Assalamualaikum
Ruang malam yang ini aku dongakkan realiti
Infiniti terapung ringan merewang lembut-lembut dalam ingatan
Aku sendiri
Dingin
Seorang.
Ruang malam yang ini aku dongakkan realiti
Infiniti terapung ringan merewang lembut-lembut dalam ingatan
Aku sendiri
Dingin
Seorang.
Aku tambah nilai interaksi komunikasi {Hotlink}
Supaya ikhtiar itu kita nampak segar.
Kau biar aku di sini terus terusan bersama denting orkestra dalam khayalan
Melodi Sigur Ros meliuk lentok di segenap lapangan_JIWA.
Aku menghadap setia
Ia milik sesiapa sahaja.
Melangit aku ke bentuk- bentuk. Itu siling.
Merenung renungan yang aku renungkan.
Keadaan ini sungguh tidak bergraviti.
Berikan aku bandar lagi
Bandar yang lari dalam mindaku tapi hati-hati kali ini nanti aku jatuh
Sebab siapalah aku dalam modeniti ini?
Aku mahu pawagam
Memancarkan cahaya alternatif menggantikan yang terlindung
Mereka melacur bakat. Aku peminat tubuh,oh bukan.Keringat.
Tapi aku sedang statik. Pegun dalam bayang
Ada entiti mengekang kita sedangkan akulah petikan gitarmu.
Aku telinga yang satu,mendengar dalam pandangan mataku.
Yang terus ke keningmu.
Kucupan pertama. Gila
Aku lari.
Dalam segan malam.
Penuh rama-rama . Teruja.
Eh pergi ! Malam ini jangan ada suara bayang
Eh pergi ! Malam ini jangan ada suara bayang
No comments:
Post a Comment