Assalamualaikum
Biar aku muncung 4 depa kau diam saja.
Sesekali memanggil nama
Lembut dan berhati-hati
Kau pandang aku di tepi dan mengeluh pendek
Sabar
Geleng-geleng kepala bila aku mula rasa tidak selesa
Kaki di cermin kereta
Apa kau nak kata
Janji aku tak mengamuk tak tentu hala
Itu engkau yang merela
Kerana kau cinta
Aku tunggu kau cari aku yang sesat dalam ruang imaginasi aku sendiri
Tapi kau tak jumpa aku sebab kau tak masuk dalam atmosfera aku
Engkau hanyalah 1 meteor terkecil,paling kecil,paling kecil dari sisi pandangan mata aku
Langsung tidak berbahaya
Sebab itu aku sayang engkau sangat
Masuk lah dalam alam aku nescaya engkau bersinar sebab aku dah jolok beberapa bintang
Tp kadang2 entah macam mana dan kenapa
Tempias matahari sertai sama
Bukan aku tak suka, aku suka sangat. Cerah terang benderang,terang, kita suka.
Cuma adakalanya sebab cahaya itu hati aku luka
Basah anak mata
Aku menangisi kerana terlalu pedih bahangnya
Biar aku maki2 yang menerangkan kau salah
Yang buat kau putus asa kerana semuanya salah
Biar aku rasa aku benar disisimu
Ya. Aku yang salah. Kau tak kan faham sebab engkau adalah engkau dan bukan lah engkau yang berada di tempat aku.
Tp sebab aku sayang engkau sangat
Ok
Aku tunggu kau malam nie pukul 12
Dengar suara kecik aku dengan nada besar
Tp setia.
Kalau kau baca apa aku kata.
Ini aku. Aku yang bukan boneka.
Boneka?
Aku belajar berkata2 dari lirik lagu yang bermakna dari mereka..
Indi dihatiku . See more
http://band terbaik sahaja terpilih@8765.com