Friday, April 20, 2012

Setiap gambar ada puisi :)

Assalamualaikum

Tekadlah kau pada hati
jangan dituntut walaupun janji
Allah itu sengaja menguji
Yang lemah cukup lemah
tidak terkecuali.


 Biar yang pedih di mata itu pasir
jangan sampai tembus ke dalam dada
percaya tidak mampu melawan takdir
teruskan lah.. dengan kudrat sekuat
kuatnya


renunglah lihat angin yang tak nampak
bukan alam maya bukan juga nyata 
kau pejam saja mata sebenarnya ada dalam gelap bila kau pejamkan kelopak
mata 1 mata 2
kedua-dua mata yang kau ada
mata hati.
mata semata-mata
nanti kau..usah di buka kerna belum tiba masanya
sabar 
melangkahlah setapak 
setapak
 bukan masanya untuk gentar


bertanyakan apa alasan ditunduk sebuah ego
ah,kalah kau 
sampai ke kaki jatuhnya
soal lah apa kau dapat wahai rasa yang boleh binasa
rosak kerana rasa yang ego kau lupa

gagal sekali tidak bermakna kita tak kan gagal lagi sekali
ketawa 
aku cabar mereka yang berkata-kata
mampukah mendongak ke langit kalau bukan melihat matahari?
kenapa tidak kau renungkan mata tanpa kau angkat kepala
tataplah matahari
mungkin kau akan lihat sinarnya
sehingga kau buta kerana seri
 mencebik kepada diri 
mana pergi keyakinan diri?
kenapa diturunkan pandangan mata 
kurang berani menanti yang tersedia untuk kita?
pergi.. larilah mengejar harta
harta yang ingin kau puja
harta apa bagimu itu rahsia
sehingga kau rasa apa yang aku rasa
berkenaan dengan harta


andai berdiri jangan kau akui
kekuatan diri tidak selalunya akan pergi 
supaya sedar kita ini sebenarnya dimiliki
Maha Pencipta belum panggil mengadapnya kembali
gigihlah berdiri dengan kedua kaki
andai jatuh ini masanya manfaatkan satu-satunya kaki.
  
gambar dah delete :p

No comments: