Friday, January 4, 2013

Aku bukan Izzah Ombak rindu

Assalamualaikum

Buat tatapan cahaya,
hati berlagu duka..
aku bukan Izzah Ombak rindu..
yang boleh pasrah,
sebab aku tak kan menyerah..

Allah bagi aku satu hati. Aku tahu.. jadi aku tak mampu bagi hati aku
pada dua kecintaan yang aku sedang ada, atau yang aku mampu ada.
aku boleh ada tiga. atau selebihnya...
Tapi sekurang- kurangnya sekecil- kecil hati itulah, aku belajar bagaimana membahagikan cinta...
Dunia akhirat, kedua ibu bapa,
mereka yang berjasa....
Dan dia.
Ya dia. Dia yang mungkin ditakdirkan bersama untuk bersama bertanggungjawab menanggung dosa...
dan aku bertanggungjawab untuk hak mutlak nya.

Aku bukan Izzah Ombak rindu..
menangis tanpa suara sedangkan dalam hatinya lemas air mata..
Aku belajar psikologi. Aku tahu aplikasinya...
Aku sendiri yang enggan selaminya..

Aku bukan Izzah Ombak rindu,
setia sang pencinta kerana cantik paras dan budi agamanya.......

Aku bukan Izzah Ombak rindu,
aku tak rela...


No comments: