Monday, July 9, 2012

Kali pertama lihat kamu

Assalamualaikum

Hari jadi salah seorang BFF aku.
Kami main masak2. Malam nie ada party.
Party depan rumah sewa kami.
(Ada agenda lain malam nie,siap lah birthday girl!!) Haha
Kamu dijemput sekali.
Wah excited gila kamu. Huhuhu.
Yang penting boybestfriendforever BBFF aku kena ada sama.
Kalau tak, kamu tak datang pun tak apa. Hewhew.

Jemput makan... Aku layan BBFF aku. Tak lihat pula kamu.

Seronok kenakan birthday girl, aku mula nampak kamu.
Dear, not bad.

Tapi aku dengan org lain. Skandal aku?Abg angkat? Kekasih gelap? Tak2. Tp aku mmg rapat dgn dia. Tak boleh nak cakap apa lagi dah.

Malam party yg seronok,bising dan kecoh. Penuh gelak tawa dan semua orang suka.
Maka aku lihat kamu. Bercakap dengan kamu. Hensem jugak kamu nie. Muehehehee ;p
Itu saja. Dan aku tidak lagi jumpa kamu selepas itu.


Malam yg fun itu ! 

Aku nampak kamu. Kamu lihat aku.

Assalamualaikum

Aku dgn rakan2 aku. Kami bertiga. TRIO. BFF.
Kami pakai bju jenama sama. SEED.
Kami sama. Tp x serupa. Aku sgt beza.
Kamu kwn mereka.
Aku tidak tahu kamu. Ignore.
Aku tidak mahu berkawan dgn kamu. Tak ada fungsi buat aku.
Aku dgn mereka. Datang untuk mereka.
Kamu dgn mereka. Kamu dan kawan2 kamu.
Aku lihat kamu. Sekali. Atau dua barangkali.
Tapi aku lupa. Sampai sekarang masih lupa, sama ada aku ada lihat kamu atau tidak !! Argh.
Ah,siapalah kamu itu. Semak saja.

TRIO BFF  =P

 
Atin, Bihan,Mas & The some of ew's


Your friend beside
 
Diskriminasi warna kulit. He3

This is my first time i saw you. Just saw ! Haha.
And then when u hai me on facebook, i dont remember who you are. Which one you are. But we are friends, cuz u are their friend.
And u know me from my boybestfriend, cuz i am his girlbestfriend.
You know me and u dont tell me that u know me already !! You stay, keep quiet.

Monday, July 2, 2012

Mom, i love u before i love daddy

Assalamualaikum

Just want to say ;
I love u soooooooooo much mum.
Really muchhhhhhh
Tooo muchhhh
Absolutely mucchhhhh
Much, i swear.
Dont leave me like daddy did.
I can't bear.
I felt empty.
Dont leave me mom,,.

And i miss your late husband lah mom.
Please tell him if u meet him in your dreams.
Will you?

Saturday, June 30, 2012

Interview Boyfriend Adik

Assalamualaikum

Tadi balik keje,adik yg dtg ambil. Mmg selalu dia yg ambil pun. Sbb abg2 semua dah ada hal memasing.. jd xde abg dah utk jd driver i. Cian kan. I sorang je xde transport sendiri. Itu la. org suh keje nak masuk universiti. Kan dah x miskin..PTPTN buat beli buku. sapa suruh??? Haha !

Kuar kedai tempat i keje tu, adik i di seberang jalan. Biasanya dia tunggu betul2 dpn kedai tp mlm nie tidak. Ok fine ada sebuah moto dgn seorang jejaka dgn dia,di bawah lampu jalan di tepi  jalan raya yg orang ramai tersebut. Ishhh. tp okay la. di khalayak ramai sembang2. ok dimaafkan.

Muka i masa tu dah la mmg tgh xde mood, sbb keje penat. biasala tu. 
So bila nampak ada sekor sorang mamat sebelah adik masa tu, lglah tambah xde mood. Tp dgn niat xnak bg laki tu kata aku nie seorang kakak yg poyo, aku buat2 la muka manis. tp x senyum pun. buat muka biasa n angkat kening saja kat jejaka tersebut. Laki tu sengih2. Mcm gigi lawa. x lawa pun. 

Lenggang lenggang gaya cikgu menuju ke moto mereka berdua. Aiii. aku tarik jugak rambut adik aku nih. aku tau niat kau. ko saja nk kenalkan laki tu kat aku kan???? huh. ingt aku suka la? 

So,bila sampai kt moto2 mereka,i tgk muka laki tu. # Hmmm. x kisah la.

Gewe Linda ke? (senyum sekejap n angkat kepala)
Tahu dio.. tnyo dio uh, dio kato saing gak saing.. (tersengih2 n nampak nerves)
Aku pun tny adik aku. 
Gewe mung nda? 
Sengih2 adik aku. sengih yg nmpk berhati2.

Aku pun start lah interview sikit walaupun aku tau proses tu x sah sbb tepi jalan. 

Blajar mano?
Poli.
Kos gapo?
Elektrikal..
Ooo..Sem brapa dah?
Sem *ntah aku tak ingt dia ckp apa*.. 
Praktikal bila? 
Nie baru abih praktikal. Bule *ntah x ingt jugak* nie masuk smula sambung
Oooo.. lepah tu kijo la?
Hoo gitu lah kali..
Ummm,,,

Huhu. pendidikan jugak yg aku tny kan ! 
Lepas dia ckp dia blajar kat poli, actually boleh je aku tny soalan lain or tak yah tny apa2.. tp saja la nak dapatkan kepastian, sbb tu aku tny sem brapa,praktikal semua, sbbnya kalau dia gagap2 n mcm x reti nak jwb apa, mgkin dia tipu.. kot2 la sekolah smpai tingkatan 3 je. Tp okay la. budak poli.. adik aku kolej . hah sama spesis. ikut u all lah. mls nk lyn. cinta monyet je pun.

Lepas soalan2 tu, aku pun ke belakang la nak bonceng adik aku kan. sebelum aku naik moto tu, aku berdiri jap kat tgh2 antara moto adik aku ngn moto boypren adik aku tu. Aku bertitah ;

''Jange monggek,''
''Jange wat benda2 pelik''
*dgn nada amaran keras*

Pastu aku jeling kat budak laki tu.

Dia pun ckp;
Ehhh.. kito dop.. kito ore beriman.. *(Amboi ayt cari maut! nampak sgt xleh pakai)
ore jate.. oyak gitu blako.
Sungguh..
Gapo... nie male2 tubik wak gapo dio..
Nie nak teman dia.. (adik aku)
Teman apa.. dekat jah .org ramai kt situ (dpn kedai tmpt ak keje) xyah teman xpe..

Pastu dia pun tukar topik 
Kak kijo situ ko? 
aku dalam hati : yelaa. lagi nak tny
Yup..
Saing kito ado situ sore dulu, tp brenti dah. bla bla bla bla
Aku pun layan la sikit. Ohhh...Bla bla bla bla. sambil senyum konon2 suka. 

Bersurai.. 
Dia  : Assalamualaikum
Aku : Waalaikumussalam slow2

Dalam perjalanan adik aku ckp 
Bukan gewe aku tu kak..

Eleehh. boleh plak x ngaku.Aku pun pernah jd budak n monyet la. 
 
Aku tak suka adik ak keluar malam dgn laki. Aku tak percaya pd pkwe dia. dan bekas2 pakwe dia pun. Semua mcm . Herrr. Ntah. Klu betul2 kawan biasa, bru la leh nk pcaya sikit2. Huhu. Risau adik aku nie.. xde sapa nk tgk2 kan dia. darah remaja. klu tak control blh jd tersasar. eee risau risau risau.

 

Saturday, June 23, 2012

Kepada kamu,perempuan tersebut


Assalamualaikum

Hye. Sy Mastura Sohuya, Tp kot belah fesbuk orang panggil saya Rara. Awk pun panggil sy Rara jugak lah k, sbb sy knl awk pun di fesbuk ini je. 

Sy nak bgtw awk, sy ini x mahir dalam cinta2 nie. Langsung tak fasih. Tp sy pernah juga berpengalaman spt awk. 1 pengalaman yg seolah2 buat kita rasa kita dah byk pengalaman walaupun hakikatnya hanya 1 itu saja pengalaman yang pernah kita lalui. You faham apa itu pengalaman, bukan? Perkara yang lepas. Past tense. 

Straight to the  ampang  point, awk kena percaya tentang jodoh. Bercinta 16 tahun sekalipun,kalau dah tak ada jodoh, boleh putus dalam sekelip mata saja. Bertunang 16 bulan pun, kalau x ada jodoh, putus jua. Berkahwin 16 hari sekalipun, kalau dah tiada jodoh.. bercerai juga... Itu jodoh, rahsia Allah. Awk putus cinta, awak menangis, awk merayu2. awak gila. awk jiwa kacau. Itu biasa untuk bulan pertama, bulan kedua, atau bulan2, atau setahun? lebih? Itu bergantung atas konsep kendiri seseorang individu tersebut. Terpulang atas kekuatan mental individu masing-masing. Mana 1 awk? Hny awak yg tahu sejauh mana awk boleh cope with it.

Menangislah wahai perempuan,kalau itu boleh melegakan kamu.. sbb kamu tak boleh buat apa2 dah. Dia dah tinggalkan kamu. Lama dia tinggalkan kamu,sampai sekarang dia dah ada orang lain, cuma kamu saja yang belum menerima kenyataan itu. Dan kamu masih merindui dia dan kenangan2 kamu berdua. Okay, teruskanlah.. Cuma saya nak tny kamu.. 
Sampai bila awk nak mcm nie? 
Sampai bila awk nak macam tu? 
Apa yg kamu dapat apabila kamu menangis?
Adakah ia memberi kelegaan kepada kamu?
Sejauh manakah kelegaan itu benar2 membantu kamu?
Kamu pasti dengan cara kamu melepaskan kesedihan ini berkesan?
Adakah ia boleh membantu kamu?
Kalau jawapannya tidak, please perempuan. Stop it. STOP ! I can't stand anymore. Aku yg sedih pedih melihat kamu. Aku kasihan akan diri kamu. Sifat empati ini sangat menebal dalam diri aku. Aku faham perasaan kamu..aku faham sangat. Tp cukuplah aku melayan perasaan kamu. Kerana kamu memerlukannya. 

Duhai perempuan,kamu cantik. Redup matamu, sedap di pandang. 
Lepaskanlah kenangan2 itu.. biarkan ia berkubur jauh di sudut hati kamu. Tp ingat, jangan kamu campak buang cebisan itu. Biar ia selalu ada dalam-dalam hati kamu. Fungsinya agar tiap kali kamu ingin mengulang cinta, kamu boleh renungkan pengalaman itu sebagai pengajaran. Dengar sini, yang baik jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan. Ramai lagi yang menunggu kamu. Bukalah kedua2 belah mata kamu, kamu akan celik. Bukalah 1 mata hati kamu. Ia jelas terang benderang. 

Lepaskan dia yang tidak lagi mencintai kamu. Ia soal hati, tak siapa boleh paksa. Tak siapa boleh turut. Andai diacukan senjata tajam lagi berbahaya ke arah lehernya sekalipun, cinta itu tak boleh tiba2 ada. Kerana kamu tahu ia dari hati. Bukan dari kata2. Masakan kamu mahu membelah hatinya? Dan menuntut darah untuk buktikan sebuah setia?

Motivasikanlah dirimu sendiri,sbb kalau bukan kamu yang menyedarkan diri kamu sendiri,siapa lagi? 
Hiduplah dengan bahagia.. kerana kebahagiaan itu adalah pilihan. Kamu boleh pilih sama ada ingin hidup bahagia atau sebaliknya? Mulai sekarang, pilih lah. Bahagia atau derita. Percayalah kata-kata Rara. Kita boleh cipta kebahagiaan kita sendiri, tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk membahagiakan diri kita. Jadi kalau kamu ingat kamu perlukan dia barulah kamu akan bahagia, maaf saya terus terang. Itu tidak benar.. Ia adalah 1 fikiran yang tidak rasional yang kamu simpan dalam sistem kepercayaan kamu. Ubah kembali lah belief system kamu, biar ia betul dan selari dengan apa yang kamu lalui sekarang. 

Disini ada beberapa tips yang luaran,yang zahir i nak bagi kalau2 berkesan untuk you. Tips lupakan ex kamu. 

1. Tukar style kamu.
Kalau u selalu pakai Hana Tajima style, apakata tukar kepada bawal Dian Pelangi dan rasailah perubahan itu. Kamu akan segar dan orang di sekeliling kamu akan perasan akan proses perubahan penampilan itu. Dengan itu kamu akan rasa kamu seperti hidup kembali. Tak percaya? Buat dahulu !

2. Penuhkan jadual waktu seharian kamu.
Kalau kamu bekerja, go on. Kerja, Kerja, jangan ingat dia. Waktu rehat keluar lah makan2 dengan teman2 kamu. Jangan bersendiri. Tak perlu lah nak berehat dengan berkualiti jika bersendiri,kerana kamu tahu ruang yang ada itu kamu akan gunakan untuk mengimbau kembali kenangan kamu dengan si dia.

3. Elakkan dari menggunakan telefon bimbit. 
Kalau boleh, buat2 lupa yang kamu memiliki handphone. Kamu boleh dengan sengajanya meninggalkannya di rumah,atau membiarkannya kehabisan bateri tanpa di cas kembali, atau biarkan handphone kamu tiada kreadit. Elakkan daripada menghubungi si dia walaupun dengan niat mehu menegur 'hello' . NO ! niat kamu buat masa sekarang bukan untuk berkawan. Tetapi untuk melepaskan kerinduan bukan? Kamu hanya akan menyakiti hatimu sendiri kerana kamu tahu kamu tidak akan di layan sebagaimana yang kamu mahukan sebenarnya. 

4. Remaja-kan-diri. 
Hitung usia kamu. 20an? Kamu ada masa 5 tahun lagi untuk ''membujang'' memilih pasangan, berkenalan dengan mereka2 yang lebih hebat, gunakanlah masa itu. Jangan sia-sia. Ingat, 25 tahun ke atas kamu sudah boleh mula berkira-kira untuk berkeluarga.. jangan nak remaja sangatlah ! :) Ia terpulang atas diri kamu sendiri. Kita perempuan, kita berkemampuan. 

5. Kembali kepada kebergantungan kamu sepenuhnya terhadap Tuhan. Allah S.W.T 
Ingatlah bahawa apa yg kamu lalui sekarang adalah ujian semata2. Aku pasti kamu pernah terleka dan terlupa akan Nya, maka Allah tarik sedikit rasa suka yang Dia pinjamkan kepada kamu. Lalu Dia bagi sedikit duka, yang asalnya kamu sendiri yang cari. Kamu . Allah itu Maha Penyayang, percayalah bahawa Dia tidak akan pernah sesekali ingin menzalimi diri kamu. Ada yang lebih baik telah dia sediakan untuk kamu. Jadi kesedihan,kepiluan yang kamu lalui sekarang adalah hny untuk mengajak kamu kembali mengingati Dia,sujudlah.  Allah itu sangat sayang kepada kamu,lalu Dia bawa pergi orang yang tidak sepatutnya bersama kamu. Renunglah sedalam-dalam hati, ini adalah kerana Allah ingin menyatakan cinta Nya kepada kita insan...

Selamat berkenalan



Friday, June 22, 2012

1#

Hey hey hey hey ! Aku tak percaya, cinta.. aku tak percaya, cinta..
aku tak percaya, C.I.N.T.A ! _Liyana Jasmay.





Kau..sempurna bagiku.. tak kurang sesuatu... kau terima apa adaku..
ku..sempurna bagimu.. tak kurang sesuatu..
cinta bersatu.._Liyana Jasmay.


.

Wednesday, June 20, 2012

Cuti semster 4

Assalamualaikum

Hai . Dah 5 hari sy di kampung.Cuti semester. Bermakna dah 4 hari saya kerja di kedai handphone nie. Apa la. dah xde keje lain ke. Nyampah. Buat keje sama. Huhu tp itulah, keje sng n rilex, sapa tak nak.. dgn gaji2 skali rilex. Huffffffffffff. Yg tak rilex nya, bos. haiiiiiiiiiiiiiii. mencabar akal dan mindau sungguh la.. nak kena kaunseling jugak bos nie. 

I balik kg ari tu dgn bas. Pastu turun kota bharu. lewat gila sampai,dalam kul 8. Driver bas tu byk main la. benti sana,benti sini. buang masa i je. ew. memandangkan pukul 8 lebih dah nak dekat pukul 9 dah, kota bharu traffic jam la cik kak oii. so i suruh abg i dtg ambil dgn moto. sekaliiiiiiii dtg ngn ego adik. adoiii.  amik hang. peluk la bagasi aku tu depan. nak suh mai kete tp malas nak melalui saat2 jam di kota bharu nie.. mmg mencabar kesabaran laa jemmm2 nie. But so sweet lah bila yg datang tu abg sulung i. huhuu. sejak dia kawin, kami x rapat, dia berpihak sgt pd keluarga bini dia . tinggal pun sana. jarang sgt balik umah mak. sedih tau. tp.. ok fine ! u will see la one day. what u give, u'll get back. 

Bila i sampai rumah,, mmg situasi yg pernah i cerita berlaku. so malas lah nk citer lagi. ada kat entry ini.
Soooooooooooo sweet lah :))

Cumanya kali nie i tak tertidur. i gunakan masa yg sepatutnya i tido tu untuk keluar dgn adik i. Jalan2 tgk kampung kebakat sat. pastu pegi wb singgah bayar broadband kat kedai handphone yg i keje skg nie. pastu kebetulan bos ada. i pun tny la ; 

 ''bosss.... nak keje leh? sy cuti 2 bulan lebih''. 
-pastu aku sengih2 dgn penuh kiut.

''Hmmm bila boleh masuk keje?''

''ikut ahh''

''ok awk masuk esok ahh''

So ! maka dengan ini i pun masuk lah kerja esknya... hehe.. masa itu duit. welll. 
Keje dr kul 10 pg - 10 malam. macam biasa yg pernah aku keje selama nie.
Balik keje,spent time dgn falily cukup2. ini saja lah waktu yg ada. ngantuk x ngantuk.. selagi depa tak tido, duk lyn tv ka apa. i pun x tido jugak... nak sembang2. nak gedik2. nak manja2 dgn mereka. 
I miss u mom.. i miss u all.. 

Saturday, June 16, 2012

Yg ditunggu.. Tamat Sudah ! Ini hasilnya.

Assalamualaikum

TAMAT SUDAH
 PEPERIKSAAN AKHIR 
SEMESTER 4 TAHUN 2
 SAYA
TAMAT SUDAH
 SEMESTER 4 
SAYA.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

 Kini yang ditunggu- tunggu- tunggu-tungu-tungu..

BALIK KAMPUNG !!

Malam nie balik kampung ! Yeay ! Sebelum saya babai,sy nak buat sedikit komen terhadap saya sepanjang semester ini.

1. Semester ini saya x ponteng kelas walaupun kelas tersebut pegi ngn tak pergi sama saja.

2. Sy juga mampu bangun awal untuk ke kelas pagi. Tanpa buat2 sakit seperti semester 2 yg lepas. Ponteng sifar.
*tp rasanya ada kot ponteng sekali dua,atas sbb yg mmg x dpt elak. bukan suka2. okay?

3. Sy bangga terhadap diri sendiri kerana dapat memaksa mental dan fizikal saya untuk menyertai perkhemahan pandu puteri selepas perkhemahan terakhir yg pernah sy sertai adalah semasa tingkatan 2. Walaupun sy buat kerja haram pegi tido dalam asrama, tak tido dalam khemah tersebut,sy tetap pergi berkhemah ! Perkhemahan pandu puteri.

4. Sy tidak stress sbb assignment semester ini. Alhamdulillah,mgkin sbb sy x buat kerja last minit lg dah.

5. Satu2nya sbb yg buat sy menangis secara sedar sem ini adalah kerana merindui arwah ayah. Itu saja. Ini bermakna sy bukan lg budak cengeng,please. (Menangis tanpa sedar adalah disebabkan PMS/Stress)

6. X ada masalah kewangan sem nie sbb tak shopping, tak enjoy. Yeahhhh ! Suksess ! Suksesss !

7. Sem nie rasanya lebih sibuk kot sampaikan kami BFF xde sgt masa untuk lepak sama2..

8. Bagi sy, paper major final exam sem nie x berapa senang. Sungguh, x senang. (Xnk ckp susah ! )

Itu saja yg terlintas... klo rajin2 kite tulis lagi... untuk tatapan diri sendiri pada suatu masa nnt.. bila dah tua2 ke mcm mana.. kan..

Bye....... Salam syg, Rara ~

Wednesday, June 13, 2012

Prinsip yg betul & kepercayaan yg salah.

Assalamualaikum

Prinsip itu betul, yang salah itu kepercayaan terhadadap bagaimana untuk merealisasikan prinsip tersebut. Yang kita nak ubah sekarang bukan prinsip ! Sbb prinsip itu pegangan kita,matlamat kita,yang terbaik yang pernah kita buat dalam hidup kita. Kita tak kan berpatri pada prinsip yang salah,bukan? Sbb kita tahu prinsip itulah yang akan bawak kita sepanjang hidup nie. Bergantung atas diri individu tersebut. Bagaimana dia melihat dunia ini dengan persepsi dunia dia berdasarkan dunia yang dia nampak. Dia punya kognitif . 
So ! Kepada mereka yang berprinsip, yang teguh pada janji yang dibuat dalam dirinya sendiri. Yang kental dirikan prinsip tu tanpa diroboh orang lain, wahai kita dan prinsip kita. Semak kembali bagaimanakah kepercayaan kamu itu?? Your belief system ! Betul atau tidak??

Andai kau percaya pada yang tak betul. Kau rugi.
Sampai bila?
Berbaloi ke? 
Mana buktinya?
Apa data yang you ada untuk buktikan kepercayaan you tu betul?

Teruskanlah dengan prinsip yang ada itu.. Betulkanlah sistem kepercayaanmu itu. Beranikanlah dirimu jika benar kau manusia berprinsip ! Bangkit lah dari kisah silam. Sedarlah, jangan biar ia yang mempengaruhi kamu. Berapa lama masa yang kamu mahu lagi?
Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Itu bukan prinsip ! 
Itu takut ! 
Lawan lah hati kamu, bukakanlah pada yang kamu mahu. Kalau ia milik kamu, kau tahu itu sebab Allah sayang kamu. Kalau ia bukan milik kamu, kau tahu Allah sayang kamu sampai tahap macam tu sekali. Yang.  terbaik untuk kamu. Percayalah pada Allah, dia yang menggerakkan hati kamu. Dia yang mengubah hormon kamu. Dia yang aturkan untuk kamu. Percayalah pada Allah, kau akan celik tentang apa yang disediakan untuk kamu. 

Percayalah walau seteguh mana kamu percaya akan sesuatu itu, Allah boleh menukar kepercayaan itu berdasarkan apa yang terbaik untuk kamu. Apa pernahkah kau dengar Allah pernah menzalimi hambanya sendiri? TIDAK. Allah itu Maha Pemurah. Maha Mengasihani. Kamu tahu itu. Kamu percaya akanNya.

Lapangkan hatimu wahai diri,lepaskanlah yang mana telah kau usir pergi.. Kembalilah pada realiti.. Kau tahu apa yang terjadi. Cukuplah selama ini dibutakan mata dipekakkan telinga dibisukan suara. 
Yakinlah pada hati kamu, ada orang yang akan bersamamu, kamu tidak sendiri. Kalau jatuh kamu, jatuhlah dengan penuh kukuh. Jangan calarkan hati kamu,kamu tahu kamu boleh kawal hati kamu. Rebah kamu,rebahlah dengan tabah. Jangan nanahkan hati kamu lagi.. Kamu tahu di mana tempat merawat. Allah. Di situ ia hadir, di situ ia berakhir. Pastikan semata-mata kerana Allah. 

Prinsip kamu betul apabila kamu lakukannya kerana Allah, ibu bapa kamu, saudara kerabat kamu, guru2 kamu, sahabat2 kamu, dan untuk kamu sendiri, masa depan kamu yang cerah dan halal. Lakukanlah dengan terbaik. Jangan lupakan siapa yang ada untuk kamu selama ini.. dan yang akan datang. 

Prinsip kamu dah betul.
Kepercayaan kamu dah salah. 
Gapailah prinsip itu
Dengan kepercayaan yang betul.

Baiki hati kamu
Kikislah kepercayaan tidak rasional itu,mulai dari 
Here and now. 



Tuesday, June 12, 2012

Allah, tempat bergantung.

Assalamualaikum

Sabarkah???



Hanya bergantung sePENUHnya pada Allah...
Dan dengan usaha..
Sekiranya apa2 jadi dengan dirinya,...terutama hatinya,...nya akan letakkan semuanya atas beban nya sendiri.... 
nya yg buat keputusan nie... nya yang terima...
Syukur, Allah ada dengan nya waktu nie...
Tentang hati, tak ada siapa2 boleh kawal. Hanya Allah dan nya...
nya.
Semoga ini terbaik...
Allah, ini satu kebergantungan kepadaMu..
Ampunilah dosa nya, dosa kedua ibu bapa nya,..
Lindungi mereka untuk nya..
Lindungi nya untuk mereka..
Amin...
InsyaAllah, nya'll do the best..
nya promise..

Saturday, June 9, 2012

Ara Lee dan sejadah atas kepala.

Assalamualaikum

Hari tu kan ada kawan kite nie dia tny knp pakai sejadah atas kepala???? dia buat soalan tu macam suspen sgt !
Hahahaahaa. tau je saja nak melawak. Dia lelaki. Dia nampak macam tudung yg i pakai macam sejadah la kot. Yang rambu2 tu. Huhuu. Pastu i bgtw la dia skg nie kan fesyen macam2. Huhu tapi dia tahu je ini semua.. saja nak menyakat. 
I tny la dia., knp x cantik ke kalau i feshen2 sikit? Dia kata cantik je tapi kalau pakai tudung biasa lagi cantik.. mcm tudung bawal.. yg kancing kiri kanan ke.. yg penting tutup dada katanya... 
~ hewhew. 

Pastu dia send 1 gambar..Dia suruh pakai tudung nie ;


Dia kata lebih cantik.. lebih lawa..
manis..ayu dan sopan.. simple..
mmg lawa la kan. Ara Lee ! Tapi kalau sy pakai mesti x lawa dah sbbnya sy x reti tudung bawal. Tang atas tu last2 mesti senget punyalah ! Kalau time tak senget tu, mybe ada la dalam 2,3 saat. Sbb tu la i slalu pakai shawl.. tau.... hewhew. Mmg dr zaman sekolah lg senget. Hahak. Bye.