Saturday, November 10, 2012

PENYERAHAN KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA UPSI

Assalamualaikum

TARIKH: 6.NOVEMBER.2012
MASA: 8.00AM - 2.00PM
TEMPAT: DEWAN BESAR, KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, BANDAR PROTON
V.V.I.P: YB DSU DR RAIS BIN YATIM (MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN)

Alhamdulillah.. setelah sekian lama menunggu, pada 06/11/2012, penyerahan Kad Siswa 1Malaysia kepada mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) telah diadakan.. Terima kasih kepada Dato' Seri Utama Rais Yatim IIatas kesudian menyempurnakan majlis tersebut.. Terima kasih kepada pihak UPSI sendiri, mahasiswa/i UPSI, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi,dan Kesenian, sahabat - sahabat Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, rakan - rakan kepimpinan kolej dan persatuan, rakan - rakan KARISMA dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Penyerahan Kad Siswa 1Malaysia dan RTM rentas kampus. Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan..



Selasa lepas berlangsungnya program penyerahan KADS1M di dewan besar UPSI dan program-program sampingan bersama Dato Seri Utama Rais Yatim Menteri Mentor UPSI. Ramai siswa/i UPSI tidak melepaskan peluang menghadiri majlis penyerahan tersebut untuk menerima Baucer buku dan Kad Diskaun. 

Kelebihan-kelebihan ini diberikan kepada siswa/i seluruh Malaysia bagi memberi semangat dan kemudahan kepada semua siswa/i agar dapat menimba ilmu dengan lebih tenang. Wartawan UPSIDaily berada di tempat kejadian dan mendapati semua siswa/i hadir dengan wajah yang ceria. 

Selain Itu wartawan UPSIDaily juga menemui YDP MPP UPSI  Saudara Fadlillah bagi mendapatkan pandangan dan beliau memberi ucapan terima kasih kepada Dato Seri Utama Rais Yatim kerana sudi hadir bermesra bersama siswa/i dan memberikan KADS1M. Beliau juga berharap agar semua siswa/i menggunakan kelebihan tersebut secara berkhemah.

Disamping itu Fadlillah juga sempat membawa Dato Seri Utama Rais Yatim menaiki motosikal bersama rombongan 50 buah motosikal siswa/i UPSI mengelilingi kampus baru UPSI. Selain itu Dato Seri juga menyumbangkan 10 buah komputer dan 20 buah komputer riba kepada siswa/i.




No comments: