Assalamualaikum
Ramadhan terakhir utk tahun nie. Tahun dpn insyaAllah jumpa lg :)
Ramadhan terakhir utk tahun nie. Tahun dpn insyaAllah jumpa lg :)
Alhamdulillah.. tamat sudah puasa sebulan kepada yg berpuasa sebulan. Alhamdulillah.. see? see? xde sapa2 pun yg mati sbb puasa sebulan kan? kan? Herrrr. Puasa nie nikmat tau x,nikmat..Masa nie la kita nak rasa betapa susahnya org yg susah. Mereka lapar,mcm kita time puasa jugak la. Same goes to mereka2 yg mcm kat Afrika sana, xde air nak minum.. Sehaus2 tekak kita,haus lg tekak mereka tau.. So syukur lah dgn nikmat yg kita dapat nie. Puasa best kan? Tgk i, dah turun berat badan. Hufff. Huhu tp x kisah la.. lepas nie boleh naikkan balik.. Apa susah? :)
Alahai bersyarah pulak. Actually nak jerit td.. 1..2...3 !
Esok raya yeay !
Esok raya yeay !
Esok raya yeay !
Ehek. ^__^
Eid
al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat
Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat
yang Allah SWT anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan
ibadat pada bulan Ramadan.Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan
sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah SAW
menyambut Hari Raya, antaranya ialah;
1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
Imam
Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada
pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari
raya.”
2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.
Ini
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada
Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada
pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu
beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.”
[HR Al-Bukhari: 953].
Sekiranya
tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu
Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk
mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ia juga
(petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa
pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik.
Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik
Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].
Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT.
iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim.
3. Bertakbir pada hari Raya

Daripada
al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik
bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka
berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya
al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”
Waktu
bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu
setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga masuknya
imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
4. Takbir Hari Raya
4. Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik.
Kata
ulama, “Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh
dibaca dan amalkan.” Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki
dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di
rumah dan di pasar-pasar.
5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik
6. Berpakaian baru/cantik di hari raya
Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].
Memakai
pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun
untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di
sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Jangan kamu
tegah hamba perempuan Allah daripada masjid Allah, tetapi hendaklah
kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan
Abu Daud “Sahih”].
Keluar
dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj berhias dan
mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi.
Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa
untuk berpakaian cantik.
7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]
Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini;
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT.
iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim.
8. Solat
Hari Raya. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya.
Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu
ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah
pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh
beberapa orang ulama semasa.
9. Keluar
dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya.
Ibnu Majah meriwayatkan
daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat
solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan
berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]
Kata Ibnu
al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari
raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan
tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”
Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.
10.
Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya.
Para wanita
keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah
Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar
nasihat (khutbah).
Daripada
Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan
mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang
baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun
wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”
11. Zakat
Fitrah. Nabi SAW menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari
raya.
Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam
al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) mengeluarkan
(zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”
P/s : Dialog adalah rekaan semata2.
Talent : Anisah, Anis & ''Ara'' !
Semoga adilfitri kita kali ini memberi seribu keberkatan daripada Allah SWT untuk kesejahteraan kita sepanjang hayat.. Ameen...
NAK BAGI DUIT RAYA KAT KITE TAK?
Semak kat bawah sini..
6 comments:
wahh. u girls cute sangat! Salam Aidilfitri :)
Alah :))Awk lagi cute . salam aidilfitri jugak
hehe..rajin die buat dialog.
comey2 :)
hehe..rajin die buat dialog.
comey2 :)
Hahaks.. :) sambil2 tunggu nak berbuka..
kelasss dialog hok buat terr..lucu..hiksss
Post a Comment