Assalamualaikum
Hye. Sy Mastura Sohuya, Tp kot belah fesbuk orang panggil saya Rara. Awk pun panggil sy Rara jugak lah k, sbb sy knl awk pun di fesbuk ini je.
Sy nak bgtw awk, sy ini x mahir dalam cinta2 nie. Langsung tak fasih. Tp sy pernah juga berpengalaman spt awk. 1 pengalaman yg seolah2 buat kita rasa kita dah byk pengalaman walaupun hakikatnya hanya 1 itu saja pengalaman yang pernah kita lalui. You faham apa itu pengalaman, bukan? Perkara yang lepas. Past tense.
Straight to the ampang point, awk kena percaya tentang jodoh. Bercinta 16 tahun sekalipun,kalau dah tak ada jodoh, boleh putus dalam sekelip mata saja. Bertunang 16 bulan pun, kalau x ada jodoh, putus jua. Berkahwin 16 hari sekalipun, kalau dah tiada jodoh.. bercerai juga... Itu jodoh, rahsia Allah. Awk putus cinta, awak menangis, awk merayu2. awak gila. awk jiwa kacau. Itu biasa untuk bulan pertama, bulan kedua, atau bulan2, atau setahun? lebih? Itu bergantung atas konsep kendiri seseorang individu tersebut. Terpulang atas kekuatan mental individu masing-masing. Mana 1 awk? Hny awak yg tahu sejauh mana awk boleh cope with it.
Menangislah wahai perempuan,kalau itu boleh melegakan kamu.. sbb kamu tak boleh buat apa2 dah. Dia dah tinggalkan kamu. Lama dia tinggalkan kamu,sampai sekarang dia dah ada orang lain, cuma kamu saja yang belum menerima kenyataan itu. Dan kamu masih merindui dia dan kenangan2 kamu berdua. Okay, teruskanlah.. Cuma saya nak tny kamu..
Sampai bila awk nak mcm nie?
Sampai bila awk nak macam tu?
Apa yg kamu dapat apabila kamu menangis?
Adakah ia memberi kelegaan kepada kamu?
Sejauh manakah kelegaan itu benar2 membantu kamu?
Kamu pasti dengan cara kamu melepaskan kesedihan ini berkesan?
Adakah ia boleh membantu kamu?
Kalau jawapannya tidak, please perempuan. Stop it. STOP ! I can't stand anymore. Aku yg sedih pedih melihat kamu. Aku kasihan akan diri kamu. Sifat empati ini sangat menebal dalam diri aku. Aku faham perasaan kamu..aku faham sangat. Tp cukuplah aku melayan perasaan kamu. Kerana kamu memerlukannya.
Duhai perempuan,kamu cantik. Redup matamu, sedap di pandang.
Lepaskanlah kenangan2 itu.. biarkan ia berkubur jauh di sudut hati kamu. Tp ingat, jangan kamu campak buang cebisan itu. Biar ia selalu ada dalam-dalam hati kamu. Fungsinya agar tiap kali kamu ingin mengulang cinta, kamu boleh renungkan pengalaman itu sebagai pengajaran. Dengar sini, yang baik jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan. Ramai lagi yang menunggu kamu. Bukalah kedua2 belah mata kamu, kamu akan celik. Bukalah 1 mata hati kamu. Ia jelas terang benderang.
Lepaskan dia yang tidak lagi mencintai kamu. Ia soal hati, tak siapa boleh paksa. Tak siapa boleh turut. Andai diacukan senjata tajam lagi berbahaya ke arah lehernya sekalipun, cinta itu tak boleh tiba2 ada. Kerana kamu tahu ia dari hati. Bukan dari kata2. Masakan kamu mahu membelah hatinya? Dan menuntut darah untuk buktikan sebuah setia?
Motivasikanlah dirimu sendiri,sbb kalau bukan kamu yang menyedarkan diri kamu sendiri,siapa lagi?
Hiduplah dengan bahagia.. kerana kebahagiaan itu adalah pilihan. Kamu boleh pilih sama ada ingin hidup bahagia atau sebaliknya? Mulai sekarang, pilih lah. Bahagia atau derita. Percayalah kata-kata Rara. Kita boleh cipta kebahagiaan kita sendiri, tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk membahagiakan diri kita. Jadi kalau kamu ingat kamu perlukan dia barulah kamu akan bahagia, maaf saya terus terang. Itu tidak benar.. Ia adalah 1 fikiran yang tidak rasional yang kamu simpan dalam sistem kepercayaan kamu. Ubah kembali lah belief system kamu, biar ia betul dan selari dengan apa yang kamu lalui sekarang.
Disini ada beberapa tips yang luaran,yang zahir i nak bagi kalau2 berkesan untuk you. Tips lupakan ex kamu.
1. Tukar style kamu.
Kalau u selalu pakai Hana Tajima style, apakata tukar kepada bawal Dian Pelangi dan rasailah perubahan itu. Kamu akan segar dan orang di sekeliling kamu akan perasan akan proses perubahan penampilan itu. Dengan itu kamu akan rasa kamu seperti hidup kembali. Tak percaya? Buat dahulu !
2. Penuhkan jadual waktu seharian kamu.
Kalau kamu bekerja, go on. Kerja, Kerja, jangan ingat dia. Waktu rehat keluar lah makan2 dengan teman2 kamu. Jangan bersendiri. Tak perlu lah nak berehat dengan berkualiti jika bersendiri,kerana kamu tahu ruang yang ada itu kamu akan gunakan untuk mengimbau kembali kenangan kamu dengan si dia.
3. Elakkan dari menggunakan telefon bimbit.
Kalau boleh, buat2 lupa yang kamu memiliki handphone. Kamu boleh dengan sengajanya meninggalkannya di rumah,atau membiarkannya kehabisan bateri tanpa di cas kembali, atau biarkan handphone kamu tiada kreadit. Elakkan daripada menghubungi si dia walaupun dengan niat mehu menegur 'hello' . NO ! niat kamu buat masa sekarang bukan untuk berkawan. Tetapi untuk melepaskan kerinduan bukan? Kamu hanya akan menyakiti hatimu sendiri kerana kamu tahu kamu tidak akan di layan sebagaimana yang kamu mahukan sebenarnya.
4. Remaja-kan-diri.
Hitung usia kamu. 20an? Kamu ada masa 5 tahun lagi untuk ''membujang'' memilih pasangan, berkenalan dengan mereka2 yang lebih hebat, gunakanlah masa itu. Jangan sia-sia. Ingat, 25 tahun ke atas kamu sudah boleh mula berkira-kira untuk berkeluarga.. jangan nak remaja sangatlah ! :) Ia terpulang atas diri kamu sendiri. Kita perempuan, kita berkemampuan.
5. Kembali kepada kebergantungan kamu sepenuhnya terhadap Tuhan. Allah S.W.T
Ingatlah bahawa apa yg kamu lalui sekarang adalah ujian semata2. Aku pasti kamu pernah terleka dan terlupa akan Nya, maka Allah tarik sedikit rasa suka yang Dia pinjamkan kepada kamu. Lalu Dia bagi sedikit duka, yang asalnya kamu sendiri yang cari. Kamu . Allah itu Maha Penyayang, percayalah bahawa Dia tidak akan pernah sesekali ingin menzalimi diri kamu. Ada yang lebih baik telah dia sediakan untuk kamu. Jadi kesedihan,kepiluan yang kamu lalui sekarang adalah hny untuk mengajak kamu kembali mengingati Dia,sujudlah. Allah itu sangat sayang kepada kamu,lalu Dia bawa pergi orang yang tidak sepatutnya bersama kamu. Renunglah sedalam-dalam hati, ini adalah kerana Allah ingin menyatakan cinta Nya kepada kita insan...
Selamat berkenalan |