Tuesday, January 8, 2013

Aku mahu waktu itu , lagi . .

Assalamualaikum

Dan sang suara pun memanggil aku, yang melintas menundukkan kepala meratap bumi,


Sunyikan suara dan laungan mu, bukan watak itu.

Setiap hari aku memandu dengan telinga yang menghirup melodi sama kekal. Sebenarnya roda kereta tidak jejak jalanraya. Kerana aku terbang.

Melayang - layang bersama melodi. Mengangkat aku dari realiti. Untuk lari.

Kalau di bumi, aku tak mampu senyum. Kecuali sedang terbang, sedang lari. Babak - babak dengannya aku heret sekali ke langit.

Waktu itu. WAKTU ITU. Semuanya di dalam waktu itu. Aku mahu waktu itu, LAGI.

Takpalah.
Hati, jangan paksa aku, please.
Zahiriladzim.blogspot



Sepertimana aku melalui kelopak-kelopak  yang basah 
sebab kau enggan memberi senyuman depan aku 

dan aku cuba memaksa agar engkau menuruti rindu aku 
ia tak pernah berhasil kerana cinta itu bukan boleh dipaksa

No comments: