Monday, June 8, 2015

Sepetang bersama Putery Memory

Assalamualaikum

Tempoh hari, diizinkan Allah untuk ber-dating dengan kawan blogger Putery Memori. Rara kalau boleh nak panggil dia Riri, tapi tu lah. Gedik sangat la semua nama orang kau nak jadikan kosakata macam nama kau. Haha... :) Rara...Riri... Ruru..Roro... emmm buruk yang lain tu.

Rara panggil dia Mar. Cantik nama dia kan. Teringat planet Marikh.

Mar ni rupanya tinggi ! Patutla dia jadi model catwalk. Hehe. Cantik memang tak payah cakaplah. Tengok dia ;




Rupanya Mar ni adik lagi, ce teka berapa umur dia ? tettttttttttttt.
Ini lah kali pertama kami jumpa selepas beberapa tahun berkawan di facebook. Hehe. Walaupun ketinggian kami tidak sama, tapi ada jugak lah persamaan antara kami iaitu ;

Dia juga pelajar kaunseling. Eh sama la kita.. hehe.. Cuma bezanya, dia kaunselor terbuka. Rara kaunselor sekolah. *doakan kami cepat posting*
Hidup kaunselor !!

Beberapa minggu lepas si Mar ni ada masuk majalah mingguan wanita. Gigih kak Rara kau pegi beli majalah kat stesen minyak semata2 nak baca kisah dia. gitewww. #support . Tahniah Mar. Selamat maju jaya dalam apa pun bidang yang diceburi. Ada masa jumpa lagi ya ;')

Lawat blog Mar