Assalamualaikum..
Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah berfirman dalam hadis
qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah
Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala
daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat
Bukhari
Huraian :
Pengajaran hadis:
i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan,
rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa
jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.
ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau
ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita
dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan
kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)
iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana
seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan
dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.
iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat
diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan
tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada
balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di
dunia.
v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia
menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi
seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba
yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah..
Mas rindu kita dulu- dulu. |
Sumber : Google.
2 comments:
sabarlah wahai hati, jom lawat blog akak lak, akak ada buat novelist
so touch..like3..:))
Post a Comment