Saturday, January 5, 2013

APA YANG KITA BOLEH BUAT LEPAS HABIS SEMESTER

Assalamualaikum

Holo !

Well.....saya dah pun habis exam semalam tp yes masih stay kat UPSI nie sbb lagi tak kurang seminggu, i ada program nak kena join demi elaun pengalaman . haha.  *Bukan program sehebat INI  tp mmg berbaloii..

So ! Ceritanya i nak tulis APA YANG KITA BOLEH BUAT LEPAS HABIS SEMESTER

1. Bangun lambat tanpa perlu alarm clock pukul berapa kena bangun hari nie, so just bangun naturally dgn berkualiti dan yg paling penting, sempat merasa dua keadaan lepas bgun tido :

  •  Feeling2 rambut kusut masai tp cantik mcm Taylor Swift bru lepas menari kat stage mtv awards.
  •  Feeling2 rambut kusut masai tp astaghfirullaha'azim mcm kuntilanak atau mak lampir.

(Tp please la. please la bgun solat subuh. Tido balik lepas subuh tak elok,tp terus tido tanpa bgun subuh laaaaaaaaaaaaaaagi tak elok. Plus dosa,masuk neraka kau. nak? (pesan kat diri sendiri)

2. Boleh elak  mandi awal 6.30 pagi. Hooreyy ! Ya Allah sukanyaaa .

2. Tido siang tanpa rasa bersalah terhadap tugasan yg tak pernah habis selagi x study week

3. Basuh baju dengan tangan berbakul2 tanpa perlu menjimatkan tenaga untuk kelas,tugasan,meeting,discussion. (baju banyak tp bila nak guna,aaaaa nak pakai bju mana nie???) klik SINI kalau x cukup seluar jugak !

4. Makan megi tanpa pedulikan pesan mak and boyfie
- mak pesan : Jgn mkn megi,nnt sakit buah pinggang macam anak ayah ngah,tiap bulan kena g  hospital,nak duk berejam jam cuci buah pinggang? mak tak nak teman.. baik duk rumah memancing.
- boyfie pesan : Jgn mkn megi, megi tu dia salut dengan lilin,sebab tu dia keras,lepas rendam air baru mengembang. Makan lah lilin byk2,lama2 kena kanser otak.  (sedikit keliru tp ah, akur)

5. Update blog tanpa jimat tenaga jari untuk menaip yg sepatutnya digunakan untuk taip assignment. Huhu.

6. Buat bilik macam bilik princess, just letak benda2 yg kite suka - thats means sorok buku ilmiah elok2 dalam almari n jangan bukak2 lg. Pamerkan kembali novel n majalah je dalam bilik bersama brg2 yg tak membantu perkembangan minda kelas pertama mcm alat pelurus dan penggulung rambut, koleksi teddy bears kecik2 khas untuk sepahkan kat katil nnt tanpa rasa serabut mata, hias bilik seolah2 bukan bilik student,dan ah,mcm2 ! heavennyaaaa..

7. Picit clogged pores dgn kuku atau guna alat, baring sambil letak hirisan timun atau kantung teh di atas mata. Ahhh... terapi..

8. Nnt kite fikir lagi, byep ! ^_^

Kurang suka sem nie sbb ada kelas malam. Morfologi :p

Friday, January 4, 2013

Perit ini akan kembali

Assalamualaikum

Nyanyikanlah keresahan mu dalam tulisan,
Goyang - goyangkan agar ia lalai,
tentang pedihnya kenyataan,
Lenggokkan tubuh,
Ke kiri dan ke kanan,
Agar keresahan, memujuk jiwanya sendiri,
Tarikanlah ia mengejek rentak dengki,
Mengubati luka - luka,
Hirisan duniawi.
Perit ini akan kembali.
Bukan janji, tapi pasti.

Penyembuhnya bukan dihujung dunia,
tapi tercipta dalam diri.

Pujuk lah diri ku sendiri.
Walau pupus cinta dari sanubari.




poem edited by zahiril adzim

Aku bukan Izzah Ombak rindu

Assalamualaikum

Buat tatapan cahaya,
hati berlagu duka..
aku bukan Izzah Ombak rindu..
yang boleh pasrah,
sebab aku tak kan menyerah..

Allah bagi aku satu hati. Aku tahu.. jadi aku tak mampu bagi hati aku
pada dua kecintaan yang aku sedang ada, atau yang aku mampu ada.
aku boleh ada tiga. atau selebihnya...
Tapi sekurang- kurangnya sekecil- kecil hati itulah, aku belajar bagaimana membahagikan cinta...
Dunia akhirat, kedua ibu bapa,
mereka yang berjasa....
Dan dia.
Ya dia. Dia yang mungkin ditakdirkan bersama untuk bersama bertanggungjawab menanggung dosa...
dan aku bertanggungjawab untuk hak mutlak nya.

Aku bukan Izzah Ombak rindu..
menangis tanpa suara sedangkan dalam hatinya lemas air mata..
Aku belajar psikologi. Aku tahu aplikasinya...
Aku sendiri yang enggan selaminya..

Aku bukan Izzah Ombak rindu,
setia sang pencinta kerana cantik paras dan budi agamanya.......

Aku bukan Izzah Ombak rindu,
aku tak rela...


Monday, December 31, 2012

Beto Kusyairi adalah individu disebalik maskot A.L.O.N.G

Assalamualaikum



Memang mengejutkan, namun sorry Beto,satu Malaya dah tahu.Beto Kusyairi pernah jadi maskot ALONG (rancangan kanak2 yang popular satu ketika dulu)
Ini diberitahu oleh isterinya Tisha dalam temubual dengan media.

Kata Beto, Walaupun terpaksa memakai kostum yang berat dan panas, tetapi hampir tiga tahun juga dia menjayakan program berkenaan.

Katanya, dia seronok kerana penonton tidak tahu siapa di sebalik kostum terbabit, justeru dia boleh membuat pelbagai gelagat tanpa dilihat penonton.

Sungguh tak sangka, rancangan Along yang ku suka dulu rupanya Beto di dalamnya.



Suka Beto. Profesional,versetaillllllll :)


Sumber : Tengkunizam [dot] com

Sinopsis pulang

Assalamualaikum

Segera kau pulang
menyahut seruan cinta
sebal panggilan rindu
Demi masa depanmu,
ilmu.

Pulang dan kau tak datang
pada picisan yang menunggu
Patah sejuta hati. Ada lopak dalam kelopak mata.

Guling-guling hati kau bosan,
Rengek sangat kau bosan
petang bersama peluh masam
kalau itulah satu-satu nya masa terawal yang akan
ada untuk aku genggam

Malam bintang berjumpa cahaya
Bintang cantik tak kalah dek bulan
kerana bulan main peranan, mengisi siang yang mmg tak mampu bintang hadir
walau seketika cuma,
tp bulan mampu !
bulan pernah ada.

Dan inilah sinopsis pulang,
Bintang pulang
Bintang puteri setia,dan hanya langit cahaya sahaja terletak cintanya.



Wednesday, December 26, 2012

See you again !

Assalamualaikum

Hari nie hari last sy nak bermalas2 di rumah. 
Malam last buat part time.
Sbb....
 esok dah tiba masanya utk saya fokus pd pelajaran. Heheyyy ^^
Final exam.is around the cornerrr  
~~~Better late than never~~~~~


SEE U AGAIN ! 

Monday, December 24, 2012

Za Noh_ Review follower bertuah ke 500 blog rama2

Assalamualaikum

Holo ! Ari tu masa followers kite 400 lebih, ai dah niat dah klu cukup 500, nak review lah blog org bertuah tu. Klu dah cukup 1000,lagi lah nak review blog follower bertuah tu grand2, gitewwww.
So hari nie bukak2 eh dah 500 ? hehe..

So folower yang baik hati folow kite tu, isssssss

jemput follow jemput follow

Siapakah gadis jelita ini? Xde pulak fb dia.. tp xpe . Ada tempek twitter dia kat situ. Jenguk la ye. Blog dia lak simple and sejuk mata memandang.... :)  eh jap, Klik sini malaysians,klik SINI  . tengkiuu..

Check punya check dia tulis dia kat Tg Malim, Perak. Hye awk. sama la kite.

 
Pandai2 je ai curi gambar dia.. tp tu lah, manis. ehek. Jgn mara aa adek maness.

Terima kasih follow blog Rama2 Rara. Happy blogging ! Tata 

Saturday, December 22, 2012

Me @ Perkembangan terkini

Assalamualaikum

Apa khabar kengkawan kuss? sihats taks?

K.
Rara penat hari nie,penat sgt la kot sampai sambil tgk madagascar 3 kat kedai td pun leh hampir tersengguk gitu.

Nak citer pasal hari nie. Pagi2 ada kelas koperasi. Kelas last. Haruslah pergi. Hewww. Maklumla universiti kerajaan hihihii. *ooo kau nak kata universiti swasta x yah g kelas la? pruuuuu~~
Lepas tu pergi beli nasi lemak dengan kelly kat taman bernam
Pastu pergi umah kelly kat taman bernam tu. Umah kelly sama la maknanya umah fara,tyra,pika. :) oh td aina xde..
Lepas lepak2 makan2 kat situ kelly n i balik rumah i pulak.
Balik mandi2 and bersiap untuk event

Who's next talent?

Banyak nak citer pasal nie. Seronok,awesome,sporting,berbakat,friendly,cantik,dan semua yg best2. hehe. Tp oh letihnya,,tunggu tau. :)

Hari nie Rara x jadi talent,(Tp shooot jugak,xleh lari haha) sebab ini untuk talent2 baru yang bakal ditonjolkan bakat mereka dalam satu page baru yg akan Rara buat lusa nanti dalam blog Rama2. Blog Rara nie lah ! ;p *ala jgn la kate cincai,,i tgh belajar la nie. huhu.Support la sikit ea. ea. :) 
Follower x ramai xpe jnj ramai stalker kih3. Apelah awak2 nie,suke skodeng kite tau...Kite malu la jugak sikit-sikit... hehe.

Tak lupa juga,,,beberapa di antara mereka yg terpilih oleh Safwan akan menjadi talent Safwan nnt. Ada sorang je talent lelaki. Oh tidakk. Di manakah maskulin2 semua??

Ok nnt kite citer lebih lanjut tauu. tau?  Rara penat...sbb 

Lepas event td pegi cari makan ngn Kelly,g secret resepi tutup, then g Kiaabdul. Awesome,mcm secret resepi. Beli lah 2 keping kek . Standard harga pun secret recepi. Hamboii. Xpelah, si comel  belanja kali nie. Heheyyy :) Lagipun,please la support kedai2 dari Malaysia tercinta nie. Please la. Please.

Pastu g makan kat Taman U, ikan kembung masak pedas ngn tomyam seafood je. Kenyanggggggggggggggggggggggg. Nak je tido kat meja tu jugak lepas mkn.Haha. 

Pastu balik.Tukar baju, x mandi. Terus pegi keje. 
Waiter kat restoren dekat dgn rumah. Dah dekat seminggu dah keje. Lepas nie xnak dah kot. Nak study,exam lg seminggu. Lagipun sebelum nie ganti kawan je..dia balik kg. Nnt dia datang sini balik,dia kot yg kerja. Ke aku nak terus kerja? Heh? Ummm.. tgk lah cane. Huhu. Best gak keje benda nie. Senang. (Yela org x ramai hehe) 

Kul 11 balik.Mandi2 bagai,terus tulis entry nie. Takut kenangan nie akan hilang dr memori kepala. Yela. Otak i nie 2 gig je. Dah penuh dgn teori2 kaunseling dlm kelas so xleh simpan dah memori pasal lain.So. Itu pasal kena tulis dalam diari nie..xnk ianya jd picisan sahaja.Biarlah selamanya ku abadikan.. walaupun perkara2 biasa. Hehekkkk.


Pukul 9 pagi nak bertolak ke rumah orang kawen,yeyyy kak mia nak kawen yeyyyy :) 
Petang balik lah,. :) 

Ok itu sajaaaaaaaaaaaaa.Salam sejahtera dan selamat malam semua pembaca budiman ! 
Loves,Rara ~ 


ajar pose fevret kat org lain lak. Hehek. 

Yang pakai selipar cabuk tu tak ajar hokeyyy. x ajar ;p

Thursday, December 20, 2012

Mereka sudah kiamat!


Kau adalah

Assalamualaikum

Kau adalah misteri yang bernyawa, 
Melihat mendengar dan kau menghidup cinta,
Kau seperti wangian sanubari, 

Dapat menghapuskan indera...






Klik 1 untuk pasangan anda