Tuesday, January 8, 2013

Lalala Isabella Bag House !! :)

Assalamualaikum semua,,

Hai assalamualaikum sekali lagi..Hari ini yaknie pada malam yg indah ini Rara cuma nak buat perkongsian tentang bag. Beg. I beg u. Eh, i bag u. Eh, eyebag. Eh, Isabella Bag House in da hausss ! ngeeeee ^^ Haruslah buat entry sedikit sebanyak sebab secara rasminya ai terlibat dalam pengiklanan Isabella bag house ini walaupun just sebagai model. So, inilah dia !

ISABELLA BAG HOUSE BY KHEL 
Motif nak post, sale !! 
Y.E.S masih berlangsung taww ;p
beg kuliah/kerja 

Semua cantik-cantik kan?? eee,,
Beg ni kan, kalau pegang tanpa tali panjang tu perghh sejibik sebijik mcm CEO. ngeeee
smart kasual 

Beg jalan2,deting,g kedai beli bedak blablabla ;p 


Well,i tell u guys,sepanjang shoot utk beg ini memanglah saya sendiri (memeyy laaa) yang melihat memegang dan merasai bagaimana beg2 ini dan tahap kualitinya, iiiyaa baik,memuaskan dan menepati ciri2 remaja seperti saya. Awww remajakah?? hoho. Jadi mana2 pilihan adalah tepat dan sesuai untuk digunakan plus digayakan. 

Beg jalan2 pun bulih, p kuliah pun bulih, p deting pun xpa org x marah,
p kem ? pun boleh...semua boleh 


 yg nie pun multi function. Sila lah pilih yg mana berkenan di sanubari ye ! 


 Isabella pernah sponsor kami2 utk photoshoot tempoh hari :) 
thanks owner, khel 





Cantik kan cantik kan?? Untuk maklumat lanjut silalah LIKE page Isabella Bag House PAGE untuk pastikan maklumat2 dan update akan sampai kepada anda dgn cepat dan tangkas sebelum org lain grab dulu ! :)

dan follow juga blog dan twitter, cekidaut  Isabellabaghouse.blogspot.com  bag- bag nie kat luar lagi cantik dilihat tau..


Dating Shopping Gathering !

Assalamualaikum

Semalam aku gi shopping. Tapi semalam terbawak kamera yang tak de betri...... Aaaaaaaaa ! Huffffff. Tp xpelah. Sbb semalam mmg shopping semahu-mahunya. Hewhewhew.. Xde masa pun nak bergambar. Jadi, gambar yang akan u guys layan di bawah nie nnt adalah gambar masa my friends and i shopping awal sem hari tu. 
Hari yang sama kite g event Gathering Geng Forever dgn Love Bunga Querida . Jadi layan je lah ea... Heheheheee..

muka dan barang-barang :)


bila laa depa snap yg nie haha =P


Konco- konco kaki shopping 
3. Mastura Rara klik jugak ! SINI 



Seterusnya 

Classmates tercinta nie 










Kalau nak baca yang Love Is Cinta tulis, kat http://hazanis.blogspot.com/2012/09/times-square-1-dating-dan-shopping.html

Kalau nak baca yang Miera Rae tulis, kat http://mierarae.blogspot.com/2012/09/tingg-tongg-bersama-sist0os.html











Siapa Miera Rae? Model n talent tercomeyyy dr Kelantan setanding mek cah. Hee :)
Saya selepas mereka. Boleh laaa dr xde. aummm angkut bakul sikit kuang3.




COPY

Naaaaaaaa. itu saje lah gambar-gambar nye yg larat ai upload. Huhu. Kalau keluar dgn all girls.. mmg mcm nie lah ye.
Sorry lah klu gambar tak tersusun atau tak ikut kronologi. Bila dah byk2 mcm nie rasa mcm fening2 plak nak  susun elok2.

Yang pasti kronologinya mcm nie,
1. Masing2 berkumpul kat times square
2. Bila dah cukup semua, makan dulu GCB sebijik sorang.
3. Mula agenda- Beli barang beli beli
4. Bergambar
5. Beli barang
6. Bergambar
7. Dan aktiviti tu berulang2
8. Cukup masa, Fatin and i skip kejap, pegi gathering
9. Habis masa, kami berjumpa kembali
10. Berkumpul
11. Makan lagi
12. Balik.
13. Hehehehee. bai....

KENAPA LAIN JURUGAMBAR LAIN HARGA DAN KENAPA KOS JURUGAMBAR PERKAHWINAN MAHAL ?

Assalamualaikum

Nah tgk sape nie :)


KOS MASA BEKERJA : Bagi aku ni merupakan perkara paling penting. Kalau majlis bersanding hingga outdoor ia dah meliputi lebih 7-8 jam bekerja. Itu tak termasuk sekiranya shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 8 jam). Kalau photographer part time mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing. Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit dan rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 1 atau 2 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja dari pagi sampai petang. Hujung minggu tak boleh buat editing sebab ada job lain pula. Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga korang?


KOS ALBUM : Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album, re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.

KOS PROFESSIONAL: Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia juga penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran kendalikan kamera, kemahiran editing, pengalaman dan lain-lain. Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang. Anda membayar untuk ‘skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau aku nyanyi lagu Siti Nurhaliza orang nak bayar RM5 pun susah, tapi kalau Siti nyanyi mungkin boleh bayar RM5000 padahal lagu yang sama, haha. Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki. Boleh tak kita cakap alaaa peralatan buat semua ni murah je napa nak cas mahal2? Sebab apa?

Kesimpulannya, ia bukan sekadar harga album. Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada kos sebenar wedding photography. Kerja photographer yang lebih sukar baru bermula selepas selesai sesuatu majlis. Bagi photographer full-time pula, mereka terpaksa bayar kos overhead seperti sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja, kenderaan, tax dan sebagainya. Dari mana mereka dapat duit untuk bayar semua tu? Artikel ini diharap dapat beri sedikit gambaran tentang kos yang terlibat oleh seorang photographer wedding ni. Wallahua’lam.

#copy paste

Sumber : Firdaus Norjaya Photoghraphy

How good is your photoghraphy skills ? See THIS now 


Cantik kan body artis2 nie? Ummm. kite?? hehe. 
Kurus sgt la. Gemuk sgt la. ape2 lahh. 
So bykkan membaca pasal diet. Boleh? 
mulakan membaca maklumat berguna DISINI sekarang. 
ye,sekarang.
Dah tu bila lg????

Soalan Bangang Yang Buat Orang Lagi Bengang !! Ggrrrrrr !!

Assalamualaikum

1)Bila orang nampak anda baring tutup mata....
Soalan: Hyee! tidur ke?
Jawapan: Tak la,aku training mcm mana nak mati nanti...

2)Imagine anda bawa tv anda yang rosak gi jumpa technician untuk repair,dia mesti tanya gak:
Soalan: Nak repair tv ke?
Jawapan: Tak la,aku bosan! so sje aku bwk tv ni jln2.

3)Time anda bangun tidur, dan terus si bendul tu mesti tanya anda:
Soalan: Hyep! da bangun?
Jawapan: Ish,aku tengah tido sambil berjalan-jalan...

4)Kawan anda call phone umah anda dan...
Soalan: Hello?.. Ada mana ?
Jawapan: Kat sini haa ,kat bus stop!!!

5)Diorg nampak anda keluar dari bilik mandi dan dalam keadaan basah-basah..
Soalan: Eh baru mandi ke?
Jawapan: Ehh! Mana ada , Aku jatuh dalam lubang jamban tadi!!!

6)Anda di dalam toilet , pintu berkunci , ada gak orang ketuk pintu dan tanya anda..
Soalan: Ada orang tak?
Jawapan: ( *Suara Kiut* ) Mana ada orang!! Taik yang bercakap ni!!"


Sumber : Sepah  

Harapan_Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalamualaikum


Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana.

Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelusuk dunia Insya-Allah.

Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihanraya umum yang ketiga belas. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan yang akan menyebabkan kita menyesal di hari akhirat. Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar. Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman, Ameen.

- 31 Disember 2012

Puisi untuk emak

Assalamualaikum

Kali nie biar orang yang pegang tangan mak.
Kita lintas lah sama2 jalan rindu nie
Nanti kita patah balik ea?

Org tau mak rindu ayah
gilatakrindu, mak tidur dgn ayah :)
Org rindu ayah,sbb ayah pujuk org makan,kalau org merajuk dengan mak
Orang rindu ayah dengan mak.
Mak tahu x?

Dan orang harap ayah ada dan suruh adik baca ayat jiwa nie depan mak ngan ayah.
Sebab segan la i nak baca depan mak ayah! haha.

Tak. Bukan segan sangat pun..
Tapi alah,ayah bukannya ada lagi.
Ayah dah pergi, lama pulak tu.
x pernah kembali dah lepas orang cium ayah sejuk2.
Masa tu ayah berbalut putih.
Kapan.

Sampai hati ayah kan mak.

Tak ada 1 pun shopping kompleks yang boleh buat org lupa pasal ayah
Tak ada seorang photoghrapher pun yang boleh buat org gembira tanpa ayah
Tak ada sekejap ketika pun orang tak ingat ayah.

Orang tak nak tulis lagi. Orang cuma nak mak tahu, orang sayang dan rindu mak
Dan harap arwah ayah tahu org pun sayang dan rindu kat dia.
Al Fatihah...


Muahhhhhhh . 

Kau ! Tengku Fatin Fadzil

Assalamualaikum

Holo ! Holo holow ! Ahaaa. Nie trademark TFF u know?!


Kenal x dia? kenal x ? Vlogger hot generasi kini. Check la,, channel dia kat youtube.

Sekali kowang tgk video dia, kowang menyampah. 2x tgk video lain pula, naik ewwww please la. 3x tgk video lain pula, kowang akan ase yesss, i admit it. u got that point. Keep do more videos Fatin !! Yeahhh

Yayayaya dah lama aku perasan budak ni ada kat youtube. Aku nampak dia pakai spek gedabak besar. Pastu mula dengar apa yg dia nak ckp,lama2, wah budak nie sweet la :) bila dah suka2 i rasa budak nie lama2 makin cantik. And i rasa one day, dia akan feminin. Alaaa. mcm kite2 ! ^_^


 gigi mahal tuuuu ! =p

#pics copied from her facebook#

To dik Fatin, yes teruskan buat video sbb idea2 budak muda mcm kita2 anda diperlukan dalam arus perdana ini ! Jgn lupa study dulu sebelum ckp kat video jugak ea. Lagi bernasssss. gitewwww.

Her PAGE . Like kalau suka ! mesti suka punyalah :) 

Aku mahu waktu itu , lagi . .

Assalamualaikum

Dan sang suara pun memanggil aku, yang melintas menundukkan kepala meratap bumi,


Sunyikan suara dan laungan mu, bukan watak itu.

Setiap hari aku memandu dengan telinga yang menghirup melodi sama kekal. Sebenarnya roda kereta tidak jejak jalanraya. Kerana aku terbang.

Melayang - layang bersama melodi. Mengangkat aku dari realiti. Untuk lari.

Kalau di bumi, aku tak mampu senyum. Kecuali sedang terbang, sedang lari. Babak - babak dengannya aku heret sekali ke langit.

Waktu itu. WAKTU ITU. Semuanya di dalam waktu itu. Aku mahu waktu itu, LAGI.

Takpalah.
Hati, jangan paksa aku, please.
Zahiriladzim.blogspot



Sepertimana aku melalui kelopak-kelopak  yang basah 
sebab kau enggan memberi senyuman depan aku 

dan aku cuba memaksa agar engkau menuruti rindu aku 
ia tak pernah berhasil kerana cinta itu bukan boleh dipaksa