Wednesday, June 13, 2012

Prinsip yg betul & kepercayaan yg salah.

Assalamualaikum

Prinsip itu betul, yang salah itu kepercayaan terhadadap bagaimana untuk merealisasikan prinsip tersebut. Yang kita nak ubah sekarang bukan prinsip ! Sbb prinsip itu pegangan kita,matlamat kita,yang terbaik yang pernah kita buat dalam hidup kita. Kita tak kan berpatri pada prinsip yang salah,bukan? Sbb kita tahu prinsip itulah yang akan bawak kita sepanjang hidup nie. Bergantung atas diri individu tersebut. Bagaimana dia melihat dunia ini dengan persepsi dunia dia berdasarkan dunia yang dia nampak. Dia punya kognitif . 
So ! Kepada mereka yang berprinsip, yang teguh pada janji yang dibuat dalam dirinya sendiri. Yang kental dirikan prinsip tu tanpa diroboh orang lain, wahai kita dan prinsip kita. Semak kembali bagaimanakah kepercayaan kamu itu?? Your belief system ! Betul atau tidak??

Andai kau percaya pada yang tak betul. Kau rugi.
Sampai bila?
Berbaloi ke? 
Mana buktinya?
Apa data yang you ada untuk buktikan kepercayaan you tu betul?

Teruskanlah dengan prinsip yang ada itu.. Betulkanlah sistem kepercayaanmu itu. Beranikanlah dirimu jika benar kau manusia berprinsip ! Bangkit lah dari kisah silam. Sedarlah, jangan biar ia yang mempengaruhi kamu. Berapa lama masa yang kamu mahu lagi?
Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Itu bukan prinsip ! 
Itu takut ! 
Lawan lah hati kamu, bukakanlah pada yang kamu mahu. Kalau ia milik kamu, kau tahu itu sebab Allah sayang kamu. Kalau ia bukan milik kamu, kau tahu Allah sayang kamu sampai tahap macam tu sekali. Yang.  terbaik untuk kamu. Percayalah pada Allah, dia yang menggerakkan hati kamu. Dia yang mengubah hormon kamu. Dia yang aturkan untuk kamu. Percayalah pada Allah, kau akan celik tentang apa yang disediakan untuk kamu. 

Percayalah walau seteguh mana kamu percaya akan sesuatu itu, Allah boleh menukar kepercayaan itu berdasarkan apa yang terbaik untuk kamu. Apa pernahkah kau dengar Allah pernah menzalimi hambanya sendiri? TIDAK. Allah itu Maha Pemurah. Maha Mengasihani. Kamu tahu itu. Kamu percaya akanNya.

Lapangkan hatimu wahai diri,lepaskanlah yang mana telah kau usir pergi.. Kembalilah pada realiti.. Kau tahu apa yang terjadi. Cukuplah selama ini dibutakan mata dipekakkan telinga dibisukan suara. 
Yakinlah pada hati kamu, ada orang yang akan bersamamu, kamu tidak sendiri. Kalau jatuh kamu, jatuhlah dengan penuh kukuh. Jangan calarkan hati kamu,kamu tahu kamu boleh kawal hati kamu. Rebah kamu,rebahlah dengan tabah. Jangan nanahkan hati kamu lagi.. Kamu tahu di mana tempat merawat. Allah. Di situ ia hadir, di situ ia berakhir. Pastikan semata-mata kerana Allah. 

Prinsip kamu betul apabila kamu lakukannya kerana Allah, ibu bapa kamu, saudara kerabat kamu, guru2 kamu, sahabat2 kamu, dan untuk kamu sendiri, masa depan kamu yang cerah dan halal. Lakukanlah dengan terbaik. Jangan lupakan siapa yang ada untuk kamu selama ini.. dan yang akan datang. 

Prinsip kamu dah betul.
Kepercayaan kamu dah salah. 
Gapailah prinsip itu
Dengan kepercayaan yang betul.

Baiki hati kamu
Kikislah kepercayaan tidak rasional itu,mulai dari 
Here and now. 



No comments: