Assalamualaikum
Tuhan…
Dia sangat sabar.
Menyekat kemarahan ku tika aku marah di meja makan di
restoren kerana pelayan salah menghantar minuman,
Aku lihat wajahnya yang mula terkial-kial agar marahku tidak
didengari pelayan itu
Memotong bicaraku yang ingin aku lemparkan kepada pelayan
itu.
Menyuruh aku bersabar.
Meminum air minuman yang silap itu dan menggantikan aku
minuman yang baru
Agar aku tidak memarahi lagi
Tuhan..
Dia sabar sungguh.
Memerhatikan pandangan mataku yang akan ku campak pada
pelayan restoren lagi,
Kerana lewat menghantar minuman.
Mengawasi gerak geri aku agar aku tidak bangun atau bersuara
lantang di meja makan,di depan mereka yang ada.
Tuhan,dia sangat menjaga. Dan aku tak pernah lupa
sebenarnya.
Tuhan,kesabaran dia tinggi,
Kala aku diam membatu,
Tundukkan muka namun mataku kupaku atas wajahmu,
Kau mula cuak tak ketahuan hala tuju
Kau takut aku marah padamu
Lalu kau pujuk agar aku redakan apiku
Kau takut aku sepahkan meja makan di depanmu
Sehingga pecah terbengkalai 1 restoren itu
Sebab kau tahu perangai burukku di meja makan,
Kerana engkau selalu bersamaku disitu.
Tuhan,,
Dia sabar orangnya.
Tetap diam walau aku maki beribu yang palsu
Tetap menahan walau aku hamun berjuta ikut rasa
Tetap sabar.
Itu engkau yang tidak pernah minta putus dari aku
Itu engkau yang tak akan melayan aku setiap kali aku minta
putus darimu,
Kerana kau tahu kata putus itu bukan dari hatiku,tapi
bibirku saja yang mengamuk seperti hantu.
Tuhan.. mana kau cipta manusia sesabar itu..
Tidak pernah mengangkat tangan apatah jari terhadapku
Kerana mulut bias tiap kali tidak bersetuju
Aku sendiri rasa aku patut di pukul di palu
Namun kau,masih sabar dengan aku
Engkau yg sabar bila aku buat begitu
Engkau yg sabar bila aku buat begini,
Kau masih sabar
Kau tetap sabar
Kerana aku
Kau rindu selalu.
No comments:
Post a Comment