Assalamualaikum
AWAS : 360
1. Ingat Bahawa Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah
Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda
berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap.
Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana
terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan
ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.
Sesetengah orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana
terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang
menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan
kakitangan.
Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka
terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak
menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini
sebagai satu hakikat hidup seharian.
2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad
Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.
Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang
melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik
kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang
menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu
kejayaan secara perlahan-lahan.
3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif
Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang
kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang
dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang
menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah
diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang
panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.
Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.
4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda
Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang
berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah
dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.
Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru
yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya
hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian
kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga
boleh berjaya dalam hidup.
Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia
sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.
5. Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah
Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang
tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan
balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah
yang melanda diri sendiri.
Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat
anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung
kepada diri anda.
6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif
Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun
dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak
balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia
bukan satu perkara yang mudah.
Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi
masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif
yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan
keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?
Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.
Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat
untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka
dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika
mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara
undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis
oleh mahkamah.
Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya".
Penulis menemui jawapan ini dalam buku "Tough Times Never Last, But
Tough People Do" oleh Dr. Robert H. Schuller dan ingin berkongsi dengan
semua pembaca tentang bagaimana untuk menuju kejayaan. 6
petua ini dipetik daripada buku tersebut.
Sumber : Artikel iluvislam.com