Assalamualaikum
Sejak aku masuk dunia ini. Mungkin lebih senang aku kata sejak sem ini. Aku berubah.
Bermula dari senyuman. Aku tidak lagi senyum menampakkan gigi aku kerana aku belajar daripada kamera, senyum tidak menampakkan gigi adalah senyuman anak dara, lebih manis. Sedangkan dahulu aku tidak suka digelar manis kerana ia sangat ''perempuan'' bagi aku. Aku yang dulu is, seorang yang senyum yang sentiasa menampakkan barisan gigi aku. Yang aku lihat sebagai senyuman yang ikhlas,bebas,lincah,nakal, dan yang penting. Menjadi diri aku sendiri. Aku dulu tak kisah kedut pada muka atau mata semasa senyum happy go lucky tersebut.
Sama juga. Aku berpantang. Ya Allah... apa lagi kurangnya aku ini.
Aku belajar dari make up, lalu aku tidak mengambil makanan yang berminyak. Keropok goreng, kerepek goreng, semua itu hasil rendaman minyak ! Padahal aku sendiri yang dulu-dulu goreng keropok dan makan semahunya. Tapi sekarang dah lain.Aku takut kandungan minyak itu aku serap lalu keluar balik melalui liang muka. Aku takut muka aku berminyak ! Tak lama lagi adakah aku akan berhenti makan french fries dan chezzy wedges dari KFC or MCD? itu juga hasil rendaman minyak. !
Aku bukan nak tubuh secantik dan seseksi perempuan INI tapi aku rasa aku nak muka yang cantik. Aku rasa aku nie x cantik. That's why aku berubah dan ini perubahan pertama aku dalam hidup aku ini. Aku tahu benda nie tak rasional tapi aku..ntahhh !! ini baru 2 perubahan,risau sgt nnt one day habis semua benda aku nak ubah. Ummm
aku yang dulu |
No comments:
Post a Comment