Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Saturday, January 10, 2015

Fenomena tudung IRRARA LABEL

Assalamualaikum

Fenomena tudung Irrara Label | Anggun bergaya dengan koleksi tudung IRRARA LABEL | 

'Menyerlah' dengan pemilihan tudung yang cantik dan sedondon dengan baju pasti menjadi salah satu agenda kita ke majlis ekslusif mahupun keluar  bersantai. Paling tidak pun, untuk kemana-mana, pasti antara kita akan menyediakan tudung yang terbaik untuk dipakai agar dapat diterima oleh rakan-rakan mahupun kumpulan.

Online shop IRRARA LABEL menampilkan pelbagai koleksi tudung yang cantik dan tampak ekslusif . Koleksi  tudung dari Irrara Label diperbuat daripada pelbagai material yang berkualti dan bermutu tinggi, menepati citarasa pengguna. Antaranya adalah daripada kain satin silk, satin biasa, chiffon, chiffon fareeda,cotton,lace dan sebagainya . Selain daripada variasi material yang digunakan, tudung  yang  terdapat  di IRRARA LABEL juga mempunyai  pelbagai jenis paten dan corak yang boleh  dijadikan pilihan . Antara koleksi – koleksi  yang terkenal adalah ;

Selendang : 

Mutiara shawl,
Selendang Gaza (support gaza shawl)
Selendang labuh dwi warna, (Ra Extra Wide Shawl)
Selendang Sequin Mewah 
Plain Shawl 
Wide Shawl Labuci 
Wide Shawl Crumple 
Wide Shawl Printed Gold 
Bawal satin ala Wawa Zainal
dan lain-lain.

Model : @mariatulibrahim
gambar : @nazrinasirgallery


Bawal/ Empat segi  :

Bawal Manik Ekslusif 
Bawal Satin Wawa Zainal 
Square Scarf floral 
Square Scarf Stripe 
Bawal Satin Corak 
Bawal Chiffon plain 
dan lain-lain.

gambar: @domeyleo

Pendek kata , koleksi  fesyen tudung  yang terdapat di Irrara Label akan dapat membantu anda dalam merencanakan fesyen hijab yang anda inginkan . 

Koleksi tudung  dan baju dari Irrara Label ini boleh diperolehi  melalui pembelian online di laman web : 
 atau  facebook 
 atau facebook owner 

 Anda juga boleh  berkunjung  ke instagram ig shop : @irraralabel 
atau hubungi talian hotline : 01127799383 


Bergayalah dengan tudung IRRARA LABEL ! InsyaAllah  membantu menambah pesona keanggunan anda.

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Tuesday, December 30, 2014

Barangan elektrik masih boleh digunakan walaupun sudah ditenggelami banjir ! Bagaimana?

Assalamualaikum

Barangan elektrik masih boleh digunakan walaupun sudah ditenggelami banjir ! Bagaimana?

Ketika dilanda banjir, pasti mangsa akan berasa tertekan kerana banyak barangan terutamanya peralatan elektrik akan dibuang begitu saja kerana berasa ianya tidak boleh digunakan lagi.


Menerusi sebaran media sosial, seseorang yang pernah mengalami banjir menceritakan pengalaman beliau mengendalikan barangan elektrik yang telah tenggelam didalam banjir terutamanya peralatan eletrik. Seterusnya dibawah...


Ini juga adalah dari pengalaman saya (bukan penulis) menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.

Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV , peti ais , mesin basuh, table fan, peralatan letrik dapur dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop yang berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.

Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpur.

Apa harus anda buat ......

1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.

JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPUR YANG DEGIL

3. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.

4. Jika ada "hair dryer" tiupkan udara panas kebahagian yang sensitif tersebut supaya betul-betul kering.

5. Pasangkan balik back cover atau penutup.

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV, peti sejuk, mesin basuh, kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira-kira 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.

Untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru.

#Sebarang cubaan yang tidak menjadi bukan tanggungjawab admin yerrr....cuba dulu...tak cuba mane nak tau...tak gitu...

sumber
whatsapps

 


Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Monday, December 29, 2014

Pergilah kau...2014 pergi...kami redha..

Assalamualaikum


2014...
Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...
Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...
Mac 2014...
Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...
Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...
Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...
Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...
Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...
Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...
Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...
Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...
Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami...
Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...
Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...
2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...
Tuhan...
Terima kasih atas kasih sayangMU...
MH370... Kami masih menantimu...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501...Kembalilah...
Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...
Buat semua pengajaranmu, terima kasih 2014...



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Saturday, December 27, 2014

#Banjir2014 - A status for friends of mine

Assalamualaikum


Alhamdulillah setakat ni air dah surut...(Kebakat) Terima kasih kawan-kawan yang concern..kawan sekolah,kawan U,kawan tempat keje,kawan fb x lupa. Omg bertuah dapat kawan2 mcm korang, xoxo ! ^_^

Not forgotten, I noticed ramai kawan-kawan blogger dah tak upload gambar selfie atau makanan atau enjoy2 event di luar sana.. korang mmg terbaik love u olls ^_^

Sama juga customer2 Irrara Label yg tak marah-marah walaupun dah bank in tapi tak sampai barang. Masing2 faham situasi kat sini dah x boleh buat penghantaran poslaju... Dah elok semua ni kita start semula ya... mood malam td tido lena...dah tak risau air naik tanpa disedari dah hehe... Syukur. Retis sgt status aku. Kisah pulak :P

P/s - Terima kasih kawan2 yg menderma kpd mangsa2 di pantai timur dan negeri2 terlibat. Kita ada nampak di fb,blog,ig,itu yg kita nampak.yg kita x nampak byk lg yg derma kan. Semoga Allah terus memurahkan rezeki kalian. Aminn.

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Wednesday, December 17, 2014

Catatan Matluthfi

Assalamualaikum

Sebenarnya, aku menghadapi sedikit kesukaran dalam mengeja nama matluhtfi ni. Aku harap, aku bukan satu-satunya yang eja nama mathlufi ni salah. Matluhfi. matlufti. Ejaan sebenar adalah Matluthfi. Eh stress la macam ni ! :( huhuu...

Bila dapat tahu beliau (guna beliau untuk make sure tak salah eja nama beliau) keluarkan buku dia sendiri, aku tersangatlah teruja kerana otak aku ni bakal diisi oleh ilmu-ilmu baru lepas ni. haaa. So aku tanpa membuang masa, terus order online buku Catatan Beliau. Masa tu aku tengah scroll facebook, ada iklan yang promote buku catatan beliau ni. So dengan pantas dan tanpa berfikir,  terus bank in dan beberapa hari kemudian, alhamdulillah sampai jua buku idaman. Ekceli, bukan nak perasan tapi aku ni memang jenis suka membaca weh, cuma kalau buku untuk final exam je aku malas sebab buku tu terlalu sarat dengan ilmiahnye, jadi aku tak rasa otak aku mampu menyedut semua ilmu yang ada dalam buku ilmiah tu. Tapi untuk buku mat beliau ni, aku baca, khatam, ulang baca, ulang khatam banyak kali sebab dia ada humor dan tarikan serta gaya bahasa tersendiri. Heee..

Muka depan buku Catatan Matluthfi
Catatan Matluthfi sudah berada dalam genggaman !
Catatan Matluthfi
 Kalau korang nak tahu, aku pernah la tulis pasal  Matluthfi ni kat blog ni.. masa tu dia datang UPSI. Yeayyy suka angat tapi aku tak boleh pegi :( tapi takpe, bacalah kalau sudi mat-luthfi-di-upsi dan anwar-hadi-di-upsi.


 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts