TANJUNG MALIM, 8 Oktober - Bangunan E-Learning, UPSI sekali lagi mencetuskan kegemparan umum apabila seorang siswi telah diselamatkan daripada cubaan bunuh diri oleh empat orang pekerja 'cleaner', 5 Oktober (Jumaat) yang lalu.
Maklumat tersebut diterima daripada Ahmad Suhaimi Mohd Noor, seorang
pensyarah UPSI di akaun Facebooknya "Berita terkini: 7 oktober 2012, aku
mendapat maklumat daripada rosli bin dahalan staf ict, upsi yang
mendengar cerita daripada seorang " cleaner" bahawa kejadian " hampir2
bunuh diri" telah berlaku pada hari jumaat 5 oktober 2012 jam 2 petang
yang lepas."
"Seorang siswi telah membuat percubaan untuk membunuh diri di tingkat 5-
tempat yang sama kes siswi yang terjun dan terkorban pada bulan april
yang lalu. Siswi tersebut telah diselamatkan oleh 4 orang " cleaner"
yang berjaya menarik tangan dan memeluk siswi tersebut" katanya.
Seorang siswi berkata kepada media UPSIDaily, "pensyarah saya memberi
tahu kejadian yang sama (cubaan terjun) pernah berlaku selepas kematian
seorang siswi bulan April yang lalu. Cubaan terjun tersebut digagalkan
oleh rakan yang menyedari tindakan siswi tersebut".
"Selepas siswi itu sedar, dia berkata terdengar suara ghaib yang
memanggilnya ke arah tingkap tersebut. saya berharap pihak UPSI dapat
menganjurkan satu program solat hajat untuk menjauhkan perkara ini
berlaku. Saya takut perkara tersebut berlaku lagi" ujar siswi yang tidak
mahu namanya disiarkan.
Penuntut UPSI dinasihatkan supaya tidak berjalan seorang diri di
bangunan tersebut dan memohon kepada Allah S.W.T agar dijauhkan daripada
perkara yang tidak diingini.
Sumber-UPSIDaily,
1 comment:
dulu, selalu lepak malam2,sorang2 pulak tu kat bangunan e-learning download movie..kat sana internet laju..tapi kat tingkat bawah je la..huhu
Post a Comment