Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Saturday, December 27, 2014

#Banjir2014 - A status for friends of mine

Assalamualaikum


Alhamdulillah setakat ni air dah surut...(Kebakat) Terima kasih kawan-kawan yang concern..kawan sekolah,kawan U,kawan tempat keje,kawan fb x lupa. Omg bertuah dapat kawan2 mcm korang, xoxo ! ^_^

Not forgotten, I noticed ramai kawan-kawan blogger dah tak upload gambar selfie atau makanan atau enjoy2 event di luar sana.. korang mmg terbaik love u olls ^_^

Sama juga customer2 Irrara Label yg tak marah-marah walaupun dah bank in tapi tak sampai barang. Masing2 faham situasi kat sini dah x boleh buat penghantaran poslaju... Dah elok semua ni kita start semula ya... mood malam td tido lena...dah tak risau air naik tanpa disedari dah hehe... Syukur. Retis sgt status aku. Kisah pulak :P

P/s - Terima kasih kawan2 yg menderma kpd mangsa2 di pantai timur dan negeri2 terlibat. Kita ada nampak di fb,blog,ig,itu yg kita nampak.yg kita x nampak byk lg yg derma kan. Semoga Allah terus memurahkan rezeki kalian. Aminn.

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Wednesday, December 17, 2014

Catatan Matluthfi

Assalamualaikum

Sebenarnya, aku menghadapi sedikit kesukaran dalam mengeja nama matluhtfi ni. Aku harap, aku bukan satu-satunya yang eja nama mathlufi ni salah. Matluhfi. matlufti. Ejaan sebenar adalah Matluthfi. Eh stress la macam ni ! :( huhuu...

Bila dapat tahu beliau (guna beliau untuk make sure tak salah eja nama beliau) keluarkan buku dia sendiri, aku tersangatlah teruja kerana otak aku ni bakal diisi oleh ilmu-ilmu baru lepas ni. haaa. So aku tanpa membuang masa, terus order online buku Catatan Beliau. Masa tu aku tengah scroll facebook, ada iklan yang promote buku catatan beliau ni. So dengan pantas dan tanpa berfikir,  terus bank in dan beberapa hari kemudian, alhamdulillah sampai jua buku idaman. Ekceli, bukan nak perasan tapi aku ni memang jenis suka membaca weh, cuma kalau buku untuk final exam je aku malas sebab buku tu terlalu sarat dengan ilmiahnye, jadi aku tak rasa otak aku mampu menyedut semua ilmu yang ada dalam buku ilmiah tu. Tapi untuk buku mat beliau ni, aku baca, khatam, ulang baca, ulang khatam banyak kali sebab dia ada humor dan tarikan serta gaya bahasa tersendiri. Heee..

Muka depan buku Catatan Matluthfi
Catatan Matluthfi sudah berada dalam genggaman !
Catatan Matluthfi
 Kalau korang nak tahu, aku pernah la tulis pasal  Matluthfi ni kat blog ni.. masa tu dia datang UPSI. Yeayyy suka angat tapi aku tak boleh pegi :( tapi takpe, bacalah kalau sudi mat-luthfi-di-upsi dan anwar-hadi-di-upsi.


 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Sesi Photoshoot dengan Utusan Malaysia

Assalamualaikum

Julai yang lepas, Rara telah pun diberi peluang untuk featured dalam akhbar Utusan Malaysia bagi kolumn Blogger Pilihan. Alhamdulillah, 4 tahun jadi blogger baru kali ini 'diintai' . Tau ? hehe. Sesi photoshoot dengan Utusan Malaysia ini dikendalikan oleh Encik Rosni. First time jumpa, dia profesional dan senang dibawa berbincang mengenai 'pose' yang dimahukan. Maka, sesi photoshoot berjalan dengan lancar tanpa masalah.

Pada hari sesi photoshoot ini, Rara ditemani oleh BFFs iaitu Mariatul dan Arif. Terima kasih BFFs,kalau tanpa u olls, i olls mesti kekok2 sebab tak biasa lagi shoot dengan orang lain. Kalau ada korang tak pe laa.. hilang sikit rasa segan tuh. Walaupun Rara engkorang ni bukan dalam kategori pemalu pun. Hee. TQ,

Arif ni memang seorang jurugambar sebenarnya, Rara pernah shoot dengan dia beberapa kali. U all boleh check di page blog Rara ni dalam  | Photo_shoot | Jadi, dia pun shoot Rara sekali lah :) Suka-suka katanya. Lagipun mariatul pula memang seorang talent/model. Memang tak rugi lah bawa kamera kan.. jom photoshoot !

Gambar-gambar di bawah adalah gambar dari kamera Arif. Rara tak ambil salinan dari kamera Encik Rosni sebab segan dan taknak nak menyusahkan dia, lagipun ia adalah hak cipta terpelihara... haaa... kalau dengan Arif ni, awal-awal lagi dah minta izin.

Jurugambar : Arif 
Lokasi : Taman Perbandaran Tengku Anis Kota Bharu 





Kemain kau..Rara...
haha.. 

Kemudian this part more interesting.. shoot dengan adanya BFF di sebelah. Cantik kan budak Mar ni. heee. 




 Happy moment it is ! 

So inilah papernye..hehe.... nanti kalau ada masa, Rara akan tempekkan lagi picture yang zoom gambar Mar dengan Arif. Di entry yang lain so that ia nampak dua org bff ni sangat istimewa sampai Rara sanggup buat entry khas untuk mereka ! hehe.. wait n see yea.




Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Friday, December 12, 2014

Tak sabar nak posting, rindu nak jadi cikgu di sekolah !

Assalamualaikum


"Sedar ataupun tidak, dah 6 bulan Rara tamat pengajian di UPSI. Alhamdulillah, walaupun sekarang belum di 'posting' kan ke mana-mana sekolah, (interview pun belum panggil lagi)  sekurang-kurangnya kak Rara engko ni tak duduk saje kat umah ternak lemak tau. Dia jadi cikgu tuisyen di Pusat Tuisyen Masyarakat di KB dan personal tuition teacher bagi sebuah keluarga secara private" -  copy paste dari entry Rara yang lepas :) semasa menulis entry throwback photoshoot-geek

Oh well, itulah yang ingin dibicarakan pada hari ini. Rindu weh kenangan jadi cikgu praktikal dulu-dulu. Rindu sangat. Walaupun banyak cabaran dari pihak atasan dan tekanan kerja yang melampaui kemampuan, sekurang-kurangnya ia adalah sesuatu yang berharga dan akan dikenang sampai bila-bila walaupun tak mahu mengulanginya lagi... haha.. tak mau dah jadi cikgu praktikal.. nak jadi cikgu tetap.. at least kalau dah jadi cikgu tetap, kita akan tahu di mana tempat kita berdiri. Siapa kita di mata guru-guru lain dan sebagainya. Oh my god, i can't wait ! :) Seronok jadi cikgu ni.. you all.. suka tengok pelajar happy,pandai,nakal,bersungguh-sungguh,main-main, macam-macam lagi lah. Tapi ada jugak orang kata tak seronok kan? Iyalah, minat dan kecenderungan masing-masing kan, so what can i do.. :) Mungkin dari kecil lagi aku dah pasang cita-cita nak jadi guru, sebab tu aku kata seronok kan, yalahh sebab aku minat ! 

Syukur sebab dah konvo 3 bulan lepas dan genggam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling pada umur 24. Namun, belum capai tahap puas lagi aku ni.. aku harap aku dapatlah posting pada tahun 2015 nanti. Kalau tak ada rezeki, harap-harap 2016 lah yer. Bukanlah aku ini seorang graduan yang pasif dan hanya menunggu posting KPM semata-mata, tapi, ia memang dah menjadi cita-cita aku...so aku kenalah tunggu dengan sabar dan bergantung harapan sepenuhnya pada Allah S.W.T.. harap-harap cepatlah keluar tarikh temuduga posting ni. Aku nak lulus, dan aku nak dapat penempatan. Bagi rakan-rakan graduan upsi, jom kita sama-sama doa agar kerajaan cepat-cepat selesaikan masalah yang berlaku dalam pentadbiran mereka... so that penempatan kita akan dapat disusun dengan cantik. Aminnn...amin...... 

Tapi kalau dah tak ada rezeki... emmm xpela...redhoooooooooooooooooooooooooo... huhu. Kerja lain banyak lagi kat Malaysia ni, asalkan kita (aku ni) tidak terlalu memilih dan produktif serta proaktif ! yeahh :)   Cuma buat masa sekarang, doa haruslah tidak putus jika kita benar-benar inginkan penempatan itu.. Semoga di perkenankan oleh Allah S.W.T .. amin.. 

AWAS gambar di bawah adalah contoh guru yang belum peka pada etika seorang guru. Beliau tak pakai nametag. Nasib baik pengetua tak ada. Meeting. TQ 

"Cikgu ! orang sana makan dalam kelas" 
Oh..yang ini.. X-Y..
Y jatuh...




Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Feedback - Nutrigoat Miracle 8 | Susu Sedap

Assalamualaikum

Review produk | Feedback - Nutrigoat Miracle 8 | Susu Sedap | Bulan ramadhan yang lepas adalah kali pertama Rara diperkenalkan dengan minuman susu nutrigoat ini. Pada mulanya terasa 'berat hati' nak minum sebab minuman ini sah-sah susu, dan sangat jarang Rara engkau ni nak minum susu.... hehe... Tapi disebabkan kawan-kawan blogger cakap susu nutrigoat miracle 8 ini sedap, maka terpengaruh jugalah Rara ingin mencubanya. Alhamdulillah, sesungguhnya rasa susu nutrigoat ni lebih sedap dari yang engkorang bayangkan... hehe. Serius babe ! Susu ini semua peringkat umur boleh minum, cumanya jika anak-anak seawal umur 2 tahun kebawah, kita galakkan ibunya yang minum.., jadi anak-anak boleh menikmati khasiat susu ini  melalui zat ibu sendiri.

Bila sebut susu kambing, mesti terbayang tentang bau hamis, hanyir, dan macam-macam lagi kan? Haaa..itula.. you all tak tahu.. silap tu persepsi itu dah kuno yer..tak boleh diguna pakai dah, sebab susu nutrigoat miracle ni bebas dari sebarang bau dan bebas juga daripada sebarang rasa yang pelik-pelik. Yang boleh dijamin, hanyalah kesedapan yang membuatkan sesiapa sahaja yang meminumnya akan menjadi 'ketagih' nak lagi.. dan lagi.. benar ! 



Nutri Goat Miracle 8 ini  merupakan minuman kesihatan yang sememangnya berasaskan susu kambing dan kombinasi zat 8 makanan sunnah seperti kurma, kismis, habbatus sauda dan sebagainya. Complete dalam 1 sachet. Berbaloi bukan ? Cubalah !

Kebaikan mengamalkan Nutri Goat Miracle 8

Merendahkan kolestrol
Memberi tenaga kepada ibu mengandung
Mengurangkan risiko jaundice pada bayi
Sumber kalsium yang tinggi
Melawaskan perkumuhan
Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
Menguatkan sistem imunisasi
Meningkatkan daya ingatan dan fokus
Menambahkan susu badan 
dan sebagainya 



Bagi Rara sendiri, setelah mencuba susu Nutri Goat Miracle 8 ini , perubahan pertama yang dapat dilihat adalah ia dapat mengurangkan insomnia - kesukaran tidur pada waktu malam. Kalau sebelum ni Rara sering tidur lewat sebab tak terlena, padahal memang niat nak tidur tapi tak boleh. Lepas minum susu ni, sekejap saja dah boleh tidur. Serius.... so tidur memang tiptop dan bila bangun pagi, badan rasa ringan dan segar, terbaik dari ladang giteww.. Alhamdulillah,dapatlah subuh yang sangat berkualiti. Siapa yang tak nak oiiiiii :) 
Jadi sejak itu Rara amalkan Nutri Goat ini sampai sekarang. Walaupun kadang-kadang terputus bekalan sebab tak dan duit, tapi bila dah dan duit, memang beli lah susu ni. Yummmyyyy ! InsyaAllah ia dapat menambahkan kalsium dalam badan ni. Rara kan kurus sangat, elok sangatlah kan minum susu ni. 

Rara nak syorkan kepada rakan-rakan dan pembaca semua, kalau nak ubah gaya pemakanan/minuman kepada gizi yang lebih sihat, cubalah Nutrigoat Miracle 8 ini ya ? Nanti kalau dah cuba, jemputlah komen disini and bagitau maklum balas u all kalau sudi. Ehem2. Till we meet again, xoxo :) 

Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh lah langsung hubungi admin di :


Contact : 019-3497868

selamat mencuba ! 



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts