Thursday, October 11, 2012

Itu kau kata manusia?!

Assalamualaikum

Dalam satu lintasan cahaya jasad kau di tengah-tengah orbit urbanisasi
Kau dabik dada tegakkan kening dua-dua
Gila x bidangkan dada,kau manusia kau sampai angkasa.
Sayup dari bawah sebatang kering tulang tua.
Menadah air mata celiknya letih ke atas tapi mcm di bawah
Kau tutup indera dengan bulu mata yang paling hujung
Fakir,malas,bodoh. Sampah cemarkan koridor
Tak payah lah jadi manusia

Kau kata kau manusia
Sama macam tubuh montok depan mata kau.
Bezanya dia bentuk 8 kau entah peduli apa kau berapa.
Gebu.Comel.Mantooppp. Gilababy lembutnya halusnya mulusnya sempurna !
Geram gila geram.
Bentuknya nampak satu-satu dua-dua
Kau nak cungkil mata dia,ada tahi lalat kecik wah comel gila.
Aku  nak
Ikat sampai pecah 
ratah sampai patah
Bodoh kalau lepas.
Ini baru betul manusia. 

Ada orang BBM kau.
Beri aku setitik oksigen,aku sangap nyawa. 
Engkau tuhan aku untuk nadi kali ini. 
Aku hamba abdi aku janji! 
Tolonglah manusia,tolong lah aku kali nie saja untuk pertama dan terakhirnya aku sumpah ! 
Aku tak ada apa-apa selain darah. Aku rela bagi kau. Aku bagi percuma!

''Sorry bro,I can't, I can't''
Orang sangap tadi jadi lembik tinggal kulit saja.
Keluar dari screen BB kau mcm roh yang sebenarnya kau tak pernah nampak
Keluar lalu melayang.Terhantuk di simen dan glupppp ! dalam lubang jamban.
Bagus. Setel satu benda. Kau memang hina. 
Kenapa la kau kategori manusia
Kau usap dada. Belai dompet dalam poket penuh kad yang bila kita masukkan dalam mesin petak ia keluar nombor dan aksara.
Suka hati nak tekan nak picit yang mana. Orang banyak ekor berbilion juta.
Fuhhhh duit..kau sebenarnya tuhan. Mesin itu yang hamba. Bukan aku.

Kau bilang asteroid asteroid kecil yang ada dalam cakerawala.
Aku ingat pepejal nie bahaya tapi bukan,ini bahagia.
Bahagia sampai kau sedar kau terpijak,tergelincir!
Patutlah,itu yang maha besar ya Allah. Kuasanyanya lebih dari apa yang aku kira.Ini bala
Malapetaka,bencana,mati aku,mati sekarang juga. Aku nak syahadah tp aku nak sebut apa??
Aduhh setan sakitnya. Kena kepala aku ! Kena dada aku,aku lelah tercabut ijap jantung yang satu.
Kena pinggang aku,aku gagal berdiri
Kena lutut aku,aku tak boleh cuba sekalipun!
Ya Allah sakitnya. 
Roh aku dah nak pergi dari aku sebab aku tak lagi mampu sogok dia.
Jari aku tak ada tulang lagi aku tak boleh genggam kertas bernilai tu. 
Aku kata nanti dulu nanti aku sediakan payment untuk kau
tapi roh itu kau nampak tak ada telinga. Mata lagilah tak ada.
Kau punya pula sia-sia saja. Tak guna !
Sia-sia je aku nak sogok dia.
Allah tolong installkan aku roh baru aku bayar seribu juta atau berapa saja!

Tulang tua tadi datang depan kau lalu dia cabut tulang-tulang dia dan masukkan pada engkau.
Engkau suka.
Tapi kau masih macam tadi. Statik sebab Allah yang sebenar dah tak bagi kau peluang.

Perempuan tadi pakai jubah longgar,besar gila,tudung sampai pinggang
Yang nampak hanya mata. Ya ! Mata yang ada tahi lalat tadi.
Itu memang dia, habis tadi tu amende.

Saya pergi dulu,kelip-kelip kampung kuantan menati saya

 P/S : Puisi ini bertemakan kemanusiaan.Saya dah janji dgn seorang blogger nak buat dan esok tarikh last untuk saya siapkan. Saya baru je buat dan baru je siap ! :)

Pesanan utk awk : Saya dah siapkan nie,tp kita x dpt nk bincang lg sbb kejap lagi saya nak ke Selangor.. Ada program kat sekolah sana. Untung2 dpt singgah tgk kelip-kelip pastu bt sajak pasal kelip2 plak kan? haha. Jumpa awk isnin nnt k.
::: Saya minor je BM, tp x mahir langsung. Baru amek subjek tu. So saya x pndai lg..Saya akui itu. Awk lebih hebat saya pasti. Ajarkan saya juga::::