Sunday, February 5, 2023

FESYEN BAJU RAYA TERKINI 2023

Assalamualaikum

Terasa baru sahaja membeli belah untuk raya tahun lepas.. kali ni dah nak masuk bulan puasa lagi dah. Tak lama lagi, keriangan akan kembali lagi disamping ramai-ramai menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. y'all dah beli baju raya ke? Or awal lagi? What say you? 

Sis hari ni saja-saja godek2 website2 favourite untuk beli baju raya 2023 ni. Kot2 la dah ada release baju raya official brand masing-masing kan. Setakat ni, macam belum ada lagi yang official keluaran raya punya... apa-apapun, itu lah fungsi melawat website2.. untuk kita tengok update mereka yang terkini. Sis ada beberapa brand yang sis lurveee (love versi akak2 medsos now) Nak tengok? Ajummm! 

















Dah habis upload baru teringat asyik post baju perempuan je kan.. padahal lelaki pun pakai baju raya. Well well al maklumlah penulis blog pun perempuan, jadi fokus mencari baju memang fikir tuan badan sediri dulu ya. Hehe.  InsyAllah kalau ada masa lebih, sis akan upload lagi baju-baju fashion terkini 2023 untuk pengetahuan am u olls... sebab sis sendiri pun dalam proses mencari-cari jugak ni.. apa.. bak kata pakcik makcik, beli awai tak kalut. Hehe. Itu yang tinjau sana tinjau sini ni... doakan sis dapat baju raya yang sesuai untuk seisi keluarga ya.. yang simple tapi elegen.

See you! 

Friday, February 3, 2023

Wedding Planner Terbaik Asia Tenggara 2023 - Glassy House Event Planner

Assalamualaikum

Majlis perkahwinan yang meriah dan gilang gemilang pastinya diimpikan oleh setiap insan yang akan menamatkan zaman bujang mereka. Dalam mencari wedding planner - wedding planner yang trusted 100%, kita yakin semua orang sedang berhati-hati dalam membuat tempahan kerana  dewasa ini, kes ''scammer'' makin menjadi-menjadi dan berleluasa di negara kita, sama naik dengan negara-negara luar. 

Sudahkah anda membuat penyelidikan dan menyiasat siapakan wedding planner yang anda mahu booking itu? Adakah anda masih buntu dalam membuat penilaian yang bijak? 

Hari ini saya akan tunjukkan Perancang Perkahwinan / Perancang Majlis yang terbaik, yang yakin seratus peratus wujud, boleh dipercayai, dan sedia membalas pertanyaan-pertanyaan anda tanpa unsur-unsur 'scam' . Dan yang paling dimahukan oleh bakal-bakal pengantin, pastilah pelamin yang cantik serba mewah tapi berpatutan, busana-busana indah dan menyerlahkan seri pengantin, dan juga dandanan make-up yang flawless yang mampu buatkan hari anda bergelar raja sehari menjadi momen yang paling indah untuk dikenang sepanjang hayat anda. Jom kita jamu mata dengan paparan gambar-gambar khas daripada pemilik Wedding Planner Terbaik ini. 



Butik Glassy House Event Planner beroperasi di Bandar Agacia, Kampar (Sebaris dengan Speedmart 99, Bandar Agacia) 

Antara pasangan yang telah mendapatkan sentuhan tatarias daripada MUA Farah Hani dan juga busana indah yang disiapkan oleh mereka. 










Cantikkan pelamin mereka? Dari skala 10, sis bagi 10.2 !! Untuk anda yang berminat untuk menempah perancang majlis sempena apa-apa event di hari gembira anda, jangan ragu-ragu untuk stalk dan hubungi mereka di nombor dan link yang disediakan di bawah, ok! See you.