Thursday, August 28, 2014

Feedback : Cool Hijab Hair Serum

Assalamualaikum

Dah dua minggu lebih Rara guna serum rambut Cool Hijab ni. Sejak dari kali pertama pakai di entry ini
sehinggalah hari ini , feedback Rara masih sangat berpuas hati.. :) Serius. Boleh dikatakan, setiap kali nak keluar dari rumah pada waktu siang hari, Rara akan sapu dulu kulit kepala dan rambut nie dengan serum Cool Hijab. Bukan apa, serum ini seolah-olah sebagai persediaan buat Rara untuk menghadapi hari-hari yang panas sejak akhir-akhir ni.


Kebetulan, sekarang nie Rara sibuk dengan bisness tudung  #SupportGazaShawl maka hampir setiap hari jugak la Rara guna serum nie untuk keluar untuk pos shawl, jumpa pelanggan, beli kain dan sebagainya.. Dengan mengamalkan dua titis serum rambut Cool Hijab ni, letih-letih pun masih segar je kulit kepala. Alhamdulillah. 

Kelebihan yang paling Rara jatuh cinta sangat dengan serum Cool Hijab nie adalah apabila cuaca panas dan kepala berpeluh, ia akan kembali bertindak menyejukkan kepala.  Bau wangi pula tahan lama, lepas bukak tudung boleh bau harum je rambut..Feeling princess sangat i olls :P


FUNGSI / KELEBIHAN COOLHIJAB 



RAMUAN / KANDUNGAN COOLHIJAB HAIR SERUM 

Baiklah, secara keseluruhannya, disini Rara nak senaraikan feedback Rara sendiri selepas 2 minggu mengamalkan serum rambut Cool Hijab nie.

1. Rasa sejuk/berangin selepas beberapa saat pakai serum Cool Hijab. Selesa ! :)
2. Bertindak sebagai minyak angin apabila pening kepala akibat cuaca panas. Lega :)
3. Rambut jadi lebih lembut
4. Rambut jadi wangi


Terbaik..... ! Thumb up

Sunday, August 24, 2014

Photoshoot Gaza Shawl

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Photoshoot Gaza Shawl terbaru ini menandakan saya masih dengan #suportgazashawl. Dalam instagram saya @masturarara , hari2 ada update terutama bila tengah pakai shawl ni.

Entry #supportgaza shawl sebelum ini --> Support Gaza Shawl ~ Ekspresi Sokonganmu.

Tak sabar nak tunggu hujung bulan ni. Sebahagian hasil daripada pembelian anda semua, kita kumpul siap-siap untuk didermakan kepada saudara islam kita di Palestin sana. Semoga lancar jawapan kita bila Allah soal di akhirat nanti :) Walaupun sumbangan kita tidaklah sampai mampu sediakan rumah baru untuk setiap mangsa, tapi bila kita ikhlas, nilai keikhlasan itu lah yang Allah kira nanti. InsyaAllah. 

Tadi tengok berita, hari ni Zionis bedil apartmen kediaman penduduk. Wanita, kanak-kanak, orang awam... cedera parah...ada yang terbunuh. Dimanakah sifat kemanusiaan Zionis???

*************************************

Buat mereka yang ingin turut sama membeli dengan Rara sambil menderma kepada penduduk Palestine yang memerlukan, bolehlah usha gambar di bawah untuk lihat shawl yang Rara jual ni. 

Pengumuman : #Support Gaza Shawl dibuka untuk tempahan secara borong. Semenanjung Malaysia, Sabah Sarawak, Brunei dan Singapura. Terima kasih kerana menyokong kami.


Material : Chiffon High Quality
Harga : RM39 tidak termasuk postage
Postage : RM6
C.O.D : Kota Bharu & Wakaf Bharu
Berminat? Whatsapp/sms 01127799383
Selamat menderma..

Labuh ~ Selesa
#SupportGazaShawl ~ Ekspresi Sokonganmu

Kredit gambar 
Photographer : @domeyleo
Facebook : Domey Leo 
Contact : 016-9449377 sms/call/whatsapp for detail.
#displaymoment #domeyleophoto



Friday, August 22, 2014

Perbezaan 2010 & 2014 - Mastura Rara

Assalamualaikum

Buat makluman diri sendiri, aku telah pun tamat pengajian peringkat ijazah pada dua bulan yang lepas ! Namun terlalu banyak perkara yang menarik perhatian aku sebelum ni sehinggakan aku hampir lupa untuk mengucapkan syukur pada Allah S.W.T yang selama ini telah dan selama-lamanya akan menjaga aku sehingga berjaya juga aku habiskan pengajiaan selama 4 tahun di UPSI, Perak..

Alhamdulillah.. Kalau adik-adik nak tahu, lepas saja tamat pengajian, u all akan rasa ringan otak semacam jer…hehe… mungkin sebab sudah tidak perlu lagi menyimpan sebahagian daripada bahagian dalam otak ni untuk perkara-perkara ilmiah. Mungkin?! Dah tak perlu risau tentang assignment yang banyak, dah tak perlu jimat duit agar tidak makan megi di hujung semester, dah tak perlu belajar untuk test dan exams, dan yang paling lega buat aku, dah tak perlu risau akan keadaan dan kesihatan keluarga di kampung…. J 

Malam ni rasa teruja sangat nak share gambar diri sendiri pada minggu pertama di UPSI sewaktu 2010 dan gambar minggu terakhir di UPSI pada 2014.Jeng jeng jeng…. Hahaha

-2010-
Hi ! Sy junior. Baru je lepas minggu suai kenal. Hai UPSI




-2014-
Hi ! Saya senior. Lepas submit tesis ni, balik kampung. Bye UPSI



                                                  
                                                    2010                                                             2014


Tudung
Shawl. Cara pakai shawl ada 1 jer. Maklumlah, style shawl baru mula menular dalam kalangan remaja masa ni.
Masih suka pakai shawl sampai sekarang, cuma dalam gambar ni pakai bawal sebab masa ni nak pegi jumpa pensyarah, hantar thesis. Boleh je pakai shawl, tapi rasa macam tak formal. (Alah macam pakaian formal sangat =p) Innocent sangat depan lect, bertudung bawal brooch kiri kanan chu olls. 

Kening
Cukoq. Waaaaaa pasaipa dulu aku tak tau kata cukoq kenin tu harem? -_- jahilnya !!
Dalam gambar ni kening asli, tapi dalam gambar lain di instagram, kening mcm shin chan, ikut trend konon.

Muka
Jerawat. Sebab hormone tengah sesuaikan diri dengan tempat yang baru, air paip baru, makanan baru, semua lah baru
Tak ada jerawat. Sebab amalan pemakanan yang baik, pengambilan Emilay Clear Spot secara berkala, dan emosi yang stabil. Tapi ada black head atas idung.

Weight
4*
3*

Favourite Colour
Pink !
Masih obsess dengan pink namun tahap yang boleh dikawal.

Shoes
Kasual pink B.U.M equipment
Crocs pink RM9.90

Handbag
Black. My mother belikan.
Pink. Dapat percuma lepas jadi model bag untuk bisness online orang

Handphone
Pink. Nokia
Still Pink. Nokia. Cuma sekarang ada tablet. asus

Personal Status
Single. Dia curang. Dia kata girlfriend baru dia lebih baik. 
Single. Dia tarik diri. Dia kata dia aku terlalu perfect. 

Accessories
Gelang getah hitam. Jam hitam. Rantai hitam. (tapi tak nampak). Sebab dulu aku fanatic dekat Avril Lavigne. Inilah hasilnya !
 -_-
Masih teringin nak pakai rock2 macam Avril tetapi kematangan membuatkan aku lebih rasional dalam pemilihan aksesori. Dalam gambar ni tak pakai apa2 aksesori sebab nak jumpa pensyarah je pun. Tapi kalau pegi event or jalan2 pakai lah jugak kadang2 gelang yang feminine sebab dah minat Taylor Swift.


Hehe... engkorang pula macam mana? Share la :') Kelakar tengok diri sendiri yang dulu.. yang sekarang pun kelakar jugak.. tapi walau apa pun yang berlaku, aku bangga dengan diri aku sendiri. Aku benar-benar jadi apa yang aku patut jadi. Syukur. Kisah suka aku sentiasa berada dalam ingatan dan kisah duka aku sentiasa jadi teladan yang tak akan aku ulang,. Dua2 amat bermakna.

Alhamdulillah bulan 9 nanti aku akan kembali ke UPSI untuk konvo. Jemputlah datang bagi saya teddy bear dalam jambangan bunga ya ! muehehehe

Thursday, August 21, 2014

Cara Pakai Tudung Ruffle

Assalamualaikum

Sejak dulu lagi, kaum hawa memang tidak pernah terlepas pandang akan kepelbagaian  bio style tudung kan? Lepas satu, satu lagi keluar style baru. Daripada tudung bawal ke tudung awning, selendang, halfmoon, tudung instant, dan macam-macam lagi lah. Jenuh kalau nak senaraikan one by one. Bertuah jadi wanita, tidak bosan dalam fesyen, ada saja perubahan. :')

Support Gaza Shawl disini --- support-gaza-shawl-ekspresi-sokonganmu

Dan malam ni, Rara nak kongsi dengan pembaca tentang tudung ruffle yang tengah selesa berada di pasaran sekarang. Tudung ruffle ni adalah hasil inovasi daripada tudung bawal jer. Ada yang memang guna 100% material bawal, ada juga yang guna material lain. Yang istimewanya, tudung ruffle ada layer- beralun indah bila dipakai. Potongan tudung ni pula, macam tudung halfmoon, so tak perlu risau, tak mudah senget.

Terima kasih bff yang comel putih gebu Mariatul kerana sudi bagi gambar untuk Rara share kat blog ni. Tq Mar, jasamu ku kenang!

Jom belajar dengan gambar ni.

Cara Pakai Tudung Ruffle macam Shawl 

1. Pakai inner neck untuk tudung lebih kemas terletak & elak aurat terdedah
2. Letak atas kepala. (pun nak cakap ;p) 
3. Letak tudung tu 1 panjang...1 pendek.. yang bahagian pendek tu, biar lepas bahu. Kalau nak lebih kemas, pin kat situ. 
4. Ambil yang panjang, angkat ke sebelah
5. Pin kan dengan brooch kesayangan u all 
6. Dah siap pin :) *saje kan step ni! 
7. Siap ! Elok terbentuk... kan 

*8 Comelnya i. 
*9 I budak uduh. hahaha (Larikkkkkkkkkkkk) 

Baiklah...sekian saja tutorial cara pakai tudung ruffle. Selain daripada pakai cara shawl ni, boleh juga nak pakai cara tudung fareeda, tudung bawal, dan lain2 seperti yang dinyatakan di atas tadi. 

See you people ! 




Monday, August 18, 2014

Pakej Photoshoot Hari Konvokesyen

Assalamualaikum

Khas buat bekas pelajar-pelajar UPSI yang bakalan konvo tidak lama lagi... Bagaimana? Dah terbayang imej u all pakai jubah longgar bersama topi 4 segi yang ada secoet bulu2 berjuntai di hujung dan berayun2? Wahhh ! Kiut nye engkorang ! Lalalalalaaa.. ekceli, i olls yang tengah berangan =P

Lagi satu, dah bayangkan belum u olls tengah melompat ala-ala kanak2 ribena untuk baling topi keatas n say yeayyyy! i'm officially graduated ! Dah boleh nampak tak keriangan dia?

Lagi satu kan, gambar u olls duk tengah2. Yang duk himpit u olls is mak, ayah, adik, kakak dan abang serta sapa2 lah yang signifikan dengan u all. Masa tu u all dah la pegang byk bunga dan teddy bear, lepas tu semua kaum keluarga tengah meraikan u all pulak. Tak ke bahagia ya amat tu? Tersengih2 je.. nasib gigi lawa.

Hehe. Bestnya berangan. Kalau nak sambung berangan ni, sampai raya cina tahun depan tak abis.

Jadi, semua imej-imej serta imaginasi indah tadi tu, tak teringin ke u all nak rakamkan ia sebagai suatu memori yang paling indah dalam hidup ?
                   mesti la nak kan...

Jadi, cari lah orang untuk merakam semua detik2 berharga tu. :) Tak best la ambik gambar diri sendiri kan.. kalau setakat selfie, bila2 pun bole bha. (Tapi selfie tetap wajib ah)

Pegi ambil handphone masing-masing dan save nombor fon ni. Kawan2 Rara ni. Cantik gambar2 dorang... kalau tak caya cubalah stalk dulu. hehe

pakej photoshoot murah

Asyraf 

GRADUATION OUTDOOR PHOTOSHOOT
RM80 PER HOUR 
UNLIMITED PHOTO 
FREE FRAME 8RW

Sunday, August 17, 2014

#Support Gaza Shawl - Ekspresi sokonganmu

Assalamualaikum

Tercetusnya peperangan di Palestine menyebabkan ramai di antara kita iaitu umat islam  ingin bersama-sama menunjukkan sokongan dan keperihatinan terhadap penduduk Gaza terutamanya. Masyarakat islam kita sekarang ini telah mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menunjukkan sokongan masing-masing terhadap negara islam lain yang dizalimi. Oleh itu terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh kita dalam membuktikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka.


Secara peribadi, usaha fizikal yang Rara jalankan adalah dengan cara menjual #selendang gaza untuk memberi sumbangan kewangan kepada penduduk gaza dengan cara mendermakan sebahagian daripada hasil jualan selendang ini kepada tabung kemanusiaan Palestine yang terpilih. 



Material : Satin + Valentino
Harga : RM39 tidak termasuk postage
Postage : RM6
C.O.D : Kota Bharu & Wakaf Bharu
 Berminat? Whatsapp/sms 01127799383
Selamat menderma..


Material : Satin + Valentino
Harga : RM39 tidak termasuk postage
Postage : RM6
C.O.D : Kota Bharu & Wakaf Bharu
Berminat? Whatsapp/sms 01127799383
Selamat menderma..


Material : Satin + Valentino
Harga : RM39 tidak termasuk postage
Postage : RM6
C.O.D : Kota Bharu & Wakaf Bharu
Berminat? Whatsapp/sms 01127799383
Selamat menderma..


Material : Satin + Valentino
Harga : RM39 tidak termasuk postage
Postage : RM6
C.O.D : Kota Bharu & Wakaf Bharu
Berminat? Whatsapp/sms 01127799383
Selamat menderma..

Semoga hasil jualan yang didermakan ini akan selamat sampai buat mereka yang berhak dan memerlukan terutama kanak-kanak, bayi, orang tua yang tidak bersalah dalam peperangan itu. Aminnn..


Material : Satin + Valentino
Harga : RM39 tidak termasuk postage
Postage : RM6
C.O.D : Kota Bharu & Wakaf Bharu
Berminat? Whatsapp/sms 01127799383
Selamat menderma..


 1) Chiffon jahitan benang bawah
2) Chiffon jahitan benang atas
3) Satin + Valentino 
Berminat? Whatsapp/sms 01127799383
Selamat menderma..


Chiffon :) 
Harga : RM39 tidak termasuk postage
Postage : RM6
C.O.D : Kota Bharu & Wakaf Bharu
Berminat? Whatsapp/sms 01127799383
Selamat menderma..
Lillahita'ala..
:)


Whatsapp/sms 01127799383

Homestay Sewa Area UPSI / Tg Malim

Assalamualaikum

Bulan 9 tak lama lagi anak kandung suluh budiman (penuntut upsi) yang telah tamat pengajian pada bulan 6 lepas akan kembali ke UPSI untuk hari jubah masing2. Jadi, pasti ramai yang sedang tercari-cari homestay murah untuk disewa atau guesthouse untuk penginapan seisi keluarga yang akan datang meraikan hari mengambil scroll ijazah ni. Kan? Sama la kita ^_^ 

Kepada kawan2 yang tengah cari homestay/guesthouse yang dekat dengan UPSI,disini ada homestay yang sesuai dengan we olls.

Homestay Cikgu Rose /  Zaki 

-lagi murah dari sewa hotel!!

-5 minit ke UPSI kampus lama dan baru.

-Lokasi: Kota Malim Prima

-Check-in dan check-out dari 12am sehingga 5pm

-selesa utk 7 org menginap.
(mak,ayah,abang,kakak,adik,tokwan,tokki,tokcik)

Kemudahan yang disediakan :  ASTRO, Air-cond, tv, peti sejuk, dapur gas, cadar tilam yang selalu ditukar,
body shower gel, ubat gigi, blender, periuk nasi dan rumah yang sangat bersih.

Harga : RM160 sahaja (per-night)




Call:
 Cikgu Rose: 012-6897523.
 Cikgu Zaki: 012-6146220.

*Homestay ini juga sesuai untuk penginapan kenduri kahwin, part-time student, serta mereka yang berkursus.


Wednesday, August 13, 2014

Blogger kekalkan tradisi hantar kad raya

Assalamualaikum

Wow panjang pulak tajuk entry kita... :) Alhamdulillah tahun ni kita semua dapat menyambut hari raya dengan gembiranya.. Walaupun negara kita dilanda pelbagai masalah dan ancaman tahun ni, namun dengan kasih sayang Allah, sekurang-kurangnya kita disini masih dapat menyambut lebaran kan. Berbanding dengan keluarga mangsa tragedi MH17.. Misteri MH370..termasuk dengan saudara islam kita di Palestin.. Hmm. 

Bersyukurlah kita 

Berbalik kepada perkara utama, tahniah kepada blogger-blogger Malaysia kerana telah berjaya mengekalkan tradisi menghantar kad raya kepada rakan masing-masing ! Dekat nak raya hari tu, facebook penuh je dengan post2 riang daripada rakan2 fb yang dapat kad raya daripada blogger.(Termasuklah penulis ni) Tapi Rara percaya orang lain yang bukan blogger pun ada jugak masih hantar2 kad raya ni kan.


Kad raya yang gambar kartun tu daripada kawan sekolah dulu. Tengkiu my dear Fatihah. Love u... xoxo !




www.ladyaina.com  (Ainaa Roseberry)




www.tyasalmid.com (Tya Salmid)



therylisanurulain.blogsot.com (Lisa/ Mawar Biru)




www.kisahemasputih.com (tahun lepas punya. Saja nak tambah kat sini :)


Tahniah dan terima kasih u all, sebab kekalkan tradisi ni walaupun dengan kad yang lebih up-to-date iaitu kad raya ada muka sendiri atau nombor whatsapp/wechat serta link blog masing2..terutama blogger. well done..

Terima kasih semua kawan2 yg sudi bagi kad. Rara simpan elok2 ni. Walaupun sekarang zaman 'e-card' - orang hantar kad ucapan melalui laman sesawang facebook,twitter,whatsapp,wechat,line,viber,bla bla bla bla tapi tak salah kalau kita kekalkan tradisi menghantar kad secara manual ni. Lebih bermakna sebab banyak effort yang digunakan bermula dari design corak kad..fikir nak tulis apa di kad..beli sampul surat..beli setem..masukkan kad dalam sampul..tampal sampul...tampal setem.. pegi pejabat pos.. haaa... effort tu la yg lebih bermakna !

Rara? Tak buat.. tak ada bajet tahun ni. Ekekekeke =P Jadi, kepada kawan2 blogger dan bukan blogger yang hantar kad raya pada Rara, insyaAllah kalau ada rezeki lebih.. lain tahun Rara balas kad raya awak2 semua.. love u ! 


Cool Hijab - Serum rambut khas untuk orang cool

Assalamualaikum

Apa khabar semua?

Dua – tiga hari lepas, masa tengah mekap2 nak keluar dengan kawan, posmen datang.. lepas tu tertanya jugak la buat apa posmen datang ni?? -_- Haruz lar sebab nak hantar surat atau barang. Tak kan datang nak baiki sink tersumbat pulak =P Ada dua sampul yang dia letak dalam peti… Kad raya dan sampul berisi sesuatu.

Rupa-rupanya sampai sudah Serum Rambut Cool Hijab ! Terima kasih Halim Brothers. Alhamdulillah, ini kali kedua kita bekerjasama. Kali pertama jumpa budak muda ni, di Segmen Hai Blogger @ eWana.fm. Bagus budak ni… ada masa depan. Ngeeee J

Ok kita teruskan pembacaan. Lepas dapat serum ni, terus la buka nak cuba. Tapi sebelum tu baca dulu nota yang diberi. Katanya, gunakan 1-2 titis semasa rambut tengah lembap sedikit. Alang-alang rambut masih belum kering sepenuhnya, terus la apply.

Waaahhhhh..segarnyaaaaaaaaaaaaa… mcm minyak angin, tapi tak ‘panas’ . Selesa beb..i tell u…cool jer. Bila dah pakai beberapa saat, tak bau macam minyak pun..rasa lega macam orang pening diurut-urut. Hebat hebat hebat.. kagum dengan pencipta formulasi serum ni. Yeahh.


Serum rambut ini memang sesuai bagi orang yang ada rambut, (Sorry abam botak, this one will never impress you) terutama bagi kita-kita yang berhijab dan anda-anda yang naik motor pakai helmet…kira macam mat rempit yang ikut undang-undang jalan raya pun sesuai jugak la pakai serum rambut ni. Ganti minyak rambut u olls yang bau macam cat Nippon tu =P

Baiklah, ini review pertama Rara, nanti saya akan review lagi untuk senaraikan kelebihan Cool Hijab ni… ok?

Bagi yang tidak sabar untuk mencuba, boleh lah call//sms//whatsapp

Hafiz Mansor
No : 010-7710070
Website : www.coolhijab.com

Atau

Halim Brothers
No : 017-3381740
Website : halimbrothers.com


Selamat mencuba yaa

Saturday, July 19, 2014

Siapa Yahudi, Zionis dan Israel??

Assalamualaikum

Siapa sebenarnya Yahudi, Zionis dan Israel?

1. Yahudi berasal dari perkataan ‘ibri’, ‘abra’, ‘ibrani’ yang bermaksud potong jalan/berpindah. Yahudi berasal dari keturunan Sam (semitik) bin Nuh. Semitik merujuk kepada bangsa Yahudi,Arab,Chaldaen dan Assyrian.

2. Bermula dengan Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada para nabi. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar dan mendapat Nabi Ismail yang kemudiannya menjadi moyang bangsa Arab. Selain itu,hasil dari perkahwinan dengan Siti Sarah lahir Nabi Ishak. Dari keturunan Nabi Ishak munculnya Nabi Isa dan Nabi Yaakub.

3. Nabi Yaakub inilah yang disebut sebagai Israel, Yaakub mempunyai 12 anak dan munculnya 12 keturunan Bani Israel pada zaman Nabi Musa. Dan bermula pada zaman Nabi Musa ini sebahagian dari mereka mengambil ajaran baginda dan menggunakan nama Yahudi bermakna semua Yahudi adalah Bani Israel dan bukan semua Bani Israel adalah Yahudi. KeturunanYahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah.

4. Tidak semua Bani Israel berfahaman Yahudi ada Bani Israel beragama Islam dan Kristian. Munculnya Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya. Oleh itu,ada sekelompok Bani Israel ini ingin menubuhkan suatu negara besar Israel raya.

5. Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada 3 kelompok iaitu bangsa Sephardim di Sepanyol,Oriental Jews di Arab dan Ethiopia,dan Ashkenazim di Eropah. Kemunculan 3 kelompok ini hasil dari perpindahan pada abad 17SM. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada Goyyim(manusia selain Yahudi).

6. Keturunan Yahudi yang tulen adalah dari jurai keturunan ibu. Ashkenazim dikatakan bukan keturunan sebelah ibu atau keturunan 12 Bani Israel tetapi digelar keturunan ke-13 ataupun anak haram kerana bukan datangnya dari keturunan jurai ibu. Manakala di Eropah juga bukan dari keturunan jurai ibu tapi bapa.

7. Tetapi bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga penganut Yahudi yang menbangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini kerana,Rejim Zionis bersifat sekular,tidak berpegang pada asal dan bertentangan dengan melakukan kezaliman.

8. Manakala Zionis merupakan gerakan yang dipelopori Moses Hess yang menubuhkan sebuah negara haram,Israel. Yahudi mula berpindah pada tahun 1897. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 di mana ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.

9. Yahudi yang bermazhab ekstrem Haredim inilah yang telah menyerang Palestin terkini iaitu antara 27hb Dis 2008 – 20hb Jan 2009. Antara hukum-hakam penganut Yahudi ini ialah suara wanita adalah aurat,wanita tidak boleh memandu seorang diri,wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan melakukan majlis perpisahan antara lelaki dan perempuan. Manakala dari segi pemakaian Zionis adalah berserbakan hitam contohnya kopiah kecil hitam ataupun yang besar dan golongan perempuan pula menutup aurat melepasi paras lutut.

10. Zionis menjadi sekutu kepada Amerika Syarikat. Terdapatnya Zionis Lobi yang tidak terlibat secara langsung dalam politik yang merupakan golongan kaya muncul pada awal abad ke-20.

11. Zionis juga telah menguasai bank. Jenama kereta Ford-ford Found telah memberi bantuan kewangan kepada media elektronik seperti CNN,ABC (Australian),Sky Tv., Hollywood. Malahan media surat khabar juga merupakan salah satu medium Zionis untuk menyebarkan pengaruhnya.

12. Zionis juga yang menyebarkan idea Islam Liberal iaitu idea kuzman, moderat, fundamental,konservatif dan liberal. Agenda Islam Liberal sangat berjaya di Indonesia. Agenda Islam Liberal telah menguasai pendidikan Islam di Indonesia atas nama kebebasan pluralisme.


MERUNGKAI RAHSIA ZIONIS

1. Zionis adalah gerakan yang dipelopori oleh Moses Hess pada abad ke-19 dan diperkuatkan lagi oleh Theoder Herzl’s. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin. Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya.

2. Pada 1895,orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di Kota Bale Switzerland,dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia. Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis International.

3. Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu lebih daripada 80 Resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945.

4. Mereka telah menerima hmpir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan,senjata nuklear dan lain-lain.

5. Mereka telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para ambiya’ dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai seperti Perjanjian Oslo 1 (1992),Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak lagi dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut bertambah

6. Rejim Zionis Israel mempunyai simpanan senjata nuclear dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification Treaty,satu perjanjian di mana sebuah negar itu tidak akan membina senjata nuclear.

7. Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah Palestin berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepad mendapat ‘visa’ dari rejim Zionis Israel.

8. Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah mengklasifikasikan sebagai GENOCIDE iatu PEMBUNUHAN SELURUH KAUM/BANGSA.

Wallahu'alam... 


Monday, June 16, 2014

Bersama eWana.fm @ Segmen Hai Blogger !

Assalamualaikum

Hari Jumaat lepas, Rara dan Ena (Aina Roseberry)  berpeluang untuk memeriahkan konti  eWana.fm dalam segmen Hai blogger ! :)  Kami  dijemput oleh  orang kuat  Hai blogger iaitu Halim Brothers. Segmen ini adalah untuk memberi peluang kepada bloggers bagi merasai sendiri pengalaman menjadi DJ dan berkongsi mengenai blog masing2 sepanjang waktu on air.


U olls mesti tertanya-tanya  pasal kewujudan eWana.fm ni kan? Haaa... Kalau u all  nak tahu, eWana.fm ni merupakan radio internet. Ia memudahkan pendengar berinteraksi secara live dengan DJ bertugas dengan menggunakan teknologi terkini secara audio, video dan elemen interaktif seperti internet chat, internet video call dan lain-lain.  

Kalau macam Rara sendiri, first time dengar eWana.fm ni masa Syasya Solero di jemput ke sana dan promote di fb dia. "Macam cantikkk je. Macam comellll.. jerrr."









Now,giliran kami plak ke konti ni.. tp bukan sbb viral video la..Hehe..Kami datang as a blogger. Alhamdulillah, teruja. First time masuk konti dan jadi DJ yang tidak terlatih. Hehe.  



Lokasi eWana.fm ini adalah berdekatan dengan Wangsa Walk. Sangat mudah untuk dicari kalau lepas nie rakan-rakan blogger lain nak join. Yaaa.. Tapi kami ni, sebab kali pertama pergi sana.. kami tak tahu jalan nak pegi eWana, tapi dengan bantuan Brado Kapak, kami selamat sampai. Thanks BK ! *Dengan muka baru bangun tido lagiii.. hehehe*

Straight from ig ena. Sambil tunggu Brado Kapak 

Bila sampai kat sana, Halim jemput kat bawah. Tak perlu terkapai-kapai. Tq banyak2 :)  Lepas masuk konti, kami diberikan taklimat oleh kak Sya dan Halim sendiri, mengenai perkara-perkara yang perlu kami tahu mengenai segmen ini, cara mengendalikan benda2 alah dalam konti tu dan sebagainya lah.. Dan perkara yang paling penting, mestilah pengisian yang perlu kami kongsikan bersama pendengar eWana.fm. Bukan saja-saja sembang kosong ya.... ( padahal merapu jugak banyak,nerves! )

Study sebelum ke udara. Flyyyy

Antara perkara yang perlu kami buat dan kongsikan adalah promo hai blogger, pengenalan diri, pengisian blog, dan cara untuk hubungi kami serta perlu mempromosikan aplikasi terbaru Hai Blogger dan Facebook Page Hai Blogger!


Install ---> HaiBlogger! 

Start | Ena ngn Rara sama-sama ''Ena dulu lah ! Akak dulu lah ! Ena dulu lah !''  Hahahaa.. last2 okayy laa i olls kan kakak..kena la tunjuk contoh kat budak manja neh. Kan..Haha..Okaayyy kak Rara dulu..Mula2 susah sangat nak buat.. padahal just kena promote je kot. Tergagap la tersasul la terjerit la ter (tercirit tak de ok!) ter macam-macam la.. Pastu lama2 ok dah... cakap macam tengah present assignment jer. Poyo poyo poyo angattt... Lol.


*kalau salah cakap tu buat-buat tak dengar hokeh,jangan kutuk ! haha..*

Lepas habis sejam Rara ke udara.... wow terbang ke udara kau... Giliran Ena plak, masa Ena tengah ke udara, Rara snap-snap pictures. Sebab ena tak bagi masuk ! Argghhh. Segan kateko... hahakssss...

Bersambung.... 


 Hai semua, jemput dengar Rara membebel  perkongsian Rara malam nie, pukul 8 malam tau. Google jer www.ewana.fm . 

Terusssssssssssssssss..... 

Saturday, June 7, 2014

Model Keibubapaan Baumrind

Assalamualaikum

Pengenalan Model Keibubapaan Baumrind

Terdapat dua dimensi gaya asuhan keibubapaan menurut Baumrind iaitu responsiveness dan demandingness.
Baumrind mengklasifikasikan gaya asuhan keibubapaan kpd 3 iaitu:
-Autoritarian
-Permissive
-Autoritatif

Dimensi Gaya Asuhan Keibubapaan Baumrind. Ada 2 ; 

1) Responsiveness

-Dimensi gaya asuhan keibubapaan yg bersifat terbuka, mudah bekerjasama.
-Ia melibatkan pendekatan keibubapaan yg bersifat tenang & menggalakkan rasa bebas di kalangan anak2 utk melahirkan pendapat masing2.

2) Demandingness

-Dimensi gaya asuhan yg bersifat banyak tuntutan dan mendesak.
-Mereka menetapkan set jangkaan yg tinggi & mengawasi segala aktiviti yg dilakukan oleh anak2.



Tuesday, May 27, 2014

Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

Assalamualaikum 



1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

  • 1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

  • 2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

  • 3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

* Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

* Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat mSatu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. 
Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. 
Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. 
Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4. 
Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. 
Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. 
Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. 
Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. 
Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. 
Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. 
Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). 

Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)