Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Thursday, March 7, 2013

Tadi kan tengah gaduh??!

Assalamualaikum

Some of the conversation that i still remember. 
Walking on a street under night sky to a restaurant : 

Awak tu cubalah senyum sikit, dgn org lain bukan main gedik. Dengan saya nie mcm @$%^ ! 
Hoh so u expect i nak happy2 la dgn org yg tipu i? 
Apa? I tipu apa lg?
Yesss u x tipu apa2. U **** tp u kate ****Eh i malu la kena tipu hidup2 mcm tu??! 

Awk nie x phm. Sy bukan sengaja nak tipu, tp nie utk kebaikan
Hah. so mana kebaikannya? Kita x dpt sebarang manfaat pun bila awk buat mcm tu. Mlh tgk,makin jadi????
Awk yg buat benda nie jd besar awk tau x.
Semua nie jd mcm nie atas 1 sbb je.  awk menipu. u lied ! 
Awk tny soalan mcm polis ! 
I cuma pastikan apa yg i patut tahu, i tahu
Awk tny mcm sy ada buat salah besar
Klu awk tak salah,jwb je la semua soalan sy. Why make it so hard??
I x boleh la org tipu2 nie. Pantang tau. 

 *********
Ok menipu nie ada 2. Utk kebaikan, keburukan,
Tp matlamat tak menghalalkan caraaaaaaaaaa

Ok katekan ada perompak nak rompak awk, tp awk tipu kate xde duit kat dia. Dah kalau awk xnk tipu, awk nk bgtw awk ada rm100 dalam beg awk??
Oh so skg awk nak samakan awk nie dgn perompak tu la?  
Takkk...tp situasinya mcm tu la. awk terpaksa menipu

Tp awk masih ada pilihan utk bohong atau bercakap benar! 

Step stops bila sampai restoren.

Tutup pulak kedai nie..
A''aah...hmm
Dia buat bengkel ek kat sini 
Ntah.....
Kite g kedai hijau ek?
Okay..

Walk again ..

Cuti midsem bila ek?
Ntah..kenapa? 
Nak balik carik duit. Hehe ! 
Ishh. 
Hehehee.Yeayyyy! 
Suka sgt awk nie kan  :)  Tak malu. Daaaah. menyampahla. wekk. 


Then i just realised 
that..













Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Jangan Jatuh!

Perasaan yang terlalu menakutkan
Perasaan yang terlalu menyeramkan
Aku ditinggal di tepi jalan
Aku ditinggal tanpa rakan dan taulan

******nya perasaan ini
Ku fikirkan aku bisa berdiri sendiri
Terlalu percaya pada kudrat diri
Sampai aku lupa yang aku tak mampu berdiri

Tapi bukan sebenarnya aku ini tak mahu
Bukannya aku tak mahu ditinggalkan seperti dulu
Tapi aku sudah dibiasa untuk berada bersama2 kamu
******lah engkau yang memaksa aku diajar untuk memegang tangan itu
Bila dibiarkan aku sendirian--
ah, ******.


******
******
******
******

jangan jatuh
jangan jatuh!

Semua orang memaksa aku terjatuh2
Dan aku bisikkan pada jiwa aku
Yang kulit ini tak akan melepuh

Ku biarkan siapa-jutanya berada di belakang telinga
Ku biar saja;
Aku kata aku takkan jatuh kerana dia
Aku takkan jatuh semata!


Semata dia

Jangan jatuh-jatuh

jangan jatuh-jatuh
jangan jatuh-jatuh

jangan jatuh!

Sumber : Fynn Jamal


******************************************************
Siapa Fynn Jamal? Salah satu perempuan yg aku minat. aku kagum. aku adore giler !! Hanyut dengan kata2 nya yg tidak malu menggunakan bahasa yg jujur dalam setiap rasanya yang tak pernah kosong dalam sedalam nya... Ah,ini jiwa.
Sekarang nie WWF Malaysia tgh mencari local band terbaik untuk represent earth hour 2013. 

Jom bersama2 aku undi ! kat sini.
 Jgn lupa LIKE http://local band who is the best.post;postID=2004.com

Teaser from Firdaus Norjaya Photo
Can't wait ! :)



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Wednesday, March 6, 2013

TERKINI [LAHAD DATU] 13 MAYAT DITEMUI DALAM SEBUAH LIANG KUBUR


LAHAD DATU  — Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu semalam.
Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang baca selanjutnya disini  http://13 mayat ditemui di dalam kubur bersama-767654.com
Mayat ditutup dengan kepingan papan.
Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur..Baca selanjutnya di  http://harianmetroll.tk/ops-daulat-13-mayat-pengganas-berjaya-ditemui/
*******
Hishammuddin dan Ahmad Zahid meminta semua pihak memberi ruang kepada pasukan keselamatan menjalankan tugas mereka bagi memastikan kedaulatan dan keamanan di pantai timur Sabah terjamin. — BERNAMA

Pray for Sabah bah. 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Tuesday, March 5, 2013

Sebab aku sayang kau sangat

Assalamualaikum

Biar aku muncung 4 depa kau diam saja.
Sesekali memanggil nama
Lembut dan berhati-hati
Kau pandang aku di tepi dan mengeluh pendek
Sabar

Geleng-geleng kepala bila aku mula rasa tidak selesa
Kaki di cermin kereta
Apa kau nak kata
Janji aku tak mengamuk tak tentu hala
Itu engkau yang merela
Kerana kau cinta

Aku tunggu kau cari aku yang sesat dalam ruang imaginasi aku sendiri
Tapi kau tak jumpa aku sebab kau tak masuk dalam atmosfera aku
Engkau hanyalah 1 meteor terkecil,paling kecil,paling kecil dari sisi pandangan mata aku
Langsung tidak berbahaya
Sebab itu aku sayang engkau sangat

Masuk lah dalam alam aku nescaya engkau bersinar sebab aku dah jolok beberapa bintang
Tp kadang2 entah macam mana dan kenapa
Tempias matahari sertai sama
Bukan aku tak suka, aku suka sangat. Cerah terang benderang,terang, kita suka.
Cuma adakalanya sebab cahaya itu hati aku luka
Basah anak mata
Aku menangisi kerana terlalu pedih bahangnya

Biar aku maki2 yang menerangkan kau salah
Yang buat kau putus asa kerana semuanya salah
Biar aku rasa aku benar disisimu

Ya. Aku yang salah. Kau tak kan faham sebab engkau adalah engkau dan bukan lah engkau yang berada di tempat aku.
Tp sebab aku sayang engkau sangat
Ok
Aku tunggu kau malam nie pukul 12
Dengar suara kecik aku dengan nada besar
Tp setia.
Kalau kau baca apa aku kata.


Ini aku. Aku yang bukan boneka.
Boneka?

Aku belajar berkata2 dari lirik lagu yang bermakna dari mereka..
Indi dihatiku . See more http://band terbaik sahaja terpilih@8765.com
Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Berubah lah !

Assalamualaikum

Petang2 nie sambil minum teh o ais rasa nak update blog pulak. Kot2 la nuffnang ke.. | celcom ke.. nak bg saguhati samah duo di atas kerajinan aku nie. Kan.......... Tp nuffnang pilih kasih la. Of fine. Xpe. Says.com lagi cepat dpt hasil. Wekkkkkkkkk. Merajuk ngn nuffnang. Merajuk kaw2 yg mmg xkan kena pujuk kaw2  ibarat merajuk dgn abe yed. Hahaha. Ngekkk =_= 

Aku cuma nak menyatakan sedikit la daripada sebanyak kekesalan yg aku rasa dalam tempoh beberapa bulan nie. Pasal manusia baik dan manusia terbaik. 

Kita mmg tak boleh jadi sebaik2 manusia yg ada di alam semesta nie kan tp at least kita boleh jd manusia yg lebih baik dari diri kita sendiri yang sebelum ini. Kan? 

Ya. Aku paham yang  manusia nie xdela sepanjang masa hidup dengan same attitude ever. Tp kalau boleh,kalau yg negatif,yang org tak boleh terima,yg melanggar norma2 masyarat tu ubahla. Hey,people can change with time and its  not a mistake you know? . 

Aku tak ckp pasal orang lain,ini khas utk diri aku sendiri cuz mulut aku ! sometimes even a small word from my mouth can lead to hard situations like misunderstandings and rumours. Like what i've done last night, hmm.Having a conflict and arguing with someone is like putting ourselves into a quicksand n trying to find a good support to get out of it. It was so ew. 

Yela. Last2 kita tak tahan kot ! 

dog : 


P/S : Sekarang isu Lahad Datu. Anda dah ketinggalan? Tak faham cerita? Tak tau pape? Keliru? Xpe.. saya pun sama. Hehee. Dapatkan sebab2 pertempuran ini berlaku disini 





Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Monday, March 4, 2013

Biodata sebenar Aaron Aziz

Assalamualaikum semua.. :)

Hari nie Rara cuma nak ajak semua peminat2 Aaron Aziz selidik biodata AA sambil  tonton video behind the scene yang dikendalikan beliau baru2 nie.Beliau? Yeahh,, mcm dah nak tua tp handsome la abe weiiiiiiiiiiiiiiiiii ^_____^
Terbaru,kini, ingt Aaron, ingt fear factor. Kan??

 nak kata gemuk mcm tak jugak. hee

Acececee AA !!

Dan khas untuk peminat2 fanatik mahupun fantastik AA,
UNTUK VIDEO TERBARU AA, SILA LIHAT SINI :)
http://Aaron makin mengancam di fear factor/my/2618/3298605
Tp jgn lupa,laki org nehhhh. :)


Profile atau biodata Aaron Aziz
nama komersial: Aaron Aziz
nama sebenar: Aaron Mustapha Aziz
nama timangan: Aaron
tarikh lahir: 23 Februari 1976
tempat lahir: Pasir Ris, Singapura
status: Berkahwin
Isteri: Diyana
tinggi Aaron Aziz: -
berat Aaron Aziz: -
pendidikan: Diploma Komunikasi Massa
kerjaya: Pelakon Filem, drama dan iklan
Aaron Aziz offical website: www.aaronaziz.com
Aaron Aziz facebook: www.facebook.com/pages/Aaron-Aziz/63699651473
E-mail: aaron@aaronaziz.com

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Saturday, March 2, 2013

Lied

Assalamualaikum


I gave you trust
you told me lies
I gave you hope
You can see it in my eyes

Please don’t lie
We both know
you could never be there
to wipe my tears
or vanish my fears
you could never care


not now..not ever...





Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Qada & Qadar | Hukum karma

Assalamualaikum

Setahu aku,hukum karma tu satu istilah yang bermaksud ''bila kau buat kat orang,,org akan buat kat kau balik'' tak kira orang yang sama atau org yang lain.

Dan qada & qadar tu satu ketentuan Allah yang Allah tetapkan siap2 kat kita..

Aku percaya,hukum karma mmg tak adil bg pengalaman hidup aku. Contohnya, masa aku sekolah, aku putus cinta sbb boypren aku curang utk ppuan lain. Aku mcm vangang la sbb aku x pernah pun curang dengan dia atau sapa2,kenapa dia curang dengan aku??? Apa dosa aku?? Apa salah aku???
Allah, ini balasan atas dosa aku yg mana? Boleh tak bg tahu aku,yg mana berkaitan dengan apa yg aku buat sampai balasan curang yg aku dpt?? Tp Allah tak bgtw terang2...
Sampai la bila aku masuk U, aku mula sedar yg kes kecurangan ex aku tu bukan sbb balasan dosa yg aku tak tahu, tp itu adalah hikmah yang Allah nk bg. Allah nak selamatkan aku dr jd mangsa kepada ex aku tu sbb lepas kami putus,dia **** dengan awek baru dia. So,Allah dah selamatkan mahkota aku.
Masa tu aku sedar ini adalah takdir,qada & qadar nya..

Juga bila aku rasa aku dah cukup matang utk berfikir soal kehidupan dan keluarga, aku juga temui satu jawapan untuk persoalan yang menghantui aku sejak kecil lagi...
Persoalan kenapa hidup mak aku susah sedangkan dia taat kepada Allah dan suaminya?? Aku tertanya2 kenapa Allah uji mak aku sedangkan dia orang yang baik2.. Kenapa tak uji kami adik beradik yg selalu nakal atau ujilah aku sorang2 sbb selalu degil. Tp aku dah jawapannya..Sebab..Allah nak bg kesenangan kat mak aku bila akhirat nnt. Kan? Yela apa sgtlah kesenangan yg ada kat dunia nie yg mampu tandingi kesenangan dan kemewahan yg bakal mak dpt nnt..Kan.. Setiap susah yg mak tanggung,Tuhan akan balas..aku percaya,peritnya jaga anak yg mcm aku nie.. Semua tu Allah balas. So sbb tu mak aku rilex je walaupun hidup dia x mewah. Xkan la Allah tak balas,kan Dia da jnj akan balas org2 yang bertakwa. Dan aku yakin mak layak dpt semua tu. Aku akan selalu doakan..
Ini satu lg yang aku rasa ini bukan hukum karma tp qada dan qadar  Allah..

Malam nie aku terfikir lagi,kenapa aku selalu kena tipu sedangkan aku tak pernah tipu dia mcm tu. Aku terfikir,aku nie penipu ke sampai aku selalu kena tipu? Setahu aku,aku sentiasa berkata benar (mmg lah ada menipu. Tipu la xde!! tp dalam konteks ini,yes, xde tipu lg )  walaupun aku tahu dengan berkata benar tu akan menimbulkan fitnah atau meretakkan hubungan atau sebagainya.Contohnya bila **** aku tny aku kat mana,dan masa tu aku keluar g pekan dgn kwn lelaki aku, aku tetap ckp yg benar walaupun lepas tu dia marah gila sbb aku pandai2 je..
Tentang dia, bila aku rasa ada sesuatu yg mencurigakan,aku akan siasat dulu sorang2 diri aku. Bila aku dpt bukti dan saksi, barulah aku tny dia tentang perkara tu. Tp apa yg aku dpt adalah dia menipu aku. Dia tak tahu aku ada bukti dan saksi, so sbb tu dia dengan bangganya berkata bohong dengan aku..Sampaila aku bgtw dia elok2 yg dia x perlu tipu aku sbb aku dah tahu segalanya...aku saja buat2 tny sbb aku nak tgk bagaimana cara dia memutar belitkan cerita........................
Dan dia kantoi...

Dan dia mintak maaf...
Dan aku maafkan...
Lalu dia lupakan..
Sementara aku terus ingat supaya mjd pengajaran..
Tp semuanya tetap berulang..
Walau peluang sekali...
Dua kali...
Byk kali...

Sampai bila2 aku akan ttp bagi peluang..
Sbb aku budak kaunseling,aku tahu setiap manusia harus diberikan peluang kerana mereka ada potensi untuk berubah menjadi lebih baik drpd apa yg dia sangka
Walau hakikatnya dia x kan pernah berubah untuk tempoh masa yg kekal atau lama..
Tp dalam kaunseling juga mengajar, kalau kita gagal ubah tingkahlaku atau perasaan klien kite,
itu bukan salah kita.
Itu salah dia.Dia yg xnak berubah walaupun dah diberi peluang..
Kalau dari segi agama, yg xde dalam teori barat,
mungkin itu lah qada' dan qadar..
bila kita dah usaha,tp x dpt, itu mknanya bukan rezeki kita nak dapat kejujuran dr dia kat dunia nie..
Akhirat masih ada untuk orang2 yg layak........


Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Friday, March 1, 2013

I didn’t know how to tell him

Assalamualaikum

Kata Hazanis, Love is Cinta. And love is flower of happiness. Yes i agree. I do. Tp kadang2 nak sampai jadi bunga kebahagiaan tu,bukan mudah mek. Bukan mudah. Tambah2 yg muda2 remaja nie. That is why Islam x benarkan berlove sebelum nikah, tp itulah,almost everybody did it. And yeah of course me.as well. 

Ah anyway,

Bila dah tahap dilamun cinta bagai nak hakk tuiihh nie sedang melanda sanubari, ia jd mcm..complicated sgt. Kadang2 confused sgt. Hape yg nak dikonfiuskan sgt pun x tau la. Dia mcm x fhm2 tau yg kite nie berharap sgt dkt dia. Tp i pun satu,i didn’t know how to tell him. Tell him that he was the only boy in my world that could make me feel so happy and sad at the same time, tell him how lost i feel when he’s not around, how jealous i get when i’m with him,sampaikan i would hurt somebody yg i rasa insecured . It was so hard to tell  that i’m so in love with him and the love we shared,its just 

yeahh i dont know but i love u !!!

Kau faham x!! 




Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Wednesday, February 27, 2013

Dilamar photoghrapher sendiri

Assalamualaikum

Gambar masa photoshoot dengan 2 org photogh terkenal Kelantan tempoh hari :) Bila rasa dah agak2 ketandusan idea,timbullah idea kita main2 lah kejap kot2 ada idea. Nie lah hasilnya.... 
Main2 aje taw... jgn maraaaaaaaaaaaaaaaa ^____^ 


Sudikah awak menjadi suri kepada dapur saya??? Sbg orang gaji yang tiada cuti?
Hehe. 



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Sunday, February 24, 2013

Who's Next Talent 2012

Assalamualaikum semua.. :)

Sebelum berakhir 2012 tempoh hari,saya telah pun berkolaborasi dengan seorang photoghrapher yang sempoi untuk menjayakan 1 event khas untuk mencari talent beliau dan menjadi model kepada saya. *Model apa? Apa? SERPERAISSSSS ! Xleh bgtw lagi naaa... syyshhhh. Sape2 yg dah tahu tu diam2 tau. Biar pecah dimulut jangan pecah di perut buncit 

The photoghrapher : 

(maka dengan itu anda adalah orang2 yg sempoi kat Malaysia nie,,harr harr :) 

Ok? Jom Rara nak ajak kalian semua tgk gambar. Kira mcm gambar2 behind the scene la. Gitewwww...
Nah?
Ya sy bersama Aini. Talent aka bendahari :) *kecik gile haku neh.adoi.
Rosma kat belakang,the brown.. Dia sweet n cool! :) 
Eisya & Shera dgn pose ladiesnya :) 
Crew*ececehh | Tyra
Sediakan aksesori simple2 utk talent yg memerlukan hiasan. Ewahh kaw. 
The next talent
We start it now ! 
Yana & Ayu 
Cekedingggg ding2
Mereka kembar! Sorang minat photoghrapy sorang  tak :)  Peneman setia..
Ridzuan,Fatin, & Eisya :)

****************Pictures above  by Kelly mementokami.blogspot **********************

Okay itu saja..........
Terima kasih kerana menyertai event suka suki di kala muda remaja ini. Hehe
Next info,next entry! 
 <3 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Tuesday, February 19, 2013

CARA HILANGKAN SUNBURN DI MUKA

Assalamualaikum semua.. :)


Kalau ada insan2 kiut yg selalu mengikuti blog rama2 nie,kalian pasti ingat lg yg i ada citer yg i jadi fasi outdoor untuk jaga bahagian river crossing & water confident during semester break yg lepas. Ingt lg x? Klu tak ingt.. gi makan kismis nuh. Heee.
Dan 
Bila berakhir semua tu u guys tahu kan mcm mana keadaan kulit muka n tgn i? Rentung. Serius. Tak tipu and tak hiperbola kan keadaan pun. Sumpah rentung. 
Skg dah hampir 3 minggu berlalu.. walaupun rentung tu dah okay,tp kesan sunburn tu masih ada. Pipiku masih berbelang ibarat kuda belang yg malang.  So kulit yg ada nie fake lah semata2. *mcm la yg asal putih sgt. Bluerrkk * Bila mengadu kat mak,kt kwn2,sume bg ayt klishe. *nnt ilang la tu... xyh pakai pape. So i pun ok la. Fine.. So tunggu punya tunggu.. tunggu..tak ilang2.. penat dgn penantian yg menyeksakan ini,hari nie baru lah terdetik nak search internet pasal nie.. So here's the solution ! 

Solution la sgt.. belum cuba lg. Tp xpela org kata belum cuba belum tawww.
Let me try first.

CARA HILANGKAN SUNBURN DI MUKA


1. Parut ubi kentang dan timun, gaul rata pastu sapu kat muka yg sunburn. 
Biar selama 10 minit pastu cuci bersih.

2. Potong aloe vera dan kopek amek isi je. 
Lumurkan di bahagian yg terbakar. kalau aloe vera ni kita amalkan selalu elok utk kulit tau. macam kita sapu losen (lembapkan kulit). guna aloe vera lg jimat dan xmerbahaya sbb xda bahan kimia.

3. Guna yogurt. 
Mcmane? blend jek yogurt dgn timun (leh jugak pakai telur kuning) pastu buat mask. kesannya kulit muka tegang dan mengurangkan kesan sunburn.

4.Tembikai 
Pom boleh. hiris nipis2 pastu tekan kat muka selama 2o minit pastu bilas bersih. tembikai ada zat astrigen yg boleh menyejukkan kulit yg terbakar sbb matahari.

5.Nak guna mayonis pom boleh. 
Sapu jek kat muka selepas terkena sunburn.

6.Tomato 
Juga boleh menghilangkan “sun-burn”. Caranya ialah sama ada anda belah 4 tomato itu dan gosok di muka, atau boleh juga kisar dan pupurkan diwajah. Insya-allah, “sun-burn” itu akan berkurangan.


Thats it. Ok x? Anyway.. semua nie sume makanan! Hehe. Sambil tempek kat muka sambil mulut mengunyahh.. :)  Kecuali aloe verra tu la. Simple kan tips ni. Lagipun inilah masanya kita boleh mendekatkan diri dengan sumber alam semulajadi ni kannnn 




Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Kenapa kita kena belajar etika kaunseling?

Assalamualaikum 

Semester nie saya belajar subjek Etika dalam Kaunseling. 
So disini saya bacalah sikit2 ttg subjek nie sebelum pelajaran bermula daripada nikalila.wordpress.com..


Rasional mengapa etika profesional sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling

1.0 Pengenalan
Secara umunya etika adalah merupakan satu garis panduan yang digunakan bagi membantu seseorang ahli profesional menjalankan tugasnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pada dasarnya istilah etika berasal daripada istilah Yunani iaitu “ethos” yang bermaksud hukum, adat resam, budi pekerti dan kebiasaan. Secara umumnya terdapat tiga ciri utama etika iaitu bertindak sebagai peraturan, manual kerja atau prosedur kerja, dan nilai-nilai murni yang perlu dipatuhi (Professional Counseling, 2010). Etika memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama etika digubal adalah untuk membimbing ke arah tahap profesional yang lebih tinggi (Francis, 2009). Etika dalam kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap profesional mereka.
Dalam perkhidmatan kaunseling terdapat beberapa kod etika yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan, antaranya ialah seperti kod etika yang digariskan oleh Persatuan Kaunseling Amerika (ACA). Lazimnya setiap negara mempunyai kod etika dalam amalan kaunseling yang dijalankan dalam negara tersebut, sebagai contohnya di malaysia badan yang bertanggungjawab mengeluarkan kod etika dan prinsip-prinsip kaunseling dijalankan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Secara amnya kesemua kod etika yang digariskan oleh persatuan-persatuan kaunseling tersebut mempunyai persamaan iaitu menitikberatkan amalan profesionalisme kaunselor dan hal ehwal kebajikan klien. Matlamat utama etika ini digubal adalah untuk menjamin perkhidmatan kaunseling agar menjadi lebih cekap, telus, amanah, serta menjamin keselamatan dan kerahsiaan klien.
Terdapat pelbagai etika yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling, secara ringkasnya etika profesional yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling dapat dibahagikan kepada empat prinsip etika yang utama iaitu yang pertama ialah autonomi, merujuk kepada syarat yang membenarkan klien untuk bebas membuat pilihan. Prinsip kedua ialah bukan berbentuk kejahatan (nonmaleficence), iaitu merujuk kepada tindakan kaunselor untuk mengelak daripada perkara-perkara yang membawa mudarat kepada klien. Prinsip ketiga ialah kepatuhan yang merujuk kepada persetujuan limitasi perhubungan di antara kaunselor dengan klien. Seterusnya prinsip yang keempat ialah kebajikan yang merujuk kepada tindakan kaunselor untuk memberikan hasil yang positif kepada klien (Pack-Brown & Williams, 2003). Huraian dalam perbincangan kertas kerja ini akan memfokuskan kepada rasional penekanan etika profesional dalam perkhidmatan kaunseling.
2.0 Rasional penekanan etika profesional dalam perkhidmatan kaunseling
Dalam profesion menolong, etika adalah merupakan panduan yang dapat memastikan tugas kaunselor dapat dijalankan dengan lebih cekap selari dengan matlamat kaunseling yang ingin dicapai. Antara tujuan utama etika profesional sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah untuk menjadikan kaunselor menjadi lebih cekap dimana sebarang kesilapan yang dilakukan oleh kaunselor dapat diminimakan. Selain itu, etika yang ditekankan akan dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan (Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, 2002).
Dari segi rasionalnya, etika profesional ini dapat membantu seseorang kaunselor dapat menjalankan tugas dan peranan mereka dengan lebih baik. Dari sudut pandangan masyarakat, kaunselor dilihat sebagai seorang model sosial yang baik kerana mereka terlibat dengan profesion menolong, oleh itu jika berlaku perkara-perkara seperti ketidakcekapan yang dilakukan oleh kaunselor maka tanggapan masyarakat mungkin akan berubah terhadap kaunselor dan ahli-ahli profesional yang lainnya. Dalam hal ini, ketidakcekapan seorang kaunselor lazimnya akan digeneralisasikan secara keseluruhannya oleh segelintir individu terhadap profesion kaunseling. Sebagai contohnya disini segilintir individu dalam masyarakat tentu akan memandang serong terhadap profesion seorang kaunselor apabila mereka mendengar kes-kes dimana kaunselor yang melanggar etika seperti melakukan aktiviti seksual dengan klien mereka atau cubaan mencabul kehormatan klien mereka. Kesannya masyarakat akan sentiasa memberi kritikan sehingga membentuk stereotaip secara keseluruhannya ke atas mereka yang berada dalam bidang profesion kaunseling. Oleh sebab itulah mengapa etika profesional dalam perkhidmatan kaunseling sangat ditekankan untuk mengelak kaunselor bertindak di luar daripada etika yang digariskan, jika etika profesional dipatuhi oleh kaunselor maka perkhidmatan kaunseling akan dapat dijalankan dengan cekap dan baik.
Satu lagi faktor yang menyebabkan etika sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling ialah menggalakkan kaunselor mengarah ke arah tahap profesional. Dalam profesion kaunseling, profesionalisme membantu membawa kepada nama baik (good will) kepada mereka yang yang mengamalkan kod etika dengan baik (Francis, 2009). Secara rasionalnya apabila seseorang kaunselor mempunyai nama baik maka ini tentu akan mengekalkan reputasi baik mereka dan boleh membawa manfaat yang lain kepada mereka. Sebagai contohnya bagi kaunselor profesional yang mempunyai reputasi yang baik, hal ini akan menyebabkan mereka mudah mendapatkan klien untuk menerima perkhidmatan kaunseling daripada mereka kerana klien biasanya akan lebih yakin dengan kaunselor-kaunselor yang mempunyai nama baik dan rekod reputasi yang baik dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling mereka. 
3.0 Rasional penekanan prinsip etika persetujuan termaklum (informed consent)
Salah satu etika profesional utama yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling ialah persetujuan termaklum. Menurut Fisher (2003), persetujuan termaklum adalah merupakan perjanjian utama bagi melindungi hak-hak privasi klien yang dilakukan pada awal sebelum perkhidmatan kaunseling dijalankan. Prinsip etika ini menekankan kepada keperluan seseorang kaunselor untuk memberikan penerangan yang secukupnya kepada klien tentang perkara-perkara berkaitan matlamat kaunseling, teknik dan prosedur dalam perkhidmatan kaunseling, kerahsiaan, limitasi dan risiko tertentu serta hal-hal penting lain yang melibatkan kaunselor dan juga klien. Dalam hal ini kaunselor juga seharusnya menjelaskan dengan lebih mendalam kepada klien terhadap perkara-perkara seperti implikasi daripada proses kaunseling, penarikan diri daripada terus menerima perkhidmatan, pengunaan ujian dan laporan serta jumlah bayaran bagi khidmat kaunseling yang dijalankan tersebut.
Secara rasionalnya dengan adanya etika ini, klien dapat mengetahui dengan lebih mendalam dan dapat memberi gambaran secara kasar tentang proses-proses yang akan berlaku pada keseluruhan khidmat kaunseling yang diterima oleh mereka. Klien juga akan dapat menilai sejauhmana keberkesanan daripada khidmat kaunseling yang bakal dijalankan di samping mempunyai kebebasan untuk menarik diri jika syarat-syarat yang dijelaskan seperti mana yang dijelaskan oleh kaunselor tidak dipatuhi. Selain itu, melalui makluman dan penjelasan yang diberikan juga membantu klien untuk mengelak daripada sebarang penipuan dalam aspek-aspek tertentu seperti bayaran bagi khidmat kaunseling yang dijalankan, klien juga dapat mengetahui hak-hak mereka dalam undang-undang. Bagi kaunselor pula, perkara-perkara yang dijelaskan dalam etika persetujuan termaklum ini berperanan sebagai panduan kepada mereka untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling secara cekap dan telus sesuai dengan prinsip profesional yang dipegang oleh mereka. Dengan erti kata lainnya kaunselor akan melaksanakan tugas berdasarkan kepada apa yang telah dijelaskan dan dimaklumkan kepada klien.
4.0 Rasional penekanan prinsip etika kerahsiaan.
Seterusnya etika profesional yang sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling ialah prinsip kerahsiaan. Berdasarkan etika yang digariskan, seseorang kaunselor tidak boleh mendedahkan maklumat sulit tanpa persetujuan daripada klien. Kaunselor juga harus memastikan bahawa setiap rekod maklumat berkaitan klien seperti laporan, rakaman kaset dan video disimpan di tempat yang selamat dan hanya pihak yang mempunyai kuasa tertentu sahaja boleh mendapatkan rekod maklumat tersebut (ACA, 2005). Prinsip kerahsiaan dalam etika kaunseling ini sangat penting dan perlu diterangkan kepada klien pada setiap sesi kaunseling yang dijalankan.
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan prinsip etika ini sangat rasional ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling. Salah satu di antaranya ialah untuk mengelakkan klien daripada menerima keaiban daripada orang lain, sebagai contohnya klien tersebut mungkin terlibat dengan isu-isu sensitif atau peristiwa trauma yang berlaku dalam dirinya seperti penderaan, menjadi mangsa rogol, masalah seksual, terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mempunyai keinginan untuk membunuh diri, menyertai kumpulan haram dan sebagainya. Setiap klien yang menerima perkhidmatan kaunseling tidak akan dapat mengelak daripada meluahkan pengalaman tidak kira pahit atau pun manis terhadap kaunselor. Oleh itu prinsip kerahsiaan dalam bidang kaunseling ini sangat rasional ditekankan agar menjadikan klien lebih yakin, percaya dan berasa selamat dengan maklumat yang mereka dedahkan. klien juga dapat meluahkan masalah yang dihadapinya dengan rasa bebas tanpa wujud perasaan ragu-ragu. Kesannya hal ini akan menyebabkan kaunselor mudah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan adanya prinsip kerahsiaan ini, kaunselor akan dapat menonjolkan diri sebagai individu yang boleh dipercayai, amanah dan bertanggungjawab untuk menjaga hak dan kepentingan privasi klien.
5.0 Rasional penekanan prinsip etika keadilan
Satu lagi prinsip utama dalam etika profesional perkhidmatan kaunseling ialah keadilan. Prinsip etika ini menekankan kaunselor bersikap adil secara sama rata terhadap klien yang datang mendapatkan bantuan kaunseling. Mengikut etika ini, kaunselor tidak boleh mengamalkan atau melakukan diskriminasi terhadap perbezaan manusia dari segi aspek-aspek seperti budaya, umur, gender, bangsa, etnik, agama, kepercayaan, ketidakupayaan fizikal dan mental, orientasi seksual, bahasa yang digunakan, status perkahwinan, status sosioekonomi dan apa-apa sahaja yang membezakan di antara klien dengan kaunselor (NCDA, 2007). Kaunselor seharusnya perlu mengambil kira isu-isu sensitif yang dimiliki oleh klien. Kaunselor haruslah mempunyai kemampuan mengubah perasaan negatif mereka terhadap sesetengah klien suapaya klien merasa diri mereka dihormati (Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, 2002).
Dalam hal ini, terdapat rasionalnya mengapa etika keadilan ini sangat ditekankan, perkara ini dapat membantu klien berasa selesa semasa menerima khidmat kaunseling. Bayangkan jika seseorang kaunselor itu menekan klien dengan isu-isu sensitif yang tidak disukainya, keadaan ini akan membawa kepada kesan negatif kepada klien tersebut. Keadilan dalam perkhidmatan kaunseling ini bukan sahaja terhad kepada isu-isu yang sensitif tetapi juga kepada pengalaman-pengalaman lepas yang dilalui oleh klien. Sebagai contohnya kaunselor tidak sepatutnya cuba menghakimi klien tentang pengalaman lepas klien yang pernah terlibat dengan masalah mendera anak-anaknya dengan teruk. Akibatnya apabila berlaku perkara-perkara seperti ini, persepsi negatif akan wujud di antara kaunselor dan juga klien, contohnya dalam situasi tadi kaunselor akan cenderung menilai klien sebagai seorang yang “jahat” kesannya klien mula hilang kepercayaan kepada kaunselor dan beranggapan bahawa tidak ada sesiapa lagi di dunia ini yang sudi memaafkan kesalahan lampaunya. Situasi-situasi seperti ini akan menjejaskan perjalanan kaunseling, kesannya matlamat kaunseling yang dibina tidak tercapai. Perkara ini membuktikan kepada kita bahawa etika keadilan dalam perkhidmatan kaunseling sangat penting, ia juga menjadi garis panduan kepada kaunselor agar tidak bersikap prejudis kepada klien dan melayan klien secara sama rata tanpa mengimbilkira perbezaan yang ada pada manusia.
6.0 Rasional penekanan prinsip etika kesejahteraan (wellness)
Kod etika profesional juga mengariskan bahawa dalam perkhidmatan kaunseling, kaunselor seharusnya menjaga kesejahteraan klien yang datang mendapatkan khidmat kaunseling. Etika ini menekankan seseorang kaunselor perlu menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan klien dengan cara memelihara minat dan kesejahteraan klien (Pack-Brown & Williams, 2003). Kesejahteraan klien tersebut termasuklah memberi perlindungan kepada klien dari segi fizikal, emosi dan juga trauma psikologikal. Selain itu, etika ini juga menggariskan bahawa klien tidak boleh diperalatkan untuk kepentingan diri kaunselor bagi tujuan kewangan, emosi, seksual dan sebagainya. Seseorang kaunselor tidak boleh menyalahgunakan hasil penilaian dan intrepretasi dalam kaunseling dan mereka juga bertanggungjawab untuk menghalang orang lain daripada menggunakan maklumat tersebut. Bagi menjaga perasaan klien, kaunselor juga perlu menghormati hak klien yang mana klien berhak untuk mengetahui keputusan sesi yang dijalankan, intrepretasi, kesimpulan dan cadangan-cadangan yang dibuat oleh kaunselor (ACA, 2005).
Secara rasionalnya etika ini ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah agar memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan klien dapat dijaga sepanjang mereka menerima khidmat kaunseling. Bayangkanlah  jika terjadi perkara-perkara yang tidak diingini dalam sesi kaunseling sehingga menyebabkan emosi dan mental klien terganggu disebabkan oleh kaunselor, maka perkara ini boleh menyebabkan matlamat kaunseling yang dibina di antara klien dan kaunselor tidak akan dapat tercapai. Matlamat utama perkhidmatan kaunseling adalah untuk membimbing klien dalam mencari penyelesaian masalah dan bukannya untuk lebih memudaratkan lagi keadaan klien dengan menyebabkan emosi dan mental mereka terganggu. Oleh yang demikian, etika untuk menjaga kesejahteraan klien ini sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling bagi mengelak kaunselor bertindak yang tidak sepatutnya dilakukan. Etika ini juga membantu ke arah proses menolong secara profesional dimana dengan adanya sikap untuk melindungi klien dan menjaga kesejahteraan mereka dari aspek fizikal, emosi dan juga psikologikal maka perkhidmatan kaunseling yang dijalankan akan dapat dilaksanakan dengan baik dan lebih berkesan.
7.0 Rasional penekanan prinsip etika perhubungan kaunselor dan klien dalam kaunseling
Satu lagi aspek yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah etika berkaitan dengan perhubungan kaunselor dengan klien dan juga ahli profesional yang lain. Etika profesional ini menggariskan bahawa seseorang kaunselor tidak boleh menjalankan perkhidmatan kaunseling dengan klien yang mempunyai pertalian atau hubungan tertentu dengan kaunselor, jika perkara itu berlaku kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada ahli profesional yang lain. selain itu, kaunselor juga harus mengelak hubungan hubungan dua hala (dual relationship) dengan klien yang boleh mempengaruhi penilaian profesional ataupun apa-apa yang boleh menyebabkan risiko kemudaratan kepada klien (Pack-Brown & Williams, 2003). Sebagai contohnya disini kaunselor terlibat dengan perhubungan intimasi dan seksual dengan klien. Dalam etika profesional seseorang kaunselor tidak boleh mengadakan sebarang interaksi dan hubungan peribadi dengan klien ataupun mana-mana ahli keluarga klien dalam jangka masa selama lima tahun selepas perkhidmatan kaunseling terakhir dilakukan. Selain itu terdapat juga etika lain yang melibatkan perhubungan di antara kaunselor dengan klien, antaranya ialah kaunselor tidak boleh terlibat dengan aktiviti yang memberi kepentingan kepada mereka seperti terlibat dengan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh klien.
Dalam hal ini terdapat rasional mengapa etika ini ditekankan oleh kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling. Salah satu perkara yang menyebabkan etika ini rasional ditekankan ialah jika klien yang datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling tersebut adalah merupakan ahli keluarga, saudara mara dan orang-orang yang dikenali seperti sahabat handai maka hal ini sudah tentu akan mempengaruhi pertimbangan kaunselor secara profesional ketika melakukan sesi kaunseling. Begitu juga halnya pertimbangan wajar sebagai seorang kaunselor juga akan terganggu jika mereka terlibat dengan sebarang perhubungan emosi (percintaan) dan seksual dengan klien, apabila keadaan seperti ini berlaku sesi kaunseling yang dijalankan cenderung akan berubah kepada suasana romantik yang mana ia boleh mempengaruhi pemikiran dan emosi kaunselor. Keadaan seperti ini boleh lari daripada prinsip profesionalisme yang dipegang oleh seseorang kaunselor, sebagai akibatnya perkara-perkara seperti ini boleh menjejaskan matlamat proses kaunseling.
8.0 Penutup
Secara kesimpulannya dapatlah dijelaskan bahawa penekanan etika profesional dalam perkhidmatan kaunseling boleh membawa kepada manfaat penting kepada pihak-pihak yang terlibat dalam proses kaunseling iaitu kaunselor, klien mahupun kepada ahli-ahli profesional lain yang berada dalam bidang profesion kaunseling. Etika yang digariskan dalam kaunseling secara amnya bertujuan untuk memastikan perkhidmatan kaunseling dapat dilaksanakan dengan baik seperti mana matlamat kaunseling yang sepatutnya yang ingin dicapai. Selain itu, etika profesional yang ditekankan juga adalah bertujuan untuk mengurangkan kesilapan-kesilapan biasa yang dilakukan oleh kaunselor yang mana ianya boleh menggangu proses perjalanan dalam memberikan perkhidmatan yang dilakukan secara profesional. Oleh sebab itulah terdapat rasionalnya mengapa etika-etika profesional ini perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat dalam perkhidmatan kaunseling.    
Rujukan
American Counseling Association (ACA). (2005). ACA Code of Ethics. Diterima pada — Februari 2011, daripada http://www.counseling.org.pdf
Fisher, C. B. (2003). Decoding Ethics Code.  Utd. States: Sage Publications, Inc.
Francis, R. D. (2009). Ethics for Psychologists. (2nd ed). United Kingdom: BPS Blackwell.
National Career Development Association (NCDA). (2007). Code of Ethics. Diterima pada — Februari 2011, daripada http://www.ncda.org/pdf/EthicalStandards.pdf
Pack-Brown, S. P., & Williams, C. B. (2003). Ethics in a Multicultural Context. Utd. States: Sage Publications, Inc.
Professional Counselling. (2010). Etika Kaunseling: Kepentingan dan Pengunaannya. Diterima pada — Februari 2011, daripada http://www.i-counsellor.com/assets/docs.pdf
Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof. (2002). Kaunseling Individu. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Disediakan oleh:
A. Rahman A. N. (Februari, 2011).

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Sunday, February 17, 2013

Permulaan yang tidak baik?

Assalamualaikum

Well,today is my first day,Woohooo ! Hewhew xyh nak wohowoho sgt lah xde sape kot yg suka duduk berjauhan dgn family. Kan? Anyway.. ini bukanlah first day i tinggal dgn mak mentua or apa,tp biasalah, i am a still student and yeahh, have to lah masuk U balik. Kannnnnn.

Everything is fine until lah dekat2 nak sampai UPSI,i mula x sedap hati bila semua org turun KHAR baru, KUO baru, KZ, KAB, except me. Huhu.  Untuk maklumat lebih lanjut, i tempek kan printscreen dari fb i boleh? Hee.


Teruk sgt x kalau i kate ini adalah permulaan yang tidak baik?

Hmm. Tapi, dont worrry be happy lah sbb baggage i dah jumpa pun. Adam tlg cari kan. (i tag benda yg sesuai utk dia. hihi) Ada haaaa.. nun kat KZ. Apelah pakcik india tu,pepandai je dia turunkan bagasi i. Dalam tu bukan saja ada maskara,bulu mata palsu pun ada tau takkk. *nampak tak kite cuba nak ckp yg betapa pentingnya benda2 yg x berpaedah nie bg kita. Harr harr harr. 

Lepas dpt bag tu i senang hati sikit so i mula lah kemas2 bilik air.. bilik tido..ruang tamu sapu sikit2.. *sikit2 sbb x licin sapu. Penattt.. 
Kemudian sekali lg i buat sesuatu yg i rasa ia adalah bukan permulaan semester yang baik. I took a sachet of 3in1 nescafe ! Huhu. For what? What for? 

Ia bertindak sebagai minuman yg memberikan tenaga xtravaganza yg mana dapat menjadikan kita lupa akan keletihan fizikal atau kelesuan mata,yakni mengantuk. 
Ye la mau x ngantuk. 8 jam dalam bas dr KB ke TM. Tido2 ayam itik je.  So i need xtra energy. 
Why dont i just go to sleep? 
Ngak bisa dong. Gue nungguin teman2 datengg ambilin barang2 inn. Hehe. Depa sume kena pindah KHAR baru so brg2 depa tumpang letak umah agam indah i nie. So molek kiranya sy x berehat dgn cara tidur sbb kalau tido, ia hny akan memeningkan kepala sj sbb kejap2 sorang mai. Kejap2 sorang mai. Depa mai dgn penuh senyuman. Wahhh . Semua bersemangat nak mulakan sem baru heh. Sem 6 !! Miss u all. Jumpa esok tau?? *tgk lah kalau i rajin g kelas. Biasa minggu pertama nie x g kelas pun xpa lg..kedatangan x ambil ag kan? Heee. We will see baby girls. 

Till then,byep ! ^__^


Result sem lepas? 
Lebih kurang sama mcm sem lepas
lepas 
dan lepas.

Alhamdulillah... xde la membanggakan sgt tp xpnh la sampai menghampakan. Giteww
*yg nie dalam kategori baik.

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Tuesday, February 12, 2013

Jika Fikir Panjang tentang Nikah

Assalamualaikum

Mood : Gedik 
Lokasi : Depan mak
Lain2 : Lihat SHARE/MY



Orang perempuan jika 'berfikir panjang' maka mereka tak akan mahu bernikah 
manakala orang lelaki pula jika 'berfikir panjang' maka mereka akan segera mahu bernikah.

Ini kerana orang perempuan secara alami/fitrah sudah dipersiapkan oleh Allah untuk menjadi  isteri sejak memiliki kitaran haid yang pertama. Apa yang menghalangi mereka ialah perasaan mereka yang menebal. Rasa takut, curiga, risau, bimbang dan ragu-ragu yang jika difikirkan ibarat menambah minyak ke dalam api dengan situasi sekeliling dan persekitaran yang tidak membantu akan menyebabkan mereka menjadi takut untuk bernikah dan menjejakkan kaki ke alam baru. 
Sebab itu gadis yang tidak berfikir panjang cepat sahaja mahu bernikah kerana 'cinta' akan membius  dirinya sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

Manakala orang lelaki pula kebiasannya sukar hendak memulakan langkah untuk bernikah kerana  selesa membujang dan enggan memimpin atau bertanggungjawab.
Namun jika mereka berfikir panjang, mempunyai cita-cita maka kehadiran isteri sangat membantu diri mereka berdisiplin dan membina hidup yang stabil maka mereka pun akan segera mahu bernikah !



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Tuesday, January 29, 2013

3 Kata Rindu

Assalamualaikum semua.. :)

Rindu rindu rinduuu !!!

Itulah 3 kata yg sesuai utk aku ucpkan kpd bloggers n readers sekalian.. Tp rindu yg pertama tu is for my blog nie. Ala,blog Rama2.

Alhamdulillah sy skg kt kg halaman. Wakaf Bharu Kelantan. Td petang baru sampai setelah 7 jam perjalanan dr Tg. Malim,Perak. Td masa otw balik, 3 kemalangan yg sy lihat. Hmmm. sgt bahaya jalan nok kelik kelate nie weiii.. Hati2 bwk kereta or moto hatta sikal pun. Ingtlah Rara tersayang.*eh?! (Lihat kereta  DI SINI

Anyway kepulangan kali ini sgt lain mcm sbb
sbb
sbb
Muka akuuuuuuuuuuuuuuu.
Heee. Muka ai ''cantik gilew'' u know? Kalah Tyra Banks. Kalah teruk Naomi Campbell.
Sbb yelah mau x tan, 4 hari di river. Fasi gitewwwwwwwwwwwwwwwww. Malas nak cite pnjg sbb lapar nasik skg nie.



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Tuesday, January 22, 2013

6 Pesanan Buat Isteri

Assalamualaikum semua.. :)


Info : 6 Pesanan Buat Isteri





1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman. Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.


Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts