Tuesday, August 7, 2012

17 Ramadhan_Shila Amzah dah pakai tudung daaaaa :)

Assalamualaikum

Dulu nama Shila Amzah sy kenal dgn nama Shila Tekno. Masa tu kalau tak silap saya baru sdg akhir2 sekolah rendah atau awal2 sekolah menengah. Sampai nama tu kawan buat sbg nama pena. *dulu zaman takde hp,jd sempat ada kawan pena main tulis2 surat! *Ada ke nama pena dia pun shida tekno. Kemudian album Sha-Hila meletup sbg penyanyi remaja. Masa tu sy dah start suka dgn Shila dan lagu 

Marilah kawan semua kini telah tiba masanya
gembira,suka ria, nyanyikanlah bersama
Lupakanlah dulu sengketa,tinggalkan semua masalah 
dunia terlalu indah nyanyikanlah bersama ceria...

Best. Selalu cari lagu nie time nak karaoke tp x jumpa2. hee.

Dunia terlalu indah tu sampai selalu sy tulis sbg status di fb dulu2 n kat blog dulu2 yg dah x wujud dah. 
Lepas tu Shila agak sepi.*bg saya. Lepas tu,dia masuk OIAM2, meletup2 dia naik. 
Di tambah pulak lagi Shila pandai main gitar n buat video upload kat you tube. Akustik dia sedap.
Actually sbb sy minat dia is.. 
Fesyen dia ! Heheheeee. lagipun umur sy dg Shila sama. So sy dgn shila nie mmg xde kaitan langsung la. hehehee. 
Ingt lagi dari style rambut dia,gelang dia,subang dia,rantai dia,kasut dia,jeans dia. Colourful Kiddy2 gitu.
Then bila lagi remaja,dah rock2 sikit. funky2 gitu.Hitam2 kelabu gitu.suka suka ! :) Zaman lagu bebaskan. Fesyen pun dah bebas. hew.
Pastu skg dah ladies2 sikit.* ok yg nie i tak terpengaruh sgt kot. Dgn rambut kembang2 gulung2 aaa lawa ala2 rambut Selena Gomez *yg nie i tiru kui3.

See? x ampak ambot daa :)
Pastu skg nie dah pakai tudung. 
Bye. 
Dia tiru i pulak.
*Phewwww "_" 
he.boleh?


Seyes Alhamdulillah bila org yg kite suka berubah kpd yg lebih baik. At least xde la kite ikut benda yg tak ketahuan hala kan. Hmmm bila pulak Liyana Jasmay nak pakai tudung nie.. Idola tuuuu... 

Lagipun skg nie tudung bulih macam2 dah nak pakai. Tak terikat dgn 1 fesyen je. Gegirl up to date nie kemain,nk bertudung pun nk ikut trend. Tp selagi tak melanggar syarak syariat hukum2 Islam semua, bertudunglah.. wajib, kena tutup rambut dgn kain tudung kalau tak nak tutup dengan kain langsir. Asalkan tertutup,tak jarang,tak ketat bla bla. :) Dah pandai kan.. 

Alhamdulillah syukur kpd Allah S.W.T. Sorang demi seorang...  Alhamdulillah. Lepas nie Shila akan dapat rasa dua benda, 

1. Cabaran kutukan hinaan dan persendaan daripada orang ramai 
2. Nikmat daripada Allah atas penghijrahan dia nie.

Sedikit pun nikmat Allah akan tetap bisa menguatkan hati Shila daripada mulut2 org nnt. Percayalah. 
Go Shila, Go ! 

Ok serius,
Shila Sharnaaz  pakai tudung dah.. Alhamdulillah.. kan? Bertuah bakal suami dia. Bertuah lagi mak ayah dia.  Bertuah lagi diri dia sendiri. 

Penyanyi, Shila Amzah akui dilema yang dialaminya sejak 2 bulan lalu akhirnya berakhir apabila dia mula berhijrah dan mengenakan hijab sejak 4 Ogos lalu. Malah, dia kini bersyukur kerana diberikan hidayah dari Allah dalam usia yang muda iaitu ketika usinya bakal mencecah 22 tahun pada 13 Ogos ini.

"Alhamdulilah, saya kini sudah berhijab dan berhijrah sepenuhnya untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri saya. Sebenarnya sejak 2 bulan lalu lagi saya sudah terfikir untuk berhijrah sepenuhnya. Namun keputusan itu membuatkan saya menjadi dilema, tak tahu kenapa.

"Walau bagaimana pun selepas mendapat nasihat daripada rakan terdekat, dan keluarga mengenai keputusan saya itu, saya semakin yakin dengan keputusan saya untuk berhijrah," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my

Bercerita lanjut, bagaimana saat-saat penyanyi Patah Seribu itu mula yakin dengan keputusannya untuk berhijrah, Shila memberitahu semuanya bermula ketika dia mahu berjumpa dengan kekasihnya yang juga pelakon, Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama pada Sabtu lalu.

Copy | Hari kejadian

"Terus-terang sejak 2 bulan lalu juga rasaya saya sudah mula mengenakan pakaian yang sopan dan tidak terlalu terdedah atau jarang seperti sebelum ini.
"Namun, kejadian yang saya tidak boleh lupa yang menyebabkan saya mahu berhijrah adalah apabila saya dengan tidak semena-mena telah mencapai tudung ketika hendak keluar berbuka puasa bersama Sharnaaz dan peminatnya.

"Sharnaaz yang terkejut melihat perubahan saya turut gembira dengan apa yang berlaku ke atas diri saya. Selepas majlis berbuka itu, saya dapati saya tidak mampu lagi untuk membuka hijab. Malah selesa mengenakannya bila hendak keluar ke mana-mana sahaja," luahnya lagi.
Shila yang mendapat sokongan penuh daripada kedua ibu bapanya turut berharap penghijrahannya itu akan berkekalan hingga akhirnya.
"Saya berharap agar peminat terus mendoakan kebaikan ke atas diri saya supaya perubahan ini berada dalam istiqomah dan saya akan terus menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang, Insya Allah," tambahnya lagi. Murai.com


Surprise kat pakwe dia. 
 ''honey,look ! :)
Serpraissssssssssssssssssssssssssss...!!!! hehe
Memandaiii.

Shila actually suara pun aurat juga. tp xpe.. slow2 okay! : ) Lagi 1 lepas nie xleh nak terkinja2 dah tau atas pentas tu. Mania x mania. Hee. Takmau takmau lg k? Love u.

No comments: