat cermin tu. thats me! ;p

Monday, July 30, 2012

10 Ramadhan _ Surah Al-Isra' ayat 82

Assalamualaikum




Saya..tak ada apa2 nak cakap malam nie.
Sbb sy sdg berfikir. Tentang sesuatu yg saya rasa sakit hati sgt bila fikir.
Hmmm. 

Naseb baik ada surah al isra' ayat 82. Sekurang2nya sy tidak kecewa. Benar, Al Quran itu penyembuh.

Ramadhan 9 _ BBQ lepas tarawih

Assalamualaikum

Semalam lepas terawih ada BBQ umah nunu. Nseb bek xde aral melintang,dptlah ak pegi. Ramai jgk yg dtg mlm nie. malu i ^^
Sbnrnya ramai lg yg x cukup..terutama ppuan. Tp masing2 x boleh datang. Xpelah lepas raya nnt kita buat siang2 hari ye? Bg semua blh dtg.. yeay!

Lama x jmpa. Tak ada yg berubah selain

Rambut irwan panjang dan dia dah tahu ak ada someone. Pheww stalker fb org ! Haha

Ajib ada awek. hihi. panggil papa mama. Jahat sungguh la keyo. Ade ke dia jerit kuat2 kata ajib duk sms papa mama kat semua orang ! Aduh.. semua gelak,tau.

Keyo dah rambut korea k-pop dah ! amboii kemainn..

Arif masih mcm dulu,senyap dan malam nie dia muka ngantuk gila. Baru bgun tidor ke?? aik?

Alif ada improvement sikit. Xde la senyap n pemalu sgt dah, dah pandai berbual tentang Unisel dia, ttg kos,pelajaran, i mean, ilmiah. dia masih melekat dgn yon. Haha. x gay ok!

Yon mcm biasa. Makin putih pulak kulit dia. menyampah ! Pakai cap. ha nk cover bad hair day la tue..Katanya sem dpn xnk g karaoke dah. Yela kt KZ kan dah ada box karok. sng lew.

Dan aku as a Rara dgn nunu dan shishi masih kekal bersama. Tanpa zaza dan fafa. Oh sorry mereka ada komitmen lain x dpt nak geng mlm nie. I miss kita bersama,mcm dulu. We are awesome, very very awesome,really really awesome when five together !


Mkn ayam,koktail,durian. Hahak.

Pukul 1 ak dgn shishi smpai rumah.. zzzzzzzzzzz.

Saturday, July 28, 2012

Ramadhan 8 _ Tanggungjawab membawa budak2 ke surau/masjid

Assalamualaikum

Malam td terawih kat surau kg kebakat. Malam lepas kat masjid kg kebakat. Saja.. tukar2. Lgpun jarak lebih kurang sama,kalau dekat sikitttt pun, surau la kot. Sbb tu budak2 nak g surau. Xmau solat kat masjid. Kata mereka kat masjid imam baca surah besar, so mereka x reti. So mereka akan ngantuk. Kalau kat surau surah kecik aje, Jd mereka mampu solat dgn penuh reti. *haa nampak ayat dia. 

I rasa tanggungjawab i la kot bwk budak2 tu pegi terawih, sbb xde sapa nak bawak mereka. Sepupu dua orang darjah 3 dan 4, dan anak buah  sorang darjah 2 dan 3. Hmmm. Jalan kaki. 
Aku,torclight,dan 4 orang kanak2 riang dan buas. Fine.

Disini disenaraikan beberapa tanggungjawab yg perlu kita alert kalau nak bwk budak2 pegi terawih dgn berjalan kaki.
 
Tanggungjawab 1  
Pastikan mereka semua berjalan tepi jalan raya. Benar2 tepi kalau boleh. Jangan nak mengade2 jalan berdua2 mahupun bertiga. Ini bukan masanya. Berhati2 lah di jalan raya, anda pasti boleh mengubahnya.Ingatlah orang tersayang, selamat menyambut hari raya.

Tanggungjawab 2
Pastikan mereka ambil air sembahyang. Ada dua pilihan, bgtw mereka boleh ambil air sembahyang di rumah atau di surau/masjid. Kalau boleh, di rumah lah. Baru lah setiap perjalanan nnt lebih diberkati Ya Rabbb. Kan?

Tanggungjawab 3
Pastikan kiri kanan dan betul2 xde kereta moto mahupun basikal atau kenderaan2 itu jauh sejauh yg mungkin untuk melepaskan mereka melintas secara individu atau berpimpin tgn secara kelompok. 

Tanggungjawab 4
Pastikan mereka tak main2 dengan lampu suluh agar kehadiran kita tidak disyaki oleh anjing dalam pagar rumah orang cina, well anjing2 tersebut mngkin ingat kita nie long ranjer. Torchlight bagai,malam2 gelap. Muahaha. Pastikan mereka menyuluh pada jalan yang benarrrrrrrr.

Tanggungjawab 5
Pastikan muka kita selamba rock, i mean lalalala so cool i'm not scared, agar mereka tidak takut untuk melalui lorong yang amat gelap dgn penuh rasa berani dan yakin diri dengan adanya jirat kawasan perkuburan cina dan selepas itu perkuburan islam pula. Dah la gelap gelita kerajaan x bg lampu jalan, jirat n kubur pulak tu. Hoiii.Seram,mau x seram.Kiri kanan semak dan kebun durian. Kita mmg berani. Kan nk pegi solat,bukan nk pegi mintak nombor ekor kan. So kita boleh la ckp ;
''jalan elok2.. x ada apa2.. baca quran lah kalau takut''

Tanggungjawab 6
Pastikan mereka diingatkan tentang niat2 dan rakaat untuk solat. Terangkan satu2 pada mereka biar mereka tahu. Kalau mereka tak nak buat tak apa, yang penting kita dah bgtw dia. Kalau boleh pujuk lah mereka agar buat semua solat sunat. Bukan susah.. surah kecil aje pn blh kan? 

Tanggungjawab  7
Pastikan mereka tidak berbual2 atau bergurau senda kalau mereka skip beberapa solat terawih. Yela budak. Mesti tersengguk2 plus lenguh kaki. Oh well, kita pun pernah jd budak beberapa belas tahun yg lepas.Kan.. 

Tanggungjawab 8
Pastikan mereka selamat dibawa ke toilet bila mereka kata nak pipis. Hahaha. Pipis secepat yg mungkin, kita xnak terlepas terawih. Nak full !! Rugi tak full.. sayang rasanya nak tinggal.

Tanggungjawab 9
Pastikan mereka bersalam-salaman dengan semua orang/hampir semua orang di surau/masjid selepas selesai terawih. Ingtkan mereka tentang senyuman dan contact mata. 

Tanggungjawab 10
Pastikan mereka tidak berlari2 girang mahupun hoooreyy selepas keluar dr masjid/surau. Jaga budak2 anda,. Anda mampu mengubahnya. 


See? my responsibilities to make them stop moving,stop playing,stop talking,stop yelling. Haha!