PROGRAM
YANG DICADANGKAN UNTUK MENGAWAL MASALAH DISIPLIN PELAJAR MELALUI CIRCLE OF INFLUENCE
Dalam
menggunakan circle of influence di
sekolah,atau dikenali sebagai bulatan pengaruh, terdapat banyak program yang boleh
dijalankan untuk mengawal masalah disiplin di sekolah. Antaranya ialah dengan
melaksanakan program e-disiplin di sekolah.
Program ini dinamakan Sistem Kawalan Disiplin Murid (e-Disiplin) dengan
objektifnya memastikan
pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya
kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan.
KONSEP
Sistem
ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan mengawal
tingkahlaku pelajar.
Dalam menggunakan kaedah circle of influence, peranan semua warga sekolah dari organisasi
atasan hingga terbawah amat diperlukan. Pertama
sekali,dalam kalangan guru-guru di sekolah sama ada guru yang memegang jawatan
pentadbir sekolah atau guru biasa,mereka perlu menjadi guru disiplin dalam
pelaksaan dasar dasar ‘semua guru adalah guru disiplin’. Oleh itu,tidak boleh
timbul isu terdapatnya guru yang tidak mahu mengambil berat mengenai disiplin
pelajar sekolah atas alasan mereka tidak memegang jawatan dalam bahagian
disiplin atau sebagainya. Semua guru akan bertindak sebagai guru disiplin di
sekolah itu. Untuk merealisasi dan melaksanakan dasar ini,dasar ”Semua Guru Adalah Guru Disiplin”
adalah yang paling penting .maka semua guru dipertanggungjawabkan untuk
memantau salah laku pelajar sepanjang waktu persekolahan.
Kedua,dalam
menggunakan peranan dan pengaruh guru kaunseling, Pemantapan kerjasama dan
tindakan antara guru disiplin dan guru bimbingan dan kaunseling harus
dikukuhkan lagi dengan perjanjian atau usahasama dalam melaksanakan e-disiplin ini.Guru bimbingan kaunseling
dan guru disiplin harus bekerjasama kerana dalam disiplin sekolah
ini,masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Guru kaunseling juga boleh
menjadi guru disiplin seperti pelaksanaan pertama namun haruslah sentiasa
menitikberatkan soal etika dan kemahiran kaunseling dalam menguruskan diri
sebagai guru disiplin kepada pelajar sekolah. Hal ini akan memberi gambaran
kepada pelajar bahawa guru kaunseling juga tidak akan bersekongkol dalam
masalah disiplin yang dilakukan mereka.
Sistem e-Disiplin merupakan satu kaedah
pemarkahan (merit & penalti) secara automasi yang berfungsi sebagai satu
instrumen bagi mengukur, mengesan dan mengawalselia prestasi disiplin pelajar
dan berperanan sebagai panduan bagi merangka langkah-langkah intervensi dalam
pengurusan disiplin yang mantap di sekolah.
PELAKSANAAN
Sistem Pemarkahan
Maksud ’markah’ dalam e-Disiplin adalah markah penalti dan markah merit yang
diberikan kepada seseorang pelajar. Markah penalti diberikan bagi kesalahan
yang dilakukan manakala bagi setiap kebaikan atau kerja amal yang dikenalpasti,
pelajar akan mendapat markah merit. Markah ini diberikan bukan sebagai satu
bentuk hukuman malah ia bersifat sebagai petunjuk atau indikator bagi tujuan
mengawalselia tingkahlaku pelajar.Pihak sekolah yang bertanggungjawab untuk
memberi markah dan penalty kepada pelajar adalah pihak guru,warden
asrama,pembantu sekolah,pengawal keselamatan, dan dibantu oleh pihak am seperti
staf,pekerja kantin,dan tukang kebun tetap sekolah. Ini dinamakan cirlcle of
influence yang mana semua pihak terlibat dan mempunyai peranan yang akan
bertindak untuk mengawal masalah disiplin tersebut. Oleh itu,semua guru dan
pihak yang berkuasa dalam member penalty dan merit ini akan diberi borang saman
tersebut untuk dikeluarkan kepada pelajar yang bermasalah itu tepat pada
masanya atau selepas berbincang dengan guru-guru.
Peruntukan Markah
Dalam pemberian markah penalti dan markah merit,pelajar-pelajar yang
didapati melanggar peraturan sekolah akan diisu atau disaman dengan ’Borang Salah Laku’ (BSL) atau lebih
dikenali sebagai ’Saman Disiplin’ oleh
guru-guru dan pihak yang diberi kuasa di mana sahaja mereka berada dalam
kawasan sekolah dan markah penalti akan
diberikan mengikut kadar yang ditetapkan iaitu sebagai contoh 3 markah bagi
kesalahan ringan, 5 markah bagi kesalahan sederhana dan 10 markah bagi
kesalahan berat. Manakala bagi setiap kebaikan atau kerja amal yang
dikenalpasti, pelajar akan mendapat markah merit. Setelah mencapai jumlah
markah yang ditetapkan, sistem akan secara automatik memaparkan peringatan bagi
mengeluarkan Amaran 1 Amaran 2 dan seterusnya sehingga Amaran 5 iaitu Buang
Sekolah.
Sistem
Permarkahan dan Tindakan Sekolah
mengikut Sistem e-Disiplin yang akan digunakan adalah seperti berikut. Ia akan
digunakan di semua sekolah yang menyokong program e-dispilin ini dalam hasrat
membantu mengawal masalah disiplin pelajar di sekolah. Sewajarnya semua sekolah di Malaysia
terutamanya menggunakan sistem atau program ini kerana selain daripada kaedah
baru dan berkesan,ia member banyak impak positif kepada pelajar di mana mereka
akan berlumba-lumba untuk mendapatkan merit dan akan berasa malu apabila
dikenakan saman atau penalty terutama apabila kesalahan mereka ditangkap di
hadapan pelajar-pelajar lain. Sebagai pelajar juga kita sedia tahu mereka juga
tidak menginkan untuk mengumpul surat penalty yang mana mereka sedia tahu
mereka akan dikenakan tindakan susulan mengikut markah penalty yang mereka
lakukan sepanjang mereka berada di sekolah tersebut.
Selepas
memahami pelaksaan program dalam mengawal disiplin pelajar di sekolah itu, proses kawalan disiplin juga perlu
dilaksanakan untuk melengkapi program e-disiplin
ini.
Rajah jumlah markah (kes disiplin) dan tindakan terhadap pelajar |
Proses
kawalan disiplin pelajar terdiri daripada :
1.
Kerja Amal
Pelajar-pelajar
yang melakukan salah laku disiplin dan telah diberi amaran akan diberikan suatu
bentuk kerja amal yang bukan bercorak hukuman, sebaliknya untuk memberinya
peluang memperbaiki dirinya agar berkelakuan positif.Contohnya,mereka di
kenakan tugasan kerja amal seperti membersihkan taman sekolah atau mengemas
buku di perpustakaan. Walaupun mereka dikenakan penalti, dasar ini member satu
tugas positif untuk mengubah tingkah laku langsang yang mereka lakukan dengan
tugas yang positif.
2.
Bimbingan dan Kaunseling
Pelajar
yang bermasalah disiplin ini harus di beri satu atau lebih sesi kaunseling
untuk mengenal pasti punca dalaman mereka yang membuatkan mereka melakukan
kesalahan disiplin. Bimbingan dan kaunseling ini akan diberi kepada semua
pelajar yang melakukan kesalahan yang sama atau berulang-ulang atau yang kerap
dikenakan penalty agar dapat mereka mengubah tingkah laku dan member peluang
kepada mereka untuk berkongsi masalah sebenar mereka. Semua pelajar yang
membuat kesalahan berhak diberi kaunseling untuk memastikan perubahan tingkah
laku mereka ke arah yang lebih baik.
3.
Program Intervensi
Program
ini adalah rentetan daripada selepas pelaksanan program e-disiplin di sekolah
iaitu untuk memberi peluang yang secukupnya kepada pelajar yang terlibat dalam
salah laku disiplin, Program tersebut adalah program yang melibatkan pembangunan sahsiah
diri secara sistematik. Antara program intervensi yang boleh dilaksanakan ialah
contohnya seminar kesan merokok, menjalankan
forum yang melibatkan pelajar bermasalah ini supaya mereka yang
melakukan disiplin ini nampak kebaikan dan keburukan tingkah laku mereka , kem
jati diri yang mencabar emosi dan minda mereka,lawatan ke rumah kebajikan,pusat
serenti, pusat pemulihan akhlak, pusat rawatan dadah atau rokok, penjara,
sekolah Henry Gurney dan sebagainya.
Kesimpulannya,sekiranya
cadangan ini dijalankan di semua sekolah, ia akan membawa kepada progress yang
baik kepada sekolah dan sekaligus kepada pelajar. Telah banyak program lain
yang dijalankan namun tidka membuahkan hasil yang memberangsangkan jadi dengan
adanya langkah baru yang mana program e-disiplin ini,diharapkan ia akan banyak
membantu para pelajar dan sekolah.