Wednesday, March 20, 2013

Projek Memikat Suami

Assalamualaikum semua.. :) 

Saya tak banyak masa hari ini...jadi kita teruskan saja dengan bismillah... hee. 


|NOVEL|

BAB 26

Semenjak peristiwa kiriman gambar suaminya dengan supermodel itu, Husna bagaikan kehilangan semangat. Rutin seharian dilaluinya macam robot. Di hadapan ibu mertuanya dia berlakon ceria, tidak mahu ibu mertuanya menghidu masalah rumah tangganya. Dengan suaminya, dia cuba sedaya mungkin untuk tetap memberikan layanan penuh hormat. Namun Zahrain kekal dengan mode ketul ais beku, menyebabkan hubungan mereka berdua dingin kaku.

Selepas berhari-hari dilanda kesedihan, Husna berasa lega bila hari yang dijanjikan untuk bersama teman-temannya tiba. Finally, I am going to meet my BFFs again. Hari ini dia berazam tidak akan berfikir tentang kisah Zahrain dan buah hatinya. Lantaklah dia! Hari ini hanya untuk bergembira dengan Em, Pet dan Atai!

Pagi-pagi lagi dia sudah ke dapur. Bahan-bahan masakan sudah dibeli semalam. Teman-temannya sudah siap memesan masakan itu dan ini. Sememangnya dia sudah biasa menjadi tukang masak untuk mereka.

Jam lapan pagi, Zahrain turun untuk sarapan. Husna berharap selepas bersarapan, Zahrain akan keluar. Suaminya itu tidak pernah lekat di rumah waima hujung minggu pun. Tapi selepas sarapan, dia mencapai Ipadnya dan membaca entah apa-apa. Lama juga Husna tertunggu-tunggu sambil sibuk memasak, suaminya tidak keluar-keluar juga.

Akhirnya, terpacul juga dari mulut Husna, “Err...kawan-kawan saya nak datang hari ini.”

“Awak dah bagi tahu semalam,” ringkas jawapan Zahrain.

“Awak tak keluar?”

“Kenapa, awak nak saya keluarkah?” Ini yang aku malas bercakap dengan dia, getus hati Husna.  We can never have a straight conversation.

“Tak, just wondering.” Husna patah balik ke dapur. Setiap hari tidak pernah lekat di rumah, hari kawan-kawan aku nak datang pula dia nak melepak di rumah, bebel Husna senyap-senyap.

“I am wondering too,” fikir Zahrain, “kenapalah dia hendak sangat aku keluar? Apa yang nak disorokkan? Has it got something to do with that boy...apa namanya? Atai?”

Terdengar isterinya menyanyi di dapur. Gembiranya dia hari ini, fikri Zahrain. Tidak macam selalu, dia sedar sejak hari Husna menerima MMS gambarnya dengan Adira, Husna bagaikan zombie. Baguslah, boleh tercapai Plan A aku.

Bosan di ruang tamu, dia menapak ke bilik tidur di atas, sambil melayari internet, dia berbaring-baring di atas katil............ TERUSKAN MEMBACA. Lawati http://www.penulisan2u.my

*******************************************

No comments: