Assalamualaikum
"Sedar ataupun tidak, dah 6 bulan Rara tamat pengajian di UPSI. Alhamdulillah, walaupun sekarang belum di 'posting' kan ke mana-mana sekolah, (interview pun belum panggil lagi) sekurang-kurangnya kak Rara engko ni tak duduk saje kat umah ternak lemak tau. Dia jadi cikgu tuisyen di Pusat Tuisyen Masyarakat di KB dan personal tuition teacher bagi sebuah keluarga secara private" - copy paste dari entry Rara yang lepas :) semasa menulis entry throwback photoshoot-geek
Oh well, itulah yang ingin dibicarakan pada hari ini. Rindu weh kenangan jadi cikgu praktikal dulu-dulu. Rindu sangat. Walaupun banyak cabaran dari pihak atasan dan tekanan kerja yang melampaui kemampuan, sekurang-kurangnya ia adalah sesuatu yang berharga dan akan dikenang sampai bila-bila walaupun tak mahu mengulanginya lagi... haha.. tak mau dah jadi cikgu praktikal.. nak jadi cikgu tetap.. at least kalau dah jadi cikgu tetap, kita akan tahu di mana tempat kita berdiri. Siapa kita di mata guru-guru lain dan sebagainya. Oh my god, i can't wait ! :) Seronok jadi cikgu ni.. you all.. suka tengok pelajar happy,pandai,nakal,bersungguh-sungguh,main-main, macam-macam lagi lah. Tapi ada jugak orang kata tak seronok kan? Iyalah, minat dan kecenderungan masing-masing kan, so what can i do.. :) Mungkin dari kecil lagi aku dah pasang cita-cita nak jadi guru, sebab tu aku kata seronok kan, yalahh sebab aku minat !
Syukur sebab dah konvo 3 bulan lepas dan genggam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling pada umur 24. Namun, belum capai tahap puas lagi aku ni.. aku harap aku dapatlah posting pada tahun 2015 nanti. Kalau tak ada rezeki, harap-harap 2016 lah yer. Bukanlah aku ini seorang graduan yang pasif dan hanya menunggu posting KPM semata-mata, tapi, ia memang dah menjadi cita-cita aku...so aku kenalah tunggu dengan sabar dan bergantung harapan sepenuhnya pada Allah S.W.T.. harap-harap cepatlah keluar tarikh temuduga posting ni. Aku nak lulus, dan aku nak dapat penempatan. Bagi rakan-rakan graduan upsi, jom kita sama-sama doa agar kerajaan cepat-cepat selesaikan masalah yang berlaku dalam pentadbiran mereka... so that penempatan kita akan dapat disusun dengan cantik. Aminnn...amin......
Tapi kalau dah tak ada rezeki... emmm xpela...redhoooooooooooooooooooooooooo... huhu. Kerja lain banyak lagi kat Malaysia ni, asalkan kita (aku ni) tidak terlalu memilih dan produktif serta proaktif ! yeahh :) Cuma buat masa sekarang, doa haruslah tidak putus jika kita benar-benar inginkan penempatan itu.. Semoga di perkenankan oleh Allah S.W.T .. amin..
AWAS gambar di bawah adalah contoh guru yang belum peka pada etika seorang guru. Beliau tak pakai nametag. Nasib baik pengetua tak ada. Meeting. TQ
"Cikgu ! orang sana makan dalam kelas" |
Oh..yang ini.. X-Y.. Y jatuh... |
3 comments:
kuuu berjalan di dalam.... ruang komen.. err tumpang lalu (blogwalking jap) ;)
vapormax
golden goose outlet
nike air max 97
golden goose
curry shoes
yeezy boost 350
yeezy shoes
adidas yeezy
balenciaga shoes
yeezy boost 350
z9k39r5r46 n9j57u2k15 i4h20i7c28 w6k58g4a93 y2z10y0a02 v2w19u8y16
Post a Comment