Assalamualaikum
Apabila kau tanya soalan itu,aku diam. Lalu cepat aku tanya hari ini makan apa?
Masa kau tanya aku soalan itu aku heret suara lalu lekas lekas aku tanya hujan tak hari nie?
Ketika kau tanya tentang soalan itu aku minta kau tidur segera..
Sudah,usah ditanya perkara sia-sia. Perkara yg tidak perlu untuk kita.
Aku kata sebab aku benci kamu..
Hari-hari boleh gaduh..
Boleh sepak..
Boleh dukung kalau aku tak mau berjalan..
Kamu tanya lagi.
Kali nie aku jawab terus. Aku tak suka. Tak suka kamu. Jahat.
Kita percaya tentang sayang.
Kau tak tanya tentang cinta. Kau sendiri tidak cinta. Aku rasa.
Aku tak pernah cintakan sesiapa selepas dia beberapa tahun yang lama. Percaya atau tidak? Aku bercakap benar.
Berbicara tentang aktiviti harian,terlepas cakap pula tentang aktiviti dengan si tongkat. Kamu tidak suka? Apa tujuan aku perlu cerita semua? Apakah kau akan ada setiap saat jika aku celaka? TIDAK.
Kamu kata kerana jika berlaku apa-apa kamu ada dan boleh ada di tempatnya. Apakah yg bakal terjadi pada aku? TIDAK. tidak akan terjadi apa-apa terhadap aku. Kerana aku sentiasa yakin,dan sebab itulah akhirnya aku cari kamu juga sebagai pelindungku bila-bila. Walau kamu tiada keupayaan melayani konsep mental secara amnya. Itu kelebihan kamu. Aku selamat di samping kamu. Sebab itu, semoga Allah tidak manjauhkan dirimu daripadaku. Namun mengapa aku pula yang lari dari kamu? Apa yakin benar aku bisa hidup tanpa kamu?
YA. walau apa pun berlaku,aku mahu aku sendiri.Kalau boleh. Tp hidup ini seperti mendaki. Makin tingi kita pergi,makin tajam apabila terkena duri. Duri itu ada dibawah kaki,yang kita tinggalkan semasa mendaki tinggi. Kita tidak nampak lagi. Sebab kita makin tinggi,duri itu hilang dari pandangan kanan kiri.depan belakang,apatah lg sisi. Naik lah tinggi2. Kalau jatuh kena duri,tanggung sendiri.
Kasut tumit tinggi.
No comments:
Post a Comment