Wednesday, September 2, 2015

TIPS BERKESAN MENCEGAH STRESS

Assalamualaikum

PT3,SPM,STPM kini menjelang tiba...apakah perasaan adik-adik semua ? Bagi mereka yang bekerja, sekarang sudah hujung-hujung tahun... mesti banyak perkara yang perlu diselesaikan.. Disini kita nak bagi tips sikit. Tips apa?

Tips berkesan mencegah stress
1.      Buat senarai stress
Individu boleh mencuba untuk membuat senarai stress kemudian menyimpannya untuk beberapa minggu, dan senaraikan masa, tempat dan individu yang memburukkan lagi tahap stress anda. Jenisnya mungkin berbeza-beza. Stress mungkin boleh terjadi kerana kurangnya rehat, bebanan tugas dan perkara-perkara lain yang boleh mengakibatkan stress.

Apabila individu sudah mengetahui punca-punca stress, dua langkah ini boleh membantu iaitu :

·         Berkongsi masalah dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan sebagainya kerana ia boleh membantu anda berjaga-jaga dengan mengenali benda yang menyebabkan anda berasa stress. Hanya melalui percakapan sahaja boleh menbantu individu menghilangkan stress.

·         Cara yang kedua ialah melalui teknik regangan yang dimana individu boleh melakukan regangan ketika menghadapi situasi yang tegang dan memaksa kita untuk mengambil bahagian. Sebagai contoh, apabila membuat regangan leher ketika mengalami kesesakan lalu lintas.
Cuba teknik regangan yang mudah seperti :
·         Tarik nafas sedalam yang boleh. Individu perlu mengambil nafas yang panjang secara perlahan-lahan dan menghembus nafas juga secara perlahan lahan. Lakukan secara fokus dan beberapa kali dan anda akan merasa lebih relaks.
·         Meregang dan merehatkan otot. Cuba memusing leher kekiri dan kanan mengikut keselesaan dan cuba untuk relaks. Rehatkan bahu dan otot belakang untuk beberapa saat dan rehat sepenuhnya.
Cuba cara mudah ini apabila anda berasa relaks dan jadikan ia sebagai rutin harian apabila berhadapan dengan stress.

2.      Regangan positif
Cari satu masa yang sesuai untuk rehat secara positif. Jangan tunggu sehingga anda berasa relaks. Individu perlu merancang aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa relaks seperti berendam di dalam air, duduk secara santai atau mendengar muzik. Cara ini boleh menjadikan hidup anda kembali menjadi normal. Sesetengah individu menyatakan bahawa pengambilan masa untuk antiviti rehat adalah berguna contohnya membuat yoga dan juga membuat senaman.

3.      Bercuti
Cuba untuk mencuri masa anda untuk pergi bersiar-siar ataupun bercuti bersama keluarga. Apa yang anda perlukan ialah mulakan hari dengan permulaan yang baik. Masa bercuti merupakan masa yang amat sesuai untuk merancang hari anda dan bersedia untuk untuk memulakan hari tanpa tergesa-gesa. Jangan biarkan sesiapa menggangu hari cuti anda.

4.      Senaman
Ramai yang bersetuju bahawa senaman boleh mengurangkann stress selain dapat menyihatkan badan dan juga mencegah penyakit. Sebarang senaman adalah baik tetapi cuba merancang untuk sekurang-kurangnya 30 minit untuk masa senaman lima kali seminggu. Bagi individu yang tidak biasa bersenam, mereka boleh bermula dengan berjalan dengan pantas. Tambahan lagi, dengan senaman dapat menyelesaikan masalah sukar tidur malam.

5.      Rokok dan alkohol?
Jangan diperdayakan dengan percaya merokok dan minum arak akan membantu menghilangkan stress. Pada jangka masa panjang, ia tidak membantu. Miinum arak untuk menghilangkan stress selalunya akan menyebabkan individu menjadi pemabuk tegar.

6.      Hobi
Ramai orang mendapati bahawa hobi yang di mana tiada tamat tempoh, tiada tekanan dan boleh diambil dan dibuang sesuka hati dan juga boleh menghilangkan stress seperti sukat, mendaki gunung, mendengar music dan juga membaca buku.

7.      Rawatan
Jika mendapati bahawa stress anda sudah menjadi teruk dan sukar untuk diatasi, jumpa doktor jika ianya menjadi lebih teruk. Rawatan lanjut seperti menjalani kaunseling atau pengambilan ubat-ubatan mungkin diperlukan.

Kesimpulannya, individu perlu bijak menguruskan stress mereka. Pencegahan yang baik juga perlu untuk mengelakkan masalah terutamanya masalah berkaitan kesihatan mental. Individu perlu mengenali diri sendiri kerana kadang kala kita sendiri tidak sedar bahawa kita mengalami stress walaupun badan kita telah memberi tindak balas.


No comments: