Monday, July 6, 2015

Apa itu Strok Haba dan Cara Mencegahnya

Assalamualaikum

Baru- baru ini negara kita digemparkan dengan kes seorang pelajar yang dikatakan meninggal kerana strok haba. Kanak-kanak tersebut (pelajar) dikatakan berpuasa dan itu memungkinkan lagi beliau untuk terkena strok haba serta merta. Kesahihan kes itu tidak dapat saya sahkan namun sebagai peringatan, semua orang harus berwaspada selalu. 

Cuaca yang panas, ditambah pula dengan bulan puasa ini tubuh badan seseorang kurang air dan tenaga. Oleh itu, amat mudah untuk kes strok haba berlaku pada bila-bila masa. Sebagai seorang yang perihatin, amat wajar untuk kita sama-sama mengingatkan antara satu sama lain mengenai kesedaran tanda-tanda strok haba dan langkah-langkah pencegahannya. 

Apa itu strok haba ? 

Strok Haba adalah keadaan apabila suhu dalaman badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius akibat cuaca yang terlampau panas. Cuaca yang panas terik  menyebabkan kurangnya air di dalam badan seseorang manusia. Asasnya, suhu normal badan manusia ialah 37 darjah celcius. Apabila suhu badan meningkat sehingga 40.5 darjah celcius, risiko strok haba menyerang adalah tinggi . Strok Haba boleh menyebabkan suhu dalaman badan seseorang meningkat secara mendadak sehingga 41 darjah celcius. 


Tanda-tanda awal strok haba ;



Cara rawat mangsa stroke haba :-
  • Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara pencegahan stroke haba :-
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas.
  • Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari.
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum.
  • Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala.
  • Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen

Gambar diambil sebelum Ramadhan :) 
Take care everyone. XOXO