Penjagaan
kuku ni sama nilainya dengan penjagaan wajah, rambut dan kulit. Tapi
tak ramai tahu cara nak jaga kuku sebab tak tahu pentingnya kuku.
Menjaga kuku sebenarnya tak susah pun kita cuma kena sentiasa potong
dan bersihkan kuku.
Banyak
keburukan yang datang kalau kita tidak menjaga kuku dengan sebaiknya.
Antaranya adalah akan mendatangkan penyakit seperti cagu, kuku merekah,
mudah patah, kusam, bewarna kuning atau hitam yang pasti menjejaskan
penampilan kita.
Cara Penjagaan Kuku
1.
Pastikan kuku dibersihkan selalu terutama bagi mereka yang sering
melakukan kerja rumah seperti memasak. Jangan potong kuku terlalu
pendek.
2. Rendam dalam air suam dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.
3.
Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok
kuku dengan kain untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.
Petua Tradisional
- Kuku kaki kadang-kadang mudah berubah warna menjadi kehitaman atau kekuningan menyebabkan ia kelihatan tidak menarik.
- Cuba tuangkan cuka di atas kuku tadi dan gosok dengan kain lembut. Kemudian bilas dengan air suam. Pasti warnanya akan kembali berseri.
- Selain itu boleh juga mengunakan hirisan buah lemon dengan di gosokkan pada jari dan kuku anda, biarkan 5-10 minit dan dibilas. Boleh amalkan selalu..
- Boleh juga mencuba dengan menggunakan bawang putih yang dibelah dua. Gosok pada kuku kaki hingga warnanya kembali berseri dan berkilat. Kemudian bersihkan.
Tips Mudah
Jika kamu mempunyai bajet yang lebih boleh saja pergi dapatkan rawatan di manicure & pedicure!
Tips Kecantikan
Jangan amalkan mengigit kuku kerana itu hanya merosakkan bentuk kuku yang sedia ada.
1 comment:
golden goose outlet
golden goose sneakers
yeezy boost 500
kyrie 7 shoes
curry 9
Post a Comment