Assalamualaikum.
Semalam kwn dekat call. Cakap pasal mantan YDP kena tikam. Astaghfirullahalazim..
Pastu tgh mlm semalam kawan jauh SMS,pun pasal nie. Suruh hati2 kat Tg Malim nie.Terutama kampus baru.Mesti dia nak cakap pasal benda nie jugak. Annn. Belum ku balas pesanannya.
Kemudian pg nie dpt lg 1 SMS,kwn x berapa dkt x berapa jauh. Dia sedang praktikal. Dia pesan jaga diri elok2 kat u..jgn kuar sgt mlm2..klu nak kuar jgk,berteman..
(masih ada yg sayang padaku..lagu)
Kemudian pg nie dpt lg 1 SMS,kwn x berapa dkt x berapa jauh. Dia sedang praktikal. Dia pesan jaga diri elok2 kat u..jgn kuar sgt mlm2..klu nak kuar jgk,berteman..
(masih ada yg sayang padaku..lagu)
Pagi nie homepage fb terselit berita ini. Lalu aku copy dgn jari. Oh jgn risau,aku sertakan sekali sumbernya.
___________________________________________________________
TANJUNG MALIM, 25 September - Mantan YDP Jawatankuasa Mahasiswa
Kolej Aminuddin Baki, Abdul Azim Nasri malam tadi telah ditikam tiga
kali dikawasan jalan gelap dari Behrang ke Proton City.
Mangsa yang menunggang motorsikal bersendirian telah ditahan oleh
individu yang tidak dikenali ingin meminta bantuan. Sebaik sahaja dia
berhenti, dia terus ditikam sebanyak tiga kali dan duit sebanyak RM
20.00 telah dicuri.
Cerita selanjutnya admin perolehi dari FB SUARA MAHASISWA/I UPSI
Sebentar tadi admin sempat menziarah saudara kita di Hospital Slim River untuk mengetahui apa yang terjadi kpd Ust. Azim Mantan YDP JMK KAB..
kisahnya dia sedang menunggang motorsikal dari behrang..dan ada orang tahan dia untuk minta bantuan..dia pun berhenti..
lalu dia ditikam 3 kali di perut..penyangak itu hanya ambil RM 20.00..nasib baik laptop dia tidak diambil...
apa yang dilakukan Azim sangat mulia..dia hendak membantu orang..tetapi malangnya orang pula menikamnya..
setelah ditikam..dia masih mampu menunggang motorsikal dan meminta bantuan dijambatan ke proton city..namun tidak ada yang mahu berhenti..mujul ada seorang hamba allah datang membantu dan membawanya ke klinik kesihatan tg malim..
kemudian dia mendapat rawatan susulan di hospital slim river..ketika admin sampai di sana Azim sedang dirawat (dijahit)..bapanya turut hadir.
Azim..Niat baik yang membawa padah |
antara yang hadir td...pengetua KAB..mantan pengetua KAB..ustaz rosli..tuan sayed..Prof Shah..sahabat yang baru menang We Love UPSI dan beberapa orang penyokong Mahasiswa pendidik..
beginilah kita mahu.politik secara matang..bila ada keadaan perlukan bersatu kita tetap bersatu...
sama-sama kita doakan Azim cepat sembuh dan doakan semoga penjenayah itu mendapat baasan setimpal dengan apa yang dibuat!!
*cerita ini tidak 100% betul..tapi ini yang admin fahamSama-sama kita doakan yang terbaik untuk Abdul Azim.-UPSIDaily
Sumber : UPSIdaily.blogspot
No comments:
Post a Comment