Saturday, June 16, 2012

Yg ditunggu.. Tamat Sudah ! Ini hasilnya.

Assalamualaikum

TAMAT SUDAH
 PEPERIKSAAN AKHIR 
SEMESTER 4 TAHUN 2
 SAYA
TAMAT SUDAH
 SEMESTER 4 
SAYA.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

 Kini yang ditunggu- tunggu- tunggu-tungu-tungu..

BALIK KAMPUNG !!

Malam nie balik kampung ! Yeay ! Sebelum saya babai,sy nak buat sedikit komen terhadap saya sepanjang semester ini.

1. Semester ini saya x ponteng kelas walaupun kelas tersebut pegi ngn tak pergi sama saja.

2. Sy juga mampu bangun awal untuk ke kelas pagi. Tanpa buat2 sakit seperti semester 2 yg lepas. Ponteng sifar.
*tp rasanya ada kot ponteng sekali dua,atas sbb yg mmg x dpt elak. bukan suka2. okay?

3. Sy bangga terhadap diri sendiri kerana dapat memaksa mental dan fizikal saya untuk menyertai perkhemahan pandu puteri selepas perkhemahan terakhir yg pernah sy sertai adalah semasa tingkatan 2. Walaupun sy buat kerja haram pegi tido dalam asrama, tak tido dalam khemah tersebut,sy tetap pergi berkhemah ! Perkhemahan pandu puteri.

4. Sy tidak stress sbb assignment semester ini. Alhamdulillah,mgkin sbb sy x buat kerja last minit lg dah.

5. Satu2nya sbb yg buat sy menangis secara sedar sem ini adalah kerana merindui arwah ayah. Itu saja. Ini bermakna sy bukan lg budak cengeng,please. (Menangis tanpa sedar adalah disebabkan PMS/Stress)

6. X ada masalah kewangan sem nie sbb tak shopping, tak enjoy. Yeahhhh ! Suksess ! Suksesss !

7. Sem nie rasanya lebih sibuk kot sampaikan kami BFF xde sgt masa untuk lepak sama2..

8. Bagi sy, paper major final exam sem nie x berapa senang. Sungguh, x senang. (Xnk ckp susah ! )

Itu saja yg terlintas... klo rajin2 kite tulis lagi... untuk tatapan diri sendiri pada suatu masa nnt.. bila dah tua2 ke mcm mana.. kan..

Bye....... Salam syg, Rara ~

Wednesday, June 13, 2012

Prinsip yg betul & kepercayaan yg salah.

Assalamualaikum

Prinsip itu betul, yang salah itu kepercayaan terhadadap bagaimana untuk merealisasikan prinsip tersebut. Yang kita nak ubah sekarang bukan prinsip ! Sbb prinsip itu pegangan kita,matlamat kita,yang terbaik yang pernah kita buat dalam hidup kita. Kita tak kan berpatri pada prinsip yang salah,bukan? Sbb kita tahu prinsip itulah yang akan bawak kita sepanjang hidup nie. Bergantung atas diri individu tersebut. Bagaimana dia melihat dunia ini dengan persepsi dunia dia berdasarkan dunia yang dia nampak. Dia punya kognitif . 
So ! Kepada mereka yang berprinsip, yang teguh pada janji yang dibuat dalam dirinya sendiri. Yang kental dirikan prinsip tu tanpa diroboh orang lain, wahai kita dan prinsip kita. Semak kembali bagaimanakah kepercayaan kamu itu?? Your belief system ! Betul atau tidak??

Andai kau percaya pada yang tak betul. Kau rugi.
Sampai bila?
Berbaloi ke? 
Mana buktinya?
Apa data yang you ada untuk buktikan kepercayaan you tu betul?

Teruskanlah dengan prinsip yang ada itu.. Betulkanlah sistem kepercayaanmu itu. Beranikanlah dirimu jika benar kau manusia berprinsip ! Bangkit lah dari kisah silam. Sedarlah, jangan biar ia yang mempengaruhi kamu. Berapa lama masa yang kamu mahu lagi?
Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Itu bukan prinsip ! 
Itu takut ! 
Lawan lah hati kamu, bukakanlah pada yang kamu mahu. Kalau ia milik kamu, kau tahu itu sebab Allah sayang kamu. Kalau ia bukan milik kamu, kau tahu Allah sayang kamu sampai tahap macam tu sekali. Yang.  terbaik untuk kamu. Percayalah pada Allah, dia yang menggerakkan hati kamu. Dia yang mengubah hormon kamu. Dia yang aturkan untuk kamu. Percayalah pada Allah, kau akan celik tentang apa yang disediakan untuk kamu. 

Percayalah walau seteguh mana kamu percaya akan sesuatu itu, Allah boleh menukar kepercayaan itu berdasarkan apa yang terbaik untuk kamu. Apa pernahkah kau dengar Allah pernah menzalimi hambanya sendiri? TIDAK. Allah itu Maha Pemurah. Maha Mengasihani. Kamu tahu itu. Kamu percaya akanNya.

Lapangkan hatimu wahai diri,lepaskanlah yang mana telah kau usir pergi.. Kembalilah pada realiti.. Kau tahu apa yang terjadi. Cukuplah selama ini dibutakan mata dipekakkan telinga dibisukan suara. 
Yakinlah pada hati kamu, ada orang yang akan bersamamu, kamu tidak sendiri. Kalau jatuh kamu, jatuhlah dengan penuh kukuh. Jangan calarkan hati kamu,kamu tahu kamu boleh kawal hati kamu. Rebah kamu,rebahlah dengan tabah. Jangan nanahkan hati kamu lagi.. Kamu tahu di mana tempat merawat. Allah. Di situ ia hadir, di situ ia berakhir. Pastikan semata-mata kerana Allah. 

Prinsip kamu betul apabila kamu lakukannya kerana Allah, ibu bapa kamu, saudara kerabat kamu, guru2 kamu, sahabat2 kamu, dan untuk kamu sendiri, masa depan kamu yang cerah dan halal. Lakukanlah dengan terbaik. Jangan lupakan siapa yang ada untuk kamu selama ini.. dan yang akan datang. 

Prinsip kamu dah betul.
Kepercayaan kamu dah salah. 
Gapailah prinsip itu
Dengan kepercayaan yang betul.

Baiki hati kamu
Kikislah kepercayaan tidak rasional itu,mulai dari 
Here and now. 



Tuesday, June 12, 2012

Allah, tempat bergantung.

Assalamualaikum

Sabarkah???



Hanya bergantung sePENUHnya pada Allah...
Dan dengan usaha..
Sekiranya apa2 jadi dengan dirinya,...terutama hatinya,...nya akan letakkan semuanya atas beban nya sendiri.... 
nya yg buat keputusan nie... nya yang terima...
Syukur, Allah ada dengan nya waktu nie...
Tentang hati, tak ada siapa2 boleh kawal. Hanya Allah dan nya...
nya.
Semoga ini terbaik...
Allah, ini satu kebergantungan kepadaMu..
Ampunilah dosa nya, dosa kedua ibu bapa nya,..
Lindungi mereka untuk nya..
Lindungi nya untuk mereka..
Amin...
InsyaAllah, nya'll do the best..
nya promise..

Saturday, June 9, 2012

Ara Lee dan sejadah atas kepala.

Assalamualaikum

Hari tu kan ada kawan kite nie dia tny knp pakai sejadah atas kepala???? dia buat soalan tu macam suspen sgt !
Hahahaahaa. tau je saja nak melawak. Dia lelaki. Dia nampak macam tudung yg i pakai macam sejadah la kot. Yang rambu2 tu. Huhuu. Pastu i bgtw la dia skg nie kan fesyen macam2. Huhu tapi dia tahu je ini semua.. saja nak menyakat. 
I tny la dia., knp x cantik ke kalau i feshen2 sikit? Dia kata cantik je tapi kalau pakai tudung biasa lagi cantik.. mcm tudung bawal.. yg kancing kiri kanan ke.. yg penting tutup dada katanya... 
~ hewhew. 

Pastu dia send 1 gambar..Dia suruh pakai tudung nie ;


Dia kata lebih cantik.. lebih lawa..
manis..ayu dan sopan.. simple..
mmg lawa la kan. Ara Lee ! Tapi kalau sy pakai mesti x lawa dah sbbnya sy x reti tudung bawal. Tang atas tu last2 mesti senget punyalah ! Kalau time tak senget tu, mybe ada la dalam 2,3 saat. Sbb tu la i slalu pakai shawl.. tau.... hewhew. Mmg dr zaman sekolah lg senget. Hahak. Bye.

Sunday, June 3, 2012

Yeay ! Final Exam

Assalamualaikum

Esok petang 2.30 maka bermulalah kertas pertama utk peperiksaan akhir semester aku.
Like
Like
Like sampai lebam sbb bila FINAL mesti la lepas siap semua tu.. boleh balik kampung,cuti semester. Heheheee.
Phewww belum mula pun lg dah fikir nak balik kan.Heeee.
Apa yg lainnya final exam kali ini adalah kami budak2 UPSI xde study week. That means xde masa untuk berkelah,baca novel lama2,pergi jalan-jalan makan angin mahupun pulang ''study'' kat rumah dgn family. Sadis x. Khamis last kelas,Isnin final exam. Tp kira okay la jugak kot kan.. 3 hari tu, ada je mana2 masa Allah bg utk manfaatkan betul2. Hewhew. Kannnnnnnnnnn. 

Eh ok xleh cakap banyak sbb esok exam. Jadi nak kena tido sekarang... 


Exam Schedule
Semester 2 Sesi 2011/2012
CodeDescDateTimeVenueSeat
1KKC3023Kaunseling Kerjaya04/06/201202:30 PMB03-1-BK0126
2KKD3043Kaunseling Penyalahgunaan Dadah05/06/201202:30 PMSITC133
3KKH3043Kaunseling Individu06/06/201202:30 PMB10-0-BK0426
4BMK3043Seni Mengarang07/06/201202:30 PMSITC109
5KPS3014Pengurusan Pembelajaran16/06/201209:00 AMDewan Besar UPSI357
6CUF2021Pandu Puteri Siswi II No Final Exam
Exam Slip
Please print the slip on an A4 white paper using Landscape mode.


Ok U all. this is my exam schedule. 
Grrrrrr. 4 hari berturut2. 
dan Grrrrrrr. gap 8 hari semata2 utk 1 paper last. Ew.
ew
ew 
   ew !!

Tidur.... Selamat malam. Eh pagi. Tata. 

Saturday, June 2, 2012

Teater Hantu !

Assalamualaikum

Hello,hi.
3 hari lepas i pergi tgk teater lagi.Sebenarnya tiket dah habis pastu saja la sambil bual2 kosong komen2 kat facebook,bgtw kat kawan sorang nie,Adam. Dia kata dia nak ejas. Soooo.. kami pergi la. Kui3. Dapat masuk yeay yeay. Walaupun tak de tiket tp still boleh je byr cash. Masuk2,ye org ramai. Tpksa la duk belakang. Agak belakang. Untunglaaa kali nie tak lewat,so dapat tgk dr awal ke akhir.


Sinopsisnya begini. Keluarga hantu di sebuah bandar moden kini runsing,risau sebab tempat tinggal mereka sering dicerobohi manusia.Ada yang dating berdua2an di tempat mereka,ada yang menagih dadah. Itu yang hantu2 tu tak suka. Hantu ini macam manusia.Secara sindirannya,langsuir dan bininya langsuir sangat risau akan anak mereka i setan yang kini semakin terpengaruh dgn budaya manusia. Budaya kehantuan i setan kian hilang. I setan ditegur oleh ibu bapa hantu mereka kerana berpakaian seperti manusia- pakai jeans. dengan hobinya pegi cyber cafe dan sebagainya.Jadi langsuir ngn bini dia serta pocong dgn bini dia berbincanglah nak pindah di hutan belantara. Tapi anak meraka i setan ngn drakula tak setuju. Sbbnya dalam hutan boring,xde internet. Xde wifi. - lawak ah hantu2 skrg. !
Malasnya nak tulis. 

Dalam teater kali nie,nampak educated sikit sbb skrip mereka gunakan perkataan2 canggih dan moden mcm hantu2 tu guna perkataan anjakan paradigma,globalisasi,generasi,era,i pad dan sebagainya yang kita2 duk guna dengan arus urbanisasi sekaranglah. Kira citer nie hantu2 nie semua dah moden la.. yang tak modennya cuma languir dan bini dia,pocong dan bini dia. - Generasi lama yang tak moden. Anak2 mereka i setan dgn drakula dah moden,. dah tak pakai bju uniform hantu dah..  Hantu2 muda kini mahukan perubahan budaya..tak mau ikut nenek moyang hantu2 lama dah.. depa nak maju. Nak tuntut hak kehantuan mereka. aishhhh. heran.

Masa ada pasangan nak buat maksiat i setan muncul,dia siap boleh larang lagi manusia tu. Manusia tu rilek je gaduh ngn hantu i setan nie. Sama macam masa penagih dadah tu duk menagih,hantu2 nie datang semua nak takut2kan manusia penagih nie tapi penagih2 nie tak takut pun. Siap bertikam lidah,bagi ceramah kata hantu2 semua mereka tak takut dah.. lawak ah, penagih tu siap gelak lagi kat langsuir sbb buat style rambut mengerbang,mengilai hihihihii dan lain2.
Banyak unsur humor diselitkan dalam citer nie. Memang gelak la. hahahaha (teringat la pulak) Pocong paling kiut,bila dia kuar mesti background muzik kawad. Hahahaa ngan bini dia yg selalu bila stop kawad,terlanggar dia. 
Malasnya nak tulis. 

Last,disebabkan penagih2 tu gelak saja pada hantu2 tu.. hantu2 tu pun berpakat nak serang ramai2. bila ramai2 penagih2 tu kalah la. Peangih 2 org tu kena makan dek hantu. Abis darah2 depa tabuq kat perut ngn dada. ew. So bloody.

Itu saja.Sebab malas sangat. tak tahu lah kenapa malas sangat nak menaip sekarang.Tapi takpelah,nnt kita jumpa lagi.
Maka sebelum balik kami pegi makan minum dekat Cupak Cafe.. Pastu dia singgah 7E beli apa ntah. Ingtkan beli rokok, tp eh dia mana merokok. Tolong sikit..

Cadbury lagi lagi n lagi dr dia. eheh.

Jadi kami pun balik ke rumah untuk komitmen masing2.
Salam...


Have you ever experience this?? :)


muahahahahahahaaha !! makan budakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
makan !! makannn !

Tuesday, May 29, 2012

Teater SETERU

Assalamualaikum

Last night i pergi tgk teater SETERU. 8.30 malam di Panggung Budaya, Fakulti Seni dan Muzik UPSI.

 

Sy telah memaksa Yon@Kala Bulan Sunyi untuk menemani sy memandangkan kawan2 lain busy nak study. Heheh. Tq yon. Sorry kalau u penat lyn i tp sabar je lah k. Kata best fren forever kan. Hee. Kali nie pun lambat jugak masuk dalam panggung sbb si budak bertuah nie ajak jalan-jalan dulu sambil minum air tin sambil berjalan. Elok perangai # 

  Mengisahkan dua pasang suami isteri yang miskin tinggal di setinggan. Si suami dua2 gangsta gitewww. ada kawasan masing2. Junoh dengan Mat Jain/Jaid/Jais. x sure. Mereka bermusuhan.Kata gansta..kan. Isteri Jaid Siah,Isteri Junoh Lijah. Mereka berebut anak. Sengit mereka bertikam lidah. Mereka memuji suami masing2,so sweet. Sama juga dengan Junoh dan Jaid. Masing2 sayang pada isteri. So sweet. 
Eeeeee malasnya nak tulis.

Rupa2nya anak itu tak ada pun. Buaian itu kosong saja. Rupanya2 anak yang Siah pegang tu khayalan Siah semata2.. anak mereka dah tak de. Mati.. Siah meroyan semata2. Tp mungkin sbb suami dia syg sgt dekat Siah,dia lyn saja gila si siah tu. So sweet. Tp lama2 mereka sepakat selepas berlaku pergaduhan,pertumpahan darah bagai, - tp xde la darah, mereka sepakat untuk terus terang untuk memberitahu Siah bahawa anak mereka dah tak ada.. 
Blablablablabla,

Siah mati bunuh diri selepas dia bunuh orang kanan Junoh yang kononya mencuri buai tersebut. Padahal dalam buai tu sebenarnya duit hasil rompakan Junoh dengan Jaid. 

Actually cite nie best,tp i malas nak tulis.Jadi nampak macam tak best tak? Hewhew. Xpela.. yg pasti i ingat citer dia mcm mana. Rasa sayu saja bila cite pasal suami isteri.. anak.. u all rasa x apa yg i rasa? huuuu. 
 

YON. Muahahaha.
 


 

Saturday, May 26, 2012

Teater lagi

Assalamualaikum

5 hari lepas i pegi tgk teater. Kwn  blakon.


Start kul 8.30 mlm tp i sampai kul 9. Sebabnye ada dinner dgn produksi reality group. Hmmmm. jd i terlepas perfomance kwn i,Adam untuk persembahan yg bertajuk Mask. Tapi xpelah,sbb Adam ada lg 1 part yg bertajuk The Umbrella. Good job friend, well done ! 

3 dara terbang ke bulan,best sgt2. sweet. mereka tgk bintang, mereka nak jadi bintang. bintang kejora,bintang kecil,mcm2lah. mereka nampak mak. mereka nampak orang2 yg mereka syg di bintang2 itu.

Lucu,dan rasa nak nangis pun ada. betapa budak2,kalau dah ke dunia fantasi, mereka akan betul2 sampai. Mereka pegi ke bulan,naik rakit,pegi jumpa mak bulan. sbb nak mintak mak bulan supaya jangan lahirkan anak bulan, kerana mereka tidak mahu hari raya. Kan kalau kita nak raya,kite tgk anak bulan kan? So sweet 3 dara itu,pakai bju tidur.. pegang teddy bear. Heee. Ok kemudian mak bulan x penuhi permintaan mereka. Jadi mereka sedih. sedih2 nangis. mereka nangis kuat2,kononya nak bagi air mata dorang jatuh ke bumi,biar hujan lebat. Jalan cerita unik, kemudian mereka tua.. mereka bercerita,,apa yg terjadi pada mereka... 
sorang sakit 
sorang dicabul lelaki yg disayangi
sorang berjaya dan meninggalkan yg lagi dua.mati jatuh kapal terbang.

Mereka bercerita semasa mereka dah mati. mereka jumpa balik masa dah mati. 
Mati..

Lagi 1 yg best, kareografi yg mempersembahkan masalah mental dalam kalangan masyarakat. X de skrip,hny pergerakan, macam2 orang mental,macam2 tingkah laku. macam2 gaya. Masing2 menari, kehulu kehilir.. bila smpai muzik yg ditetapkan, mereka buat pergerakan yg sama. Cantik, kemas. menjadi.. Kemudian gila balik mengikut irama... susah nak perhatikan satu persatu. setiap orang bwk watak masing2 dalam pergerakan mereka.. ada pegang baby..meroyan kot. ada yg rambut menggerbang.. ada lelaki nak jadi pempuan.. ada makcik2..ada yg tradisional gila.. heeeee... mental.. itulah yg cuba nak disampaikan. 

The Umbrella. Pasal wanita yang dipinggirkan. Ada seorang wanita berbaju kurung yang mukanya sedih sgt. sampai perasaan sedih itu dihati audiens. berpayung.. kemudian keluar lagi orang2 ramai dgn pelbagai watak masing2.. Adam watak org bz kot. handphone kat telinga je. tak de sapa peduli satu sama lain.. xde sapa2. then kuar lg wanita yg tidak berpayung, merayu2 merintih2 pada org yg ramai itu.. walaupun xde suara, tapi faham2 lah apa yg dia cuba nak smpaikan... i rasa wanita nie adalah wanita yg utama tadi. kira macam itulah dia,, yg dipinggirkan..
Mat Derih Bachok.  -Bachok tu nama tempat di Kelantan tau.
Aaaaa yg nie i suka. pasal pergh kecek klate doe ! hehehee. x sangka,ada jgk la skrip mmg kelantan.. cina yg duk blakang kami masa tu duk speaking,dia kata dia tak faham semua sbb bahasa kelantan... xpe2. i faham. haha. mat derih ore bachok,ore debea kg bachok. keje nelayan. ada mok. tak dop ayoh. ayoh dia tinggal dia masa dia kecik lg. dia tak kenal ayh dia. umo 14 tahun dia g enjoy golok,dan dilucutkan terunanya. Lepas tu dia jadi tauke pusat pelacuran.. dia tembak mati ayh dia di pusat pelacuran tu. dia sedih sbb dia x smpat tny knp ayh dia tinggalkan dia ngn mak dia dulu. Sekian ringkasan dari saya. saya dah penat. hehe. 

****** Pip cian,masa scene org mental tu, org gila mai kat dia hahaa jenguk muka dia dekat2. mesti pip cuak masa tu. kui3. pika  pun sama... i jauh sikit,kerusi ketiga. depa duk tepi. Heheeheee.
Sebelum pulang pelakon2 teater tu turun salam ngn audiens n say thank u a lot, they are all talented. 
thank u. 


Depan pintu masuk

Sebelum pulang kami juga bergambar dengan hantu pocong ngn nenek kebayan yang sedang buat promosi teater mereka 30 mei nanti. InsyaAllah kami nak g tengok jugak !
 
tiket Hanturisme
Yaaaa. i duk jauh sikit ngn pocong nnt kena badi.hihihii
**********************************

28 mei nie tengok teater SETERU i plak  ! tiket dah ada :)

Friday, May 25, 2012

Who's that girl? Alexandra Potter

Assalamualaikum

Memandangkan semua assignment telah pun selesai dan tiada lagi penambahan tugasan,maka dengan ini adalah sedikit masa untuk i baca novel. Walaupun i tahu ia takkan habis dalam waktu terdekat ini,tapi at least i ada masa nak baca juga. Ye.
Novel yg i pilih untuk baca sebelum menjelangnya final exam kali ini adalah...bertajuk ;

"Siapakah gadis itu?''

 Okay ini muka depan novel terbabit dengan barisan gigi
serta lobang hidung

 tanpa barisan gigi dan masih besertakan lobang hidung lagi.

 Manakala yang ini seolah-olah muka  pembaca yang ingin ditonjolkan,
bukan novel tersebut.

 Baik. motif lengan bak lidi?

Td muka depan kan.
skg muka belakang dengan kornea mata


Memandangkan saya baru baca dalam 40 muka surat, saya tak leh nak bgtw lebih2 lagi. Surprise cerita nie.Tp serba sedikit,buku nie pasal .............. kalau diberi peluang undur pd masa u muda kembali,,apa yang u nak bagitau pada diri u masa tu dengan kebijaksanaan yg u ada skg?


Kalau macam Charlotte Merryweather dalam cite nie,dia kalau boleh muda lagi,dia akan ;

  • Pakai pelindung matahari
  • Tak nak beri si bodoh tu nombor telefon dia
  • Tak nak lepaskan lelaki itu
  • **dan lain2 malas nak translate.
Memandangkan skg saya xtau cite dia mcm mana sy rasa si  Charlotte Merryweather nie mesti dah tua and dia ada beberapa perkara yg dia menyesal. Macam mungkin skg dia punya kulit berkedut gila2 sbb masa muda2 dulu dia malas nak pakai sunscreen. ye tak? mungkin juga dia telah terpilih utk menerima lelaki yang salah dan telah TERreject lelaki yg betul utk dia. DAN ATAU sebagainya.. Hehee.... nnt lah saya baca dulu. Sbb skg nie baru duk part dia bahagia dgn lelaki yg bernama Miles,. hidup dia okay saja. Sama2 kita nantikan.

DAN kalau saya..
Kalau saya plak diberikan pilihan..
saya nak undur pada 4 tahun yg lepas.
Banyak benda sy nak betulkan kalau boleh. macam ;
  • Tak nak kapel dgn LaLa - Sakit putus cinta tak boleh lupa.
  • Nasihatkan adik belajar betul2 - tak nak garang2
  • Tak nak tido lewat masa musim study STPM - Mata lebam badan kurus,susah nak okaykan balik!
  • Nak jaga kulit muka - parut jerawat ada smpai skg !!
  • Bagitaw family pasal pembedahan buang tumor. - One day mak akn nampak parutnya, dan pd masa tu aku nak jawab apa??? aaaaaaaaaaaaaaaaaaa terlambat sudah ! 


Gambar koya sorang2 diambil semasa
sedang menunggu ketibaan seorang kawan
untuk ke  KFC. hehe.

Wednesday, May 23, 2012

Fashion show - Sportswears 2012

Assalamualaikum

2 hari lepas i join fashion show lagi. Tp kali nie i bukan model lg lah, sbb tema pakaian kali nie sukan untuk lelaki.


Butang bukan sebarang butang
Butang dari luar negeri
Datang bukan sebarang datang 
Datang ada kerja diberi
*perlu ke pantun? haha
Kwn minta tolong i handle 1 tugas nie, so i on aje la sbb dia kata ada sijil.. lgpun klu i xde keje pun i akan dtg jugak fashion show nie sbb bbff-(boy best friend forever) saya jd model kali nie. Yon  . Jadi sbg bbff of kos la i kena ada ngn budak nih. Malas ke rajin ke, kan.. mmg keje i laaa teman budak nih. Grrrr. Haha jgn mrh Yon ;p

Tag saya cantik kan :)
Oh, sijil orang lain buat. Saya handle cenderahati saja.

Tugas i ek,mula2 i kena bagi goodies bag/gift bag kat tetamu terawal,kat VIP,kat budak2 sekolah yg datang bt lawatan dan  tmasuk yg buat persembahan silat. Pheww penat jugak keje mcm nie. P mai p mai tang tu. Lepas setel tu i pun duduk2 la tgk show. Duk depan skali you. Apa yg best feshen show kali nie ialah muzik nye yg gempak. biasalah,utk lelaki. sukan plak tu. *cehh itu je yg ak nmpk.muzik.
Xde la. jujurnya i kagum dgn pereka2 feshen muda jurusan ekonomi rumah tangga nie. Hebat doe !! Pakaian mcm beli kat kedai je.

Then dekat2 nak abis show i ready untuk jd gadis pengangkat dulang plak. Bg hadiah dan bunga kepada pemenang n vip2. Tugas yg nie i malu2 sikit, sbb yela kena duk atas pentas,sebelah VIP n lecturer depa utk bg hadiah n bunga2. Hua.
 Heheeeee. gadis bunga ros merah

 Mmg annoying byk lah gmbr nie sbb kena crop 
pasal mulut macam itik.
Sblum org kata bajet kiut,baik tunjuk bunga je lah hahak.


Okay lah. tgk gambar lg nak?

Sebelum bermula show.
 Sy dgn Nadira. Pereka Fesyen pakaian sukan - wushu.

 Dia berbakat orangnya. Dan stylo jugak. 
Nama pun budak fesyen kot.

 Saya,Nadira,dan Atin juga AJK sama mcm saya

*************************************
 Model2 selepas siap berpakaian,
dimekapkan ala kadar.
depa xmau over2. sbb depa maskulin,bukan jenis adik2. haha

 see?? putih x, putih x? haha

Okay then ini ada beberapa keping gambar. Nak upload semua tak larat aih.

Pakaian sukan bowling. Tahniah Yon ! :)
Sukan permotoran. Baju nie la juara. :) smart kan,
Penunggang kuda
Wushu.Oh pokbe,-yg terkedepan sekali.bgus,teruskan usaha.
Formula F1
Ini pula persembahan silat-selingan daripada pelajar sekolah
Golf
Bergambar dgn model yg terdiri drpd kwn2 sendiri nih sebelum kami pulang.

Dengan ini saya maklumkan
 bahawa ini kali kedua 
saya pakai baju
maxi dress !! Haha
Rasa sgt perempuan dan sgt geli. Kui3.

Monday, May 21, 2012

Tiada lagi assignment ku. uuu uuu...

Assalamualaikum

Kalau boleh,tak nak bangun lg...tp dah terbangun sbb roomate.Heheheee. 
Tak pe lah,semalam tidur yg berkualiti.. :) xde gangguan.
Hari nie selasa.Sepatutnya ada kelas kul 10 nanti. Tp memandangkan dah abis belajar,lect tamatkan kuliah..so bg masa kami utk study 2P utk final nnti. Yessssssssssssssssssssssssss. Sayang Azli. eh bukan,Encik Azli. Yg suka pakai seluar ketat. Apa ingt Justin Bieber? 

So,kelas hari nie akan mula pada 12 tengahari..
then,lab. aaaaa x suka makmal. tiap minggu kena bwk masalah utk buat sesi kaunseling. -Xde masalah pun kena bg jgk masalah. 
Aaaaaaa tiap minggu kena jd kaunselor. xde mood pun terpaksa bertindak sbg kaunselor. 
Ini adalah pelajaran. 

Selepas hari sabtu lepas,hidup i aman,lega, sbb assignment semua dah submit. Alhamdulillah... jadi dah boleh la study utk final. tp i tak mula lagi.. x berapa nak rajin lagi. 

Jadi, Ahad lepas i tlh menghabiskan hujung minggu i dgn berkualiti. Tidur,rehat,dan makan2.
Keluar dgn Zura,suzie,n pika.
lepas tu pegi sorang2 rehearsal fashion show sportswear,
tugas i senang saja. mula2 jd goodies girl, bagi goodies bag kat org ramai, n bila dah nk abis show,jd penyampai bunga n hadiah. Alamak kena naik pentas. malu ^^
Yg rajin sgt nak dtg rehearsal nie bukan apa,sbb dah jnj ngn kwn nak g pekan.Sebelum itu dia kena habiskan  rehearsal utk fashion show tu.

 Ahad rehearsal
Isnin show. hoh

Dan sebenarnya i dipaksa utk dtg teman dia. Hmmmm,,mmg dia nie selalu paksa2. haha. tp x pernah pun kisah dia nak paksa ke,nak heret ke, sbb kami BFF. mmg tugas i la kot teman dia buat apa2. Teater,tarian,mmg muka i akn ada. menyampah ! Hahaha. Tp kali nie ok la sikit sbb fashion show kali nie i pun terlibat sama kan. huaaaaaaaa.
Lepas tu curi2 keluar dr rehearsal tu  pegi KFC lepas karaoke. Cuba menu KFC yg baru.  

 Taraaaaaaaaaa!!


Pokkits
Ya.Meja nombor 4. sila hantarkan pesanan lain bangak2 sikit sbb kami lapar.
bangak means - cepat2. kelantan bohh

Hik hik hik. dah la nama kiut,saiz pun kiut, nak kata saiz kanak2, dewasa pun bg yang nie jugak. Kikiki. Tergelak tergedik aihh ngn kwn tu pasal pokkits nie. Dia tny akak kt cashier tu knp nama pokkits, tp akak tu x dengar... huhu. Pokkits pun Pokkits lah.. jnj blh mkn. Actually benda alah nie macam twister je pun.. yg biasa kita makan tu. 

Malam kitorang balik,jalan kaki dr pintu belakang UPSI. Saja mengade. Jauh lebih seronok, waktu2 berkualiti bersama sahabat. kan?

Lalu depan Dewan Rahman Talib-DRT. Yup malam nie ada ladies night. Ada jgk niat i nak pergi berhibur kat DRT nie sbnrnya. Apa kata kalau main masuk je,mesti kawan2 ada kt dalam. Sekali....... dr jauh ku lihat awek2 kat luar DRT tu sume pakai jubah n tudung labuh. Ok bye ! Malu aihh nak masuk dekat. Kite pakai skinny blue jeans louis ngn blouse rimau rimau ah. Kikikiki. Ada hati nak tgk ladies night ea? So balik2, tgk poster. 

 Pendidikan Islam,Puteri Arab,dan Muslimah. 
I saje je gedik2 nak g.. sbb free kan. Lgpun bila lg nk ber-all-ladies.
syokk sikit. tp xpelah,xde rezeki,xleh main singgah2. x ikut tema,malu kok ram. hahaa

Jadi i pulang ke rumah.
Gembira menyambut hari2 yg mendatang tanpa assignment. 
Tidur lena.